Sabtu, April 24, 2010

Titik 'j' Menjadi Rebutan

Berikut gambar satu daripada model Honda Jazz.


Di Indonesia, logo atau emblem 'Jazz' ditampal di bahagian belakang kanan menjadi isu perbualan pemilik kenderaan.


Titik huruf 'j' berwarna biru dan merah itu dilaporkan seringkali hilang kerana dicuri. Sesetengah pihak mendakwa titik itu diperbuat daripada emas putih dan menjadi rebutan ramai.

Saya tidak dapat memastikan sejauhmana kebenaran dakwaan itu. Namun, jika pembaca berkunjung ke Indonesia, perhatikan, banyak Honda Jazz tidak mempunyai titik itu 

Di Malaysia, kecurian titik itu tidak berlaku. Mungkin kerana penagih dadah atau penjual bahan terpakai atau kitar semula masih tidak mengetahui 'rahsia' di sebalik titik terbabit.

22 ulasan:

  1. titik tu mesti diperbuat daripada tembaga...betul tak bro?? nak teka ni...hehe

    BalasPadam
  2. skrg satu malaysia dah tau..siapa yang ada honda jazz mesti takut titik 'j' dia orang kena curi...

    BalasPadam
  3. iye ke..ish3..lepas ni dah tau hilang la kot..

    BalasPadam
  4. salam,
    lepas ni ramai pulak la yg pegi korek menatang tu... tp geng tu tak bukak blog kot????

    BalasPadam
  5. Wow!... titik tu ada harga rupanya? Uisshhh sungguh berani pihak Honda salut dgn emas..

    Mungkin benar ada yang pernah gadaikan "titik J" itu dan cerita tersebar dari satu mulut ke seribu mulut.

    uishhh kenapa ler orang Msia lambat dapat info nih? heheheheh..

    *jap nak pi cari keta ni kat parking jap...

    BalasPadam
  6. salam...

    terima kasih ye atas perkongsian...
    i takde titik...hmmm...semoga penagih dadah atau penjual bahan terpakai atai kitar semula tak baca entry ni...

    teruskan perjuangan en.mazidul...ramai yang memberi sokongan dari belakang...

    BalasPadam
  7. salam..
    wow..btul ker?? I pon pakai jazz jg..
    kna check nie..baik tuan tanah sdr simpan kan titik 'j' tuh... dr kna kebas kat org kan?hhiihihih..thanks 4 sharing the info..

    BalasPadam
  8. wow...boleh buat hobi baru ni...
    mengumpul titik j...
    pastu jual kat mudah.my...
    haha...

    BalasPadam
  9. hahhaa...mst owner keta jazz kecut perut lps tau psl ni...

    BalasPadam
  10. nampaknya kena cari lebih 10 biji kereta supaya boleh lawan kalung yang dipakai oleh pembaca berita TV...

    BalasPadam
  11. patut ler mahal harga sebuah keta honda jazz ni hehe

    BalasPadam
  12. setahu sue la..kebanyakan emblem termasuk keta mewah sumer nye diperbuat dari aloy... tak tahu pulak ada yg diperbuat dari emas putih..

    kat sini kalau gadai emas putih tak laku.. emas kuning lagi berharga

    BalasPadam
  13. nama pernuh saya bermula dari J J J . j--ky j--ng j--n

    BalasPadam
  14. eh...tak prasan pun.kakak saya pakai kereta tu nanti saya tanya dia ;)

    BalasPadam
  15. Nasib baik eden tak pakai Honda Jazz.... takde la titik2 yang dimaksudkan..

    BalasPadam
  16. Bro

    Dah periksa Honda Jazz adik saya, titik tu plastik je. Mungkin di Indonesia pengedarnya baik hati. Di Malaysia belum tentu.

    ha ha ha

    BalasPadam
  17. teringat waktu mula2 beli yamaha legenda.. baru seminggu pakai.. logo bulat yamaha tu dah hilang di korek orang.. hehe

    BalasPadam
  18. baru tau keter kecik ni mahal tang mana...hahah

    BalasPadam
  19. j... jamilah bini saya tu... dah jadi rebutan titiknya; isk!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.