Rabu, Jun 01, 2011

Di Antara Entiti Dikenal Pasti Dan Tidak

Jam 8.30 malam tadi saya berada di Pasar Seni, Kuala Lumpur dan merakamkan gambar berikut.


Entiti itu BUKAN bulan mahupun habuk di lensa kamera saya. Bandingkan gambar awal dengan gambar saya rakamkan di lokasi sama beberapa minit kemudian.


Jika rajin sila Google perkataan 'orbs'. Pelbagai pandangan boleh dibaca berhubung entiti tidak dikenali itu.

Sewaktu bersiar-siar di kawasan Kasturi Walk, saya terserempak 'entiti' dikenali.

Penjual buah-buahan warga Myanmar.


Penjual aksesori telefon bimbit warga Myanmar.


Penjual pakaian dan aksesori wanita, warga Filipina.


Penjual kaca mata hitam warga Filipina.


... lebih menarik lagi ...

Jam 8 malam, saya terjumpa pekerja gerai warga Myanmar berusia 30 tahun di dalam Pasar Seni. Berikut perbualan kami.


"Berapa lama sudah duduk Malaysia?," soal saya.

"Baru datang saja," jawabnya.

"Jangan tipu sayalah. Dengar you cakap Melayu pun saya tahu, you tipu. Orang Myanmar cari makan sini, jangan tipu orang Malaysia," ujar saya.

Akhirnya dia membuat pengakuan berikut.

"Saya sudah duduk sini, satu setengah tahun. Dulu kerja ladang, sekarang sini kerja, taukeh hantar," jelasnya.

"Saya tanya saja, you apa mahu takut? Saya bukan polis, bukan Imigresen. Polis boleh tangkap sama you, Imigresen boleh tangkap sama you, saya tak boleh," balas saya.

Identiti seorang daripada pekerja warga asing di gerai di Pasir Seni telah saya dedahkan. Dia secara terang-terangan melanggar Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahgunakan permit kerja, itu pun jika permit terbabit masih lagi sah digunakan.

Identiti pekerja lain itu? Biarlah penguatkuasa undang-undang digajikan kerajaan Malaysia melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Saya sekali lagi menghubungi Bilik Gerakan 24 jam Jabatan Imigresen di Putrajaya di talian 03-888 01556.

Menurut kakitangan bertugas, hanya permit bekerja sebagai pembantu rumah dikeluarkan kepada wanita warga Filipina.

17 ulasan:

  1. hehehe..kan dah kata, bersepah2 diaorang ni kat Malaysia..silap2 nanti, orang Malaysia lak takde peluang untuk berniaga..

    p/s : tapi, kebanyakan orang Malaysia, lebih suka melepak/berpeleseran tanpa arah tujuan..

    BalasPadam
  2. Terlalu ramai yang buat macam mereka itu. Permit ada pun tapi kerja tak ikut dalam permit. Pihak berkuasa bukan tak sedar, tapi kalu dah terlalu ramai... mesti banyak yang terlepas pandang...

    Saya dah bertahun tak pegi Pasar Seni. Pasar Seni sudah hilang “value”nya di mata warga kota. Ramai orang sekarang lebih gemar ke Pavilion, KLCC MidValley... dsb.

    Sedangkan satu masa dulu, saya sendiri suka ke Pasar Seni, tengok orang melukis guna pensil dan kapur... Unik!

    BalasPadam
  3. sedihkan...

    semua dimonopoli oleh diorg...

    tu lom kedai makan...kedai runcit...

    diorg sbnr lebih kaya dr kita...

    mana org "melayu" kita?

    mana pihak yg btgg/jwb?

    jalankanlah tgg/jwb yg telah diamanahkan kpd anda...

    BalasPadam
  4. Encik Mazidul..

    Totally respect dengan keprihatinan terhadap masalah2 entiti pendatang haram ni. Insya Allah, dengan maklumat yang diberikan, dapat membuka minda & perception masyarakat Malaysia yang terlalu baik hati ni..

    BalasPadam
  5. Entiti yang boleh dibeli.
    Entiti yang tak boleh dijualbeli.

    BalasPadam
  6. nak salahkan siapa rakyat msia suka hidup melata berangan ingat nak jadi kaya jika disuruh buat kerja2 begitu katanya tak standard,kalu org asing dah ambik bru mengata mrk.jika semua rakyat dah ambik kerja2 yg diaorang buat tu dah tentu mrk merempat kat sini,ini tebalik org asing yg jadi taukeh haaaaa org msia pemurah

    BalasPadam
  7. hmmm..

    sebenarnye diorg bukan kaya dr kita...bukan tu saya rasa..

    tetapi diorg digunakan oleh tokey2 kaya yg punya tanah,perniagaan yg besar2...

    so tokey2 "Ci*a" ni ambik diorg utk kije ladang...dan lain2....so bila dh masuk malaysia tokey2 ni akan hantar jek diorg buat kerja2 yg bukan dlm permit....

    jika byk duit, semua boleh buat maaa....

    so pendatang ni semua just digunakan oleh tokey2 besar jek...

    ada jugak yg tak nk digunakan oleh tokey2 ni..mau kaya cepat..tu yg banyak kes samun,rompak tu...tu sbb diorg yg nk jd tokey sendiri...

    so apa patut dibuat? tangkap diorg? tak menyelesaikan masalah, sbb tokey akan cari lagi org baru..so benda ni berulang la berjuta kali...tk selesai...

    cadangan : tokey tu dihukum penjara adalah sebaiknye...setakat denda 10K....pejam mata sahaja diorg bayar.

    BalasPadam
  8. Ha ha ha..entiti yang dikenali,dapat dipandang, ...tapi tak tertangkap jua....

    BalasPadam
  9. Sebab apa warga asing boleh buat kerja2 mcm tu? sebab mereka tak kisah tentang gaji yg ditawarkan.janji ada tempat tinggal.kalau warga tempatan ditawarkan dgn gaji tersebut?mmmmmm.....fikir2kan lah.

    BalasPadam
  10. SMTI..

    thanks bro sebab kongsi maklumat. kita prihatin dgn masalah ni.tapi kita takde kuasa nak tangkap diorang..

    harap pihak yg diberi kuasa tu, bertindaklah cepat.

    BalasPadam
  11. hihhiii entiti telah dikenalpasti..
    permit atau permisi???
    lara di bumi sendirilah kita...

    BalasPadam
  12. Kisah 'Orbs' bagaikan merungkai kehairanan saya mengapa beberapa keping gambar yg saya ambil di beberapa lokasi seolah-olah ada kabus/habuk/percikan air/wap air berbentuk bulat sama spt gambar yg En. mazidul tampalkan di atas.

    Eeee... Seram...

    BalasPadam
  13. orang kita rasa dah senang. sebab tu bila harga barang naik, kita marah sekadar merungut-rungut ajer. mahal pun mahallah...tetap beli juga.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.