Rabu, November 12, 2008

Apa Kata ..

Jika ke pasaraya, perhatikan. Barangan keperluan wanita lebih bayak dipasarkan berbanding barangan lelaki. Barangkali kerana pihak pengurusan pasaraya faham, wanita gemar membeli-belah. Justeru mereka menyediakan lebih banyak pilihan. Pilihan menarik wanita menghabiskan masa berjam lamanya di premis perniagaan.

“Huh! Mana larat, nak beli baju sampai 2 jam, beli kasut 1 jam, beg tangan 1 jam. Tak fikir langsung tentang kita ni, lapar ke, penat ke. Macam robot terpaksa ikut dia pusing satu shopping complex. Kalau tak ikut, tarik muka masam. Katanya tak sayang, susah sungguh,” komen suami serba salah.

Kata wanita ..

“Yer la. Orang perempuan kan, berbeza. Kalau beli barang nak kena belek dulu. Tengok setiap satu, sesuai ke tidak. Cantik ke tidak. Kalau beli tak cantik, laki komplen pulak. Ada barang cantik tapi harga mahal, tak boleh nak beli. Kalau mintak laki bayarkan, belum tentu dia kata boleh”

Apa kata jika wanita ingin membeli-belah tidak perlu ‘mengheret’ suami atau teman lelaki sekali?

Biar kedua belah pihak bahagia ..

24 ulasan:

  1. Salam Mazidulakmal,
    Wanita memang suka membeli-belah (wpun tak semua).Itu normal.Tapi ada juga kaum lelaki yg lebih cerewet dr wanita bila membeli-belah. Yg ini macamana??

    Satu lagi,selalu juga saya dengar rintihan isteri, katanya.."Masa bercinta,ajak shopping je sanggup mengikut.Bila dah kahwin,jangan harap nak temankan"

    *Jika wanita membeli-belah tidak 'mengheret' suami/teman lelaki...boleh ker???Nanti timbul soal cemburu bila lama sangat 'membelek'...

    Kalau saya lah.. memang suka membeli-belah tanpa ditemani sesiapa...
    Bahagia!!!!

    BalasPadam
  2. Bro,

    kita jarang ajak hubby gi beli barang2 wanita sekali...sekali sekala je...kita lebih selesa shopping kat internet..tak perlu dengar leteran...tak perlu bersesak2...

    BalasPadam
  3. Hehe~
    Boleh je kalo wanita pegi shopping ngan kawan-kawan perempuan dia.
    Lagi havoc.

    Saya jarang la ajak teman lelaki shopping sbb saya tau dia mesti boring punya.
    Unless dia pun nak beli bebaper barang, then baru saya ajak.
    Slalunye pegi ngan member2 perempuan je.
    Sumer kedai bleh masuk.
    Lelaki ni limited skit kedai yg diorg leh masuk.
    Hehe~

    BalasPadam
  4. wanita/perempuan/si girlfriend/ si isteri memang begitu..analitikal dlm memilih..hahaha anggap saje diheret meneman untuk membeli belah sebagai pengorbanan & kasih sayang buat sang wanita/perempuan/girlfriend/ isteri tersayang..

    BalasPadam
  5. saya bukan yang suka shopping..coz penat berjalan...saya suka shopping on line...berjam-jam depan komputer tak penat...tapi awas barang tiruan....
    pendapat saya..pompuan yang suka "mengheret" lelaki ke tempat shopping sebenarnya dengan harapan dapat dibelikan sesuatu...nak rasa dihargai...he..he..
    itulah istimewanya wanita..ini normal...
    yang tak normal..lelaki pergi shopping beria-ia..pompuan dok hulur kad kredit tolong bayar..hampeh..

    BalasPadam
  6. yup betul tue abg mazidul... kite pun ada juga bahagian yang perlu kite pergi...nie awal2 dah g bahagian dorg...teman la beli itu ini sampai berape jam...bila sampai turn kite nk g bahagian lelaki.. baru je beberapa minit dorg dah ajak g bayar huhuu... xsmpt nk belek2... last2 len kali g pasaraya baru beli

    p/s- laki pun ade juga kehendak untuk dishopingkan

    BalasPadam
  7. Abg mazidul,if keluar shopping sy x suka p dgn teman.sy suka p sorg2..sebab nye sy boley dok brape jam pun sy suka tanpa ada sebarang gangguan...hehehheee

    BalasPadam
  8. salam. soalnya hanya ada satu, sanggup atau tak? prinsipnya juga satu, memahami....
    kalau sanggup dan memahami, semua masalah melibatkan setiap pasangan mampu diselesaikan... =)

    BalasPadam
  9. pernah keluar dengan teman wanita dekat mall (dulu-dulu la)..niat nak jalan-jalan je, minum air ke..tapi lama-lama dia mula pegi masuk kedai sana, kedai sini..masuk kdai yang bleh kita ikut, kita ikut..masuk kedai yang kita segan nak masuk, tinggal la kita dekat luar sorang2..sekali masuk pula ada la 10-20 minit..bila tanya nak beli barang ke, selamba je jawab, "takde la, saja tengok2"..aduh..sampai sekarang tak suka bawa perempuan pegi mall..huhu~

    BalasPadam
  10. askum,

    ppuan kalu shopping memang tak sah kalau tak masuk smua kedai yg ada kat mall, paling senang,just drive kete pegi mall, pas2 duk kat food court, biar org ppuan yg g shopping. Siap shopping sama2 balik umah.

    BalasPadam
  11. salam..memang kalau bleh tak nak bawak sesapa..senang..saya memang slalu travel kemana2 sorang2..apalagi membeli belah..senang,xpayah tunggu2 orang lain..rasa nak singgah,singgah jer...kalua ada orang ikut,tapi muka masam mencuka menunggu kita wat pe kan???he..he..kesimpulanya xpayah bawk sesiapa terutamanya lelaki!!!jgn mare...

    BalasPadam
  12. salam mazidul,

    hehe..artikel ni macam baru tulis lepas bawa bini shopping kat ou ke mazidul? kenapa perlu heret suami atau teman lelaki sekali? tentunya kerana tak perlu penat angkat barang dan mereka rasa selesa ada 'bank' yang kena buat bayaran barangan mereka.

    BalasPadam
  13. su suke gi shopping sorang2! selesa & tenang! mcm terapi gitu! hehehe!

    BalasPadam
  14. Anntaj, tak salah membeli-belah seorang diri, cuma bimbang tak cukup tangan membawa barang. Maklumlah, nafsu perempuan 9, berbanding lelaki, 1 :)

    No need to reveal, laki kalau membebel kena fikirkan juga apa sebabnya ..

    Knowlee, takkan nak tanya suami, nak half cup or full cup, kan? :)

    Aurikelsan, ramai suami/teman lelaki memang setia. Syukurlah.

    Seriyamax, anggap saja kalau perempuan bayar, itu lambang kasih sayang 'mutual' antara keduanya.

    Belu buy, pergi seorang, belek selama mungkin.

    Acu, bagus tak kacau orang lain bila tak perlu.

    Anak Melayu, jika kedua pihak memahami, pasti tiada siapa mengeluh :)

    Yorke, jangan menyesal. Peristiwa sama mungkin berulang kembali.

    Aizat, jika semua isteri/teman wanita setuju cara awak, tenang lelaki. Teh tarik satu!

    Miss Jaz, tu la. Kalau pergi shopping semua wajah manis, kan best.

    Che Moq, kekadang anak2 pun jadi 'mangsa' angkat barang. Aduh ayah, tengoklah mama ni, kata mereka :)

    BalasPadam
  15. Kebanyakkan suami begitu. Namun, masih ada juga suami-suami yang suka membeli-belah seperti perempuan.

    Bapa saya seorang yang suka window shopping dan bershopping. Tahan menunggu ibu saya membeli-belah sebab dia pun ambil kesempatan menjamu mata di shopping complex.

    Bila berkahwin, suami saya lain dari bapa. Tidak suka membeli-belah. Katanya kalau mau pergi ke kedai A, pergi ke sana saja, jangan singgah mana-mana.

    Bila tunggu lama sikit, muka sudah muncung mencuka. Tapi kalau beli keperluannya, saya tahan memberi pendapat.

    Jadi, untuk menyelesaikan masalah, saya keluar membeli-belah dgn ibu. Lagi selesa...

    Sebab selalu sangat keluar dgn ibu, skrg suami pula minta ajak bawa keluar membeli-belah :-). Percaya? Begitulah...

    BalasPadam
  16. saya rasa persefahaman kena ada pada pasangan. Kena pandai bertolak-ansur dan tolong-menolong kalau kena angkat 'barang'
    Ha..ha..ha..

    BalasPadam
  17. SAYA TAK SUKA SHOPPING! bukan kedekut duit, tp kalau sy masuk pasaraya saya terus jek pergi kat tempat yg saya nak, terus blah! mudah kan..

    Sy cukup pelik tgk org lain boleh habiskan masa sepanjang hari kat Shopping Complex. kalau sy tak ader lah... Pening! Contoh terdekat, adik sy.. awal2 sy surrender nak temankan dia.. mana tak nya, dlm dia tgh memilih tu sy boleh capai byk barang.

    BF? tak payah teman pun tak pe..

    BalasPadam
  18. Setuju..!!
    Saya mengaku.. sebagai seorang suami, isteri saya sering mengajak saya untuk membeli-belah..
    Kalau beli betul tak mengapalah..
    'Window shopping' sahaja..!!

    Kerapkali saya terangkan padanya.. Lelaki tidak gemar membeli-belah.. Cara lelaki ialah :-
    1) Masuk pasaraya
    2) Cari apa yang nak dibeli
    3) Dapat apa yang dicari
    4) Bayar
    5) Keluar dan pulang ke rumah

    Cara wanita pula :-
    1) Masuk pasaraya
    2) Tak tahu apa nak cari
    3) Tawaf satu pasaraya
    4) Belek-belek barang
    5) Letak balik barang
    6) Pergi pasaraya lain
    7) Ulang langkah 1-6
    8) Masih tak jumpa barang

    Pening kepala saya..

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  19. abg mazidul...

    saya lebih gemar ber shopping sendirian tanpa ditemani suami.. lebih mudah saya nk buat pilihan.. kalau pergi berdua pun, kami lebih senang pergi berlainan arah.. kalau mcm tu baik saya pergi sorg...

    BalasPadam
  20. bro kamal,
    saya lebih suka shopping dgn kawan kawan atau sorang jer..bukan aper,lelaki ni jenis tak sabar,semua nak cepat,at the end,yang menyesal kaum lelaki juga.
    gurls or ladies suker teliti,particular and up to date..bukan kami nak buang masa.sbb tulah we all lbh suker tawaf satu shopping complex walaupun tujuan hanya untuk membeli 1 barang jer.
    window shopping penting..setiap barang yang nak dibeli,kter perlu survey dulu kualiti dan harga..
    sbb tu lelaki slalu terbeli barangan dgn harga yg mahal walaupun blh dpt harga yg lbh murah.
    jd,malas nak bising dengan husband,baik g shopping sndr,dia pulak cemburu.takut kena tackle..apa sebenrnya yang kaum lelaki nak..xfaham betul.
    explain sikit bro.

    BalasPadam
  21. kalau dibincangkan pasal gender, memang xkan habis. sebab gender ada dua aje (yang nyata la), laki dan pompuan. sudah tentu perangai berbeza.
    cerewet dan memlih hanya diletakkan pada perempuan, bukan semua, begitu juga ada pada lelaki, tapi tidak banyak seperti perempuan.
    dari segi keluarga, prinsip untuk mengharmonikan suasana ini hanya persefahaman, bukannya kesanggupan. jika sanggup seolah-olah seperti terpaksa.
    jika lelaki faham perangai perempuan yang seumum ini, tiada jadi masalah, tapi ingat biar berpada. jangan boros membeli, dan jangan terlalu ambil banyak masa sehingga membuang masa.

    BalasPadam
  22. lebih suka shoping ngn mber2 pmpn drpd bawak mber2 lelaki. bukan apa, kesian sbb terpaksa ikut n tunggu kita lama. nk shoping pon x selesa sbb terpikirkan dia yg terpaksa ikut je.mesti penat. mmg dah tau pe'el pmpn mmg cm 2. apa yg cerpelai ckp 2 btl..pmpn ni rambang mata lg2 kalo ada SALE!! ;p

    BalasPadam
  23. Salammm.....
    Hmmm saya jarang dapat shoping sorang2 tanpa suami coz anak kecil2 lg. Kalu shopping memang kena pi sama2 la. Pernah gak pi ngan kengkawan tapi bila da jln lama2 teringat plak suami. Masa tu suami keje plak terpaksa heret anak2 skali. Last2 shopping kat foodcourt je.Setakat ni tak pernah tinggalkan anak2 ngan suami kat umah semata2 nak shopping.

    Konsep keluarga saya nak shopping pegi sama2 w/pun terpaksa heret anak2 yg sedang membesar n kadang2 banyak kerenahnya.Adat la tu...da biasa dah!
    Janji bersama,hati senang takde la nak terfikir yang bukan2.Kekadang teringin gak nak shopping sendiri tapi rasanya tak bleh gak,anak2 pasti nak mengikut hehe..dah faham sangat kerenah anak saya tu.

    Walau lama mana shopping suami tetap cool je.Sebab sayang kot..lagipun kalu bab membeli tuk bhgian dia tak pernah saya ketepikan saya akan cuba pilih yang the best untuk dia.Kira adil lah tu.Dia pun bahagia hati saya pun senang.

    BalasPadam
  24. sokong penuh dengan cadangan 'tak perlu mengheret tu'

    Den dah kono dah....

    Kesimpulannya, perangai dan habit wanita bukan setakat di negara kita, yang kat luar negara pun sama...

    ha ha ha ha ha

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.