Selasa, Jun 28, 2011

Misteri Pohon Ara (Kes Paranormal)

Pokok kayu ara berpenunggu, itu antara cerita orang tua zaman berzaman. Entah betul, entah tidak.

Bagaimanapun, pokok kayu ara saya dan pasukan ExPaR (Extreme Paranormal Researchers) kunjungi petang tadi agak berbeza.

Sebaik tiba di lokasi, Rahmat Mokhtar, Ahmad Adam Aliff dan Mohd Farid Hamzah pantas menghampiri pokok dianggarkan berusia lebih 120 tahun, pokok rendang dengan lilitan dahan kelihatan seperti ular.


Adam kemudian memeriksa ruang di celah dahan bersama Rahmat, Farid memerhati dan saya merakamkan gambar.

 

"Macam ada kain," bisik Rahmat.

Adam berdiri di bahagian 'dalam' pokok mencapai 2 helai kain merah dimaksudkan sambil Rahmat menyuluh dengan lampu.


Kain lusuh terbabit kemudian diletakkan di atas tanah.


"Kain ini terikat pada teras pokok, macam digunakan untuk membungkus sesuatu," ujar Adam spontan.

Rahmat kemudian meletakkan alat pengesan pergerakan, motion detector berhampiran pokok. Untuk rekod, tiada tiupan angin, tiada sinaran lampu suluh mahupun laser dipancarkan Infrared Thermometer dan tiada sebarang pergerakan di bahagian hadapan alat terbabit.

Pada masa sama, kira-kira jam 5 petang, ayat ayat Rukyah berkumandang sayup-sayup dari Samsung Galaxy Tab, saya letakkan di dahan pokok, kira-kira 2 meter dari motion detector.


Hasilnya, amat mengejutkan kami semua. Motion detector berbunyi tanpa henti bak mengesan pergerakan tidak mampu kami lihat menggunakan mata kasar.

Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng!


Difahamkan, sebelum ini ramai saksi mendakwa berulang kali pernah terlihat kelibat wanita tua berambut panjang dan berpakaian serba putih di celah pokok kayu ara itu. Malah cubaan memotong dahan pokok terbabit juga dikatakan gagal, enjin kenderaan membawa crane dilaporkan mati setiap kali menghampiri kawasan sama.

Kejadian pelik tetapi benar.


"Cuba awak alihkan motion detector ke arah lain," pinta saya kepada Rahmat.

Pantas dia mencapai alat itu dan meletakkannya ke arah berbeza. Tiada sebarang bunyi dihasikan. Rahmat kemudian beberapa kali melintasi ruang di hadapan alat itu, motion detector diaktifkan.

Teng!! Teng! Teng! Teng!

"Motion detector berfungsi, tiada masalah," ujar saya.

Kami melakukan ujikaji itu 2 kali, hasilnya tetap sama. Apabila diletakkan di lokasi asal, menghadap pokok  ...

Teng! Teng! Teng! Teng! Teng! Teng!

Kira-kira 10 minit kemudian, Adam dan Farid bergerak membawa kain dijumpai ke celah pokok.


Sebaik sahaja kain itu dikembalikan ke tempat asal bahan itu ditemui, motion detector terus berhenti berbunyi.

Barangkali kejadian kami tempuh itu tidak lebih daripada satu kebetulan atau wujud misteri belum terungkai?

Hanya Allah maha mengetahui setiap kejadian di langit dan di bumi.

24 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    SMTI
    Opssss! terbaca tengah malam pulak!

    BalasPadam
  2. seram jugak bila dah sampai part last.apa kata datang blk kt pokok ni waktu mlm?

    BalasPadam
  3. Ada guna buat peneduh..rendang
    ..kalau tak nak tebang cuba siram sedram minyak tanah..

    BalasPadam
  4. Jika memudaratkan elok hapuskan pokok itu, dengan meletakan sedram atau 2dram tong penuh minyak tanah sebelah pokok , dan tebuk lubang sebesar /dengan paku bagi memancut keluar secara perlahan.

    BalasPadam
  5. Salam Bro, pokok cam ni banyak terdapat kat Tanjung Emas, Muar! berderet2 kat tepi tanjung tu... memang nampak seram, tapi so far tak penah lak dengar cite2 mistik mengenainya!

    BalasPadam
  6. SMTI

    di mana lokasinya?

    dekat pantai morib pun ada sepohoh ara besar dengan akar berjuntai2 juga.

    saya sebenarnya berniat nak tanam pokok ara macam ni kalau ada rumah dengan lawn yg besar. harap2 takdelah makhluk yang nak datang buat macam rumah sendiri pulak~

    BalasPadam
  7. menarik... gaya penulisan sdr mazidul memang menarik walau apapun topik yang dipaparkan.

    BalasPadam
  8. smti..

    seram walaupun baca di siang hari...

    BalasPadam
  9. SMTI... saya buat marathon entry2 sedara dari semalam.. makin menarik, penuh dgn isu paranormal pula sekarang..

    BalasPadam
  10. Hurm...pokok besar2 macam tu...mesi ada penunggu lah kan :)

    Boikot ASTRO?

    BalasPadam
  11. benda2 mcm tu kan terbukti kewujudannya..kita berkongsi tempat tinggal dlm dunia ni (dikatakan orglah), cuma rasanya bernasib baik tk terlihat dek mata kasar jer...

    BalasPadam
  12. Pernah Dengar cite ni...ada orang suruh tebang pokok ni..tapi tak boleh..

    BalasPadam
  13. dunia ghaib tetap ada...hanya Allah yang Maha Mengetahui...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.