'SAYA pelajar lelaki ijazah tahun akhir berumur 24 tahun di sebuah institusi pengajian tinggi. Untuk pengetahuan Dr, saya mempunyai naluri berbeza iaitu berminat kepada kaum sejenis.
Ia bermula dari bangku sekolah. Memandangkan saya dikurniakan susuk tubuh dan rupa yang tampan, saya sentiasa 'dibayar' golongan atasan untuk memiliki tubuh saya.
Baru-baru ini, saya berkenalan dengan seorang gadis. Saya tidak tahu kenapa hati saya tertarik memandang wajahnya pertama kali sedangkan, perasaan ini tak pernah hadir sebelum ini. Saya memberanikan diri berkenalan dengannya secara dekat dan kini, kami sudah menjadi pasangan kekasih. Saya sudah berjumpa keluarga gadis itu. Mereka dapat menerima saya dan kami merancang bertunang dan mendirikan rumah tangga dalam masa dua tahun lagi.
Masalahnya, saya takut tidak dapat menjadi seorang suami yang terbaik dan mengecewakan dirinya. Saya terlalu takut akan hal ini kerana saya amat menyayanginya.
Saya tidak pernah bergaul apatah lagi menyentuh 'wanita'. Saya tak pasti bernafsu terhadap golongan wanita atau tidak. Saya menyayangi kekasih saya bukan kerana nafsu'
Kalau lelaki hanya gemar 'disentuh' lelaki, payah. Pelbagai masalah pasti timbul akibat melakukan perbuatan di luar tabi'i. Itu komen saya.
Kalau lelaki hanya gemar 'disentuh' lelaki, payah. Pelbagai masalah pasti timbul akibat melakukan perbuatan di luar tabi'i. Itu komen saya.
Apa komen pembaca?
Gambar sekadar hiasan sahaja.
Gambar sekadar hiasan sahaja.
Bahaya nya~
BalasPadamdulu akwan2 ada dari golongan begini tapi alhamdulillah, tidaklah sampai menjual diri.
Moga2 dia mampu kembali menilai diri~ Yang menyimpang itu dihindarkan.
susah la nak percaya lelaki skrang ni. nampak dari luar macam normal, tapi naluri dalaman dia kita tak tahu.
BalasPadamerm...payah gak tu...
BalasPadamtpi sampai bile gak kan die nak jadi macm tu...
sampai mase kene berubah gak...
:)
Teringat luahan hati guru perempuan dari Kuala Lumpur sebelum ini.
BalasPadam'Suami saya kata kawan dia nak bermalam di rumah pada setiap hujung minggu, kononnya kerana badan sakit dan perlukan suami saya untuk mengurut dia. Lalu saya benarkan, kawan kan ...
Alangkah terkejutnya saya pada satu malam, sedar-sedar suami tak ada di sebelah. Bila saya periksa, rupanya suami tengah 'menindih' rakannya itu di dalam bilik di sebelah'
ish..
BalasPadamtakutla jumpa lelaki mcm ni..
tpi insyaalah pelan2 die boleh berubah..
nape lelaki leh jadi macam tu.harap saudara mazidul siasat lebih mendalam.tanye spesies lelaki macam tu huhu
BalasPadambagusla kalau dia syg gf dia tu bukan sbb nafsu. and kalau lah dia betul2 syg..dia mesti berusaha utk berubah dan akan bahagia kan perempuan tu.ape2 pun niat dia..ini pandangan eyka je :)
BalasPadammemang ada jenis macam ini. jangan selalu terpedaya dengan lelaki yang bergaya macho dan tampan di sekolah. (biasanya yang ada six pack..hehe)
BalasPadamagaknya apalah nasib bakal isterinya itu. Apakah dia mampu berubah?
sapa tau lepas dia kawin dgn pompuan tu dia memang betul2 berubah kan?
BalasPadamsemoga lelaki tu kuat iman la nak ubah diri dia tu...wallahua'lam..
moga2 laki tersebut dibuka pintu hati untuk berubah.. byk2kan la berdoa.. Allah sentiasa buka pintu doa utk mendengar luahan hati hamba2Nya..tiada yang mustahil..semoga lelaki ini sedar..amin...
BalasPadamBro let me laugh first. Hahaha
BalasPadamanyway, inilah masalahnya bila kurangnya didikan agama apa yang haram, apa yg halal. Alhamdulillah Allah SWT masih sayangkan dia kerana masih tertarik pada wanita. Islam itu mudah tapi kita sering persulitkan, sukarkan. Pintu taubat sentiasa terbuka dan itulah yg perlu dilakukan, dan bukan sekadar bercakap semata mata. Kita pula, apabila ada golongan sebegini yg mahu meninggalkan dosa, sokonglah dan jgn cemuh mereka tapi si polan pula mesti sungguh sungguh. Jauhi api neraka. Amboi aku cakap. Tapi betul kan.
huh
BalasPadamalhmdulillah, sekurang2nya dia sudh ada kesedarn dan mahu berubah...
BalasPadamdoakn sahaja dia dapt berubh dah beroleh bahagianya
hanya itu sahaja yg mampu kita lakukan untuknya.
Nak berubah tu dah kira Niat, langkah pertama - bertatihlah...
BalasPadammcm mne klu ade org yg kte syg sbnrnye gay?ape patut kite buat?
BalasPadammudah untuk dikata..
BalasPadamsukar, itulah nyatanya..
bukan mudah untuk seseorang itu mengubah apa yang telah menjadi "santapan" diri selama ini..mudah untuk kita berkata-kata, mudah untuk kita mencerca, mudah untuk kita mengata...
memang jika kita lihat, lelaki yang suka sama lelaki telah ramai..saya sendiri sedar perkara ini berlaku apabila kebanyakkan rakan-rakan saya merupakan gay. paling menyedihkan lagi, ramai palajr-pelajar sekolah dibawah usia 16 tahun pernah malakukan seks sesama lelaki. perkara ini diakaui mereka sendiri.
tapi, mungkin ada yang menganggap ini biasa sahaja dan mungkin juga ada yang terkejut.. tapi pernah kah kita membayangkan suatu hari nanti, malaysia akan dipenuhi golongan sebegini..dan apa pula tanggungjawab kita dalam hal sebegini...
sampai sekarang, saya masih tidak jelas mengapa lelaki nafsu sejenis ini wujud. tapi, jujur saya katakan saya boleh berkawan dengan mereka..berdasarkan apa yang pernah diluahkan oleh mereka kepada saya, ada diantara mereka terlalu menghormati kaum hawa sehinggakan membataskan nafsu mereka dan memesongkan nafsu mereka ke arah yang lain iaitu kepada lelaki..ada juga yang pernah mengalami kekecewaan yang teramat sangat terhadap kaum hawa sehinggakan membenci kaum tersebut..
saya tidak lah arif dalam bab ini.. ini cuma lah sekadar secebis pandangan dan luahan rasa yang mungkin boleh kita kongsikan bersama...
golongan macm ni kita kena ambil kisah gak, bukan mereka nak jadi macam gitu..memang salah tapi kita kena respek diorang sebab kalau kita tak respek diorang macam mana kehidupan diorang nanti. itulah kehidupan pilihan mereka...tetapi alhamdulilah dia da jumpa ngan pasangan dia, mungkin tu da jodoh dia.....
BalasPadamBro Maz
BalasPadamSaya sokong dengan apa yang ditulis oleh "Abang Hazrey". Tiada ubat yang lebih mujarab selain dari Agama Islam. Ad-Din.
Cakap orang tua-tua memang betul, jangan kita bantah.
ha ha ha
salam bicara.
BalasPadamtertarik dengan artikel ini dan komentar yg bernas dan menarik, ingin saya kongsi pengalaman sendiri.
kejituan semua pihak dalam menyelesaikan masalah ini amat perlu. hal ini sudah menjadi satu permasalahan yg perlu diselesaikan bersama. tahniah buat sdr mazidul yg masih terang lagi bersuluh membawa isu homoseksual ini, moga Allah memberkati sdr mazidul, insyaAllah.
mengenai pengalaman saya adalah teman saya serta ayah saudara sendiri.bg teman saya alhamdulillah beliau telah dikurniakan seorang cahaya mata,walaupun pernah ter'kantoi' dengan isterinya dia masih kuat dalam menghadapi dunia homosek ini. tetapi sayang buat ayah saudara saya yg telah jauh hanyut kira23 tahun yg lalu.
perkara ini perlu dibincangkan secara beretika walaupun terbuka,dan pada hemat saya tika dunia barat sibuk membicarakan hak gay, lesbian dan biseksual GLBR adalah lebih baik kita negara Malaysia sebuah negara Islam membicarakan jalan penyelesaiannya dan bukan menunding jari mencari kesalahan orang lain. dan ingat kiranya sudah terlambat alangkah ruginya agama,bangsa dan negara (jika diperhalusi).
kepada yang mempunyai kekuatan moga-moga Allah mengizinkan kita membantu saudara-saudari homosek ini agar tidak jauh melencong,insyaAllah.
sekian syukran.
emm..
BalasPadamda bkenan ngn ppuan tu de le tnda2 nk insaf...but dia pn xsure coz xpnh rs begitu ngn ppuan...tanda2 da ade, means positive da tu...bak kata saida AF "ok le tuh"
Doa boleh merubah segala; itu perlu ada di jiwa kita orang Islam.
BalasPadamMemang payah sekelip mata berubah tetapi bukan perkara mustahil ianya boleh menjadi lelaki normal; kalau dizinkan Allah SWT.
Bersamalah kita berdoa ke arah itu.
Berniat berbuat baik telah tercatat pahalanya; bila melaksanakan niat baik tadi lagi dapat pahala. Maksudnya berganda.
Berniat buat dosa... tak begitu kiraannya kan?.
Alahai!... semua tahu bab ini tak perlu kita ulang-ulangi.