Jumaat, April 30, 2010

Operasi Hangat-Hangat Tahi Ayam

Mereka sentiasa mundar-mandir di Jalan Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu, Sabah berhampiran Pasar Filipin. Semua orang celik, lalu-lalang di kawasan sama boleh melihat mereka secara jelas. Tengahari tadi, penerbit 999, Shahnun Hanif (berbaju hijau) mendekati 'Panjang', 25 tahun, mengaku warga Filipina, berbaju merah, kini dipercayai menetap di Pulau Gaya, 15 minit perjalanan menaiki bot dari bandaraya Kota Kinabalu. Lihat gambar di bawah.

Semua visual dan audio 'transaksi' dirakamkan penolong penerbit 999, Rosli Abdul Rahman dari dalam kenderaan kami naiki.


'Transaksi' apa dilakukan secara terbuka tanpa 'Panjang' gusar diberkas pihak berkuasa? 


'Panjang', penjual rokok lari cukai dari Indonesia dan rokok tiruan dari Filipina. Khabarnya rokok diseludup masuk dari Labuan sebelum dilambakkan di Kota Kinabalu. Shanun membeli 6 jenis rokok terbabit sebagai bukti dengan harga di antara RM2 dan RM3.50 sekotak.

Kami kemudian ke Jalan Haji Yaakub, Kampung air. Remaja berusia 14 tahun bersinglet putih, mendakwa berasal dari Tawau turut menjual rokok sama. Dia mengaku tidak bersekolah, hanya merayau di jalanan menjual rokok pelbagai jenama secara terbuka.


Jam 2.30 petang, kami ke Pejabat Kastam Diraja Sabah. Respon kami rakamkan sewaktu bertemu pegawai bertugas ...

"Eh! Apa rakam gambar ni?"

Gusar tidak menentu. Menurut beliau, pengarahnya tiada di pejabat, Shahnun diminta datang kembali pada hari Isnin untuk merakamkan kenyataan berhubung kes penjualan rokok seludup dan tiruan secara terang-terangan sekian lama. Malangnya crew 999 akan bertolak ke lokasi lain pada jam 1 tengahari esok.

Saya berasa amat hairan, biarpun pihak berkuasa seperti Kastam dan Majlis Bandaraya Kota Kinabalu mendakwa melakukan operasi berulangkali, 'Panjang' dan puluhan rakan lain masih terus melakukan kegiatan bercanggah dengan perundangan Malaysia. Langsung tiada perasaan hormat kepada pihak berkuasa negara ini.

Hidup 'Panjang'! Hidup 'Panjang'! Usah gentar dengan operasi hangat-hangat tahi ayam. Teruskan kerja kamu menjual rokok seludup dan tiruan 24 jam sehari, 7 hari seminggu!

Terus bekalkan rokok murah, jimat duit perokok di Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.

17 ulasan:

  1. lagi -lagi PBT dan kastam .

    selamat berkerja untuk negara.

    selamat cuti 1 MEI..

    Cukup tahun, gaji naik bonus lagi..

    sampai 'Panjang' beranak bercucu.

    BalasPadam
  2. malaysia oh tanahair ku.
    kalaulah Panjang beroperasi di Singapura tentu sudah lama ia jadi Pendek.

    BalasPadam
  3. Maka dengan itu (oerasi hangat2 tahi ayam itu..), akan bertambah panjanglah langkah Si Panjang.. :(

    BalasPadam
  4. Yang tak cukup "panjang" pun ramai dok buat cenggitu... Ada ramai...

    Janji panjang akal... kan?

    Selamat Menyambut Hari Pekerja BRO....

    BalasPadam
  5. Salam Bro,

    Adakah PBT korupsi, atau mereka rasa tidak berbaloi bekerja kerana tak cukup diberi gaji utk membasmi aktiviti begini?

    Suka komen abu muaz...

    kalaulah penguatkuasa setegas negara jiran...

    BalasPadam
  6. memang betul pun apa yang saudara mazidul cakap..operasi hangat-hangat tahi ayam..sy tak faham, kenapa di sabah ni terlalu ramai warga filipina..seolah-olah, sabah ni termasuk dalam negara mereka juga..kalau saya, orang biasa, boleh nampak keadaan sebenar, takkan la mereka yang bertanggungjawab tak nampak situasi ni..atau buat-buat tak nampak?..Saya ada bertanyakan pada rakan-rakan di sabah, mereka kata,pihak berkuasa pun takut dengan mereka (warga filipina) ni..mereka sanggup melakukan apa saja termasuk membunuh..sebab tu tak dapat nak bendung lagi kemasukan mereka..

    BalasPadam
  7. hahaha.. hidup panjang!

    tahun depan boleh bukak kedai besar lagi. x payah nak berjaja d sepanjang jalan. just duduk hisap rokok, pelanggan datang beli.

    wah.. masuk tahun baru leh buat fun fair la si panjang ni..

    butakan mata, bisukan mulut..

    selamat hari pekerja kepada PBT dan kastam.

    ke setiap hari ialah hari pekerja?

    BalasPadam
  8. Kerja kerana minat dan cita-cita.

    Melainkan kerja dengan niat nak KAYA dengan cepat.

    Anggapan jabatan saya, banyak kerja dan teruk tidak wajar dijadikan alasan perbandingan Profesion se Malaysia.

    BalasPadam
  9. Pergi la mana2 pejabat kerajaan pun, jarang pengarahnya ada kalau datang mengejut. Vic banyakkkkkkkk kali terkena mcm ni. Lebih2 pihak syarikat banyak pula urusan dengan sektor kerajaan dan vic ni la kena jadi macai menyelesaikan semua pertikaian.
    Alasan CLICHE - pengarah meeting, seminar, kursus...
    tp hakikatnya kalau disiasat barangkali di padang golf atau coffee house.

    BalasPadam
  10. as-salam bawang,

    " ....disyaki berkongsi serta bersekongkol''

    BalasPadam
  11. best. rokok pun murah.. minat brand Era.

    BalasPadam
  12. boleh tinjau ulasan tentang negara kita di blog http://kumanddieaf.blogspot.com/
    sekadar cadangan untuk renungan bersama

    BalasPadam
  13. Cayalah 'Panjang'...isu PBT ngn KASTAM nih da lama gini...niaga kecik2 nih x 'dlayan'..tu psl klu kuar news ttg tangkapan, sume yg besar2 aje!emmm, sdgkn penerbit 999 dpt nyamar, xknlh pihak bkuasa x???

    ...nk tau jugak ape kata Pengarah mereka..tp, apakan daya krew 999 da ke tpt lain..dtg smula r, bro!

    BalasPadam
  14. btul tu abglong,,ktrg local sbhn ni pun heran npla rmi sgt philipine kat sbh ni,,da berthn2 isu ni tak pena selesai pun,,dorg ni bkn stkt mnyemak dkt bandar,,kes bunuh rompak pun kja dorg gak,,kastam mcm tak wujud je kat sabah ni,,

    BalasPadam
  15. Abg. Maz...sorry,bkn nak tegur...tp ttg persepsi tu sy rasa da salah la sket...ya,seperti apa yg Abg.Maz tahu...mmg banyak PATI yg menjual rokok tanpa cukai di Sabah...KASTAM..memang bertanggung jwb penuh ttg hal ini..sy setuju bila abg Maz merujuk perkara ni pada pihak KASTAM sabah..nampak??itu la sikap mereka yg xda intergriti lngsung!!sy turut x puas ati ttg pkara ni sjak sekian lama...rokok tanpa cukai ni di bawa masuk dari Labuan(kawasan bebas cukai), masalahnya..KASTAM KK dgn Labuan sy rasa xda tanggungjwb lngsung dlm soal pekerjaan...ada syarat bagi membawa keluar barangan dari labuan yg telah dikemukakan oleh KASTAM,namun pelaksanaan x dijlnkan..org ramai kluar masuk dr pelabuhan tanpa pemeriksaan yg rapi...ttg soal penjualan rokok jalanan pula di kawasan2 Sabah yg lain,sy rasa bukan KK ja yg alami kes ni,seluruh kawasan sabah ada "rokok jalanan" ni...Pasti!!namun, kebiasaannya, yg jalankan operasi membasmi rokok jalanan ni hanyalah Majlis Daerah..ya,kerap kali sy nmpak operasi ini dibuat..cuma operasi ini dibuat di Daerah2 kecil separti,Tuaran,Keningau,Kota Marudu,Kota Belud..manakala,Bandar2 besar mcm KK pla hmpir lngsung xda operasi..tu yg problem tu...da la ibu negeri..adehhh...x tau la apa nak jd...apa pn, x smua masyarakat d sabah yg mmbiarkan pkara ni...ada juga pihak yg masih mempunyai kesedaran dan ttp mnjalankan tugas spt yg tlh diamanahkan...

    BalasPadam
  16. Bro

    Selamat berniaga untuk mereka dan terus maju

    Ha ha ha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.