Jumaat, Jun 17, 2011

Bak Belanda Dapat Tanah (Kes 'Bollywood') KEMASKINI ++

Hampir jam 4 petang semalam, perut terasa amat lapar sekaligus saya kepingin makan tom yam enak di Padang Kota Kafe, Seksyen 5, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Sebaik tiba di kawasan berhampiran restoran, saya kemudian memakir kereta di bahu jalan dan menurunkan cermin  tingkap kereta, sebelum itu diketuk berulang kali.

"Tarak boleh sini parking, kita kerja ada bikin," kata lelaki warga Bangladesh.

Ditegur, saya menghidupkan semula enjin kereta dan ingin mengubah lokasi kereta diparkir. 

"Kalau sini parking, kereta rosak kalu, kita tarak bayar, you sendiri tanggung!," kedengaran suara lain di telinga. 


Ayat itu dilontarkan lelaki kacak, lengkap berkacamata hitam serta berkemeja lengan panjang. Sebelum bertindak, saya sempat menjeling pakaian sendiri. T-shirt, jeans dan berselipar Crocs. Serabai benar perawakan saya berbanding lelaki kelihatan berpakaian kemas bak pelakon Bollywood itu.

"You orang mana?," soal saya.

"Pakistan, apa fasal?," soalnya kembali.

"Tadi, itu Bangladesh cakap, saya sudah dengar, saya mahu ubahlah parking tempat lain," ujar saya.

"You sini dengar, saya cakap kalau sini parking, ada barang jatuh ke, kita tarak ganti itu kereta kalau rosak," balasnya dengan suara tinggi.

Saya merenung lelaki itu dan mencapai kamera Canon G12 dari atas kerusi penumpang hadapan.


"Handsome, saya dengar you cakap, bukan tak dengar. Itu Bangladesh sudah cakap sama saya tadi. Sekarang you dengar saya cakap pula ...," celah saya.

Belum sempat saya menghabiskan ayat itu, dia pantas mencelah.

"You dengar, saya ..."

"Pakistan, ini Malaysia, saya punya negara, you sini datang kerja. Kalau mahu cakap sama saya, you turunlah. You pakai itu sunglasses, baju long sleeve, banyak handsome tapi jangan suruh saya dengar you cakaplah. You turun sekarang! Saya sakit tengkuk mahu tengok sama you," ujar saya.


Saya sempat merakamkan 3 gambar lelaki terbabit sebelum mengajukan soalan kepada pekerja warga Bangladesh lebih beradab tadi.

"Dia siapa?"

"Itu bos," balas pekerja terbabit.


Saya mendongak.

"You kerja belum tentu ada permit, cakap sama orang serupa samseng! You turun sekarang!," jerkah saya.

Untuk rekod, di kawasan berhampiran terdapat asrama pelajar kolej kejururawatan, majoriti penuntut, perempuan.

"Dulu, Pakistan punya orang datang Malaysia, masuk kampung naik basikal,  jual karpet, jual kain, ada adab punya orang. Sekarang punya Pakistan sikit senang, pakai sikit handsome, mahu kurang ajar?," soal saya.

Perlahan dia turun dari platform sementara itu. Sebaik kaki menjejak tanah, dia menanggalkan kemeja dan kacamata  hitam dipakai.

"Tadi saya cakap ...," katanya.

"Ini macamlah, sekarang you shut up! Saya tak mahu dengar you cakap apa. Sekarang kita tengok you sini kerja ada permit ke tak ada. Saya call polis, kasi dia orang check sama you,  tunggu sekejap," balas saya.

Pantas dia bergegas ke kawasan pembinaan di seberang jalan utama. Saya mengekorinya menggunakan kereta. Wajahnya kelihatan pucat lesi.

"Tadi you banyak samseng, suruh saya dengar you cakap, sekarang you mahu dengar saya cakap atau tak mahu?," tanya saya.

"Abang, saya banyak sorry," katanya.

"Kalau tadi you cakap sorry, ok punya. Ini you mahu tunjuk samseng sama saya. Kerja permit pun tak ada, lagi samseng?," soal saya.

Dia terpinga buat seketika selepas kaedah penunduk cara saya, diapplikasikan.

"Abang, saya banyak sorry, betul banyak sorry," rayunya.

Pengawal keselamatan warga tempatan datang menghampiri kami lalu saya menerangkan situasi berlaku.

"Bang, perangai pekerja Pakistan memang macam itu, actually, saya pun dah tak larat nak melayan dia orang ni. Kawasan ni kan ramai student perempuan, itu pakai handsome tahap gaban masa kerja di sana tadi tu," jelasnya.

"Dia manager di sini ke?," soal saya.

"Tak lah, kuli biasa sahaja," balas pengawal keselamatan itu.

Saya bukan anti pekerja warga asing tetapi berasa muak melihat gelagat sebilangan mereka, bak Belanda dapat tanah.

Baca satu lagi tampalan berhubung perlakuan warga asing memuakkan, klik di sini.

48 ulasan:

  1. Salam Bro;

    Silap kerajaan (imigresen) jugak bro.., cakap berdegar2.. pemantauan dan kemasukkan PATI bertambah2.

    Letih aarrr... dengan Malaysia nih.

    BalasPadam
  2. Salam Encik Isa..

    Actually scr personal, sy xsalahkan imigresen dgn benda2 mcm ni. Pendatang dari luar sangat licik. Yang paling sy xboleh terima adalah rakyat kita yang ikut tolong diorang masuk secara haram.

    Imigresen nak pantau pun,jumlah mereka terlalu ramai. Sy xmenolak negara banyak menanggung kerugian untuk hantar pendatang2 ni balik (nampak sangat negara kita still berperikemanusiaan, still nak hantar even org masuk dgn cara haram).

    Dari pengalaman sy yang tinggal di Indonesia selama 5 tahun, orang sini memang nak sangat hdup di Malaysia, klu boleh mereka struggle nk dapatkan kerakyatan Malaysia sebab hidup di Malaysia lebih terjamin. Saya pernah ada patient yang berumur 70 tahun, anak dia xpernah balik ke Medan selama 8 tahun. Katanya, lagi 2 tahun xbalik, dapatlah jadi rakyat sana. Sungguh tabah sampai sanggup lupakan keluarga semata-mata nak jadi warga Malaysia.

    BalasPadam
  3. Wan, jika tidak tersilap, ini your first comment di blog ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman amat berguna untuk direnungkan.

    Saya bersetuju, Jabatan Imigresen tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk mengawal sepenuhnya pergerakan keluar masuk warga asing di negara kita.

    Maklumlah, 'jalan tikus' berlambak.

    Sikap sebilangan warga tempatan juga harus diambil kira. Mereka sanggup menyewakan rumah untuk dihuni warga asing tanpa memastikan status dokumen, sah atau tidak. Asalkan meraih keuntungan, jalan!

    Thanks again.

    BalasPadam
  4. Bro Mazidul ,kasi repot saje , kasi ajar sama itu kurang ajar punya orang...

    Fasa Gerhana Bulan

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum ya sahabat,

    Mahaguru58 tabik spring sama brader kerana mendedahkan taktik Mamat Pakistan ni nak jual minyak kat sana dengan cara memakai spek tangkap henchem dan memakai baju long sleeve semasa buat kerja.

    Hehehehe... baguslah Mazidul expose kisah ni.

    Dia tak dengar lagi gamaknya lagu Allahyarham Sudirman tentang adab 'anak dagang di rantau orang'?

    Patutlah orang putih English Defense League amat berbulu dengan orang orang Pakistan yang berhijrah ke UK tetapi selepas tak berapa lama duduk bermastatin di sana, mula naik tocang dan nak tunjuk lagak kat penduduk tempatan pula?

    BalasPadam
  6. Mahaguru, what an honour to have you around.

    Bayangkan, dia mula bekerja pada jam 2 petang, cuaca masih panas tetapi sanggup bergaya sebegitu sekali berbanding pekerja lain.

    Serampang 2 mata, itu saya yakin.

    Dia berasal dari Pakistan manakala 4 lagi pekerja lain warga Bangladesh.

    BalasPadam
  7. Memang dia berniat nak pikat gadis dan wanita Melayu tempatan le tu.

    Semalam saya amat berpuas hati sebab dapat peluang belasah CEO Malaysiakini petang tadi di Dewan Tun Ismail, PWTC sempena sesi Q&A, segmen terakhir World Bloggers and Social Media Summit.

    Saya memang taram dia dah lama, sebab Malaysiakini pengadu domba # 1 dalam negara ini. Mereka tak sudah sudah meniup api perkauman dan sering membenarkan komen komen menghina Islam dan Melayu didalam portal media mereka.

    Check it out : http://mahaguru58.blogspot.com/2011/06/malaysiakini-ceo-premesh-chandran.html

    Puak puak ni mesti kena ajar kalau tidak mereka akan naik tocang sama macam Mamat Pakistan tu!

    BalasPadam
  8. ...'pakai handsome tahap gaban'... hehehe...

    BalasPadam
  9. Setuju dengan tindakan yang Abg. Mazidul lakukan....hehehehe...lucu juga bila mengenangkan ke'smart'an mat pakistan tu masa bekerja...nak ngorat awek la tu...HAHAHAHA....smart tahap gaban...bak kata Pengawal Keselamatan...apapun ucapan syabas di atas tindakan yang berpatutan daripada abg. mazidul..

    BalasPadam
  10. Salam En Mazidul,

    SMTI

    Karekter aksyen gaban ni boleh juga dilihat di Nilai 3......

    Kita orang tempatan memang banyak toleransi dengan PATI....

    BalasPadam
  11. Salam En Mazidul,

    SMTI

    Warga tempatan selama ni banyak bersabar dan bertoleransi dengan PATI ni...

    BalasPadam
  12. hahahah! hadoiiiiyaii! tergelak besar pulak saya baca bila sampai ending nya tu!! harap2 janganlah ada adik2 misi yg gelap mata lak tengok mamat handsome tu..

    BalasPadam
  13. Assalam Bro

    Kat mana-mana pun sama, mereka ambil kesempatan selagi boleh... PATI satu hal... yang masuk secara halal pun satu hal juga.. Lagak macam negara ni mak bapak dia punya... Termasuk juga pelajar-pelajar dari timur tengah dan Afrika...

    BalasPadam
  14. Salam En. Mazidul,

    SMTI...

    Pakistan tu nampak smart jer...kalo duduk dekat2 ada rasa bau kurang enak tak? hehehehe...

    BalasPadam
  15. smti..

    memang patut ajar macam tu.. datang dengan tak dak permit.. nak eksyen pulak..


    *cik Mazidul buat repot tak lepas insiden tu?

    BalasPadam
  16. Smart betul mamat pakistan tu dress up waktu bekerja, kalah segelintir rakyat Malaysia berpakaian. Patutlah ramai anak gadis, janda yang terpikat dengan mamat pakistan.

    Saya sendiri pun tak dress up macam tu, adakalanya segelintir yang tak ada permit ni biasa kurang adapnya. Dah banyak habis duit kerajaan dan rakyat untuk menguruskan geng2 PATI ni.

    Sampai bila? Tidak berkesudahan...

    BalasPadam
  17. slalu kena keadaan gini
    ngra kita tapi dia yg KUCING kita yg TIKUS...

    BalasPadam
  18. SMTI..

    Memang lucu..gi keje cam pakai cam artis..

    BalasPadam
  19. Itu kes warga asing lelaki. Yang perempuan lagilah. Muak dan menyampah tgk sikap mereka ketika membeli belah di pasar raya. Gelak tawa dan perilaku mereka memang memuakkan kita yang memandang.

    En. Mazidul, terima kasih sebab sudi singgah ke blog saya. Teruja nih..hehe..

    BalasPadam
  20. Salam En Mazidul....
    sebenarnya sya ni silent reader blog ni...tp dedahan ini membuatkan sya tertarik hati nk tinggalkan komen jgk...
    memang sepatutnya & sya sokong serta suka sgt cara En Mazidul sekolahkan mat pakistan tu...SYABAS

    BalasPadam
  21. salam saudara Mazidul,
    saya pernah terbaca pengalaman seseorang (sekarang dah arwah)dia rakyat malaysia yang pernah bekerja dan tinggal di Pakistan.memang gitula perangai diorang ni jenis yang bodoh sombong ingat dia je yang betul lepas tu jenis kuat membelit cakap pusing2 tak tahu mana satu yang betul meskipun diorang ni Islam solat 5 waktu tak tinggal hehehe..so kena hati2 la bila berurusan dengan diorang ni.

    BalasPadam
  22. bro..saya setuju cara anda wpun mungkin ada yg krg senang dgn cara begitu..

    BalasPadam
  23. En. Mazidul,
    Saya hamil dan sering buat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Kerajaan... Punyalah ramai warga asing... Dahlah tak hormat orang; ada ke patut yang lelaki duduk borak2, ibu2 hamil, lelaki warga tempatan yang dok kelek anak yang terpaksa berdiri.. dengan cakap macam dalam pasar.. bau derang lagi.. aduhai...
    Saya cakap kat doktor incaj.. dia kata tak boleh nak buat apa.. kalau cakap lebih, derang kata dia bayar lagi mahal daripada warga tempatan?? Apa kes?

    BalasPadam
  24. Salam ...SMTI...memang best sangat....sama la, bukan benci ngan warga asing, tapi agak2 la nak lebih sudu dari kuah...saya yang merantau dari perak ke penang ni pun jaga tatasusila walaupun dalam negara yang sama, ini diorang lak lebih2....mau kena sekali baru terketar2......

    Habis macamana, polis datang tak????Nak tau gak kesudahan hero Pakistan tu....hehehe

    BalasPadam
  25. Rasa-rasanya ini baru komen ketiga sy dalam blog En. Mazidul. Agak terlambat jadi reader. Dulu sy & keluarga banyak ikut paparan 3.60, since duduk Indonesia, dah xberpeluang nak tengok paparan menarik dalam program tu.

    Apa2 pun, sy ucapkan terima kasih banyak2 kpd En. Mazidul atas paparan yg sy yakin dpt membuka mata masyarakat kita.

    BalasPadam
  26. geram saya dengor org luor nok aroh2 kita di negara kita sendiri..eee penampor je mazidul....

    BalasPadam
  27. Memang dah terlalu ramai pendatang asing kat negara kita ni,berpermit ramai , PATI pun ramai. Saya amat hairan ada kalangan pendatang yang menerima kemudahan perubatan , persekolahan dan pemilikan harta seperti warga Malaysia.

    BalasPadam
  28. Salam semua... :) silap orang la mamat paki tu buat mcm tu.. terbaek bro..

    BalasPadam
  29. Salam semua
    Gua caya sama lu la brader!

    BalasPadam
  30. Wargatempatan pun meniaga jugak itu olang..asal masyuk.

    BalasPadam
  31. SMTI.

    dua kali baca kes ni, memang dalam hati mengakui dia tu memang handsome, ingatkan kerja kt mana, agaknya foreman pada kawan-kawan dia kot. tu berlagak semacam.

    BalasPadam
  32. kita bg muka sangat kt depa ni..tu yg naik mua..apa apa pon..tabik bro...

    BalasPadam
  33. dia paki, handsome dari mat bangla. kot2 la ada jururawat yg berkenan nak buat laki... pakaian mmg tak kena tempat betul. kalau jadik pekerja kt supermarket pakai cam tu ok gak, ada air cond. ni tengah panas terik... adoi ai..

    BalasPadam
  34. Ada dengar cerita..kerja menghalalkan warga cina yang datang kesini...untung berjuta....tapi ******* approved dulu..wallahualam!

    BalasPadam
  35. smti...hahaaha...x bleh blah tgok abg jerkah dia...saya duk bayangkan muka ida yg kunun hensem tuh pucat lesi..hehe...syabas abg..!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.