"Saya dahulu semasa kecil, jual botol cuka getah," ujar beliau.
"Botol warna coklat terang ke datuk?," soal saya.
Saya juga pernah menjual botol sama sewaktu kecil.
"Ya, 3 botol harganya 10 sen," balas beliau.
Itu antara intipati perbualan saya dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ, Datuk Solah Mat Hassan sewaktu kami bersama berada di lokasi operasi 4 kilometer dari pekan Rantau Panjang, Kelantan jam 11 pagi tadi.
Tujuan operasi, memantau van Thailand dilaporkan membawa penumpang dari negara jiran masuk ke Malaysia. Tindakan terbabit dikata menggugat pendapatan pemandu teksi dan kereta sewa tempatan di Rantau Panjang.
Datuk Solah, 57 tahun, anak kelahiran Kampung Gaal, Pasir Putih. Siapa mampu menjangka anak kecil suatu ketika dahulu penjual botol kini Ketua Pengarah JPJ?
Mesej ingin saya kongsikan dengan pembaca, sebagai ibu bapa, seharusnya kita sentiasa mengingatkan anak, biarpun kehidupan dilalui sebilangan kita tidak semewah mana, berbekalkan kesungguhan mengejar ilmu pengetahuan, mereka mempunyai peluang untuk berjaya.
Sebilangan pembaca juga saya kira mempunyai episod pedih jerih kehidupan sewaktu kecil sebelum mencipta kejayaan.
Maklumlah, bukan semua kita dilahirkan dalam keluarga 'silver spoon', kaya raya.
Sebilangan pembaca juga saya kira mempunyai episod pedih jerih kehidupan sewaktu kecil sebelum mencipta kejayaan.
Maklumlah, bukan semua kita dilahirkan dalam keluarga 'silver spoon', kaya raya.
Salam,
BalasPadamSdr, saya pernah jual cendawan busut dari rumah ke rumah masa sekolah rendah dulu...kalau ikutkan, hidup lebih susah dr yang ditayangkan dlm "Bersamamu". Alhamdulillah, akhirnya Allah lapangkan kehidupan kami...
ye betuL!
BalasPadamtidak semua perkara seorang anak pelu mewarisi dari kedua orang tuanya..
Kakcik pernah 'satu kementerian' dengan Datuk ni dulu.. dari dulu sampai sekarang.. mcm tu juga rupanya - tidak banyak berubah..
BalasPadamKakcik juga punya kenangan masa kecil yang tidak begitu manis, tapi sukar untuk dilupakan. Anak-anak sekarang - tahunya kalau hendak - mesti dapat.. diceritakan tentang kesusahan kita masa lalu.. bukannya mereka faham!
Saya selalu mengambil pendekatan berbeza. Adakalanya biarpun saya mampu, jika anak meminta dibelikan barangan, saya katakan, dia harus menunggu sehingga saya dapat gaji di hujung bulan.
BalasPadamTindakan itu barangkali mampu sedikit sebanyak mengajar mereka erti kesabaran dan harus menunggu untuk mendapatkan sesuatu diidam.
Vic pun punya kenangan zaman kanak-kanak yang mungkin tak seindah kanak-kanak zaman skang. Ingat masa orang lain sibuk punya waktu belajar utuk UPSR, vic tolong emak berniaga nasi ayam tiap2 malam bermula jam 7 petang. Pukul 2 pagi sama2 dengan emak sorong basikal dengan tong nasi ayam besar atas basikal pulang ke rumah. Tiap2 malam macam tu. Sampai la mak menangis mengenangkan nasib Vic bila dia tgk anak2 kawannya yang sebaya dengan vic sibuk belajar. Demi membiayai diri sendiri dan anak-anak, mak sanggup menderita susah. Kerana terpaksa mak memberi keyakinan pada vic yg waktu tu baru 12 tahun untuk menjaga dua orang adik sepanjang siang dia bekerja.
BalasPadamKadang2 bila difikirkan balik, kenapa ada wanita lain sanggup melakukan perkara ni pada kami sekeluarga? Sampai skang pun takkan dapat maafkan dia walaupun kini segalanya sudah seolah2 kembali seperti sedia kala..
Pernah menjual sambil berjalan kaki hampir 2 kilometer..."tepung pelita"...sambil menjerit "Kueh...Kueh...sapa nak beli kueh". Arwah nenek yang mintak tolong....tepung pelita .... kuih didalam daun pisang...berbentuk perahu... 3 biji ... 10 sen shj...tahun 70an
BalasPadamkehidupan mengajar kita supaya bersikap lebih bersyukur dengan apa yang ada disamping bersikap untuk berusaha menjadi lebih baik
BalasPadamPembetulan...Gaal,,,er,,bukan Gaar.
BalasPadamBro
BalasPadamSamalah dengan saya
segan nak cerita pasal kemiskinan masa kecil kecil dulu
Dahulu makan buah-buahan, emak saya akan bahagikan sama rata edik beradik walaupun seorang 3 biji sahaja.
Sekarang, emak akan bising sebab siapa yang akan habiskan buah-buhan yang di bawa pulang sebgai buah tangan, sebab banyak sangat.
Dulu lain , sekarang lain.
Sedih bila teringat, nak emak dan ayah tak pernah menjenguk semasa di belajar university dulu. "Jauh sangat tu Nak, katanya
Berkongsi pengalaman susah orang lain, menjadi manis di hari ini..
BalasPadamSaya merupakan satu-satunya anak perempuan yang pernah kumpul nyior, kopek dgn pengopek dan jual pada peniaga nasi lemak di kampung. Masih sekolah waktu itu. Tak peduli pun tapak tangan pecah-pecah..
Indahnya kenangan itu... Susah itu suatu nikmat juga rupanya..
hitam putih kehidupan..untungnya kalau berjaya mengubah taraf kehidupan..lagi untung kalau hati dan sikap masih tidak berubah..kejayaan kadang2 mengubah sikap sebahagian manusia..
BalasPadamaku dulu keja basuh pinggan ngan bancuh teh kat kedai makan.. hari minggu jad kelendan lori...
BalasPadamair mata saya akan mengalir sekiranya saya kenang zaman susah/masa saya bersekolah...
BalasPadambapak kerja sawit....kait sawit di ladang cina..setandan dari 5sen sehingga 20 sen...sehari kerja dapat dalam 30-40 tandan..lebih kurang rm7 ke rm 8 sehari...(tahun 1989 - 1995)..1989-saya di darjah 3 mula membantu bapak tolak sawit bila cuti..
sampai sekarang saya tak tau mcm mana mak saya uruskan kewangan keluarga dgn pendapatan tersebut...
tp mereka mampu sekolahkan kami 3 beradik...
sekarang..walaupun kerja buruh..tp saya boleh dapat rm10 dlm masa sejam...
jika tak silap botol hitam lebih mahal dari botol putih.
BalasPadamLiku2 sebuah kehidupan.
* Agaknya berapa kali sebulan Datuk ulang alik dari Asrama di KB (semasa STP dan SPM ) ke kampung halamannya.
Pelajar zaman kini kalau boleh nak pulang tiap minggu.
anak-anak skrg beruntung minta jer..insyaALLAH dapat :)
BalasPadamdulu masa sekolah rendah teringin nak basikal choper (masa tu anak org kaya jer yg ada).sehingga dah nak habis sekolah menengah baru dapat beli.sedih tp berbangga dapat beli dgn duit poket sendiri :D
Biar pun arwah Apak orang kaya tetapi saya semasa kecil suka berkebun; sering tanam cili padi & jual hasil tanaman di kedai arwah apak. Begitu juga selalu bantu arwah emak jual goreng cempedak.
BalasPadamJarak rumah tu jauh dari kedai, terkadang belum sampai kedai, goreng cempedak dah habis dijual.
Jika musim durian memang tak termakan maka yang tak larat makan saya rajin juga jual kpd peraih durian.
Kini tanah kampung makin terbiar!.