Ahad, Jun 19, 2011

Ditebuk Tupai

Gambar di bawah saya rakamkan pada 15 Ogos 2008 di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang.


Teluk Cempedak dikenali sebagai pantai peranginan dikunjungi ramai terutama pada hujung minggu.

Mereka berkeluarga lazimnya datang ke pantai terbabit untuk berehat sambil berkelah.  Jika malas mandi laut, mencukupi bagi ibu ayah memerhatikan telatah menghiburkan anak kecil mereka berlari keriangan di pantai. 

Anak remaja, berbeza. Gadis kelihatan selesa membelai teman lelaki tanpa perasaan segan silu biarpun diperhatikan pengunjung lalu-lalang. Barangkali, perlakuan itu biasa bagi mereka berdua.


Kampung tempat kelahiran saya, Kampung Sungai Bill di Perak. Mengikut cerita turun temurun, jika pasangan datang berkelah didapati berkelakuan sumbang, sewaktu berjalan pulang pasti kepala lelaki berdarah, dibaling batu dek penduduk tempatan.


Kini, kerap kita lihat sebilangan pasangan remaja selamba memadu kasih di pelbagai lokasi. Di wakaf berhampiran tasik, di restoran dibuka sehingga awal pagi, di atas motosikal berhenti mahupun di taman rekreasi terbuka. Golongan tua dan kanak-kanak lalu-lalang di kawasan sama tidak dipedulikan sama sekali oleh mereka. Kekadang pasangan dilamun asmara berpura-pura tidak menyedari kehadiran orang ramai di sekeliling mereka.

Gadis bertudung litup dan dari jauh kelihatan berpakaian sopan tetapi tangan menjalar membelai manja teman lelaki. Saya percaya ibu dan ayah mereka pasti tidak merestui perbuatan sebegitu.

"Kekadang bertudung hanya membuat syarat kerana terpaksa"

Itu antara pandangan negatif dilemparkan sebilangan ahli masyarakat apabila melihat perlakuan sumbang mereka biarpun saya percaya majoriti wanita bertudung kerana memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat.

Sewaktu 2 pasang kekasih diberkas pegawai masjid ditauliahkan kuasa untuk menahan pasangan disyakki berkhalwat pada 16 Jun lalu, saya juga terperanjat buat seketika.

Sewaktu pemeriksaan rapi dilakukan pasukan serbuan, mereka menemui tag nama gadis berusia 24 tahun mendakwa pernah melakukan hubungan seks bersama teman lelakinya tetapi meniduri lelaki lain sewaktu ditahan.


Berikut gambar lehernya, dipenuhi gigitan cinta. Cinta membuatkan mereka buta.  


Lebih menyedihkan sekaligus menyentuh perasaan saya, apabila mendengar pegawai bertugas spontan bertanya kepada lelaki dipercayai tidur bersama gadis terbabit.

"Kamu tahu dia dah ditebuk tupai, 2 kali, kamu hendak kahwin dengan dia?"

Pantas remaja lelaki berusia sama, menjawab ...

"Tak nak"

35 ulasan:

  1. Salam...kg saya Degong, langkap begitu juga jika ada anak muda hantar perempuan blk ke rumah siap blk kena tahan le....zaman tu dah berakhir sekarang bebas mengikuti zaman kini..Wallahhuaklam.

    BalasPadam
  2. beri habuan pada tupai, tupai dapat habuan kemudian tinggal. buat apa tupai nak tunggu, banyak lagi yang segar belum ditebuk.

    heh.

    BalasPadam
  3. Salam Mazidul...

    Majlis Agama Islam Pahang (MAIP) sudah lama berada dalam keadaan mendatar dan tiada peningkatan.

    Ketidak jelasan matlamat di tengah perjalanan jadikan kakitangan bosan, semangat mula mengendur, tidak lagi istiqomah.

    “Alah, biarkan mereka” Dan MAIP akan terus jatuh dan jatuh.

    Pokok pangkalnya, mari kita lihat semula hubungan kita dengan Allah SWT, dan memerhatikan keseriusan kita dalam menjalankan kerja-kerja pencegahan maksiat.

    BalasPadam
  4. kebanyakkan...kdg2 org ingat malas nak jaga tepi kain org..sedangkan tepi kain sendiri pun masih tak berjahit...

    bg saya plak kalau terjadi depan mata saya...saya akan tegur jg...kalau dia org nak ikut & dengar tu terpulang la..

    BalasPadam
  5. Nauzubillah...smg dijauhkan dri segala maksiat dan perbuatan sumbang..:)

    BalasPadam
  6. HAHAHA.. this is normal bro.. kalau kita asyik bdiam diri macam ni la jdnya.. mungkin seseengah pihak ambil mudah perkara ni, sebab tu jadi macam ni.. orang ramai pon tak bagi kerjasama.. susah la..

    BalasPadam
  7. salam bro... benda ni masalah penguatkuasaan tak konsistan. kalau kerap insya'Allah berkurangan. lagi 1, kawan saya ni mmg kaki perempuan, mengikut pengalaman dia la, perempuan bertudung ni lagi mudah kalau bawak keranjang. dia ada ramai awek yg jenis uptodate, dedah sana, dedah sini. tp jangan nak bawak balik, nak pegang tangan pon tak dpt.

    BalasPadam
  8. Salam bro,pandangan saya selagi hukuman yang di jalankan tidak berlandaskan hukum islam,masalah ini tidak akan selesai sampai bila2.

    BalasPadam
  9. Anggota tak cukup, gaji tak cukup, belanja tak cukup dan masa tak cukup...

    BalasPadam
  10. allahumma aslih syababina wa syabbatina, ameen.

    ya Allah, kau perelokkan lah anak2 lelaki dan gadis2 kami. ameen

    BalasPadam
  11. Sebagai seorang ibu, saya cukup takut...!

    BalasPadam
  12. umat islam dah makin menuju ke arah atheism...

    BalasPadam
  13. risau dgn anak-anak skrg ~ berpesan kpd diri sendiri jugak.

    BalasPadam
  14. 'TAK NAK' hakikat sebenar tapi orang pompuan ni masih buta.... sedih!!!

    BalasPadam
  15. setiap kampung,taman perumahan,bandar,daerah ujudkan badan atau kumpulan pencegahmaksiat sukarela yang diberi lesen untuk bertindak...

    BalasPadam
  16. mereka belum tahu langit tu tinggi.
    sudah terkena nanti, tahulah. masa tu bunuh diri pun belum tentu aman mati nya nanti.hiduplah dengan penyesalan tak berpenghujung.

    Orang tua-tua menasihati, mesti sebab mereka lebih tau rentak hidup. Anak-anak yang degil, buta kan mata walaupun di Facebook, dan surat kabar, penuh dengan kisah-kisah cinta buta.

    BalasPadam
  17. yg lelaki kata taknak tu ler tupai nyer.. kan kan

    BalasPadam
  18. Ya Allah, kumohon padaMu supaya lindungilah kami daripada segala perlakuan buruk lagi menghinakan. Tunjukilah kami jalan yang Engkau redhai. Bukalah hati dan jalan kepada kami supaya kami sempat bertaubat sebelum malaikat menjemput kami pulang...

    * Saya dikelilingi adik2 yang masih remaja dan anak2 yang bakal membesar, rasa takut betul bila tengok senario anak muda sekarang ni..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.