Isnin, Jun 13, 2011

Duka Peniaga Di Puduraya?

Jam 5.50 petang semalam, sewaktu dalam perjalanana ke Low Yat Plaza, Kuala Lumpur, saya dan jiran singgah di Hentian Puduraya baru, mula beroperasi sejak pertengahan April 2011.


Gah, itu rumusan awal saya ketika melihat hentian berwajah baru tersergam indah itu. Sebelum ini, jejantas berhampiran dipenuhi pengemis pelbagai bangsa, meraih simpati pengguna hentian terbabit. 

Gambar saya rakamkan pada jam 6. 11 petang sama menunjukkan lokasi tertabit tidak lagi menarik minat pengemis mencari rezeki. 


Tiada lagi 'ulat tiket' dan pemandu teksi sapu berkeliaran di kawasan ini.


Pada tahun 1995, sewaktu berulang-alik dari Tanjung Malim, Perak ke Shah Alam, Selangor, Hentian Puduraya panas, dicemari bau petrol, asap rokok dan asap dimuntahkan ekzos bas. Telinga pula sentiasa disumbat bunyi bingit deruan bas beroperasi di bawah platform. 

Kini ruang menunggu kelihatan jauh lebih selesa, dilengkapi kerusi baru dan sistem penghawa dingin. 


2 anggota polis sedang bertugas mengawasi keselamatan sekitar juga kelihatan lebih selesa bertugas di Pondok Polis Puduraya dilengkapi dinding diperbuat daripada kaca.


Sewaktu berjalan-jalan sambil merakamkan gambar, sebilangan peniaga pelbagai bangsa terlihat kelibat saya, sempat mengukirkan senyuman.

"Ok ke berniaga di tempat baru ni?," soal saya.

Malangnya senyuman mereka pudar sebaik soalan itu diajukan. 

"Sewa mahal Mazidul, orang pun tak berapa ada sebab sekarang ni, Puduraya hanya untuk penumpang bas arah ke utara sahaja. Itu pun sebahagian penumpang ke utara menggunakan Terminal Bas di Jalan Duta," jelas mereka.

"Mahal sangat ke sewa?," tanya saya sebagai soalan susulan.

Tanpa diminta, mereka menunjukkan dokumen berhubung kadar sewaan dan bayaran caj berkhidmatan.

"Ini kadar sewa dan caj perkhidmatan dahulu," ujar mereka.


Berikut pula kadar sewa dan caj perkhidmatan bakal dikenakan pihak pengurusan kepada peniaga.


Perhatikan kadar caj perkhidmatan dahulu berbanding sekarang, RM387.50 dan RM2,431.00  Bezanya, RM2,043.50.

"Caj perkhidmatan itu untuk bayaran apa?," soal saya.

"Lif, sistem penghawa dingin, escalator, khidmat membersihkan bangunan, pengawal keselamatan dan mungkin banyak lagi," balas mereka.

Sebelum ini terdapat institusi perbankan dan pejabat pos di hentian terbabit, kini tiada.

Saya difahamkan setakat ini, pihak pengurusan Uda Mall tidak akan mengenakan bayaran sewa kepada lebih 100 peniaga dalam tempoh tertentu tetapi meminta peniaga menjelaskan deposit di antara RM8,000 dan RM12,000, bergantung kepada saiz kedai. 

"Lebih sebulan kami berniaga, nak dapat jualan RM100 sehari pun susah. Macam manalah kami nak menjelaskan deposit sebanyak itu? Ada terpaksa mengeluarkan duit saving dan menjual rumah," jelas peniaga.

Dimaklumkan, kira-kira 80% peniaga di Hentian Puduraya berbangsa Melayu, mula mencari rezeki di situ sejak 25 tahun lalu. 

"Mazidul tengoklah sendiri. Kedai kecil, sekangkang kera tetapi caj perkhidmatan terlalu mahal," tambah mereka.

"Nanti Mazidul naik, tengok pula kedai di atas, hidup segan mati tak mahu. Banyak lagi kosong sebab peniaga takut nak masuk, nanti tak mampu nak membayar sewa," tambah mereka. 

Sebelum meninjau ke tingkat atas, saya rakamkan gambar kiosk dan kedai disewa peniaga Melayu di belakang ruang menunggu.


"Kalau nak bayar sewa kedai dan caj perkhidmatan pada hujung bulan, kami kena dapat untung at least RM100 sehari, ini nak dapat jualan RM30 pun susah," keluh peniaga saya temui.

Sewaktu menaiki escalator ke tingkat atas, rakan bersama saya bersuara.

"Hai, tiba-tiba ramai guards sibuk memerhati dan mengikut kita, mungkin sebab dia orang nampak awak ambil gambar agaknya," bisiknya.

"Ia ke? Awak perasan sahaja kut. Tetapi kalau betul, molek sangatlah, kira kita selamat berada di sini kerana diawasi. Dahulu, saya masih ingat, banyak berlaku kes ragut di sini, sekarang mesti dah tak ada. Bro, hentian ini tempat awam, tak salah kita merakamkan gambar. I am a blogger, I write. Saya tengok orang putih selamba petik kamera sana sini," balas saya.


Berikut gambar kedai saya rakamkan di tingkat atas.


Terpegun saya sewaktu melihat televisyen berskrin besar terpampang di hentian ini untuk kemudahan pengguna. 


Orang ramai dikenakan bayaran 30 sen untuk menggunakan kemudahan tandas lebih selesa dan bersih disediakan.


Saya percaya majoriti pengguna Hentian Puduraya berasa lebih selesa dengan semua kemudahan disediakan pihak pengurusan hentian terbabit.


 Pada masa sama, jika benar semua dakwaan peniaga, duka mereka juga harus diambil kira. Lebih 2 dekad mereka berniaga di lokasi itu, usah kerana faktor kemodenan dan pembangunan, mereka disisihkan.

40 ulasan:

  1. Sdr MAZ,
    bulan lepas saya juga menulis entri khas berkenaan Puduraya berubah wajah. Cuma gambar saya tidak sebanyak ini, kerana saya tidak dibenarkan snap (oleh beberapa orang pegawai UDA). So gambar terhad di ruangan platform sahaja.

    Kemudian saya juga terdengar, cakap2 pekerja kedai makan (warga Indonesia) bercerita dia hanya dapat jual air minteral sahaja hari itu, dgn sales cuma RM30. Aduhh.. Saya terus faham kenapa susah nak berniaga di situ.

    Mungkin terlalu ekslusif atau jauh dari pandangan umum. Rata-rata kita gemar makan di kedai biasa-biasa apa lagi sedang menunggu untuk ke luar kota. Takut kena tinggal bas..

    BalasPadam
  2. kita blogger, kita amik gambar tp ada tikanya kita dilarang sama sekali mengambil gambar!! tp pelancong leh jer bak kata en mazidul td..

    pelik betulkan?

    BalasPadam
  3. setahu saya dulu yg berniaga di pudu raya ni semuanya warga indonesia...dgn menggunakan bayaran yg tinggi...........kalau tengok cara mereka berniaga ketika itu...3000 sehari pon boleh dapat

    BalasPadam
  4. Tak ada hak untuk melarang ambil gmbr di tempat awam. Amik je gmbr..

    Kasihan peniaga2 disitu. Sewa murah tp caj perkhidmatan mahal. Hmm..

    Pelik btul. Bila ada saja kemajuan dan kemudahan ada pula caj2 yang amat mahal. Kedai jual air dan makanan pula terpaksa bersaing.

    BalasPadam
  5. Di TBS-BTS(Hentian Bas Selatan di Bandar Tasik Selatan)dikelolakan oleh syarikat swasta,pengunaan bilik air adalah PERCUMA.Wifi PERCUMA.Parking kereta dan motor masih lagi PERCUMA.Lagi klas.
    BKR

    BalasPadam
  6. hmm..mmg terbaik puduraya skang..tapi nostalgia telah hilang...huhu...

    bau kerosin ngan diesel tak menusuk hidung..huhu

    fuhh...yasin ada tokoh mcm m nasir...power


    Artikel Untuk Renungan Bersama : Hikayat Lubang Najis : Kita Semua Di Dalam Lubang Najis, Ayuh Bangkit!

    BalasPadam
  7. En Mazidul,

    KEnapa tidak ambil gambar surau. Teringat surau buruk dah huduh zaman dahulu. Sekarang bagaimana rupanya?
    Selalu pembangunan surau dianaktirikan oleh empunya bangunan besar.

    BalasPadam
  8. Bro Mazidul,

    Setiap perkhidmatan perlukan bayaran. Bgitulah lumrah di kota besar seperti KL. Jika kita inginkan perkhidmatan yang hebat, kita perlu bersedia membayarnya.

    Perihal peniaga Melayu, mereka harus ubah mentaliti ingin dapat untung mudah dan cepat.. Gunakan kreativiti untuk menarik pelanggan.

    Kesimpulannya, Puduraya memang mempunyai tarikan sendiri yang unik dan nostalgik kepada anak perantau pada tahun 80-an dan 90-an..

    BalasPadam
  9. baru baru ni saya ada tengok kat youtube, puduraya yang baru bocor masa hujan, link nya saya tak ingat pula...

    BalasPadam
  10. Hampir 5 tahun saya tidak menjejaki Puduraya. Mmg cantik, selamat dan selesa Puduraya dgn wajah barunya :)

    Kenapa yer segala urusan bas di Hentian Duta tidak dibawa ke Puduraya, biar satu tempat je. Saya tengok kat Hentian Duta tu tak diselenggara dengan baik pun dek UDA.

    Mungkin pihak UDA patut beri penjelasan tentang kos yang sangat mahal untuk menyewa kedai di Puduraya...

    BalasPadam
  11. setuju dgn pendapat "Brahim Nyior".

    SMTI

    BalasPadam
  12. bapak ceiki darah. mati laa nak business camni. kesian. harap ada penyelesaian

    BalasPadam
  13. hentian pudu tuh dh cantik, canggih dh mcm setaraf lcct gitu... mmg sume serba serbi nmpak sgt memuaskan, utk pengguna mmg nmpak ckup selesa tp kesian kt peniaga2 tuh...
    terlalu tinggi kos yg perlu di tanggung... bkn pe tkt nnti peniaga naik kn harga brg tinggi mencanak cam kt lcct lak...

    pihak yg btgjwb kene tgk gk masalah nih, kesian diaorang tu

    BalasPadam
  14. hentian bas je pun..bukan airport..xyah la nak kena bayar sewa mahal-mahal..nyusahkan orang jer..bersimpati la sikit..

    BalasPadam
  15. tak sangka.. begitu sekali perubahan berlaku di Puduraya.. betapa lamanya tak menjejak kaki ke Puduraya...

    BalasPadam
  16. en mazidul..
    saya ada entri tentang TBS http://irdinazareef.blogspot.com/2011/05/travelog-terminal-bersepadu-selatan.html

    BalasPadam
  17. salam bro mazidul,

    saya tak nak komen pasal puduraya, cuma ada typo kat last paragraph.

    sepatut "dekad" instead of "dekat"

    hehehe

    BalasPadam
  18. memang kemas selesa dan udara nyaman, tapi peniaga sengsara sikit
    sebab duit kertas kecik sekarang ni.Orang terpaksa badjet lebeh.

    BalasPadam
  19. aku rasa buat permulaan mereka bagi sewa murah dulu..biar perniagaan stabil..pastu dah 2 tahun baru boleh naikkan harga sebab kita tahu majoriti peniaga kat sini tak iklhas sebab mereka akan sewakan kepada warga asing untuk unutung atas angi...kalau siapa pernah jejak ke pduurayas ebelum ni..mereka tahu la...

    BalasPadam
  20. sokong brahim nyior...kalau dahulu orang asing boleh bersaing kenapa kita tidak?

    mentaliti tu...

    BalasPadam
  21. Yanglerni, setakat ini saya difahamkan, pihak pengurusan telah membuat penapisan terhadap identiti peniaga bagi memastikan mereka warganegara Malaysia.

    Sebelum ini dilaporkan sebilangan pemilik kedai dan gerai mengalibabakan perniagaan mereka kepada warga asing.

    BalasPadam
  22. salam en Mazidul.
    Saya pengguna setia bas sebab berulang alik setiap minggu dari KL ke Taiping. Saya ada juga nak ambil gambar masuk dalam blog. Tapi pak guard tengok macam nak makan orang je. ha ha takutla. Kalau sebegitu mahalnya sewa, kasihanlah mereka. Tempat dah cantik tapi sewa gila mahalnya. Dahla plak dorang jual benda sama je. Kadang-kadang UDA ni bukan macam nak menolong orang Melayu je

    BalasPadam
  23. SMTI...

    wah.. lama dah tak ke sana..
    nampak hebat.. harap2 peniaga di sana dapat bertahan.. benda cantik memang mahal.

    BalasPadam
  24. SMTI

    Bagus juga kalau interior puduraya sekarang diletak gambar sewaktu zaman nostalgianya dulu.

    saya dulu tak penah makan di puduraya sebab seram tgk cara mereka tarik pelanggan.

    BalasPadam
  25. Masa saya singgah tu, hanya nampak syarikat bas TransNasional, MaraLiner dan 2,3 syarikat sahaja. Tidak semeriah sebelum ini. Maklum, destinasi selatan sudah di tempat lain. So, agak lapang dan selesa di bahagian kaunter tiket. Lantai berkarpet lagik.

    Naik dari luar, ada esklator... turun ke bawah tempat bas pun ada esklator, naik nak beli tiket pun ada esklator!

    BalasPadam
  26. Jiran saya pun ada bukak kedai buku kat Puduraya. Dia pun pernah cerita hal ni. Katanya entah berapa lama lagi dia dapat bertahan. Dia kata bukan orang datang pudu untuk shopping. tempat transit macam tu layaknya jual jajan je. sewa semacam tu sangat tak berpatutan.

    BalasPadam
  27. salam,

    pada pendapat saya, jika semua lot-lot kedai itu disewakan kepada peniaga berbangsa cina, india atau warga asing lagi bagus kerana sudah pasti tempat itu akan lebih hidup dan meriah.

    mereka juga tidak akan meletakkan harga yang mahal pada barangan dan servis di kedai mereka.

    mereka juga lebih ramah, lebih bersikap membantu, tidak lokek senyuman serta sentiasa mengutamakan pelanggan.

    mereka juga lebih cekap dan mahir dalam selok belok perniagaan. mereka dapat menjana pendapatan dan menguruskan kewangan dengan lebih baik.

    yang penting mereka sukar mendapat peluang seperti peniaga-peniaga berbangsa Melayu tetapi apabila mendapat peluang itu, mereka memanfaatkannya sebaik-baiknya.

    ikhlas dari JB.

    BalasPadam
  28. Kemajuan yang menjurus kepada kematangan dan peningkatan dalam kuliti kehidupan perlu di sokong dan di puji, demi untuk melahahirkan Generasi yang lebih berpendidikan dan bermoral. Pudu dulu di ibarat setinggan di tengah kota!!!sikap Kita suka menyalahkan keadaan & tidak mengambil kesempatan yang ada, itu salah pada sikap kita sediri. Dulu makanan di pudu pun tak semurah mana dan rasa nya pun tak sehebat mana.!!..dan rata-rata tergolong dari orang indonesia. Salah Siapa ??? Jawapan saya Salah pada sikap kita, mahukan keuntungan cara mudah. Ibukota sebuah kawasan yang sangat padat penduduknya. perniaga disutu perlu berubah fikiran dari jenis masakan hentam saja, Kepada yang berkualiti & menjadi buah mulut orang ramai.Sasaran pelanggan sepatutunya bukan saja pengguna perhetian pudu itu sahaja, bahkan sasaran perlu diletakan kepada kawasan sekitarnya.Jadikan kemajuan sebagai cabaran kita untuk maju & bukan menyalahkan orang lain. Dimana di Kuala Lumpur ini boleh dapat sewa yang murah ? cuba Sdr. MAZ senaraikan.
    Kita kena tahu tujun puduraya dibangun semula bukan untuk menganyai perniaga tetapi untuk membuang segala yang hitam untuk diputihkan demi generasi akan datang. Tiada jalan mudah untuk senang. Tapi selagi ianya cukup bersyukurlah.
    Saya tidak terlibat dengan pembangunan ini & tiada kepentigan pun, cuma sedih lihat sikap dan rugutan orang kita, Buat salah tak buat pun salah.

    BalasPadam
  29. PUDURAYA lebih selesa berbanding KL CENTRAL yg sesak,panas dan eskalator utk ke stesen bas KLIA dan LCCT selalu tidak berfungsi(rosak)

    kesian saya tengok warga emas,kanak-kanak dan ibu mengandung yg terpaksa mendaki anak tangga eskalator sebegitu tinggi.(kesian kat diri saya juga kerana selalu menjadi mangsa haha..)

    pelancong luar juga merungut kerana terpaksa mendaki tangga dgn luggage yg berat.bikin malu juga dgn situasi yg sebegini eh.

    kenapa tak naik lift? bayangkan satu lift hanya boleh muat beberapa orang bersama dgn luggage.sedangkan ramainya orang yg menunggu turn.

    heran jugak dgn pihak pegurusan disitu.mengapa hanya mebuta mata .mustahil mereka tidak tahu kan.hal sebegini bukannya perkara remeh kerana ^KL CENRAL^ bah bukan bus stand kampungan!

    BalasPadam
  30. Salam.Seronok baca komen2 diatas.
    Saya ditawarkan semula berniaga di Hentian Puduraya selepas diubahsuai.Masaalahnya saya tidak cukup modal untuk bina semula selepas setahun direhatkan(janji selama 4 bulan)untuk beri laluan ubahsuai.Saya merayu dan berharap sesiapa untuk tampil kehadapan dan cuba-cuba berniaga disini untuk memenuhi kuota org melayu.
    Keluarkan segala idea yg ada utk merancakkan perniagaan anda.
    Sya beri peluang pada anda berniaga di lot yang disediakan utk saya.Kalau anda berjaya berniaga disitu saya tanggung sewa premis selama 2 bulan, jika anda tidak boleh berniaga, anda dikehendaki membayar sebaliknya.Segala T&C hendaklah dipenohi.Saya beri peluang kpd sesipa yg mempunyai idea utk ditafsirkan pd kenyataan.sila tampir kehadapan utk meramaikan ushawan Melayu.
    BKR
    Yang berkilauan itu tak semestinya berlian

    BalasPadam
  31. Sayang Puduraya,
    Canggih selepas diubahsuai berjuta2. Tetapi bus 2 tingkat tak boleh masuk. Kecuaian terlepas pandang yg amat serius

    BalasPadam
  32. Salam,

    Puduraya ni dah cantik sangat dan selesa tp kalau menekan peniaga mcm ni tak sampai maksud untuk perkhidmatan kepada masyarakat scr total sbb lama kelamaan takde org akan berniaga di situ. Sy rasa, harga sewaan patut dikurangkan kpd peniaga-peniaga kecil, sewa mahal sikit kpd peniaga tiket kerana mereka yang dapat sales lebih. Hentian Duta patut ditutup, so lebih ramai pengguna akan ke puduraya (if puduraya only cater untuk perjalanan ke utara). Bawa masuk vendor penjual makanan yang 'big name' contoh McD, KFC, Dunkin Donuts, Starbuck dll spt tu so u can dpt sewa mhl sikit because they could afford it. Bawak masuk cawangan2 bank dan pejabat pos. So instead just hentian bas, pudu can be public service as well. Buat mcm LCCT so br la nampak puduraya dpt beri kemudahan sepenuhnya pada rakyat. Sepatutnya UDA ni kenala ada perancangan menyeluruh spt after sales service, dia kena ada plan siapa yang patut setup perniagaan di pudu so that peniaga2 kecil kat situ tak rasa tertekan dan juga ways untuk peniaga2 tu cari makan not just bina je pudu tu. It suppose to be a win-win situation.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.