Khamis, April 01, 2010

32 Lelaki Berkhalwat Dengan 7 Perempuan?

Jam 5 petang tadi saya menghubungi kenalan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

"Bilik di Intekma Resort dan Convention Center tu macam apartment. Di dalamnya ada 2 bilik lagi kalau tak silap lah," ujarnya.

Bukan apa, saya berasa hairan berikutan kes penangkapan 39 orang termasuk 7 perempuan berusia di antara 18 dan 30 tahun dikatakan berkhalwat di Intekma Resort and Convention Center. Majoriti mereka tidak mengaku bersalah dan akan dibicarakan manakala 10 lelaki mengaku dan didenda di antara RM2,000 dan RM2,900.

Saya difahamkan, Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS mempunyai 3 kumpulan dianggotai 7 penguatkuasa (2 di bahagian pertanyaan di pejabat), bertugas 24 jam mencekup mereka berkhalwat. Maksudnya, 1 kumpulan bertugas 8 jam sehari.

Namun, ada pihak mendakwa amat sukar untuk penguatkuasa terbabit melaksanakan tugas mereka biarpun banyak aduan dibuat masyarakat berhubung kes khalwat di rumah flat, apartment dan kondominium.

Saya dimaklumkan anggota gerakan JAIS menerima purata 9 aduan sehari daripada penduduk di Shah Alam. Petaling Jaya, Kelana Jaya, Seri Kembangan, Serdang dan Puchong.

"Bilangan penguatkuasa kurang. Pengambilan anggota dilakukan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, SPN Selangor bukan JAIS," kata sumber.

Setiap kes tangkapan khalwat, Orang Kena Tahan, OKT akan dibawa ke balai polis berhampiran untuk JAIS membuat 'covering report' dan selepas itu OKT akan dibawa ke  pejabat JAIS di Shah Alam untuk urusan jaminan. Proses terbabit didakwa memakan masa, tambahan pula apabila lokasi aduan dipisahkan jarak jauh di antara satu sama lain.

Bagaimanapun, kini nazir, imam dan bilal masjid dilapor telah ditauliahkan kad kuasa untuk membuat tangkapan.

"Ramai orang keliru. Ahli jawatan kuasa masjid boleh membuat tangkapan dan bawa OKT ke balai polis. Selepas membuat laporan, mereka boleh balik, tak perlu menunggu penguatkuasa JAIS kerana OKT akan ditahan polis dan kemudian diserahkan kepada penguatkuasa JAIS," ujar sumber lagi.

Saya kemudian mengajukan soalan cepu emas barangkali sering ditanyakan orang ramai.

"Kalau ramai perempuan dan lelaki berada di dalam bilik, bolehkah mereka dituduh berkhalwat?," soal saya.

"Samada seorang lelaki bersama seorang atau lebih perempuan atau seorang perempuan bersama seorang lelaki atau lebih sehingga menimbulkan syak wasangka, boleh dituduh berkhalwat," jelasnya.

Gambar Harian Metro

24 ulasan:

  1. uhhh? berkhalwat beramai-ramai?
    first time dgr..huhu

    BalasPadam
  2. heran juga iyer bila kalau ramai pun boleh dianggap berkhalwat ...dan tambah heran bila ramai2 pun boleh menimbulkan syak wasangka, boleh dituduh berkhalwat!

    tapi tak mustahulkan buat maksiat ramai2 ..sebab semua satu "kapal" satu kepala ...jadi tak ada rasa segan silu utk buat sesuatu yg "menimbulkan syak wasangka"

    BalasPadam
  3. yea la. hidup melayu. hidup mahasiswa2 mahasiswi sekalian..

    BalasPadam
  4. hebat mahasiswa mahasiswi sekarang..buat kuliah dalam hotel. praktikal sekali la tu..

    BalasPadam
  5. Berkhalwat itu ertinya bersunyi-sunyian, kan?. Kalau dah ramai-ramai tu, boleh ke sunyi? Atau memang mereka 'bersunyi-sunyian' walaupun ramai? Hmmm....

    BalasPadam
  6. dikira mewah juga klinik bersalin yer ??.

    agaknya berapa lama masa baru dibocorkan rahsia ini?.

    BalasPadam
  7. Berkhalwat beramai-ramai mmg pelik. Tapi kalau dalam bilik karaoke, mungkin tidak berapa pelik...

    Pakaian mereka semasa ditangkap pula bagaimana?
    A. menutup aurat?
    B. sekadar menutup apa yang perlu.
    C. menjolok mata?
    D. bogel?

    Lepas ini patut ada undang-undang berpakaian senonoh. Sape yang tak 'compile' boleh kena denda, mcm di Acheh dan KB.

    Apa macam?

    BalasPadam
  8. kalau khalwat ramai-ramai dah masuk kes tak cukup bilik asrama/ hostel atau rumah sewa mahal.


    NGO melayu ada yang meninjau ker?

    BalasPadam
  9. mintak di jauh kan dari perkara2 yg x elok ni....amin.

    BalasPadam
  10. aik? berkhalwat beramai-ramai? 1st time dengar macam tu....memang melakukan sungguh....

    BalasPadam
  11. Cuba fikir balik apa maksud khalwat sebenarnya?

    BalasPadam
  12. And a lawyer is standing by - smiling. The most they can do is disciplinary action against the students.

    Macam mana nak buktikan ada asas khalwat? Siapakah yang terkhilaf dalam mengklasifikasikan kes ini? Akhbar atau JAIS?

    Ishh. We are definitely being laughed at.

    BalasPadam
  13. pastinya ada yang confuse dengan takrifan khalwat tradisi bermaksud berdua-duaan dan menganggap beramai-ramai tidak berkhalwat. dan pastinya juga menganggap dok beramai-ramai dalam kelas/pejabat/etc boleh dianggap khalwat.

    Khalwat dalam Akta/Enakmen Jenayah Syariah apabila memenuhi elemen kesalahan khalwat yang meliputi lelaki dan perempuan (tidak terhad bilangannya) yang berada didalam tempat tertutup, tiada hubungan muhrim, disyaki melakukan perbuatan tidak bermoral. (cukup dengan syak sahaja)

    Kalau pejabat/kelas itu tempat yang terbuka, manakala bekerja adalah perbuatan yang bermoral. (unless kalau ada elemen-elemen diatas)

    BalasPadam
  14. mak oi ramai nye....
    emm...semangat 1 Malaysia kot..hehehee

    BalasPadam
  15. hmm dulu masa blajar kt s.alam memang ada kes ditangkap beramai2.maklumla student memang ramai kat s.alam.... salah satu tip... kalau tak mau menimbulkan curiga.. jgn la wat kt tempat tersembunyi..cth nya.... kalau nak study reramai atau wat assignment rramai cmpur lelaki n perempuan.. group..... so bukala pintu besau2..jgn la duk terperap dlm rumah... so ia tak akan menimbulkan curiga... yang penting buka je pintu tu....heeee... sbb dulu sya selalu ada wat belajar n assignment secara grouping n campur laki n perempuan..so selalunye rumah la jadi tempat berkumpul..selesa n sambil buat keje leh jamu2 makn... yg penting kita jgn la wat benda yang mendatangkan curiga..... kalau wat party ke jamuan ke bgtau le pihak berkenaan...

    BalasPadam
  16. ni bukan khalwat da ni..da cm parti sex plak..haha..erm apapun,kes mesti berbukti..

    BalasPadam
  17. Semakin keliru dan mengelirukan nanti...

    Nanti ada lak yang ambil peluang untuk memutarkan belit perkara yang sudah jelas...

    bersunyi-sunyian tu kira khalwat kan? Tapi kalu dah ramai tu sunyi ker?

    BalasPadam
  18. menimbulkan syak? apa kata syak tu tidak benar? org kita skrg ramai yg syak prasangka tanpa bukti yang nyata..

    BalasPadam
  19. Haha.. best ni. kalau camni senang. masa zaman sekolah dulu dah khalwat. Duduk campur laki perempuan dalam kelas. siap duduk sebelah perempuan lagi. haha.. camna tu? Dashyat. Kalau orang yang nak syak pun patut2 la. jangan suka2 je nak syak. Tu aniaya orang namanya. Biar la cukup bukti dulu baru buat tuduhan.

    BalasPadam
  20. Apa kaitan artikel in dengan mahasiswa UiTM? Ramai yang tidak tahu bahawa Intekma Resort tu bukan asrama. Ia merupakan hotel,dewan dan ruang seminar yg disewakan kepada orang luar dan dikendalikan oleh UiTM melalui program perhotelan. Samalah seperti kursus perubatan Universiti lain yg mengendalikan Univ. Hospital. Kemungkinan besar yang ditangkap itu orang luar yang menginap di situ, tgk gaya pun dh tua.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.