Isnin, Jun 13, 2011

Bara Esplanade UPDATED (Main dengan girlfriend Tidur dengan gadis lain?)

Pembaca dihormati,

Saya pernah menulis buku sebelum ini berjodol 'Virus Kehidupan' dan karya terbabit masih berada di pasaran. Saya kemudian menulis 2 lagi manuskrip buku mencoretkan antara pengalaman membuat liputan kes jenayah dan garapan peristiwa saya tempuh ketika berkunjung ke Mesir untuk ke Gaza, tahun lalu.

Kedua manuskrip, 90% siap berserta gambar tetapi kemudian saya tersedar betapa sukarnya untuk mencari syarikat untuk menerbitkan 2 buku terbabit. Maklumlah, saya bukan penulis novel cinta, bacaan hangat masyarakat tua dan muda.

Maka kedua manuskrip terbabit saya abadikan di dalam cakera keras sehingga, jika diizinkan Allah saya berjumpa syarikat penerbitan bersesuaian. Jika tidak, 2 karya terbabit mungkin akan terkubur.

Main dengan girlfriend, tidur dengan gadis lain. Ayat itu bagaimanapun tidak tercatat samada di buku mahupun di dalam manuskrip saya.

Tetapi dicatatkan di tampalan eksklusif ini.

Petang semalam, saya dihubungi rakan blogger, saya temui bersama isterinya sebelum ini. Beliau menaruh minat mendalam dalam bidang permotoran terutama kenderaan pacuan empat roda. 

Ruslie Sophian, nama beliau.

Di dalam tampalan terkini blognya, Ruslie menceritakan pahit getir percubaan dilakukannya  sejak tahun 1991 untuk menerbitkan karya berjodol 'Bara Esplanade'. 

Kesihatan Ruslie dilapor tidak begitu memberansangkan berikutan komplikasi jantung dan beliau akan dirawat di Institut Jantung Negara bermula minggu depan.

Saya peprcaya, lelaki tabah itu, tidak berniat untuk meminta-minta, jauh sekali meraih simpati selagi beliau berdaya. Kini, 'Bara Esplanade' diterbitkan dalam bentuk e-novel, 336 muka surat dan dijual dengan harga RM25 sahaja.

Kepada pembaca ingin membantu Ruslie sekaligus membaca novel terbabit, sila layari blog beliau, klik Karya Ku Dana Jantung Ku.

Kepada semua pembaca blog ini, sudi membeli novel terbabit secara online, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga budi kalian dibalas Allah di akhirat kelak.

7 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.