Sewaktu minum petang berhampiran Sungai Limbang, saya terpandang pelangi di langit senja. Terpesona, saya rakamkan gambar keindahan ciptaan Allah itu.
Namun jika dilihat, papan tanda di sebelah kiri tidak seindah berbanding 7 warna pelangi terbabit.
"Cuba tengok papan tanda tu," ujar wartawan 999, Mohd Raziff Zulkafli.
Nama kementerian itu telah lama ditukar kepada 'Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan', KPDNKK dan BUKAN lagi seperti tertera.
Lebih menyedihkan lagi, lihat betapa daif keadaan bendera Sarawak dan Malaysia dikibarkan.
Sebagai individu, saya memohon pihak KPDNKK cawangan Limbang untuk mengambil tindakan segera menukar papan tanda dan 2 bendera terbabit dengan kadar segera.
Berikut beberapa lagi gambar matahari tenggelam saya rakamkan untuk tatapan pembaca semua.
cantiknya gambar senja tu....
BalasPadamSubhanallah.. cantik sungguh warna-warna senja itu..
BalasPadamBeruntung BRO MAZIDUL berpeluang menikmatinya...
saya tiada komen disini..cuma saya nak en. mazidul tonton video di link ni:
BalasPadamhttp://www.mnirashid.com/blog/facebook-er-yang-melampausungguh-hina-part-2
sesiapa sahaja yang nak tonton dialu-alukan..dan kalau boleh ambil tindakan.
Subhanallah.. tiada yang dapat menandingi kebesaran serta kehebatanNya..
BalasPadamantara awan, sinar dan air, paduan percikan yang warna.Takjub. Keindahan CiptaanNYA. Nikmati selagi mata boleh melihat Syukur..
BalasPadamcantiknya.. tenang jiwa..
BalasPadamSalam en. Mazidul
BalasPadamMemang indah jika dapat menyaksikan dan merasai suasana di situ. Tentunya orang yang mengambil gambar juga ada kemahiran.
Jadi tak perlu pergi OC untuk melihat sunset yang indah dan mengagumkan segalanya ada di negara kita..
Berbalik kepada jemputan saya sebelum ini. TQ. Sebenarnya saya juga berhajat utk menjemput Tuan Kamal bagi program keibubapaan. Masih dalam penyediaan paperwork utk disubmitkan kepada PIBG dan pihak penaja.
Namun dukacitanya anak2 kita jika ditanya tak tonton program yang baik ditv. itu yang nak bawa inperson sebagai pendedahan dan mungkin promo kpd anak2 agar kembali menonton rancangan hebat di TV. Anyway thanks.
cantiknya gambar2 silhouette tu. Lagi cantik kalau bro berdiri tengah2... so nampak macam bayang2... walaupun tk nampak muka tp org tau tu kita. hehehe
BalasPadamcantiknya pemandangan....
BalasPadambang, nak minta izin amik gambar permandangan buat wallpaper kat PC...huhu
Salam Mazidul,
BalasPadamSedih melihat bendera Malaysia yang koyak dikibarkan.
Bendera Malaysia perlu dihormati. Bendera Malaysia melambangkan kehidupan sama seperti hidupnya bumi Malaysia.
Bendera dikibarkan dari awal pagi dan diturunkan lewat petang.
Jika perlu dikibarkan 24 jam perlu ada cahaya menerangi sekitar bendera untuk menunjukan rasa hormat dan patrotik pada bendera .
cantik betul panorama di petang itu. apa pun yelah, adakah pejabat itu masih digunakan. mmg bendera tersebut lusuh sangat. tak sepatutnya bendera negeri dan kebangsaan yang berapa sangatlah harganya tidak dpt diganti dgn yang baru. iskkkkk...
BalasPadamBro
BalasPadam1. Subhanallah Cantiknya gambar pemandangan...
saya nak minta yang original copy boleh? nak buat wall paper, kalau takut saya jual, letak lah nama bro di gambar tersebut. he he
2. Kalau sorang penduduk derma RM0.10, mesti bendera tu dapat di ganti dengan yang baharu.
Harga Bendera mahal agak nya di tempat ini.
Subhanallah...cantik nye permandangann....
BalasPadamCacat & cantik kita sering memuja yang cantik sahaja sedangkan yang cacat bukan payah sangat mahu dibaiki!
BalasPadamJenis ketua jabatan yang tidak perihatin,begitu juga kakitangannya.
BalasPadamAlasan sibuk memanjanglah tu...
Memalukan.
Oh Malaysiaku, Oh Benderaku....bendera Malaysia ke tu macam tak jelas je. Nasib baik bro buat pemeriksaan dan laporan, tersedar kejap mereka2 tu, sape yang malu..mereka dan keluarga mereka juga. Memang teguran tu pahit tetapi teguran yang ini teguran membina.
BalasPadam