Selasa, November 11, 2008

Sajak Kematian

Penyiaran ‘Sajak Kematian’ sebagai bahan tontonan pelajar tahun 1 dan 2 menimbulkan pelbagai reaksi. Sabtu lalu selepas disiarkan Buletin Utama, TV3, segelintir ibu bapa mendakwa tindakan Kementerian Pendidikan itu tidak wajar dan dianggap ‘ekstrem’ berikutan usia pelajar masih mentah.

Manakala, sesetengah pihak lain termasuk golongan akademik percaya penayangan video terbabit, tanpa mengira usia mampu memberikan impak besar kepada pelajar memahami perihal seksa kubur sekaligus mendorong mereka menurut tuntutan Islam.

Anda?

[ Kata Mazidul: Hari ini Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamudin Hussein membuat kenyataan media tidak bersetuju dengan tindakan penayangan video terbabit ]

34 ulasan:

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    bagus- menginsafkan pelajar dan mereka yang suka melakukan kejahatan.

    yang perlu dipertimbangkan- tidak kah ia terlalu xtream? apa yang berlaku di kubur adalah dunia Tuhan!!!

    yang tak elok- bimbang kejadian histeria menjadi2. bayangkan melihat makhluk tanpa muka atau berambut panjangpun budak2 sekolah sudah kena histeria.

    bagi saya, perbincangan perlu dilakukan sebelum ia dipraktiskan. dahulu, ada ulama tidak bersetuju supaya amalam ini diteruskan kerana ia adalah milik Allah dan apa yang berlaku adalah tidak sama setiap orang.

    BalasPadam
  2. Cadangan yang baik tetapi tersasar penonton.... Seharusnya pihak Kementerian meneruskan penayangan tersebut tetapi harus diteliti tahap kematangan penonton. Sekurang-kurangnya murid darjah 5 & 6 sudah boleh menerima motif penayangan tersebut. Jika ditayangkan kepada murid darjah 1 & 2, apalah sangat yang akan dapat difahami. Mereka lebih cenderung menonton rancangan BEN 10.....

    BalasPadam
  3. Bro,

    From my humble opinion, rasanya cam salah je sajak tu ditontonkan pada darjah 1 & 2..yela kita faham..nak suruh diaorang takut semua kan..tp cam tak sesuai..sebab bdk2 ni masa dia tengok je dia takut..pastu nanti dia dah tak ingat dah apa yang dia tgk..cuba la tunjuk pada budak2 sekolah menengah yang cuba berlagak samseng tu..yang suka melawan cikgu ke..apa akan jadi bila diaorang meninggal kelak..yang tu rasa lagi meninggalkan kesan pd mereka..wallahualam..

    BalasPadam
  4. Saya sokong sepenuhnya penayangan video tersebut..budak2 sekarang memang susah nak ajar, cara mcm tu sahaja yg dpt kemabli ke jalanNya

    BalasPadam
  5. Tidak tahu nk kata apa, sebab nak katakan ekstrem pun betul jugak sebab cerita sebegitu memberikan impak besar kepada kanak2.

    Dan juga impak kepada ibu bapa yg pastinya..haha

    BalasPadam
  6. naper kat golongan tahun 1 & 2 jek...
    kalau nak siar..biar pada semua golongan tak kira peringkat umur..

    takut budak2 kecik ni..masuk telinga kiri..keluar telinga kanan je..

    BalasPadam
  7. Pada pendapat saya, video tersebut bagus cuma tidak patut ditayangkan pada budak2 sekolah rendah. Sbb diorg tak reti nak berfikir lagi.

    Video tu patut ditayangkan pada pelajar2 sekolah menengah dan IPT.
    Baru la budak2 ni bleh digest benda tu dlm fikiran diorg.

    Kalo tayang kat budak2 kecik, apa la yg diorg tau. Diorg tgk masa tu, then diorg balik rumah, lupa terus.

    BalasPadam
  8. Kami pernah siarkan video ni kat kem (PLKN) insafnyer sekejap jek.. malas nak ckp dah.. org kalau nak jadi baik, tak payah nak ajar dan tunjukkan benda2 gini, pokok pangkalnya hati masing2...

    Mungkin hanya 50% jek yg dpt iktibar dan pengajarannya. Tp dlm kes yg nie, sy rasa tak salah di siarkan untuk bdk2 tahun 1 & 2. Org kata melentur buluh biar dr rebungnya..

    Wallahualam!

    BalasPadam
  9. saya sokong penayangan video tersebut kepada semua lapisan masyarakat termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah.
    perkara ini tak perlu dijadikan isu sebenarnya, padahal anak-anak yang masih mentah dah boleh tengok bermacam-macam video hiburan dan tak terlepas juga video lucah, inikan pula video yg bermanfaat.
    dari segi ekstrim pula, itu salah satu penghayatan berkesan yg mampu mempengaruhi penonton dan mesejnya senang disampaikan kepada penonton.
    perkara seperti ini tak perlu nak dikecohkan. nak tengok, tengok je la dan yg tengok tu saya tahu orang jenis macam mana. dan yg menentang tak nak tengok tu, saya pun tahu orangnya jenis macam mana.
    paham-paham je la ye.

    BalasPadam
  10. lagi satu, kalau budak sekolah rendah nak dipertontonkan dengan video itu pun tiada masalah.
    kalau mereka tidak faham, buat la tak faham. dan jika mereka bertanya, kita yg mengetahui ni menjawab la perkara sebenar yg ada dlm video itu.
    TAK JADI MASALAH LA SEBENARNYA HAL INI.
    APA YANG DIKECOHKAN.

    BalasPadam
  11. saya sokong sepenuhnya video tersebut, soal kubur dan alam barzakh ni memang disebut dalam al quran. yg saya nampak sedih tu ada ibubapa yg marah sampai keluar press conference kat tv.kalau jahil pasal agama jgn cakap semborono.yg keluar tv pun ibunya tak pakai tudung dedah aurat... mcm mana nak salahkan org yg memberi jalan kebaikan dan ingatan tentang perkara2 yg ALLAH SWT sebut dalam AL QURAN padahal diri sendiri pun tak patuh pada hal hal yg penting seperti menjaga aurat... mashaalah macam mana nak didik anak ni.. jangan jadi ketam sudahlah..

    BalasPadam
  12. bro,
    bg sya ada impak dr segi negatif dan positif.
    yang positifnyer,dpt menginsafkan manusia dgn penayangan video sebegitu..
    tp yg menjadi persoalan saya sekeluarga,benarkan begitu keadaan didlm kubur?siapa kita untuk membayangkannya..mmg didalam al-quran ada menggambarkan keadaannya,tetapi bg saya ia tidak patut divideokan..itu kerja tuhan..
    yang negatifnya,dipaparkan kepada kanak kanak yang xtau apa2.mereka mungkin akan menganggap seperti filem atau drama seram di tv.paling menakutkan nanti kanak kanak menjadi ketakutan xtentu pasal..memang melentur buluh biar dr rebungnya,tp berpada padalah..
    itu hanya pendapat saya..klu tersilap,saya mohon maaf.

    BalasPadam
  13. Semua, ada komen kata kalau isu takut dibangkitkan, ada filem dan cerita TV leih menggerunkan, kanak-kanak menontonnya selamba.

    Tetapi sekurang-kurangnya mereka punya pilihan.

    BalasPadam
  14. Yup..
    Saya tak perlu nak komen panjang-panjang kat sini sebab semuanya telah dijawab dengan bernas sekali..

    Setuju tentang penyiaran tersebut.. Untuk membanteras sesuatu yang ekstrem, gunakan cara yang ekstrem juga..!!

    BalasPadam
  15. salam
    saya sokong tayangan video tersebut
    kerana bertujuan memberi pengajaran kepada anak-anak apa akibatnya kalau berbuat dosa...
    saya sokong kalau kerajaan nak tetapkan video itu untuk darjah 3 keatas....biarlah kanak-kanak itu faham dulu asas-asas fardu ain dan fardu kifayah...supaya mereka boleh menilai dan menganalisis sendiri apa yang mereka lihat....
    kalau kanak-kanak masih tak faham dan baru nak tahu dosa tu apa..sembahyang tu apa.tauhid tu apa...tuhan itu apa...bila tengok video tu ..terus jadi trauma....sebab budak-budak sekarang cuma sekolah kebangsaan ajer... sekolah agama tak pergi...silibus agama kat sekolah rendah..bukan menyeluruh sangat...
    mak bapak pulak..asyik bekerja dan kebanyakan jahil bab agama....apa lah nak jadi ngan anak tu....
    so renungkan lah..sebenarnya antara kita yang dah dewasa ni takut nak tengok video tu....banyak dosa kot...terus terang saya pun takut...takut ada dosa ku tak dapat keampunan Allah...

    BalasPadam
  16. assalamualaikum,
    bagi sy tak salah ia ditontonkan kepada pelajar darjah 1 dan 2 tp lg elok jika ditontonkan kepada semua lapisan masyarakat. terutama sekali pelajar sekolah menengah. sbb pelajar sekolah menengah nie yg selalunya akan menimbulkan masalah besar sbb masa nie la diaorg baru nak kenal dunia. Sp kita perkenalkan akhirat sekali kepada mereka. Tp, masalahnya ramai yang masuk telinga kanan keluar telingan kiri.

    BalasPadam
  17. tengok video tu disini
    http://www.youtube.com/watch?v=L9eVrmMdo5Y

    BalasPadam
  18. Nope..tak setuju untuk budak-budak sekolah rendah lagi-lagi umur begitu(tapi apa kandungan sajak tu..ada gambar apa kena tahu gak..i tak tahu).

    Sebenarnya banyak lagi cara untuk menginsafkan..cuba kementerian pendidikan suruh budak-budak sekolah tu get physical sikit..pergi buat lawatan kat tempat anak-anak yatim yang susah yang sakit tu ke...pergi volunteer tolong mangsa-mangsa yang ditimpa bencana ke?.Realistic tak suggestion ni..;)

    BalasPadam
  19. Saya nak tunggu kenyata semua pihak..
    Ulama, kementerian dan lain-lain..
    Bagaimana??!!

    BalasPadam
  20. Salam Tuan,
    Bagi pandangan PPT yang serba kekurangan nie,2008 banyak menayangkan cerita yang menggerunkan seperti sekarang pembuatan cerita hantu puaka, toyol, sang saka amat diminati oleh golongan-golongan muda. Walhal adakah itu cara cerita terbaik untuk kita semua?
    Tapi kalau setakat menayangkan bab hidup dan mati, bagi PPT tiada masalah dan mungkin lebih baik kerana dapat melahirkan penggali kubur berkemahiran untuk memenuhi permintaan sekarang yang tak cukup. Bagus jugak inisiatif ini.
    Sekadar coretan semata-mata....

    Cheers.....

    BalasPadam
  21. tidak ada salahnya sehingga boleh dijadikan isu akan perkara ini..yang membantah hanya seorang dua yang berpandangan negetif semata...tak perlu dibesar2kan.
    Mengingati mati dapat melembutkan hati.
    Anak2 ibarat kain putih...coraklah mereka dengan kebaikan dari kecil. Kalu dah besar baru nak corak dengan corak yang cantik, apa yg boleh kita nampak??? kain putih yang dah dicemari, tidak akan ada serinya lagi...payah...kecuali ada peluntur kain...yg mampu memutihkannya semula..err..
    Kalau diikutkan, anak-anak diusia sebegitu muda, adalah yang paling berakal..hati mereka bersih..dan mudah mengingat apa yang mereka lihat dan dengar. Mereka lebih ada rasa takut dari kita yang lebih dewasa atau menjangkau ke usia lanjut..mereka menangis ketakutan, tapi kita...melihat tayangan sebegitu...masih mampu ketawa dan mengejek..cuba fikirkan, siapakah yang lebih berakal???
    mereka yang takut itu adalah mereka yang berakal, dan berperasaan...kalau dididik sebetul2nya dan tk didedahkan kepada kejahatan dunia yang lain, pasti mereka akan menjadi umat yang berguna, hamba Allah yang bertakwa..insan yang mulia yang akan berbuat baik pada manusia sekelilingnya dan takut pda kejahatan yang ditegah Tuhan.
    Mereka akan menjadi rakyat yang mengejar kebaikan, dan yang lari dari kejahatan. Mereka lah yang mampu memakmurkan negara dan mengagungkan agama Allah.

    BalasPadam
  22. Saya sokong tayangan tersebut demi untuk menyedarkan kita sebagai umat islam. Tayangan tersebut tidk menakutkan, ianya satu pelajaran dan pengajaran untuk menyedarkan kita semua. Saya hargai. Pepatah Melayu...Sedia payung sebelum hujan ...melentur buluh biar dari rebungnya.

    Khas untuk Mazidul...kami di Sarawak suka suara anda sebab very the clear. Sebutan jelas dan you have a strong voice plus your sense of humour sangat mencuitkan hati. Kalau dapat kami nak tengok your face tiap-tiap morning di TV3.

    BalasPadam
  23. setuju dengan datuk seri hishamuddin... tidak bersetuju kerana umur yang disasarkan tidak sesuai.. mungkin jika di peringkat umur 10, 11 dan 12 lebih difahami dengan lebih mendalam.. mungkin ibu bapa yang tidak puashati tu protes kerana anak mereka takut bersendirian di dalam bilik.. mana tau....

    BalasPadam
  24. oleh itu, sentiasa membimbing anak-anak ye...

    BalasPadam
  25. saya kurang bersetuju sajak ini didedahkan kepada kanak-kanak sekolah rendah. pada saya waktu begini adalah waktu untuk mereka belajar tentang kehidupan dengan penuh kegembiraan. lihat saja anak-anak kecil, mereka seperti tiada apa-apa masalah, happy saja, kalau sedih ekspresi mereka tidak juga disembunyikan. Biarkan mereka belajar dengan bebas tanpa rasa takut. Ramainya anak-anak menjadi penakut jika dari kecil mereka dimomokkan dengan cerita hantu, nak masuk ke bilik gelap pun takut, hingga membantutkan pemikiran mereka.

    Sajak ini sesuai untuk remaja sekolah menengah dan pelajar universiti, malah lebih baik untuk staf di pejabat yang makin hari makin tua dan makin berdepan dengan masalah.

    BalasPadam
  26. ingat lagi di sekolah rendah kami ada pentomen sakaratul maut (1990). menginsafkan...walaupun banyak yang kami tak faham ketika itu.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum....
    bagi saya, penayangan video itu tak salah KALAU kena pada sasarannya. pelajar tahun satu dan dua terlalu naif untuk menilai apa mesej yang ingin disampaikan dalam penayangan sajak tersebut. dalam usia sebegini lebih wajar diterapkan dengan asas fardhu ain. 2 aspek paling penting ialah solat dan bacaan Al-Quran. bak kata orang dulu-dulu
    anak manusia ni,
    anak yang tahu asal jadinya,
    yang tahu membalas guna,
    kecilnya cencilak padi,
    besarnya cencilak padang,
    kecilnya duduk mengaji,
    besarnya tegak sembahyang..

    bila asas ini sudah ada, selayaknya pula untuk dikembangkan lagi dengan perkara lain termasuklah soal MATI.

    hanya pendapat semata-mata.
    assalamualaikum...

    BalasPadam
  28. bagus penerangan anakmelayu di atas..
    tapi jangan hangat2 tahi ayam..
    sudah diajar ilmu fardhu ain dan ilmu asas agama, tetapi ditinggalkan pula tanpa bimbingan ilmu lain selepas itu...
    yang paling penting, bimbingan ibu bapa juga harus ditekankan...
    biar diajar ibadah yang perlu dilakukan, dan juga perlu diajar hukuman dan akibat jika ditinggalkan di samping ganjaran dan pahala jika dilakukan..

    BalasPadam
  29. aslmkm,

    penyiaran video 'sajak kematian' memang bagus utk disiarkan kpd tahun 1 & 2.supaya mereka tahu mcm mana keadaan kita slps kita dicabutkan nyawa.Tapi penyiaran video ni janganla trlalu sangat kerana budak 6 thn,7thn ni blum baligh lg.lagipun diorg pun kurang brfikir lbh matang lg.masih lg di alam kanak2.jd hadkn je

    cadangan sy,guru2 hndakla menerangkan skit bagaimana keadaan kita di alam itu sblm menayangkan video itu...supaya budak2 nie tahu mcm mana.dn mereka lbh brsedia.

    pndpt sy ibu bapa yg membantah video tu,x patut salahkn video tu sbb video tu dpt memberi kesedaran kpd kite,

    sy rasa budak yg berubah perangai tu sbb dia stress mungkin kerana budak itu x tau perkara tu atau budak itu x dapat pendidikan agama yg secukupnya

    spatutnye ibu bapa kene beri pndidikan agama(tarbiah)pd usia bgini

    klau ibu bapa blum beri tarbiah berkaitan ngan video ni,x ape sbb budak2 pd usia ni blum brfikir scara matang

    sy jga cadangkn video ni baik ditayangkan pada usia 9,10 thn

    SAYA MNTA MAAFLAH KLAU ADE POINT2 DLM KOMEN NI ADE PIHAK2 YG BANTAH SBB APA YG SY KOMEN DR SY SENDIRI

    BalasPadam
  30. semalam saya cuba untuk menonton video klip sajak kematian ini di kakisyurga.blogspot.com.. resultnya, hanya separuh sahaja yang berani ditonton.. memang menggerunkan.. bayangkan pula penerimaan anak2 yang baru di tahun 1 & 2... lagu latarnya sahaja sudah menyebabkan bulu roma berdiri.. seram beb!!

    BalasPadam
  31. ibu bapa patut marah pun

    sebab sajak kematian tu (aku pun tak tau apa iss sajak tu pun) patut di siarkan di kelab kelab malam, dangdut, kedai kopi, dewan rakyat dan dewan negeri.

    Budak budak kecik apa yang dia orang tau, habis tengok sajak, balik rumah bila mama ayah tanya, kat sekolah buat apa? cikgu suruh tengok sajak orang mati.

    mau tak terkejut satu rumah.

    Ada jugak yang buat buat terkejut tu rasanya...

    ha ha ha ha

    BalasPadam
  32. Sepatutnya ini adalah salah satu aktiviti untuk menyedarkan murid-murid tu.Alaa...budak budak bukan tau apa tapi sekurang-kurangnya ada satu input baru untuk mereka tau bagaimana keadaan di alam barzakh.
    Ibubapa banned benda macam ni.Tapi boleh pulak tengok PUAKA NIYANG RAPIK,KEKASIHKU SERU,SAKA,SUSUK,KEBANGKITAN POCONG 40 HARI,POCONG 1,POCONG 2 dan box office filem JANGAN PANDANG BELAKANG dengan anak-anak.
    "KITA SENDIRILAH FIKIR..."

    BalasPadam
  33. anak-anak saya mengasosiasikan sajak kematian dengan cerita-cerita seram, bukan dengan seksaan kubor. dan apabila berbual sesama mereka, apa yang mereka perhatikan mereka bercerita tentang bagaimana FX sajak kematian dilakukan. adakah ia setaraf dengan cerita-cerita seram yang diterbitkan oleh hollywood?

    namun begitu, saya rasa sajak kematian ini lebih sesuai ditayangkan kepada ahli politik dan mereka yang suap-menyuap di malaysia. itupun kalau mereka tidak asosiasikan video ini spt apa yang dilakukan oleh anak-anak saya.

    BalasPadam
  34. saya sokong penayangan video ini ke semua peringkat remaja, khususnya untuk membenteras pergaulan seks bebas dan merempit...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.