Selasa, November 18, 2008

Pilih Satu Antara Dua

Dua ekstrem menjadi bicara. Harta atau Cinta?

“Biar tak berharta tetapi hati dia baik, sentiasa mencintai,” kata wanita.

“Tapi kalau hati baik pun tapi tak berharta payah juga. Dunia sekarang ni nak survive macam mana? Takkan nak makan cinta, tidur berbumbungkan sayang dan hanya dimandikan kasih,” hujah rakannya.

Pilih satu antara dua ..

19 ulasan:

  1. Yang ini saya tak boleh nak kata apa-apa..!!

    Benar.. harta bukan segalanya tetapi segala-galanya memandang pada harta..!! Zaman ini bukan lagi zaman nasi lemak berharga lima sen atau sepuluh sen sebungkus.. atau harga bagi sekampit garam yang cuma bernilai dua puluh sen sahaja.. ataupun ais kepal yang dijaja oleh peniaga berbasikal tua yang cuma memerlukan sepuluh sen untuk dimasukkan ke dalam tembolok..!!

    "Ramai orang yang berkata.. duit punca banyak dosa.. jangan sampai makan rasuah.. nanti bangsa jadi musnah..!!

    Zaman ini zaman duit.. takda duit diri tersepit.. tapi jangan jadi hamba duit.. nanti musnah diri-sendiri.."

    (petikan lirik daripada lagu Duit oleh penyanyi M.Nasir).

    Sekadar memberikan pandangan tepu..

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  2. Saya rasa kedua-duanya sama penting. Tanpa harta hidup merana dan tanpa cinta hidup tersiksa.
    Pada zaman sekarang harta sememangnya penting tapi jika hingga terlalu taksub dengan harta yang ada maka akan hilanglah rasa cinta dan sayang sesama insan.

    BalasPadam
  3. kedua2nya perlu seimbang...
    klu kaya tp berpoya2,kebahagian pun sukar nk dikecapi...

    BalasPadam
  4. zaman sekarang ni kalau tak nak pening kepala, pilihlah harta, harta itukan segala-galanya. bukan artis je macam tu, orang biasa pun, sanggup kejar lelaki kaya. yang pilih cinta tu yang gemar tengok cerita hindi, macam makcik zaman dulu.
    Apa nak jadi umat islam kan.

    BalasPadam
  5. cinta bukanlah segala-galanya, harta pula bukanlah penjanji kebahagiaan. yang penting rasa tanggungjawab

    BalasPadam
  6. Yang paling penting adalah mesti pandai seimbangkan antara 2 pilihan tersebut..

    BalasPadam
  7. Kalau lin, Lin pilih cinta. Tak guna ada harta berjuta kalau hati langsung tak ada. Harta tak boleh beli kebahagiaan tp dr cinta lahirnya pengorbanan!

    Kalau kita dah syg kat org, kita akan sanggup buat apa sahaja untuk kebahagiaan dia. Itu namanyer pengorbanan, tp jangan sampai terkorban dah lah..

    Bak kata org jiwang. Lautan api sanggup di renangi. Gunung yg tinggi sanggup di daki. Huh! jgn sampai mcm tuh, itu nak mati namanyer..

    BalasPadam
  8. bro,
    for me both important..
    cinta dan harta perlu seiring..
    jikalau hidup hanya berpandukan cinta semata mata,tanpa harta,akhirnya akan menuju kearah kehancuran.
    kehidupan sekarang menuntut harta untuk meneruskan hidup.mampukah kiter hidup dibawah jambatan bersama dengan keluarga kter jikalau berpegang kepada cinta semata?x mungkinkan.
    tetapi jikalau terlalu meletakkan harta sebagai landasan hidup,cinta yang kita punyai selama ini pasti akan beransur pergi.
    maka dengan itu,untuk kehidupan yang sejahtera pada saya,kedua duanya perlu seiring bersama.

    BalasPadam
  9. Bagi sayalah, duit adalah segala-galanya. Dikota orang duduk atas duit. Kalau takde duit kita nak makan ape. Contoh kalau kita duduk di tempat orang, kita perlu duit nak bayar rumah sewa, minyak kereta, bayar hutang kereta dan sebagainya. Apa-apa pun kita hendaklah rajin cari duit, baru dapat cari buah hati....hehehehe. Bertanggungjawab yes! kena bertanggung dalam apa-apa hal yang kita buat. Semoga kita semua mendapat rezeki yang halal..amin2 ya rabbal a'lamin.

    BalasPadam
  10. Pena Keris, maksudnya pilih harta lah?

    Tanpa Nama, soalan tidak dijawab :)

    Azlin, lautan api sanggup direnangi. Nanti bila dah basah nak beli towel kena pakai harta :) atau boleh kesat dengan badan sesams sendiri?

    Princess Sarah, tak aci kalau pilih keduanya sekali. Pilih satu sahaja.

    Tanpa nama, suka dengan sifat berterus-terang awak itu :)

    BalasPadam
  11. cinta itu lebih penting..
    percayalah... cinta punca pada segala2nya di dunia ini... tak percaya?
    kita akan dianggap beriman kalau..
    kita cinta pada Allah dan Rasul.

    kita akan dianggap anak yang soleh kalau kita cintakan ibu-bapa kita.

    kita akan dianggap setiakawan kalau kita cintakan hubungan kita dengan sahabat-sahabat.

    kita akan dianggap bakhil kalau kite terlalu cintakan duit dan tak snggup bersedekah.

    kita akan dianggap suami yang baik jika kita cintakan isteri kita.

    bermakna semuanya berpunca dari cinta.

    betul tak?

    jadi, yang mana pilihan anda? bagi saya, cintalah segala-galanya...

    BalasPadam
  12. Tanpa cinta, apakah gunanya mencipta bahtera andai kemudinya terabur dikesudahnya...

    Tanpa cinta, hidup kurang ertinya malah mungkin hanya ditimpa bencana..

    Tanpa cinta, dimanakah sandaran kasih andai hari yang berlalu hanya titisan air mata..

    Tanpa harta, cinta memudar lantaran kekurangan pelangkap lantas hati kecewa..

    Tanpa harta, impian terpunah angan saja yang tercipta...

    Tanpa harta, apakah kasih sayang cukup untuk menjanjikan kekal hingga kesudahnya...

    Tetapi kekuatan cinta siapa menduga, tertawannya tembok cina terdirinya taj mahal..terhapusnya sebuah dinasti...

    Maka tak mustahil yang msikin menjadi kaya...setelah pupukan cinta mendalam...keazaman tersemai penuh azam...

    Akuilah kekuatan cinta yang mencipta dan meruntuh segala...

    Persoalannya...sejauh manakah setia menjamin sebuah cinta??

    Hamba pelajar kewartawanan setahun jagung berucap hanya sekadar berkongsi rasa... :)

    BalasPadam
  13. Bro..
    Tidak pula saya menyebut yang kita harus memilih harta melebihi cinta.. Cuma yang saya ingin nyatakan, harta itu bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan harta..!! Ada cinta tapi tak ada duit pun tak guna.. Nak bagi anak dara orang tu makan apa?.. Rumput goreng tepung?..

    Ada duit tapi tak ada cinta pun tak guna juga..!! Duit berkepuk dalam poket dan akaun bank merata.. cinta pula tidak menyapa hati..!! Kosong-sekosong-kosongnya..!!

    (Saya lebih percayakan cinta kepada Tuhan)

    Salam dari si jahil..

    BalasPadam
  14. yang penting sekali adalah tanggungjawab....kalau ada tanggungjawab maka tiada masalah antara cinta dan harta...sememangnya lelaki yang tidak bertanggungjawab hanya bergantung pada cinta dan menyerahkan urusan harta kepada wanita(wanita bekerja utk lelaki)..byk kes mcm ni sy tgk...jd wanita jgn mabuk dgn cinta,fikirlah lelaki yg anda pilih betul2 bertanggungjawab...

    BalasPadam
  15. youjie, cintannya :)

    Pena keris, pilih satu sahaja antara dua ..

    BalasPadam
  16. Disebabkan faktor seorang yang ekstrem dah pasti kena pilih satu dan saya pilih cinta.Sebab C-Cinta,I-Itu,N-Nothing,T-Tanpa,A-Allah.

    BalasPadam
  17. Dua dua kena ada

    Cinta tanpa harta, nanti kalau dah kahwin, keluarga papa kedana. Mungkin boleh melahirkan penjenayah dan menimbukan jenayah kepada masyarakat.

    Harta tanpa cinta pun susah juga, kalau kaya raya tapi tak de anak isteri.

    Tapi Cinta bukan sekadar sesama manusia,

    cinta suci adalah Cinta kepada Allah s.w.t
    cinta kepada ibubapa cinta yang luhur dan dituntut

    Cinta kepada keluarga, negara, kereta, motorsikal, kamera, kerjaya kawan-kawan dan sahabat serta berbagai bagai lagi.

    Yang penting cinta yang mengunjur kepada kebaikkan.

    Insya Allah.

    BalasPadam
  18. Kalau kena pilih satu..saya plih cinta..tapi make surelah partner tu pun betul2 cinta..hehehe.So bila dua-dua memang betul cinta sayang dan bertanggung jawap dua-duapun akan beruasaha memberi kebahagian dan kemewahan kepada pasangan masing-masing kan.

    Kalau pilih harta..pun ok jugalah..kadang cinta tu datang selepas bersama aka kawen..contoh kalau mak bapak suruh kawen dengan lelaki yang kita tak cinta tapi stabil dan boleh memberi kebahagian kepada kita...tapi janganlah berharta dan tua then terpaksalah pulak bermadu..masalah lah pulak rasanya..hehehe.

    Alah yang senang..sendirilah cari harta dan sendiri berusaha mencari cinta..tak payahlah nak harap orang lain:).

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.