Saya dan krew 999 tiba di Limbang, Sarawak jam 4.20 petang semalam. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kami transit di Kuching. Dari ibu negeri Sarawak itu kami kemudian terbang ke Miri sebelum menaiki pesawat ATR ke Limbang, bandar sempadan di antara Sarawak dan Brunei.
Jam 6.30 pagi tadi saya rakamkan gambar langit di Limbang ini.
Berikut beberapa gambar bandar Limbang dan kampung berhampiran sungai.
Wanita ini menyelongkar sampah mencari barangan boleh dikitar semula untuk dijual.
Bangunan putih di bawah ini terletak di kawasan digelar 'Bangkita'. Sebelum ini Bangkita dikatakan terkenal kerana menjadi sarang pelacur Indonesia, 'ayam sangkar'. Mereka dikatakan memanggil orang ramai lalu-lalang di hadapan bangunan untuk menawarkan khidmat seks sambil berdiri di tangga bangunan, pintu berpagar dan dikunci. Oral seks di premis terbabit dilaporkan berharga cuma RM20 tetapi jika pelacur dibawa ke hotel, harga mencecah RM300.
"Pelanggan mereka kebanyakannya orang Brunei. Di Brunei tak ada pusat hiburan, tak ada pelacur, tak ada jual arak. Jadi pada hari Jumaat dan Ahad, sebilangan mereka datang ke sini," ujar rakan anak kelahiran Limbang.
Saya difahamkan 10 dollar Brunei nilai terkininya bersamaan dengan RM24. Justeru ramai rakyat Brunei berkunjung ke Limbang untuk membeli barangan keperluan harian pada harga lebih murah berikutan kadar tukaran mata wang itu.
"Plat number kereta Brunei besar, plat number kita kecil," tambah rakan lagi.
Malam tadi, saya dan krew 999 menyertai operasi memantau deretan kedai kayu di pekan terletak di sempadan Brunei-Limbang, Tedungan. Segelintir peniaga dilapor sering menyalahgunakan lesen perniagaan, menjual arak tanpa lesen.
"Di sini, 10 dollar Brunei boleh dapat 8 botol beer. Ramai datang minum seawal jam 2 petang sebelum gate ke Brunei tutup pada jam 10 malam," ujar lelaki tempatan mendekati saya dengan mulut berbau arak.
Melalui pengamatan saya, banyak kenderaan diparkir di kawasan terbabit bernombor pendaftaran 'besar'.
"Ramai juga pak haji dari sana datang enjoy di Tedungan ini," sampuk rakannya.
Salam MAS..
BalasPadamkakcik suka gambar awan tu.. :)
masa kakcik di Miri pun kakcik dapati ramai orang dari Brunei datang kat sana (berdasarkan plet kereta dan makluman dari teman). Semoga Saudara dan krew berjaya menjalankan 'misi' dengan sempurna dan selamat walau di mana sahaja.
nak tanya siket...
BalasPadampe maksud plat no besar???
huhu...
Ketegasan pemerintah Brunei dalam mencegah yang mungkar telah membuatkan syaitan2 itu beralih ke wilayah pemerintah Malaysia, jika pemerintah Malaysia juga bertegas sebagaimana Brunei, kemanakah syaitan2 ini mahu berkampung?
BalasPadamcantik pemandangan awan tu... :)
BalasPadampak haji pun sama naik nak enjoy..isk2...
satu maklumat yang baru pada saya. terima kasih kerana berkongsi maklumat ini.
BalasPadamawan bersisik bagaikan arkitek yang sedang berbaris..
BalasPadamPak haji masa baik, masa 'skip'(demam) lain kira..
sudah menjadi kebiasaan setiap jumaat dan ahad, pekan limbang akan dibanjiri warga brunei.malah, hari-hari biasa tetap mereke berkunjung ke sini.Mungkin faktor kunjungan mereka ke sini untuk mendapatkan barang-barang keperluan yang lebih murah jika dibandingkan di negara mereka sendiri. atau mungkin sebab hubungan kekeluargaan di antara penduduk limbang dengan mereka. atau juga mungkin "hal-hal lain" yang tiada disediakan di negara mereka.
BalasPadamMaksiat tdk mengenal batas usia & garis sempadan.
BalasPadamNafsu & keupayaan ringgit & sen menolak terus hukum & janji Tuhan yg tidak nampak di mata.
Sewaktu terkedang menanti sakaratul maut baru keinsafan dtg menerpa, semuanya sudah terlambat untuk memusing kembali hukum karma mu di saat itu walaupun seinci.
Bro
BalasPadamPelik juga ye, apa yang sedap sangat makan ayam sangkar tu?
Bukan kah sudah ada ayam goreng kampung, ayam kukus ala Sze Chwan, Ayam Panggang Beggar.
Betul punya pelik ni
Pening palak
Nota: Bro, nak minta gambar bot panjang tu, cantik lah, nak buat wallpaper kat notebook.
Sungguh cantik gambar pemandangan awan tu, saya pun nak copy gak... bleh?
BalasPadamMaksiat dan nafsu liar tak mengenal usia, atau taraf ekonomi. Yang miskin pun tingin, yang banyak duit, apatah lagi...
Pak Haji sekarang ramai juga yang muda, Bang Haji; malahan ramai tak suka dipanggil Haji biar pun telah menunaikan Haji.
BalasPadamMaka ceriteranya sama; di mana ada sarang pasti di situ sering terdapat telur untuk menetas. Siapa buat sarang? siapa empunya telur!. Penat nak memikirkan.
Sedangkan unggas pun jarang guna sarang rakannya kenapa manusia asyik bedal semua!.
Maka itu aku suka burung Merbah Kampung berbanding merpati di kota! Tak pernah kulihat Merbah Kampung punyai bini sebanyak merpati di kota.
saya orang Brunei, pleasa jangan terlalu menampakkan atau menonjolkan penghinaan terhadap orang Brunei, tidak semua Bruneian atau yang Haji ke Limbang berbuat maksiat, please jaga persaudaraan kita tq
BalasPadam