Mampukah bayi berenang? Tidak. Berupayakah ibu tua mengharung arus deras sungai? Tidak.
Justeru, mengapa mereka harus menyabung nyawa?
Saya berasa amat terharu sewaktu merakamkan gambar di jeti Sungai Limbang, Sarawak. Penumpang menaiki bot tanpa memakai jaket keselamatan. Sukar saya membayangkan jika bot terbalik, anak kecil itu pasti akan terlepas dari dukungan ibu lalu tenggelam. Perlahan air memasuki rongga hidung dan mulut, memberhentikan pernafasannya.
Tidakkah ada pihak berkuasa memantau kegiatan harian penghuni kampung di seberang sungai memperjudikan nyawa mereka? Terlalu mahalkah harga jaket keselamatan berbanding nilai nyawa manusia?
"Sudah biasa"
Barangkali sebilangan berkata begitu.
Namun hakikatnya, bencana tidak pernah diundang, muncul tanpa dijangka, sesal tidak berguna.
Saya percaya, kejadian sama turut berlaku di banyak lokasi lain di Malaysia. Cuma ramai bersikap pejam mata.
Salam BRO MAZ..
BalasPadamsuspens nya..
setahu saya, bayi boleh lemas dalam air dalam masa secepat 5 saat saja..
Saudara Mazidul,saya sendiri mengajar di Sarawak dan menaiki speedboat jika mahu keluar ke bandar,terus terang saya katakan saya tidak memakai 'safety jacket',kadang-kadang bot melebihi muatan ada yang duduk di lantai dan atas bumbung.
BalasPadamDah banyak kali keluarga nasihatkan pakai safety jacket tiap kali keluar bandar,tapi saya tetap berdegil.
huhuu..tak patut kan?
Perkara biasa yang sering mengundang padah seringkali tidak diambil indah.. demi sebuah 'kelangsungan', keselamatan dipinggirkan..
BalasPadamBro Mazidul..Kat Malaysia bila sudah berlaku kes yang melibatka kematian adn mendapat perhatian media massa dan orang ramai baru la ada pihak yang nak buat countermeasure. Bak kata pepatah sudah terhantuk baru terngadah. Mungkin ada benarnya dan amalan ini sudah tertanam dalam DNA kita di Malaysia..ini cuma pendapat bagi orang kurang arif macam saya.
BalasPadamSikap orang Malaysia memang begitu, sudah terhantuk baru nak terngadah. Tapi kadang2 dah terhantuk banyak kali pun... langsung tak terngadah... akhirnya mati terhantuk.
BalasPadamBayi yang baru lahir memang terbukti boleh menahan nafas secara semula jadi.Jika soalan bayi boleh berenang?Ya ,boleh, jika diajar.
BalasPadambenda yg sama pernah sy lihat di sepanjang sg Kelantan masa sy berboat dgn family di sepanjang sg kelantan. Jaket keselamatan barangkali terlalu mahal utk dibeli di kedai sedangkan nyawa tidak boleh di beli..tu sebab mrk abaikan soal-soal keselamatan..
BalasPadamSalam Tuan
BalasPadamI would say they have no other choice. The boat operators might say "No life jacket, tak mau naik sudah, berenang balik rumah". Buat jamban tan, totally out of question. Penguatkuasaan? paham-paham ajer la...
This is the example what will be heard when you board ferry to Langkawi should you complaint too much. Span dlm life-jacket pun dah reput. Ada mcm tak der ajer.
What to do, we have to live with that. Hope you can highlight it in your segment.
Bro
BalasPadamBak kata orang tua tua
Alah bisa tegal biasa
Sudah terhantuk baru tengadah
Langkah langkah keselamatan biasanya menjadi tanggung jawab operator bot atau mereka yang berkenaan.
Orang awam boleh memilih untuk tidak menaiki atau menggunakan khidmat pengangkutan yang tidak ada menyediakan jaket keselamatan.
Mungkin tiada pilihan lain atau sikap ambil mudah.
Bila terkena baru beringat, mungkin..
Entahlah
naik bot di water front pon sama jugak, takde safety jacket.
BalasPadambetul kat en. mazidul..
BalasPadamdulu di kawasan saya, dari kuala nak ke seberang nak bot tp takde life jacket pun. Di satu daerah di negeri kelantan, life jacket hanyak disediakan terlalu terhad. sebuat bot cuma ada 5 sedangkan penumpang lebih daripada itu
aduhh... at least ada life jacket pun dah ckup. ni sampai bertarung nyawa. memang la dah biasa tapi betul kata en mazidul, kecelakaan boleh berlaku bila - bila masa.
BalasPadamunik.
BalasPadamtapi saya tak rasa ini sebagai satu masalah. sejak dari kecil lg, bila pulang ke kampung kena merentasi sungai yg ada buaya. and without life jacket :) tiada pulak terbit rasa kebimbangan. lgpun siapa yg pakai life jacket mmg kelihatan pelik lol.. kini suda 21 tahun berlalu, masih lg tidak memakai life jacket. saya rs hanya menteri yg datang melawat je pakai life jacket. or org bandar!
maybe we are ignorant. but thats how we live.
anyway, mintak jauhkan bala. im not saying this to show that we are proud of ourselves. it's just we have never been trained to use life jacket as a safety precaution neither do we have learnt from previous experience the importance of wearing life jacket. again, thats how we live.
but, i would love to hear that one day menteri datang ke kampung and tell org kampung to use life jacket. plus, dgn budget sekali la utk beli life jacket. i dare to say they will only wear it during the 1st week and lepas tu, goodbye life jacket *sigh* and bila menteri datang melawat balik, baru sibuk nak cari life jacket yg tersorok entah d mana.
ok jk! nite
Emylia, saya percaya ajal maut di tangan tuhan. Jika pengguna dan penawar perkhidmatan mempunyai inisiatif bersama pasti hal berhubung soal keselamatan dapat dipertingkatkan.
BalasPadamTak jadi tak apa..dah jadi baru lah salah orang ni..salah orang tu.
BalasPadamSuka sangat menyesal kemudian dan paling tak berguna menyesal dahulu tak pernah sama sama nak difikirkan..
ajal maut di tangan tuhan, tetapi kita kena berusaha dan kemudian bertawakal jika tidak seperti mengundang berlakunya tragedi. Seperti kata pakar motivasi, kalau biasa kita buat silap maka yang silap tu akan jadi betul dan yang betul akan jadi silap. Kita biasanya tidak belajar dari pelbagai peristiwa yang berlaku dan beranggapan ianya tidak akan berlaku pada kita yang mana hakikatnya sebenarnya berbeza.
BalasPadamBagi saya kita semakin moden & kehidupan kenalah diseimbangkan dengan kemodenan; bot begini memang bahaya. Risikonya amat tinggi dibandingkan jika ditukar ke bot lebih besar & lebih selamat.
BalasPadamMasalahnya siapa pula mahu menjadi pemodal, bagaimana pula dgn mereka bergantung rezeki dengan bot kecil begini.
Saranan tentang jaket keselamatan sememangnya jalan penyelesaian; selebihnya memang nak nahas dibaham buaya ganas. Jangan doakan begitu!.