Isnin, April 05, 2010

Sarungkan Stokin?

Petang semalam sebelum menaiki pesawat pulang ke Kuala Lumpur, saya singgah menjamu selera di kedai makan milik rakan berhampiran lapangan terbang di Pengkalan Chepa, Kelantan.

"Berapa ramai isteri sekarang menyarungkan stokin suami mereka sewaktu nak pergi kerja?," soal rakan wartawan sambilan duduk di meja sama.

"Sarung stokin? Kekadang nak hidangkan segelas air kosong masa suami balik kerja pun susah," sampuk rakan.

Melalui perbincangan ringkas, semua rakan akur, majoriti isteri bekerja, lalu mereka sibuk.

"Sibuk macam mana sekalipun, a simple act done can be so meaningful to a husband," celah wartawan terbabit.

Saya terdiam seketika, berfikir. Melaui perkiraan saya, kedua perbuatan untuk suami terbabit hanya mengambil masa kurang 2 minit, sedangkan isteri bekerja purata 8 jam sehari untuk memenuhi tuntutan majikan.

Barangkali semua bakal isteri dan isteri harus berfikir sama berhubung hal itu.

"Kawan saya, kahwin dengan perempuan Indonesia. Dia kata isteri dia bekerja sebagai cleaner, keluar pagi, balik petang tetapi tidak pernah miss menyarungkan stokin suami sebelum dia melangkah keluar setiap pagi," tambah rakan lagi.

Wow!

Barangkali majoriti isteri warga Malaysia melihat tindakan terbabit kolot sekaligus menganggap perbuatan itu remeh. Namun, sebilangan suami mungkin berasa diri mereka lebih dihargai isteri.

53 ulasan:

  1. Tak pernah pula terfikir soal menyarungkan stoking untuk suami ini.

    Setakat cium tangan suami adalah.

    BalasPadam
  2. salam en mazidul,

    sejap lagi mesti ada pompuan malaya yg tak setuju n kritik benda remeh ni.. hehe..

    tapi apa pun, sy setuju dgn artikel ni. pompuan ni kalau pandai layan suami, dia tak pandang dah pompuan2 lain.. tak cari dah layanan pompuan lain..

    ada juga suami yg rajin membantu di rumah, tapi dapat pasangan jenis Queen Control..

    ada lelaki jenis malas membantu isteri, tapi gaya macam Raja di rumah, hehe..

    nak dapat pasangan yg betul2 memahami, serasi dan sehati sejiwa ni memang payah..

    so kedua2 kena banyak bersabar n bertolak ansur..

    BalasPadam
  3. Salam MAS..

    (jap.. fikir dulu..) hmmm... rasanya, kakcik tak pernah menyarungkan stokin untuk suami.. tapi, tolong buka - pernah. Stokin yang dah dipakai lebih berbau dari stokin yang baru nak dipakaikan tau.. :)

    BalasPadam
  4. combi selalu pakaikan huby stokin bila time dia demam dan waktu mlm nak tido...bole? :)

    kalau garu belakang mmg selalu dan hari-hari walaupun dah beli garpu kayu yg besau ha ha ha :D

    tahu dia sengaja nak manja-manja...huhh!

    BalasPadam
  5. Echah, on behalf of your husband, tq.

    Bukan apa, sesetengah isteri bila minta garu belakang, mesti mendengus! Macamlah susah sangat. Actually, suami boleh garu sendiri biarpun terkial-kial.

    Baguslah kalau faham, dia hanya ingin bermanja. Kalau suami minta perempuan lain tolong garukan, nanti payah pula kan?

    BalasPadam
  6. Salam BRO MAZ..

    sarungkan stoking ke kaki suami, itu suatu contoh perlakuan yang disenangi suami juga suatu perlakuan kasihsayang... Sokong.

    Tapi andai tak berkesempatan, jangan pula suami menjadikannya sebagai alasan utk terasa tidak dihargai..

    Ada banyak perlakuan lain lagi kan? Mcm COMBI garu belakang tu. Ramai isteri tolong picit bahu suami, tolong potongkan kuku suami, tolong pakaikan tali leher...

    Kerja sama-sama, hargai masa pun sama-sama.. Tak sempat kalu, jangan ler marah, kan..?

    BalasPadam
  7. Hehe... Vic tak pernah plak sarungkan stokin kat suami. Tapi kalau jerit "Sayang, kenapa awak letak stokin sepah2 ni?" memang selalu.

    Hari ni kalau start buat, takut plak kot suami vic cakap dalam hati "isteri aku ni tengah buang tebiat ke?"

    BalasPadam
  8. Vic, tak cuba mana nak tahu, kan? Apapun, saya tahu, orang terdahulu daripada generasi kita pernah mengamalkannya.

    BalasPadam
  9. teringat arwah ibu saya dulu, sebelum bapa pergi kerja, memang x pernah miss sarung stokin untuk bapa. :)

    BalasPadam
  10. entri simple tapi sangat menyengat...tahniah bro...

    BalasPadam
  11. huhuhu kalau sy try wt sok pg nie, tentu suami sy pelik... hehehe
    so far, wpon sy bkerja office hour, sy cuba mnyediakan sarapan utk suami n anak2...wpon kadangkala, xberapa sedap...telan je la... air tangan sendiri lg puas...

    petang balik keje, dh penat pon still mmasak utk family...kadang tbabas gak mkn kedai...heheeh penat tau jd isteri...dgn anak2 y makin mbesar...

    BalasPadam
  12. memang sweet..tapi dunia dah berubah. Tak semestinya sarungkan stokin je kan.. Kalau sarung stokin je tapi benda lain tak buat haru jugak.

    Maybe tak sarung stokin, tapi pakaian semua dah sedia untuk disarung, tolong update semua bil dan sama2 pecah kepala hujung bulan utk langsaikan bil2 pun sweet jugak....

    hihi...atas diri masing2 nak atur hidup mereka. Nanti dah jadi macam cerita dalam Filem tu dimana semua isteri pun buat benda yang sama macam mesin....dah tak sweet dah la..takde kelebihan da kekurangan.

    Setiap isteri yang baik pasti mahukan suami mereka selesa dan terurus cuma mungkin dgn cara yang berbeza...

    BalasPadam
  13. en mazidul...combi teringin nak potong kuku dia mcm combi selalu buat dgn arwah ayah dulu tp masalahnye dia takde kuku sbb tabiat buruk dia menggigit kuku huhuhu.. :(

    combi rasa rutin harian yg kita buat utk suami biar ikhlas baru berkat.combi ajar anak-anak bila abah dorang balik dari kerja,tolong bukakan gate,angkat barang dari bonet kereta dan sediakan minuman in case kalau combi keluar ke mana-mana.

    kedua-dua anak combi mmg dah tahu tugas dorang tak ada beza lelaki dan pompuan.so far alhamdulilah dorang tak pernah merungut.

    semua perkara ini wajib diajar supaya dorang pun akan melakukan perkara yg sama bila berumah tangga kelak.betul tak?

    BalasPadam
  14. awwww manjanya. kalau saya fulltime housewife pon belum janji bole buat.. inikan pula terkejar2kan opis n nak hantar anak sekolah n brg2 anak ke nursey. tapi... kalau anda sang suami berhajat di lakukan sedemikian, hendaklah terus terang pada isteri.... jgn lah komplen kat kedai kopi jer tau. macamanalah isteri nak tau.

    BalasPadam
  15. Rimbun, boleh tak entry ini diterima sebagai saluran suami menampilkan keinginan mereka dilayan sebegitu?

    It takes less than 2 minutes, kan?

    BalasPadam
  16. tolong cabutkan bulu ketiak tak sebutkan sekali ke en mazidul?
    :D

    lain pasangan, lain pula pula kisah-kisah manjanya. tapi rutin-rutin kecil dalam hidup berkongsi-kongsian ni..rencah yang menjadikan rumahtangga lebih indah..

    suami selayaknya dilayan sebagai raja dalam rumahtangga dan isteri selayaknya juga dihargai sebagai permaisuri..:)

    BalasPadam
  17. Ninoz, kalau awak buat, apa salahnya, sebut sahajalah. Bukan saya marahpun.

    BalasPadam
  18. hee...tak penah sarung stokin.. sbb hubby pakai selipar je pegi keje..kt tpt keje baru pakai stokin..hahahaha tapi seminggu sekali.. kuku hubby, kuku anak..suma jadi tugas saya tuk uruskan ..hahaha dah jadi mcm kedai kuku plak..tapi sonok bila tgk kuku hubby n anak pendek n bersih....heheh lain orang lain cara nak tunjukkan kemesraan.. saya suka belek rambut n muka hubby ari2..heheheh jadi tabiat plak.. yang tak tahan anak yang umru setahun 4 bln pun dh terikut belek rambut ayahnye...

    BalasPadam
  19. wah..bagusnya kalau ada isteri buat macam tu...rasa diri suami sangat dihargai..

    (^_^)

    BalasPadam
  20. Bro

    di Myanmar ia adalah menjadi adat budaya untuk isteri menyarungkan stokin kepada suami setiap pagi.

    Tapi kebanyakan orang lelaki di Myanmar cuma pakai selipar.

    ha ha ha

    Sarung stokin nak pergi kerja boleh lah

    Bila dah balik sendiri buka lah...

    Bau...

    Ha ha ha

    BalasPadam
  21. hhh,.. tips utk yg masih single-for the future of coz (baca: bila dah nikah). karang ada yg dok buat kat bf pula~ haha.

    pakcik kawan saya berpangkat Dato' bgtau: dia tak pernah izinkan isteri dia dok pakaikan stokin dia. sbb dia x nak double standardkan isteri-byk benda lain lg dia dok kata bleh buat suami dihargai. Huhu.

    Saya? No komen, xde hubby lg :D

    BalasPadam
  22. Setuju. Ada juga kes suami terlalu gemuk sampai tak boleh bongkokkan badan jadi bukan saja stokin tapi lain2 hal seperti bila barang yang dipegangnya terjatuh atas lantai ,isteri juga terpaksa tunduk dan pungut...itu kalau dapat isteri yang baik dan taat.Saya juga pernah melihat suami yang memang baik ,pakaikan stokin pada isteri ketika isteri sarat mengandung ,tolong isteri didapur dan izinkan isteri keluar negeri tunggu anak nak ambil peperiksaan walaupun pangkat pengarah. Ramaike suami macam tu?

    BalasPadam
  23. Alid, mungkin di negara susah, itu dianggap adat. Isteri barangkali sukar menyumbang dari aspek lain. Jadi mereka memakai stokin suami.

    Di Malaysia, isteri mampu membelikan sepatu baharu untuk suami.

    Dalam entry ini, disarankan isteri memakaikan stokin suami sahaja bukan menanggalkan.

    Tetapi kalau rajin tolong tanggalkan baju dan seluar, apa salahnya.

    BalasPadam
  24. en mazidul..tanggalkan baju dan seluar.ermm alid mesti suke tehehee :p

    BalasPadam
  25. hahahahahaha bukan main abg maz nak tanggal baju suar... tapi betulla NAHA...huhu sian isterikan kekadang nak bermanja jugak..tgah sarat2 mengandung..kekadang si suami buat dont know aja...isteri la terkedek2 jalan nk bawak2 barang2.. nk mengejar anak...

    p/s: hubby saya alahamdulillah ok... sya tgh sarat dia siap dukung saya tau..hahahahahahahahah ada org telinga panas ni dgr

    BalasPadam
  26. Nampaknya ramai perempuan bersifat 'defensive'.

    Ecah, kalau ada 2 isteri mesti best, baharulah mereka tahu berebut menanggalkan baju dan seluar suami. Barangkali pada masa sama, mungkin keduanya jujga akan tidak menang tangan cuba memakaikan stokin suami.

    Hairan, perempuan akan melakukan sesuatu dianggap 'extra' especially apabila wujud persaingan. Jika tidak mereka seringkali take things for granted.

    BalasPadam
  27. Maybe itu salah satu punca laki rase seronok layan perempuan kat luar tue..

    kekadang tengok isteri pun xde selera.. balik koje dah serabai.. mlm lagi la... harap make up pun nk g koje...

    itu pandangan saya

    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  28. kalau ada masa..tak ada salahnya manjakan suami dgn cara mcm tu..note perkataan kalau.

    belum kawin, tak berani nak komen lebih...:-)

    BalasPadam
  29. en mazidul..ada yg suka bersaing dan ada yg "arghhh pergi jahanam lah..!"

    disini yg jadi mangsa suami jugak.tapi org lelaki mmg tak serik kononnye 'nikmat & cabaran' utk berpoligami mesti main tarik tali dan sorok-sorok mcm police & thief..hehee :p

    apapun makin maju sebuah negara makin ramai wanita bekerja dan makin ramai yg tak reti menghargai /menghormati suami.

    combi rasa parents patut memberi teladan yg baik kpd anak-anak supaya menghormati org yg lebih tua esp pasangan hidup kita.

    BalasPadam
  30. Sometimes we forgot some simple and trivial things. Once or twice might be okay. But after 5 years? 10 years? Let alone 30 years...

    I'm definitely agree with brother Mazidul for this opinion: "...take things for granted". Because they're in comfort zone and thought everything was "fine" should they leave or deliberately overlook those simple and trivial things i.e putting on the socks for their husband or kiss (at least) their husband's hand before they go to work.

    But, the women should not be the ones to blame. These so-called "loving husbands" should talk with their wife in proper manner, rather than bursting out their temper. There should be eye-to-eye and heart-to-heart talks between them in order to straight things out. Each party should put their ego at bay during this talk. That, I guess, would turn things easier.

    Some 80%++ divorce cases were because of egoistic behaviour. One party never admits their mistakes and they would stand on their feet rather than reconcile.

    Somehow I am left with a big question mark in my head: Is it THAT difficult to reconcile? These people are trained pros, yet how come they could be THAT immature? So childish...

    (Note that this is only a view from an yet-to-be-married man. Some might find this opinion is true, while others might oppose it. It's up to people how they value my view because they have every right to do so, so it seems)

    BalasPadam
  31. hanya pernah sarung stokin untuk ayah je;) untuk suami, will try bila dah kawin nanti:)... huhu

    BalasPadam
  32. Bro

    echah_syed berkata...
    en mazidul..tanggalkan baju dan seluar.ermm alid mesti suke tehehee :p


    kak echah...

    acara wajib harian tu...

    ha ha ha

    BalasPadam
  33. Pamy, it is not a law to be enforced, just a mutual understanding.

    Yes, it was practised by some before.

    BalasPadam
  34. Majoriti itu adalah bukan termasuk Echah atau Diana.

    BalasPadam
  35. Brother Mazidul, here's an exact one: "Capturing the Heart of Impossible"

    Or: "Techniques of Blissful Marriage: Retaining the Love at First Sight"

    Any book of those titles above?

    Some may go and look for it.

    Here's another one: "Pleasing Husbands: The Art of Longevity of Marriage"

    Most of us THINK that one must understand us, but it takes two to tango, "both legs are used for running".

    If each and everyone of us understood the concept of having a family (in which religion comes first before everything else), I believe that good generations will be produced.

    And good riddance to all skeptical so-called family think-tanks. They seemed to know nothing of what the religion itself wants from the marriage.

    BalasPadam
  36. saya menjaga hubby dengan baik sekali dan beliau membalas dengan:
    1. mencabut bulu ketiak saya
    2. mencukur bulu ari
    3. memandikan saya bila saya minta
    4. memotong & mengasah kuku
    5. mengurut kaki dan tangan hampir setiap malam
    6. menyuapkan ubat/vitamin setiap malam
    7. membancuh Milo setiap malam
    8. menggosok baju dan tudung
    Hubby berusia 51 dan saya 48...

    BalasPadam
  37. Tiba2 je rasa tersentuh dan puas hati bila baca komen Master Pamy.Walaupun saya anggap En Mazidul tidak serius dalam mengajak isteri2 brfikir bahawa memakaikan suami stokin boleh mengikat kasih sayang suami sbb banyak lagi faktor lainyg boleh diberi perhatian begitu juga dgn faktor saingan bila bermadu juga tidak benar kesahihannya kecuali suami selalu pening kenapa isteri2nya masih muncung walaupun sudah diberi sama adil.It takes two to tanggo,faktor penting seperti bertimbang rasa,ikhlas, hurmat menghurmati, kerjasama ,berbual dan berbincang ,menyayangi anak2, bertanggung jawab.Dan yg paling penting bersandarkan agama seperti yg Pamy katakan.Saya juga pernah dengar suami ceraikan isteri kerana tak pandai bergaya atau selekeh. Isteri bau busuk kencing anak atau tak bersih dll.Ada juga yg tak ceraikan isteri yang bertudung tapi cari madu yg pakai skirt dan lebih sexy...kalau yg muda tu biasa sangatlah..last2 anak2 kita bangsa kita juga yg rosak.Pernah kah si ayah kalau ada rasa tanggung jawab rasa kasihan kalau tak pada isteri tapi pada anak2 tu?

    BalasPadam
  38. sy ada kenal sorang pakcik ni. masa arwah wife dia maseh hidup, anak dia yg dah besar ni citer, mak dia tak penah miss potong kuku n sarungkan stokin kat ayah dier.

    hasilnya, w'pun arwah isterinya dah pergi meninggalkan dia, dia tetap sayang arwah wife dia, n tak kawin2 lagi sampai skang. sampai camtu skali dia syg arwah wife dia..

    BalasPadam
  39. Malam tadi saya minta isteri layari blog bro mazidul. Minta dia baca entri ini. Dengan nada selamba kodok nya dia berkata:-

    "Bukan saya tak nak buat, tapi abang tak pernah minta pun. Lagi pun kaki dgn stokin abang bau masam. Hehehe..."

    Tapi mmg saya akui kaki saya jenis mcm tu. Kadang2 pakai stokin satu hari pun bau nya dah mcm seminggu. Dan saya pulak jenis yg suka pakai smpai 2-3 hari. Malas nak tukar2.

    Bagus juga kalau bro Mazidul buat satu entri susulan membincang kan tentang pemakaian stokin dan bau kaki ;).

    Ps: rasa kat sini ramai jugak yg mcm saya kot. :D

    BalasPadam
  40. wanita ni mudah nak masuk syurga. taat dan patuh pada suami dah beri keringanan untuk masuk syurga. apa lagi kalau suami redha kepadanya dengan kepatuhan dan budinya dalam menjaga suami diwaktu sihat mahupun diwaktu susah. Cuma suami kenalah perbaiki akhlak dan mematuhi ajaran agama sepenuhnya dan bukan hanya menuntut haknya tetapi tidak melaksanakan tanggungjawab sendiri.

    BalasPadam
  41. petua berguna n, nanti saya dah kawen saya wat cam tu ek. huhuhu.. tolong sarungkan helmet boleh kot? :P

    BalasPadam
  42. sarung stoking x penah, sarung kondom pun x pernah. hak hak. tp sy tak ambik port pun.

    bila baca entry ni baru sedar there's such thing

    BalasPadam
  43. hhmmmm.... sebab suami isteri sama2 bekerja ; dan si isteri bekerja untuk mebantu meringankan beban tanggungan suami. cenginilah, sebelum isteri sarungkan stokin ke kaki suami, tolong dulu isteri pin kan brooch ke tudungnya. hehehe!! silap2 nanti isteri dah elok2 sarungkan stokin suami dari rumah, tapi ada pulak orang lain yg tolong bukakan stokin tu nanti... hampehhh!!!

    BalasPadam
  44. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  45. Salwani, saya amat terharu membaca catatan awak.

    Saya faham mereka tidak pernah berbuat demikian pasti berasa kekok. Namun, bagi sebilangan wanita, itu semua layanan tambahan dihulurkan secara ikhlas kepada lelaki bergelar suami dan ayah kepada anak mereka.

    Salam saya untuk ibu awak.

    BalasPadam
  46. hi salwani... insyaAllah mak awak tergolong dlm kategori isteri yang diredhai...dn arwah ayah awak tergolong dalam suami ayang berbahagia...aminnnn..

    kesimpulannya kat sini.. heheheh tak kirala sarung stokin ke sarung baju ke, potong kuku ke, angkat beg ke, picit badan ke....yang penting kna ikhlas n itu adalah khas tuk suami.... biar suami ingat isteri ... yela kan bangga tau bila kawan2 dia puji...wah kuku kau ni bersih je... pendek je... pastu hubby jawab...bini aku yang bereskan..heee tak ke banggaaaaaa... huhuhuh takpun ayatnye... wahh baju kau ni ari2 kemas wangi... tk berkedut pun...pastu sang hubby jawab..mem besar yang uruskan... hee naik saham isteri tuh tau...

    terpulang pada kreativiti masing2 cmner nak manjakan suami/isteri..

    BalasPadam
  47. Biarpun, isi utama tampalan ini tidak begitu diterima sesetengah pembaca, saya percaya melalui komen sebahagian anda, masih ada isteri melayan suami mereka dan sanggup memakai stokin suami.

    Permata Hati, ya! Of course suami akan memberikan credit kepada isteri jika dipuji dek rakan mereka.

    BalasPadam
  48. betul tu wanita mereka sarung stokin kat suami..kawan sebelah rumah dah 55 tahun kahwin dgn wanita selatan Thailand. Bagitau dia mandi mesti isteri masuk mandi sekali gosok badan dia.

    Jeles jugak kita dengar. Itu pasal Thailand tak buat tahun melawat Thailand sebabnya semua nak pergi melancung kat sana sebab ada perkhidmatan mandi minyak dan potong kuku.

    BalasPadam
  49. saya baru setahun kawin dengan suami. Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang, saya masih buat apa yang saya buat dekat suami saya. Saya bekerja 8am-6pm. Suami saya kerja shift. Masa kerja tak sama.

    saya:
    1. pasangkan stokin n kasut sebelum dier pegi kerja.
    2. mandi sama n sabun badan suami. (tak mandi sama pun saya tolong gosokkan)
    3. lap badan dier lepas mandi
    4.sediakan baju, seluar n underwear (siap pasang lagi tu)
    5.cukur rambut suami setiap hari jumaat (sebab suami suka botak)
    6. cukur ketiak n kat bawah
    7.gunting bulu hidung suami kalau ada yang panjang.
    8.cabut bulu kalau ada tertumbuh kat telinga.
    9.cuci lubang pusat suami
    10.potong kuku suami (kaki n tangan)
    11. pegang tangan suami semasa tido...

    itu diambil kire ke?

    BalasPadam
  50. Nom13, saya doakan awak bahagia dengan suami dan ahli keluarga sehingga ke akhir hayat.

    BalasPadam
  51. Salam Bro,
    Rasanya ini budaya setempat sahaja. Lain-lain kaum berlainan cara menghormati. Kalau yang kahwin 'mix' mesti memahami kelainan citarasa budaya.
    Budaya meninggi suara atau keras adalah biasa dikalangan budaya cina. Tapi tidak semestinya tidak menghormati.
    Cool and steady memahami keadaan.

    BalasPadam
  52. Tak mungkin ... tak mungkin terjadi!... stokin lain tu mungkin bini tolong sarungkan.

    Harap-harap bila sang suami tu dah uzur tak rasa segan nak sarungkan stokin.. betul kata VIC kut! katanya buang tebiat pula; Memang org kita tak buat pun.

    Kes stokin ini saya naik lali dah; bukan sepuluh dua puluh... hilang pasangannya sampaikan naik malas nak beli stokin lagi!. Kerja siapa iyer curi sebelah stokin saya ni!. Tak semua kerja KAK TI!.

    BalasPadam
  53. sy blm berkahwin.tp i.allah bakal berkahwin thn ni.sy pny impian nk jd isteri yg terbaik utk suami sy.setiap pg nk sarungkan stoking kt hubby sbb lau dia blk keje sy mgkn x smpt nk membukanya.sbb saya blk kje lewat.mlm2 lak sy nak tdo atas lengan dia.hehehe..moga allah panjangkan jodoh kami.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.