Sabtu, April 10, 2010

Ayam Den Lapeh

Jam 10.30 pagi tadi saya menyertai pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Limbang, Sarawak memeriksa rumah kedai di Bangkita, di tengah bandar Limbang.

Operasia diketui Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Landi Ilod dibantu 10 pegawai dan nggota. Seperti dijangka tiada tangkapan berjaya dilakukan.

"Awak tiba sahaja di airport, satu Limbang dah tahu," ujar lelaki minum di restoran berhampiran lokasi serbuan.

Di tingkat atas rumah kedai saya bertemu wanita Indonesia, peniaga bakso, berusia 52 tahun.

"Ibu ada passport?," tanya saya.

"Ada. Sudah tinggal di sini 32 tahun," balasnya.

Setelah didesak, dia akhirnya mengaku passportnya telah lama tamat tempoh namun tidak pernah ditahan Jabatan Imigresen.

Manakala 3 anak perempuannya mendakwa bilik kosong di rumah sewa sama digunakan abang mereka menuntut di tingkatan 6 atas. Wanita tua itu pula berkata, bilik sama dihuni anak dan isterinya sebelum ini.

Berikut penemuan saya divbawah katil kayu di bilik terbabit. Saya yakin, bilik terbabit disewakan kepada 'ayam sangkar', pelacur Indonesia.


"Memang ada perempuan Indonesia umur 20 an, duduk di tangga setiap hari bermula pukul 8 pagi sampai jam 9 malam. Cuma hari ini saya hairan sebab tak ada," kata penyewa lelaki tinggal di tingkat atas bangunan sama.

Saya hanya tersenyum. 'Ayam sangkar' melarikan diri lebih awal setelah mengetahui kehadiran saya di Limbang. Apapun tindakan terbabit telah saya jangkakan dari awal. Namun misi saya membuktikan pelacuran masih berleluasa di Limbang tercapai.

Saya dalam misi menemubual ayam masih menawarkan khidmat seks mereka.

10 ulasan:

  1. Bro

    Tu apa ke bendanya tu?

    ubak batuk?

    Ubat sakit tekak?

    'Electronically tested'

    - Ayam sangkar pun ada TONTO ye?

    Hebat 'mereka' ( Read: Mereka yang terbabit secara langsung atau tidak langsung)

    BalasPadam
  2. mak aii...camne diorang tau tu bro nak datang Limbang?? mesti ada yang jadi silent reader blog ni...hehe

    BalasPadam
  3. Itu menandakan sungguh popular BRO MAZIDUL kita ni. Sampai airport jer orang dah tau. Berselerak depa lari. Hehehehe...

    Takper, hari ni tak dapat, esok lusa mesti masuk jala punya..

    BalasPadam
  4. nampaknya mazidul kena antar perisik2 b4 turun ke mana2 lokasi penggambaran...:-)

    BalasPadam
  5. Pandai pulak ayam sangkar tu cari pintu keluar ya?

    BalasPadam
  6. pelacur ramai yg educated... maybe mak bapak ayam ada layari blog bro.. heheh

    BalasPadam
  7. kat srwk tu kena dtg senyap2.. xyah umum mana2 kot.. kena plan senyap2.

    mana2 pun ade TONTO.. uhh!

    BalasPadam
  8. Terkadang saya kekuk nak panggil ibu, sebab biasa org Indon tua saya panggil Bibik sahaja.

    Emmm! kalau telah panggil dia ibu... tambah sahaja hujungnya ... memang kerjanya jual daging ayam mentah!.

    Ini musibahnya bila wang itu telah mengaburkan mata semua!, maka persetankan ianya datang dari mana. Biar pun kita tahu kita tak buat dosa zina tapi bagaimana jika kita makan wang sewa dari perbuatan zina itu!

    BalasPadam
  9. To mazidul..sy pun pelik,boleh dikatakan tiap2 hari selang 1-2 jam polis akan lalu dihadapan bangunan BANGKITA yg dimaksudkan (jalan2 kot) tp mcm buat2 x nmpk jer(jalan Utama),kekadang polis2 ni siap lalu deretan dpn2 kedai mkn yg ada kat situ(dpn bangunan BANGKITA jugak tp jln kecik),mcm ada sumtin yg backup ayam2 ni...kalau mazidul ada masa dtg limbang lg cuba JANGAN hebohkan sapa2 yg mazidul ni nk datang buat operasi @ jgn maklumkan kepada sesiapa walaupun kepada pihak penguatkuasaan kat sana spt polis,pihak imigrisen dan yg sewaktu dgnya. Lg satu yg paling penting penampilan diri kena ubah spt pakai topi,kaca mata dll yg x menampkkan yg ini adalah mazidul. Lepas tu waktu mlm mazidul pergi lalu kat bangunan BANGKITA tersebut tinjau2,mmg CONFIRM 100% ada pelacur kat situ yg melambai2 tangan mencari pelanggan..kebiasanyaa pelacur2 ni aktif dr pukul 5 ptg hingga 12 mlm (bergantung pada permintaan).Disamping itu jgn lupa pantau sekali (bongkar lg bagus) kegiatan penyeludupan minuman keras & rokok dr labuan yang mengelak dr cukai(siap lalu depan pegawai2 kastam tu)...Jgn dilupakkan juga kegiatan perjudian Nombor Ekor spt "Sport TOTO,Magnum dsb yg dijual berleluasa kpd org ISLAM !!!
    Kalau ikutkan mmg byk maksiat kat Limbang cuma org Limbang jer tahu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.