Jumaat, Jun 17, 2011

Ikan Besar Beserta Gambar

Arwah ayah pernah membuatkan jala untuk saya sewaktu berusia 5 tahun. Jala bersaiz pendek dan comel, sesuai saya tebar pada ketika itu. Hampir setiap hari, saya dan ayah menjala ikan di sungai berair keruh di Kundang, Selangor. Ikan haruan, ikan keli, ikan putih, dan udang galah antara rezeki dijadikan juadah dimasak oleh emak.

Sejak cekap menjala ikan, saya langsung tidak pernah berminat memancing. Bagi saya, terlalu lambat untuk menangkap ikan jika memancing berbanding menjala. Sekali tebar, kekadang bekalan ikan lebih mencukup untuk dimasak selama 2 hari.

Tetapi entah mengapa, sejak semalam, senario itu berubah. Secara tiba-tiba memancing menjadi sebahagian daripada jiwa saya, hidup saya. Bukan memancing di longkang, parit atau sungai. Saya memancing di laut dalam berair tenang. 

Berikut antara gambar ikan berjaya saya tangkap menggunakan konsep catch and release.


Saya percaya samada bersaiz kecil atau besar, ramai pemborong berminat dan barangkali berebut membeli ikan terbabit tetapi saya tidak berhasrat menjual hasil tangkapan. Saya ingin ikan itu berenang bebas di lautan biru tetapi pada masa sama saya berpeluang mencuba kemahiran memancing. 

Untuk pengetahuan pembaca, umpan cacing atau lipas tidak sesuai digunakan jika memancing di laut dalam. Umpan itu hanya digunakan anak kecil sewaktu memancing di parit atau kolam kecil. Umpan saya gunakan ketika memancing, umpan tiruan pelbagai warna, berharga di antara ratusan dan ribuan ringgit setiap satu. Ya, harga umpan agak mahal tetapi bersesuaian dengan saiz tangkapan.

Minat sama kini dikongsi beberapa rakan saya. Sebelum ini, mereka sering terbabit menjalankan kajian paranormal bersama saya di pelbagai lokasi menyeramkan. Kini mereka terpancing untuk memancing. Lihat kepuasan terpancar di wajah mereka ketika melihat hasil tangkapan.

"Memang puas hati, ikan aku tangkap setakat ini, mencatat rekod terberat," ujar Rahmat.

"Aku second," celah Zaki sambil tersenyum.


"Kali ini ikan besar akan naik bro, tengok joran, melendut macam nak patah," kata Rahmat lagi.

Mohd Faizal Ali, 29 tahun tanpa mata berkelip, memerhati gelagat Rahmat Mokhtar dan Muhammad Zaki Muhammad sambil menunggu giliran. Maklumlah, joran digunakan bukan sebarangan, berharga mencecah RM2,000 kira-kira 2 bulan lalu. Jadi mereka terpaksa bergilir-gilir untuk mempamerkan keupayaan memancing.

Perhatikan kesungguhan Faizal membaling 'joran'.


"Huh! Ada feel bai ...," ujar Rahmat. 


Perhatikan reaksi mereka ketika memancing di kedai bundle milik Faizal atau 'Chotz' menggunakan perisian, software di Samsung Galaxy Tab milik saya.

(Ha! Ha! Ha! Dah terkena kan? Bukan seorang, ramai ingat saya betul-betul memancing di laut tadi, kan? kan? kan?

But it is ok, teruskan membaca ... )


Lokasi sebenar kami 'memancing' selama hampir 2 jam, di Chotz Bundle, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Umpan, mata, kail, bot dan laut, semua berbentuk maya.

Aktiviti tidak memenatkan, seluar dan baju kering dan lebih penting jari tidak pernah berdarah akibat tersangkut dek mata kail.

Selamat bercuti di hujung minggu kepada semua pembaca blog ini. Cubalah memancing!

17 ulasan:

  1. hai....bukan main jimat lagi....hehe!

    BalasPadam
  2. orang laki kalau tunggu pancing ok jer..tp cuba kalau suh tunggu isteri bershopping.. mau mengamuk kalau lama/ lambat..:) selamat mancing sumer...

    BalasPadam
  3. saya boring2 mancing kat iphone hahaha

    BalasPadam
  4. Masa di kampung, saya pun pandai tebar jala. Guna yang besar. Boleh tahan juga hasil jalaan.

    Sekarang ni tiap Ahad, petang saya tonton rancangan Kaki Pancing tu. Best jer.

    Saya pun tertarik dgn konsep pemancing profesional yang amalkan ‘catch & release’ untuk generasi akan datang. Jika semua ditangkap, akan datang tiada lagi spesis kelah, kerapu dsb untuk 10,20 tahun akan datang....

    BalasPadam
  5. lama x g pancing nie..tp x lama lagi pemimpin kita akan pancing undi!!hehehe

    BalasPadam
  6. hahaha..hadoiiii..tertipu

    berbakat jugak lah buat lawak suprise nih!

    BalasPadam
  7. kahkahkah! hadoiii, patutla lain macam gambar ikan tu.. SMTI tapi terkena. haha

    BalasPadam
  8. EMTI + TT(Eden membaca tampalan ini + tapi terkono) kahkahkah..

    BalasPadam
  9. cis lagi. hahaha!

    btw, saya pernah memancing kat sungai kecik belakang rumah kat kampung, dan pernah dapat ikan haruan sekor. umpan cengkerik.

    lepas dapat terus goreng buat lauk!

    *en MAS taknak buat entri pasal hantaran kat sini? mungkin boleh hangat...!

    BalasPadam
  10. Alamakkkk tipah tertipu...tertipu tipah ^__^

    BalasPadam
  11. HAhahhaa...ni dah kira menipu ni.....mana aci macam ni...hehehe

    BalasPadam
  12. tapi realitinya...konsep tangkap dan lepas tu menyeksa binatang... kasihan binatang tu/...lagipun kita dilarang menganiaya binatang..tangkap,mulut ikan tu dah sakit..lepas tu nak lepaskan semula?? cuba kita dibuat macam ikan tu=(

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.