Isnin, April 26, 2010

Pesanan Untuk YB

Orang ramai memilih wakil rakyat dalam pilihanraya sebagai 'suara' mereka. Jika kawasan mereka bermastautin serba kekurangan dari segi infrastruktur, mereka berharap wakil rakyat dipilih, Yang Berhormat, YB mampu untuk mengusulkan masalah itu agar didengar dan diambil tidak sewajarnya parti pemerintah.

Melalui suara YB mereka berharap keadaan akan berubah biarpun mungkin akan memakan sedikit masa. Antaranya, jalan kampung  bertanah merah dan berselut akan segera diturap untuk memudahkan anak mereka kesekolah, air keruh dari sungai dan telaga digunakan untuk keperluan seharian selama ini dapat digantikan bekalan air paip bersih manakala surau usang hampir roboh mampu diganti baharu untuk memudahkan mereka beribadat.

Ringkasnya, rakyat tidak pernah memohon YB memetik bulan dan bintang, mereka hanya inginkan keperluan asas kehidupan mereka diberikan perhatian.

Malangnya sebilangan YB selepas memenangi pilihanraya gagal berfungsi sebagai suara pengundi.

"Masa berkempen, memang YB tunjuk muka hampir setiap hari, bersalam dan berpeluk dengan bakal pengundi, tabur pelbagai janji manis, selepas menang, batang hidung pun tak nampak"

Itu antara keluhan biasa dilontarkan penduduk kampung. Keluhan itu suara pengundi sekaligus lambang kekecewaan mereka terhadap prestasi YB. Jika keluhan itu dipandang remeh lalu tidak ditangani, kebencian pengundi kepada YB akan menyemarak.

Pengundi bukan kepingin kontrak menebang dan menjual kayu balak, tidak juga lesen mengorek pasir sungai mahupun dilantik ahli lembaga pengarah syarikat membangunkan projek perumahan di kawasan mereka. Cukup jika YB prihatin, mengambil tahu perkembangan kehidupan mereka.

Hemat saya, YB wajib menjenguk pengundi beliau, bukan setiap hari, wajar sekadar jika beliau hadir biar pun dalam tempoh singkat di majlis perkahwinan serta keraian dan menunjukkan muka setiap kali berlaku kematian. Majoriti pengundi tidak berharap dihulurkan bantuan wang ringgit, mereka cuma ingin berasa tidak diabaikan YB mereka pilih samada dalam keadaan gembira atau duka.

Jika YB gagal melunaskan tanggungjawab asas itu, peluang beliau untuk dipilih pada penggal hadapan pasti tergugat.

Seperkara lagi, setiap janji YB sewaktu berkempen, diingat pengundi dan mereka akan menuntut setiap kata dikota.

Kepada YB Barisan Nasional, BN, PKR dan PAS, itu pesanan ringkas saya. Kepercayaan politik memang berbeza tetapi pengundi jangan dilupakan. Andai mereka diabaikan atau terasa dikesampingkan, pastinya gelaran YB itu mampu dilucutkan mereka.

Nota Tahniah kepada calon BN, YB P. Kamalanathan kerana berjaya menewaskan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam.

16 ulasan:

  1. Salam Sdr MAS,

    (ini pandangan peribadi kakcik - bukan untuk membangkitkan satu perbahasan)

    Ada juga wakil rakyat (WR) yang betul-betul menjadi 'wakil' dalam apa sahaja yang diperuntukkan untuk rakyat. Apa sahaja yang diberi, mereka (WR) menjadi wakil untuk mengambilnya dan terus apa yang sepatutnya menjadi hak rakyat tak tahu ke mana hilangnya. Sepenggal menjadi WR, dapat dilihat perubahan kepada kehidupan WR tersebut - kereta bertukar, rumah makin membesar!

    BalasPadam
  2. Salam BRO MAZ..

    susah dah sekarang nak cari pemimpin yg macam Robin Hood (mungkin kurang sesuai)//

    atau macam Khalifah Amin NurRashid (yg nyamar malam hari tengok kesusahan rakyat)..

    Bila menang, meraikan kemenangan macam tak hengat dunia, tunggu ler lepas 2 bulan, memang tak nampak dah batang hidung.

    Jadi jangan marah kalu rakyat pangkah orang lain plak pastu...

    Apapun tahniah kepada YB yang menang. Yang kalah, teruskan berbakti dengan cara yang tersendiri.

    BalasPadam
  3. Kalau kerajaan menang, ayat2 yang akan keluar :-
    1- Rakyat telah mula sedar penipuan pembangkang.
    2- Pembangkang telah kehilangan kepercayaan rakyat.
    3- Bukti kepimpinan tertinggi diterima rakyat.
    4- Kerajaan bakal merampas balik negeri dot dot dot pada pilihanraya akan datang.

    Kalau kerajaan kalah, ayat2 yang akan keluar:-
    1- Masih ramai rakyat yang keras kepala dan diracuni fikiran oleh parti pembangkang.
    2- Rakyat tak mengenang jasa kerajaan.
    3- Ayat Cliche "Bukan rezeki untuk menang."

    BalasPadam
  4. harap janji2 yang ditabur di hulu selangor dapat ditunaikan...

    BalasPadam
  5. Tahniah juga...hrp buat le kerja selepas ini!..mcm ADUN Bt Talam, smpai skg isu air dan paip xselesai...rs2nya da 2x pilihanraya kecil dan 1x pilihanraya umum sy mengundi...tp, still no progress...

    maaf klu terasa....

    BalasPadam
  6. adakalah... pengundi tidak memahami wakil rakyat mana yg perlu di jumpai.. ADUN atau ahli parlimen..

    BalasPadam
  7. salam,

    kalau zaman sahabat Rasulullah saw dulu...semua takut untuk menjadi pemimpin...sebab tanggungjawab tu terlalu besar...bimbang tidak dapat menjalankan amanah dengan baik...

    berbeza dengan sekarang, pemimpin sendiri mengangkat diri sebagai pemimpin...sanggup menabur janji, bermanis mulut...lobo-melobi...

    rakyat pula....apabila pemimpin yang dilantik tidak menjalankan amanah dan menunaikan janji mereka dengan baik...masing-masing nk kutuk dan ghibah(mengumpat) tentang pemimpin boleh didengari dimana-mana sahaja...masing-masing melontarkan rasa tak puas hati...cari kelemahan...

    seharusnya kita sama-sama kena ingatkan, dan doa minta Allah yang memiliki hati pemimpin itu memberikan hidayah kepada dia untuk menjadi pemimpin kita yang baik...

    wallahu'alam

    BalasPadam
  8. Bro

    Jangan tunjuk muka masa nak bertanding je cukuplah, ramai yang mesra rakyat sebelum mengundi, selepas menang, hilang entah ke mana.

    Nak tanya sikit. Apa kuasa yang mereka ada sebenarnya ni? Polis boleh tangkap mereka, mahkamah boleh dakwa mereka, rakyat boleh undi mereka, apa kuasa yang di kejarkan sangat ni?

    BalasPadam
  9. Pandangan peribadi juga... kalau la boleh SPR lebih telus dalam memantau perjalanan pilihanraya. Actually Vic takde pro mana2 parti pun - tak peduli sape pun menang yang penting itu adalah sebenar2 pilihan penduduk tempatan. Vic dah tengok video klip mengenai bas pengundi hantu dan kereta yang berjaya melepasi kawasaN larangan. Amat mengecewakan.

    BalasPadam
  10. YB
    yang berkhidmat pada pandangan saya. walaupun perkataan hanyalah perkataan tetapi penghayatan perlu seiring..sudah terang lagi bersuluh yang berkhidmat mewakili suara rakyat.

    BalasPadam
  11. Sesiapa dan parti mana pun yang menang dan memerintah, kuasa untuk peralihan berada pada tangan rakyat, seperti saya, seperti juga saudara.Hak ada pada kita semua,rakyat Malaysia yang ada kad pengenalan dan nama berdaftar dengan SPR.
    Rakyat tidak buta, rakyat tidak pekak.

    BalasPadam
  12. apa nak buat RAkyat yang selalu terkena..

    * bila nak buat undang2 lompat partai?

    BalasPadam
  13. Sesiapa yg bakal dapat tanah tu,jangan lah senang2 je nak jual ambil untung atas angin~ usahakanlah betul2 ye..(terkeluar dari tajuk la pulak)

    BalasPadam
  14. Iyer! saya menyokong 101% apa yang Bro Maz luahkan.

    Kuasa di tangan pengundi; Pilihan Raya Umum 5 tahun sekali, jangan ingat boleh kekal jika YB yang diamanahkan tak pun bersungguh-sungguh buat kerja. Jauh sekali rajin menjenguk masalah rakyat.

    Pengundi sekarang makin bijak & terbuka. Mereka mahukan yang terbaik antara yang baik.

    Baik PR atau BN kena sedar ini; Demokrasi bukan maknanya "Dia Mahu Kerusi"

    BalasPadam
  15. Vic,

    Maknanya kedua-dua parti memang dalam keadaan gurur;

    Dulu PR menang pun tak banyak majoritinya.

    Sekarang pula BN memang pun tak banyak mana!.

    Maknanya Pilihan Raya Umum akan datang kedua-dua parti kena berkerja kuat.

    Biar ketara menang dengan besar majoritinya baru gah...! kan?.

    BalasPadam
  16. betul..mereka cuma ada semasa bertanding...tapi kalau dah menang,hilang entah ke mana....
    rakyat yang merana.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.