Isnin, April 19, 2010

Lari Bogel (Updated Gambar)

Jam 2.20 petang semalam hotel murah di Jalan Tun Ali, Melaka Bandaraya Bersejarah diserbu sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka.

Terkejut, pelacur berasal dari Sandakan, Sabah berusia 20 tahun melarikan diri dalam keadaan berbogel tetapi malangnya dia tersungkur di lobi hotel di tingkat satu dan diberkas polis.

"Saya takut sebab itu lari," ujar gadis manis itu.

Menurutnya lagi, dia hanya bertugas mengurut pelanggan warga asing dengan bayaran RM30 untuk tempoh 40 minit. Persoalannya, jika hanya mengurut kenapa perlu menanggalkan semua pakaian?

Gambarnya setelah berpakaian lengkap saya rakamkan.


Akhirnya dia mengaku menawarkan seks oral dengan harga RM40. Dia juga mendakwa melayan purata 5 pelanggan sehari di antara jam 12 tengahari dan 6 petang.

3 lagi pelacur mendakwa berasal dari Sandakan berusia di antara 19 dan 20 tahun turut diberkas dalam operasi sama.

"Saya orang Bajau Suluk, ini kali ke tiga kena tangkap. Datang ke Melaka bulan 1 tahun ini," kata gadis berusia 19 tahun.

"Bila kamu cuti?," soal saya.

"Bila period," balasnya diikuti ketawa kecil.

Krim pelincir dan kondom ditemui di dalam biliknya lengkap berpenghawa dingin.


Saya berasa hairan bagaimana tubuh sekecilnya mampu 'melayan' nafsu pelanggan warga asing dari Bangladesh, Nepal dan Myanmar.


12 pelanggan diberkas dan sebilangan mereka berada di dalam bilik bersama 8 pelacur berusia di antara 19 dan 35 tahun terbabit.

Gadis mendakwa berketurunan Kagayan juga dari Sandakan dicekup bersama 2 pelanggan tempatan.

"Saya anak ke 3 daripada 7 beradik. Ayah saya nelayan, keluarga susah," ujarnya apabila disoal pegawai polis bertugas.


Pelacur dari Miri, Sarawak, 28 tahun berbaju serba hitam saya temui duduk bersendirian.

"Saya orang susah, keluarga saya di Sarawak miskin," ujarnya.

"Kalau susah sekalipun, kenapa melacur sampai ke Melaka? Kerja kilang, kerja super market, seperti orang lain tak boleh ke?," soal saya.

Namun, dia hanya membisu. Barangkali dia tidak mempunyai jawaban kepada soalan saya ajukan itu.


Selain gadis dari Sabah dan Sarawak, di dalam sebuah daripada 24 bilik di hotel murah terbabit, saya rakamkan gambar di bawah ini.


Terkejut, saya pantas keluar dari bilik terbabit dan ketika berpaling semula saya rakamkan gambar berikut.


Saya percaya, kegiatan pelacuran tidak akan berhenti selagi wujud permintaan. Bagaimanapun wajarkan kita menerima kemiskinan, faktor mendorong mereka memperdagangkan diri? Sedangkan usia mereka masih muda dan bertenaga untuk melakukan pekerjaan lain.

Mungkin pembaca mempunyai pandangan tersendiri.

Pasukan serbuan

Pelanggan dicekup

Orang ramai di luar hotel

Pasukan serbuan

Di dalam Black Maria

Perbincangan 999 dan pegawai polis di IPK Melaka

Pemeriksaan beg

 
Ditahan memiliki dadah katemin

Jurukamera, 'Sponge'

29 ulasan:

  1. melaka?? ade jugak ek...tak sangka...tak sangka...

    dalam banyak2 yang kene tangkap, seb baik banyak yang warga asing, bayangkan kalau pakcik2 melayu kita..alahai....

    BalasPadam
  2. Melihat gambar wanita berpakaian biru di atas, kakcik kadang2 terleka di dalam kereta di Jalan Masjid India berhadapan Gedung Mydin memerhatikan 'drama' tawar menawar dan 'chicken walk' wanita-wanita 'itu'. Tiada siapa yang peduli! :(

    BalasPadam
  3. Yang baju biru paling bawah tu mesti yang paling mahal sekali pasal dia timbang ikut kilo, ekekekekke...

    Pekerjaan sebagai nelayan mahu pun tukang basuh pinggan jauh lebih mulia dari melacur. Biar miskin harta jangan miskin maruah.

    BalasPadam
  4. manusia sentiase mahu senang dgn cara mudah
    mungkin dengan membanting tulang empat kerat xsame hasilnya dgn lakukan seks oral yg hanya gune tenaga nafsu semate.
    mungkin malu atau berpandangan sinis dgn pekerjaan yg lebih mulia spt jurujual, nelayan dsb.
    " bkn senang nak senang dan bkn susah nak susah"-teringat kata-kata ustaz sy dlu.

    BalasPadam
  5. Kenapa bah.. kenapa bah...!!
    Ayoyooo... Tangachi/Minachi yena dey?

    Saya ingatkan yg bersari di Jln. Masjid India aje spt yg dilaporkan di dlm 'Aduan Rakyat' tempohari.

    Pada saya alasan kemiskinan adalah satu alasan yg terlalu dangkal!

    Yg sebenarnya mereka nak duit mudah, nak duit banyak, nak seronok/sedap (Seks tanpa rasa kasih & sayang??).

    Tak ada cara lain, tangkap - denda yg sepatutnya, beri kaunseling, pantau berterusan.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum

    bg saya, alasan "keluarga hidup susah" x boleh pakai langsung..adakah dgn menrima duit secara haram itu, akan membantu kesenangan hidup mereka? Mungkin bg mereka, kerja sbg cleaner atau kerja kilang tiada class...tp, mereka harus fikir, lebih baik bekerja tiada class tetapi halal drp kerja spt mereka tetapi pendapatan secara haram..

    BalasPadam
  7. salam tuan...
    kemiskinan bukan faktor utama mereka ni melacur sbb byk lg pekerjaan halal yg lain.
    rasa sy la, tuan, mgkin bidang pelacuran ni 'mudah'... x perlu kelulusan tinggi, x perlu interview pastu belum tentu dpt kerja, dll lg mcm pekerjaan lain. kerja opis, kilang, dsbnya byk cerewet... kena ikut schedule, ada peraturan, x ble ponteng, byrn ciput kerja lebih, kena marah2 bos, dll. kerja pelacur senang, yg penting x jijik dgn pekerjaan keji dan x takut Allah, kalo takut pun.. buat2 x takut, bayaran pun lumayan....
    sy rasa la, bukan di Melaka sj yg ramai org dr Sabah(bt malu org Sabah je ceh!!!) tp di KL pun ramai. sbbnya, kegiatan keji mereka x dpt dihidu oleh keluarga mereka di kg.... klu melacur kt KK, nanti adalah member atau sedara sekampung nampak kan...
    ada org kg sy dulu kerja camtu smpai ke Tokyo.. kini balik kg lepas kena HIV. bukannya susah pun keluarga dia, ada ladang kelapa sawit beratus ekar dan adik2nya ramai yg keja cikgu, jururawat.
    sy rasa la, tuan, mereka yg kerja gini.. salah satu faktor penyebabnya adalah mereka memang ada kecenderungan ke arah aktiviti x bermoral..so why not jd pelacur kan?dpt jugak RM..
    geram..geram...
    nak tau tuan, sy kenal seorg cikgu yg mghidap AIDS.dia dijangkiti oleh suaminya yg jg seorg cikgu, yg ketika bujang suka melanggan 'mereka2' ni.kesian, anaknya meninggal 2 thn lpas akibat AIDS.

    BalasPadam
  8. kesal ngn ank muda skg sgp melakukan apa sj demi kesenangan akthough menggadaikan maruah...paling dkesali if they r muskim..dunia akhir zaman..ibubapa memainkan peranan penting dlm memantau kegiatan ank2..tmasuk masyarakat sekeliling..emmm, always kita dgr pelacur dtangkap, but 'ibubapak ayam' jrg2 kita dgr...mengapa terjadi sedemikian? hotel2 juga memainkan peranan dlm menangani isu pelacuran ni, jgn hny memandang keuntungan semata-mata..moraliti diri tu penting..(sy pernah bkursus d cheras n nk check in 1 hotel bajet dsane, kt kaunter owner buley tny sy "mau berapa jam?" tkedu kejap sy) so, hotel2 bajet nih pn sebenarnya 'bersekongkol' dlm isu ini...myb bkn sume but kebanyakkannya...

    BalasPadam
  9. melakukan kerja perlacuran macam dah tak ada kerja lain yang boleh dibuat. Orang asing berlumba-lumba datang ke malaysia sebab macam-macam boleh di buat di sini, lagi-lagi kalau berniaga memang dia orang suka.Kita tahu, kebanyakkan yang buat kerja perlacuran ni datang dari keluarga yang miskin. Tak salah nak membantu keluarga untuk tambah pendapatan, tapi kalau duit tu datang dari sumber yang tak elok, duit dapat banyak macam mana pun akan sentiasa tak cukup. Hidup akan lebih berkat walaupun pendapatan sikit dari sumber yang elok. Lagi-lagi kita kena ingat orang yang kita nak bagi makan tu ibubapa dan adik beradik kita.

    BalasPadam
  10. Buat serbuan dan tangkapan tak susah. Yang susahnya untuk memastikan kes yg sama tidak berulang.

    Oleh itu, pihak polis dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memastikan kes tidak berulang. Jangan sampai hari ini serbu, esok ada lagi.

    Kalau Jabatan Agama Negeri buat serbuan, sudah tentu tak boleh tangkap pelacur bukan Islam. Kira cuma macam melawat sajalah. Di Kluang pun ada beberapa hotel dijadikan tempat pelacuran setiap hari, pelacurnya bukan Islam.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  11. kesiannya,

    memilih kerja yang sedikit keluar peluh banyak masyuk wang agaknya.

    BalasPadam
  12. salam...
    jangan ajar anak guna shortcut... jalan mudah nak hidup mewah... kerja lain penat. mungkin kerja pelacur.. fun and money dlm satu package!
    astagfirullah...

    BalasPadam
  13. Bro

    Pemilik @ dalang @ Executive Director Pusat Urut ni dapat tangkap tak?

    Ada teka-teki, soalan banak jawapan dia satu, tapi saya takut nak tulis di sini.

    Sebab takut kena marah semua orang

    Biarlah Rahsia

    ha ha ha

    Bagi teka teki lain boleh?

    Kalau Bulan, pasangannya Bintang
    Kalau Bunga, pasangannya Kumbang
    Kalau Siang, pasangannya Malam

    Kalau Matahari??
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Jawapannya sila scroll ke bawah
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    Jaawapannya ialah: Tiada yang sudi jadi pasangan Matahari sebab semua takut terbakar.

    ha ha ha

    BalasPadam
  14. Alid, buat teka-teki lagi ya.

    Ya, saya setuju jika dikatakan majoriti pelacur muda cuba mendapatkan wang secara mudah dengan perniagaan tanpa modal kecuali tenaga dan keringat.

    BalasPadam
  15. Kak Cik, nanti saya hantar wartawan dan jurugambar ke lokasi terbabit. Rasanya, kes itu pernah dikeluarkan di dalam Buletin Utama tempoh hari.

    BalasPadam
  16. Nauzubillah.. Kegiatan sebeginilah yang akan mengakibatkan bala bencana. Pelbagai Penyakit berleluasa akibat bertukar-tukar pasangan. Yang menyedihkan jika suami/isteri dan anak-anak turut terkena jangkitan virus pembawa maut itu... (teringat waktu kecil dulu saya pernah terlihat seorang lelaki tua berkain pelikat berjalan dalam keadaan sangat lemah.di setiap langkah-langkah kakinya ada titisan cecair berwarna hijau (nanah)... apa yang saya tahu, waktu muda dulu dia suka berpoya-poya/tukar-tukar wanita)... itulah diantara implikasi kegiatan PELACURAN!!!!!

    BalasPadam
  17. makin kerap di serbu makin banyak tangkapan, semakin galak pulak kegiatan ini berlangsung.

    BalasPadam
  18. Nak duit mudah sampai sanggup gadaikan maruah diri..apa nak jadi la...isk2..

    BalasPadam
  19. diana,

    ooh yer baru saya tau beli ikut KILO ..mahal ikut KILO
    seingat saya mahal ikut warna kulit.

    BalasPadam
  20. hana,

    tak elok ungkit masa muda2 dulu, mana tau dah taubat,

    nanah itu rezeki bagi ulat, ulat makan dapat PAHALA juga, ulat bertasbih kepada Illahi bagi pahala kepada tuan punya nanah..

    BalasPadam
  21. takda beza dgn pelacur kelas atasan,call girl or sugar baby,semua nya bertuhankan duit shj,tak nak susah..nk senang,malu jd awek cleaner,tp yg terlibat dlm sindiket pula mcmane?? isk,tp tulah,selagi ada daya usaha nak keluar dr dunia gelap ni pasti ada jalan...nauzubillah..

    BalasPadam
  22. haiii... tak habis2 lacur lacur lacur.. cuba minta kerja kat kedai mamak ke, kutip tin ke janji tak melacur..nasib baik aku lelaki. kalau tak.....

    BalasPadam
  23. manusia mmg x serik2 =)
    moga kita semua mengambil ikhtibar

    BalasPadam
  24. Jika menggunakan warna hitam, jika dimasukkan warna lain memang sukar untuk warna padanan.

    Yang boleh melawannya ialah warna putih... tetapi berapa banyak warna putih yang perlu kita gunakan untuk memutihkan yang hitam?

    BalasPadam
  25. Jadi pelacur..menyelam sambil minum air...duit dapat...kepuasan dapat..lolz..

    BalasPadam
  26. Jarang kita dengar Ustaz/Ustazah melakukan perbuatan sumbang; kalau ada pun hanya segelintir atau Ustaz/Ustazah Celup.

    Kenapa Ustaz/Ustazah perginya; sebaiknya begitulah iman dalam diri kita biarlah betul-betul jati. Bila nak lakukan maksiat ingatlah kita semua orang Islam ini biarlah sebaik Ustaz/Ustazah maruah dirinya. Malu itu separuh dari iman. Jika tak ada perasaan malu maka akan hancurlah jati diri.

    Pelacur satu kerjaya bagaimana pula pelanggannya. Jangan ceritera fasal Melaka; bagaimana negara jiran kita nun di utara sana; sejak berzaman perlacuran atau agenda maksiat menjadi daya tarikan perlancongan di sana.

    Rasanya semua lelaki teruja ke sana; tak lakukan maksiat tapi tetap buat maksiat mata!.

    Mana mungkin perkara ini dapat dihapuskan tanpa kekangan iman yang kental. Apatah lagi dalam masyarakat majmuk begini.

    Letih kita weh!.

    BalasPadam
  27. MUNGKIN MEREKA INI TERRR IKUT KATA-KATA FATWA DARI DR MASHITAH YG MENGHARUSKAN PELACURAN KALAU TERDESAK. MUNGKIN? FIKIRKAN

    BalasPadam
  28. Pekerjaan apa yang boleh buat sambil baring dan terlentang...boleh tahan juga ye dinding bilik hotel tu...

    BalasPadam
  29. Zaman sekarang ni pompuan spt tu dah jadi macam ayam daging kat pasar je. Boleh dijual beli dan ditawar-menawar lagi...Begitu ke'haiwan'an sekali.
    Itu belum masuk lagi yang jadi GRO, bohsia(minah rempit) atau pelakon lucah...entah2 lagi banyak.
    Rosaknya perempuan/wanita tak sama macam rosaknya lelaki, sebab lelaki begitu mudah 'mencuci diri'. Sejahat2 lelaki pun akan cari gadis2 yang baik utnuk dijadikan isteri. Gadis2 yang rosak akan terus bergelumang dengan kejijikan sampai bila-bila (sampai hujung nyawa)
    Fikir-fikirkan lah...wahai kaum hawa, bagaimana malangnya nasib anda jika terlanjur.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.