Selasa, November 25, 2008

Kenyataan Diperolehi

Jam 8 malam semalam krew 360 menemubual pengamal perubatan di Ampang, Selangor berhubung dakwaan media Korea beliau menggunakan silap mata semasa menjalankan rawatan.

Kenyataan pemilik pusat perubatan terbabit bakal disiarkan dalam program 360, jam 9 malam esok.

Pelik, itu rumusan saya.

32 ulasan:

  1. Hello encik, wah baguslah, pandai promote rancangan 3 60 tu. Rancangan tu memang hebat.

    BalasPadam
  2. Kita tunggu kupasan 360 malam esok.

    Nota: Nak kongsi teknology sikit. kalau rasa screen LCD PC anda tu tak cukup besar, cuba browse ke http://360desktop.com/, download software (virus free) dan rasai sendiri kelebihan software ini.

    Ini bukan iklan ye bang, tapi seronok dapat benda baru. he he

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum,

    Wah sy diantara ribuan pembaca yang tidak sabar menantikan apakah respon tentang temubual ini, ya yang pasti sy akan menjadi penonton 360 esok.. Apa yang pelik tu bang?

    BalasPadam
  4. Salam,
    Kenapa x di highlight dlm promo semasa MHI pagi tadi? Sibuk pasal tipu menipu duit..

    Atau.. laporan ringkas je? mungkin akan menimbulkan KONTROVERSI?

    BalasPadam
  5. hahaha...
    hope menarik la maunya sok...jgn 2x5 suda...gebang ja lebey..hehe

    BalasPadam
  6. wahhhhh...dah buat liputan heheheheheh

    BalasPadam
  7. Looking forward to this beautiful programme!!!

    BalasPadam
  8. hope full report! bkn selingan jer.

    x sabar nak nonton di tv :)

    BalasPadam
  9. Best3! Sepandai pandai kambing mengembek,bila kena ujan lari gak. .haha

    BalasPadam
  10. Wah, seronok mendengar 3 60 tadi. Saya dengar sebab, saya oku penglihatan.

    BalasPadam
  11. Satu kupasan yang menarik..
    Bagus..Bagus

    BalasPadam
  12. Mengecewakan dengan ulasan yang dibuat pengacara sendiri sekaligus membuang masa menunggu 30 minit malam ni ..

    BalasPadam
  13. Saya cadangkan En. Mazidul bawak krew 999 pulak dengan ASP siasatan jenayah bukit aman sekali, saya nak tengok awak TERJAH sendiri ustaz palsu tu biar terkencing kat situ jugak, dah semalaya kena tipu dek setan bertopeng manusia ni, ada berani? Kalo tak berani tak yah jadi wartawan lah, boleh balik kg tanam jagung.

    BalasPadam
  14. saya pun kecewa jugak dengan ulasan tadi.. macam ada yang tak kena.. saya bukanlah nak menyokong pihak mana yang benar, tetapi bukankah selalunya wartawan akan cuba tanya dengan terperinci. bukti sahih sangat jelas kelihatan walaupun di youtube.. sekurang-kurangnya suruh dia hidupkan lampu tanpa pakai selipar.
    kalau dia mengelak mesti ada yang tak kena.

    BalasPadam
  15. Tanpa nama, maaf kerana membuang masa anda :)30 minit selepas siaran saya memperoleh rating program 360, penonton malam tadi berjumlah 2.4 juta. Saya harap,360 tidak membuang masa mereka.

    Mau lawan ke, 'kalau tak berani tak yah jadi wartawan lah'? Uiks! dah 14 tahun saya menceburi bidang ini. Mungkin saya tidak seberani awak dan pada masa sama tidak bijak menanam jagung di kampung seperti awak :)

    Borhan, saya hanya mempunyai masa 13 minit untuk 2 paparan. Bukan 1 jam. Justeru, bukan tujuan saya membuat ulang tayang apa disiarkan di You Tube. Pada masa sama saya juga tidak berhak memaksa pengamal perubatan itu melakukan demonstrasi sama kerana dia enggan melakukannya.

    BalasPadam
  16. ntah nya bro...
    aku tgu sblm pukul 9 lg...last2 kluaq ujung2 ja..tu pn brapa saat ja...aku stiill x pueh ati ngan mamat/ustaz tu

    BalasPadam
  17. Saling hormat- mengormatilah sesama kita dalam berkata walaupun hanya di alam maya.

    BalasPadam
  18. Tanpa kami penonton TV3, tiada rating 2.4 juta tu Encik Mazidul. Dan dari jumlah tu, bayangkan berapa ramai individu yang terpinga-pinga apalah 360 cuba paparkan dalam masa 2 minit malam tadi. Malah ada yang terasa hebat dan kagum dengan rancangan playar yang tak berkaitan. Tapi tak mengapalah, rating Encik Mazidul 2.4 juta, kami kata apa pun, Encik Mazidul sebagai penerbit mempunyai hak. Terima kasih untuk 2 minit tersebut yang memberikan pelbagai pengajaran kepada kami.

    BalasPadam
  19. wartawan kena berani bang!!itu ahri tv3 yang popular kan dia.sekarang,kenalah suruh dia buat balik!!lawak ust bila dia kata tak dengar bunyi!!padahal terang2 dengar!!orang korea tu tak ada motif apa pun..utk pengetahuan,james randi dah kaji benda ni 30 tahun.cuba tapi nama dia kat youtube..baru tau saper dia

    BalasPadam
  20. ya setuju encik. Encik punya statement, memang betul.

    BalasPadam
  21. En Mazidul, saya tidak menyebelahi ustaz Arief dan saya juga tak percaya video korea tu 100%. Kalau Prof Randi tu kata Ustaz Arief jadi kaya sebab 'magic' yang dia buat, Prof dan pihak penerbitan video korea sendiri pun nak cari untung dengan program seumpama itu. Adakah kita yang menonton, pasti video tersebut 100% tulen, bolehjadi dah ditambah side effect macam dalam drama atau filem, 'just, untuk menyedapkan cerita. Apa yang saya faham dari pembacaan dan ceramah ustaz,jika kita mengkehendaki sesuatu tak mustahil Allah memakbulkan walaupun perkara jahat seprti sihir (dengan izin Allah), apatah lagi perkara yang baik. Mungkin anda pernah menonton video dari Indonesia berkenaan penduduk kampung yang mengalih kubah masjid dengan zikir sahaja. Jika benar Ustaz Arief menipu, mereka yang bertanggungjawab perlu kemukakan bukti kukuh tentang penipuannya dan buat laporan polis.

    BalasPadam
  22. abd mazidul....
    tak boleh ke ader sambungan tentang hal pengamal perubatan tu di minggu akan datang? Saya sendiri menontonnya malam tadi pun tak boleh hendak membuat rumusan kerna ianya tidak begitu jelas....

    mau lawan ke....anda bercakap tentang keberanian padahal anda sendiri yang pengecut...selalu ke buat kerja dengan me link kan nama anda dengan laman web lain dan tak berkaitan langsung....tak bertanggungjawab langsung...berani melolong tapi pengecut untuk mengaku

    BalasPadam
  23. Semua, sebenarnya kisah ustaz tu tidak ada dalam perancangan awal. Saya cuba muatkan untuk maklumat orang ramai. Tidak timbul isu berani atau tidak kerana saya tidak perlu membuktikan apa2 kepada Mahu lawan ke. Pada masa sama saya juga tidak pernah menafikan kepentingan penonton kepada rancangan 360. Cuma cuba bezakan antara tanggapan dan fakta. Juah bezanya.

    BalasPadam
  24. to all.. encik mazidul sudah cuba apa yang termampu.. okla tu ad paparan 2 minit daripada takde kan.. syukur dgn apa yang ada.. ;) sabar kayh semua.. ;D

    BalasPadam
  25. en mazidul, saya cadangkan supaya dibuatkan satu sesi khas tentang ustaz Arief ni di 360 akan datang. Saya pasti rating 360 akan naik nanti sebab isu nih sedang hangat diperkatakan dalam forum forum tempatan.

    Cuma pastikan dalam kupasan tu nanti en mazidul tanyakan soalan2 'cepumas' . suruh dia buat live demo dihadapan krew2 360.

    BalasPadam
  26. Bro dan yang lain.

    Saya dah lama tau taktik bomoh palsu macam Arif Cakra Alam yang dipaparkan. Malah, ada diantara taktik ini saya pernah tunjukkan tekniknya menerusi MHI dulu.

    Harapnya, mangsa mangsa tampil dan membuat laporan lah atas pendedahan itu. Hanya mangsa sahaja yang mempunyai locus standi untuk membuat repot supaya tindakan dapat diambil.

    Video kubah tu, FYI, ianya menggunakan kabel dan kren. Ini disahkan oleh masjid itu sendiri. Orangramai yang hadir di situ diminta untuk bersama sama berzikir, talbiah dan sebagainya. Cumanya, oleh kerana fotografi ada limitnya, maka ianya kelihatan seolah olah kubah itu tergantung2 sahaja.

    Apapun, terserah kepada pendapat sendiri. Apa yang saya jelaskan ini adalah maklumat rasmi. Mana lokasi masjid itu? Haa, tanyalah pada Tanpa Nama kerana mungkin dia lebih arif. Yang pasti, dia silap bila kata Indonesia.

    Jangan marah. Sekadar membetulkan fakta.

    BalasPadam
  27. off topik skit...

    tertarik dengan Tanpa Nama, mengalih kubah dengan zikir? haha, tentu tanpa nama hanya melihat tanpa kajian yang lebih... sebenarnya video itu tidak menunjukkan keadaan sebenar di mana sistem takal digunakan semasa pemindahan kubah tersebut....

    on topik,

    rasanya kalau ada yang buat repot polis beserta bukti2 bayaran tau resit, dah tentu 999 pun boleh terjah bos putar alam tuh...

    BalasPadam
  28. sorilah bro Kamal Fnd, terkurang fakta..
    masjid Desa Kailolo Indonesia.

    jangan salah faham, saya tak kata Ustaz Arief betul cuma saya nak mereka yang berkuasa dakwa beliau dengan bukti, itu aje.

    manusia biasa tiada kuasa ajaib melainkan dengan 3 perkara :
    1. magic/trick
    2. bantuan malaikat
    3. bantuan jin
    ketiga perkara tersebut dengan izin Allahlah jua.

    maafkan saya jika tersilap.
    Wallahualam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.