Semalam saya ke Lorong Hj. Taib, Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur melihat gelagat pelacur tua. Lama saya perhatikan mereka. Pelacur tua pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan India. Mereka semua layak digelar nenek. Dalam samar malam, kulit di bawah dagu jelas kelihatan berkedut seribu, menggelebeh, kesan dimamah usia.
“Stop dulu bang, tengok-tengok, kalau suka, lima ringgit saja bang!,” laung bapa ayam berbangsa Cina, tidak kekok dipanggil datuk.
Apa reaksi pelacur tua itu?
Samada diam membisu, menguntum senyuman kosong atau berdiri kaku di celah pondok berpintu kayu.
“Hoi! Sedar dirilah sikit. Dah tua ganyut nak melacur lagi! Sudah-sudahlah tu!,” jerit beberapa pemuda menaiki motosikal Honda EX5 melintas lorong sama.
Apa reaksi pelacur tua?
Samada diam membisu, menguntum senyuman kosong atau berdiri kaku di celah pondok berpintu kayu.
Saya percaya pelacur tua itu sudah lali dilempar kata-kata kesat. Semua mereka telan. Apatah lagi jika mula melacur sejak berusia mentah. Maksudnya, pelbagai rintangan mereka lalui, onak, duri, sembilu, semua mereka pijak. Lama kelamaan mereka membina ‘kekuatan’. Mereka tidak ambil kisah perasaan orang lain sepertimana orang lain tidak kisah tentang perasaan mereka. Asalkan berpelanggan, cukup.
Semasa memandu keluar dari lorong itu, saya terfikir ..
Manusia bukan pelacur pun ada mengamalkan sikap sama. Tidak mempedulikan perasaan orang lain. Cuma bezanya, pada masa sama mahukan perasaan mereka dijaga.

demi sesuap nasi....mereka dah xpeduli kata2 org sekelilingkan...
BalasPadamAdakah hidup mereka itu sangat terdesak sehingga itu sahaja jalan terakhir yang menjadi pilihan?
BalasPadamambe bersimpati dan pada masa yang tiada langsung belas di hati
Pilihan hidup adalah mengikut cara dan aturan kita yang menjalaninya hanya ketentuan sahaja milik Allah
Sedih sgt harga diri pelacur tua hanya RM5..
BalasPadamSy percaya, tak siapa pun di antara kita yg mahu memilih jln hidup yg derita.. mcm pelacur.
Kata org, sekali dah terjebak ke lembah ni, payah nak keluar. Itu bukan pilihan mereka, tp keadaan yg memaksa.
Fitrah manusia, rendahnya pandangan terhadap golongan yg mcm ni. Bukannya mereka tak ada maruah, ada hati dan perasaan yg perlu di jaga. Tp org2 sekeliling tak ada langsung yg sudi hulurkan tangan utk membantu, yg ada hanya pandangan negatif dan caci maki.
Mcm mana mereka nak bangun, bila dah sekali rebah mereka menganggap itu lah jln terakhir yg mereka ada. kalau blh sampai hujung nyawa tetap buat kerja yg sama. Sbb keyakinan diri dah tak ada..
Bantulah mereka, bukan hanya cakap kosong.. mereka sedar diri dia, sy yakin kalau blh mereka mmg nak hidup mcm org lain. Bg lah mereka peluang!
dulu masa tlg mmber meniaga kt chow kit sy selalu tgk gelagat makcik2 nie cari pelanggan...kesian..
BalasPadammcm2 gaya & cara yg d gunakan utk cari pelanggan demi sesuap nasi.sedih tgk...
sy penah tlg sorg sorg pelacur tua,beli kan dia makanan.dia x de duit nk beli mkn sbb x dpt pelanggan.
semoga mereka semua akan sedar & akan kembali ke pangkal jalan..Amin
kalaupun dia seorang pelacur, dia masih punya hak.
BalasPadamTahniah kepada pemuda pemuda yang menghinanya kerana ternyata mereka gagal menghormati haknya. Kalian hanya membuktikan bahawa ibumu sendiri juga layak dihina oleh orang lain kerana miskinnya, bodohnya dan tuanya.
Takziah buat mereka juga kerana terbukti dangkalnya mengecap jijik perempuan lacur itu kalaupun sebenarnya tidak tahu puncanya.
Yang sebenarnya, lelaki pelanggan itu yang wajar dicerca kerana membeli kenikmatan dari celahan peha tanpa mahu membantu mambawa mereka keluar dari lembah itu kerana beranggapan wang lendir setelah selesai urusan itu cara menolongnya.
Bacul!!
Assalamualaikum...
BalasPadampelacur2 tua itu mungkin mahu kembali ke jalan yang benar....tetapi mereka 'buta' dan tiada siapa yang mahu memberikan mereka 'tongkat' untuk mereka keluar dari lembah hina itu...
mereka manusia biasa..punya perasaan...hormatilah perasaan mereka dan sesiapa sahaja walau serendah mana pun martabat seseorang itu...
diri kita pun bukan baik sangat...
Wallahualam..
Walau seburuk mana sekalipun manusia itu, kita sebagai hamba di muka bumi ini tidak sepatutnya mencaci seorang manusia sepertimana kita mengganggap dirinya seolah-olah haiwan yang tiada akal dan harga diri..
BalasPadamMemang benar dia membuat kesilapan.. tetapi adakah itu menjadi kayu ukuran untuk kita membezakan diri mereka dengan kita sendiri?..
Sepatutnya kita lebih meringankan tangan untuk membantu dan bukannya mencaci-maki.. Lebih parah lagi jika pelacur tua itu sdah menganggap dirinya sudah tiada nilai hidup lagi.. Berkemungkinan dia akan membunuh diri atau sekurang-kurangnya akan terus terjebak dengan gejala itu.. bukankah lebih elok jika kita dapat membimbing?..
Salam dari si jahil..
'Manusia bukan pelacur pun ada mengamalkan sikap sama. Tidak mempedulikan perasaan orang lain. Cuma bezanya, pada masa sama mahukan perasaan mereka dijaga.'
BalasPadamSaya setuju dgn ayat nih.
buat baik berpada
BalasPadambuat jahat asal selamat
kesian dia orang tu...
BalasPadamnak kerja dah tua
sijil pun tak ada
siapa pun tak nak terima
laki pun tak ada
itulah siapa suruh buat kerja tak senonoh...
itulah bala dari Allah.
Rasa sedih juga bila baca artikel ni ...Rm5 ?????? cukup ke makan n minum untuk sehari ?? belum kira tempat tinggal lagi ni bang ...
BalasPadamPersoalannya why they did so ???dah tua tua nak melacur ?? cuba la bayangkan klu orng 2 saudara atau kawan ? apa perasaan kita ... sudah tentu sedih bukan...
Mereka perlu dibantu ...betulkan la pemikiran mak cik tersebut ...