Selasa, April 29, 2014

APAKAH HUKUMAN MENCURI SEKARUNG JERING?

Kes ini menarik perhatian saya.

Barangkali, ramai bertanya, apakah hukuman jika didapati mencuri sekarung buah jering bernilai RM8?


Jarang benar kita terbaca kes seperti ini diheret ke mahkamah. Mungkin kerana selama ini, media cetak dan elektronik hanya memberikan tumpuan kepada kes jenayah berat seperti rompakan dan pembunuhan.

Dilaporkan, 25 Mac lalu, seorang tertuduh didakwa mengikut Kanun Keseksaan kerana mencuri jering milik Mazlan Abd Kadir di kebun di Batu 11 1/2, Kampung Paya Rumput Jaya,  Sungai Udang, Melaka pada jam  3.15 petang.

Tertuduh, tidak didedahkan identitinya, mendepani hukuman dipenjarakan maksimum 7 tahun atau didenda atau keduanya.

Mencuri, kekadang dianggap satu perlakuan remeh kerana majoriti tidak mengetahui kesan perbuatan itu dari sudut undang-undang di Malaysia.

Ignorance of the law is not an excuse.

Dalam kes ini, jika tertuduh dia didapati bersalah, pasti kehidupannya di penjara, payau. Dia juga akan dikutuk dan ditertawakan oleh banduan lain.

"Banyak benda kau boleh curi, kau mencuri jering buat apa?"

Barangkali itu kenyataan ejekan bakal disumbat ke telinganya.

Klik di sini.

5 ulasan:

  1. mencuri tetap berdosa biarpun nilainya yg dicuri kecil atau besar...biar kes itu jadi pengajaran bagi pencuri yg lain....

    BalasPadam
  2. Mencuri tetap perbuatan yang salah. Tapi harus tengok kenapa beliau mencuri tu. Takkan sampai 7 tahun. Yang makan rasuah berjuta juta penjara kejap je.. ada duit bayar denda.. boleh lepas tak payah masuk penjara.

    BalasPadam
  3. Ini lah yang berlaku apabila sebilangan hakim mahkamah yang gagal menggunakan budibicara semasa menjatuhkan hukuman sehingga berlakunya ketidakadilan dalam menghukum.

    BalasPadam
  4. Agak2 kalau kesalahan mencuri yg dh
    terbukti ni pencuri dipotong tangan, berani x org lain nk mencuri? Setakat penjara esok keluar mencuri lagi..apa komen mazidul?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.