Jumaat, Jun 24, 2011

Bayangan Putih Muncul (Kes Paranormal)

"Guard semua dah kena kacau! Hantu tu dah mengamuk kut. Dinding bangunan post pengawal macam ada benda ketuk ketuk selepas pukul 12 tengah malam. Dua tiga hari kebelakangan ini, dia orang cakap beberapa kali ternampak objek menyerupai kepala pula terbang di kawasan tu!," ujar penyelia pengawal keselamatan.

Dia menghubungi saya menggunakan telefon bimbit, petang semalam.


"Hairan, sebelum ini guard  Nepal kata berani sangat, tak takut hantu," balas saya.

Masih terngiang-ngiang kenyataan bongkak Damba, pengawal keselamatan berusia 33 tahun, bertugas menjaga kawasan perumahan mewah terbabit.

"Saya hantu mana ada takut. Biasa malam, saya itu rumah masuk, pasang lampu atas bawah, pagi, lampu kasi tutup. Sekarang pun saya satu orang juga jaga, kalau saya jumpa itu hantu, saya 'main' sama dia"

Mengejutkan, kurang tempoh 48 jam, saya dimaklumkan Damba tidak lagi mahu bertugas di lokasi dimaksudkan.

"Dia berani gila bang. Sebelum ini, masa dia jaga seorang, pernah satu malam, dia buat gila, berjalan kaki dalam semak di luar pagar kawasan perumahan, gelap. Tiba-tiba dia suluh dan panggil kawan kawan dia di main post dekat entrance dan ketawakan dia orang semua, sebab terkejut," ujar rakan setugasnya.

"Saya takut, itu pintu serupa ada orang kasi tendang tetapi bila saya pergi tengok, orang tarak," katanya ketika ditemui minggu lalu.

"Apa takut? You cakap, kalau jumpa hantu, you main sama dia. Dulu you main, tak kahwin sebab itu dia marah. Nanti you kahwin dulu, baru main," perli saya.

"Tak mahulah bang," balas Damba spontan.

Melalui pengamatan saya, kawasan sekitar penempatan terbabit terlalu gelap pada waktu malam.


"Dulu dia orang takut dengan budak budak India mabuk. Dia orang selalu singgah di post pengawal dan kacau guard Nepal," ujar penyelia.

Tidak dapat disangkal, sebilangan warga negara kita mampu membeli rumah mewah dengan harga mencecah jutaan ringgit. Mereka gemar suasana terpencil, jauh dari hiruk-pikuk bandar. Melihat rumah tersergam indah, pembeli kekadang terlupa untuk bertanya kepada pihak pemaju berhubung sejarah tapak tanah rumah.


Untuk mengecapi pembangunan dan mengejar keuntungan, hutan tebal ditebang menjadi tanah lapang sebelum rumah didirikan.

"Bayangkan, pelbagai haiwan liar selama ini mendiami hutan tu pun terpaksa lari keluar dan kekadang menceroboh kawasan berhampiran sebab tempat tinggal semulajadi dia musnah. Macam mana pula entiti paranormal selama ini tinggal di kawasan sama?," soalan dibangkitkan rakan.

Menurut pengkaji kes paranormal, entiti aktif di antara jam 2 dan 4.30 pagi. 

Sebelum ini kumpulan pengkaji paranormal saya sertai berjaya merakamkan visual bayangan putih di dalam rumah.

"Bila ambil gambar, make sure snap beberapa kali di lokasi sama. Barulah kita boleh bandingkan gambar

Berikut 2 gambar dirakamkan Rahmat Mokhtar sewatu tinjauan dilakukan sebelum ini. Lihat bayangan putih muncul di dalam gambar kedua. Itu bukan asap rokok.


Malam ini, InsyaAllah, saya dan rakan lain akan kembali semula ke lokasi kejadian. Berbekalkan sekelumit ilmu, beberapa kenalan akan cuba membantu agar pengawal keselamatan tidak lagi diganggu.

18 ulasan:

  1. SMTI....sama2 tunggu cerita selanjutnya....

    BalasPadam
  2. En Mazidul, semasa menuntut di salah sebuah universiti di utara semenanjung. Kami pernah diganggu bayangan putih berlegar-legar di belakang tirai pentas, pada hal jam masih awal, pukul 10.30 pm. Senior memang ada memberitahu dewan teater tempat kami berlatih itu memang "keras", ada perempuan berketurunan cina mati menggantung diri. Bermula dengan bunyi bising berdentam-dentum di bilik belakang yang gelap, saya tanpa mengesyaki apa-apa telah menyiasat dan mendapati tiada apa-apa hanya habuk halus dan perabut lama yang memenuhi bilik tersebut. Saya lantas keluar dan mengunci pintu dan beredar dan kawan-kawan yang lain meneruskan latihan di bawah pentas. Tiba-tiba tak sampai 5 minit selepas itu, terdengar bunyi pintu dibuka dari dalam dan kami semua tergamam melihat bayangan putih berlegar perlahan-lahan di belakang tirai di atas pentas. Kami tunggu apa lagi, tutup lampu terus keluar dan cabut lari.

    BalasPadam
  3. smti...x sabar nak tgu citer selanjutnya...

    BalasPadam
  4. Nampak real bayangan putih disebalik langsir. Mungkin tu entiti yang dicari2 ! :D

    ~ anastasyea ~

    BalasPadam
  5. Waaah inilah dia misi bersiri - tak cukup sekali, kena berulang kali baru laa misi sampai klimaks. alaaa ghostbuster series. Nak tahu adegan selanjutnya - gud luck bro Mazidul, Rahmat, Zaki & the gang ^_^

    BalasPadam
  6. SMTI

    sebenarnya tak boleh tidak kita memang terpaksa share tempat tinggal dengan benda2 ni. tapi kene la beringat sebab benda ni dengar dan nampak perbuatan kita.

    BalasPadam
  7. Haha, takut bila hantu sudah tak cun agaknya

    BalasPadam
  8. tak sabar nak tunggu update.
    first time singgah sini .. BEST rupanya lepak2 sini :)

    BalasPadam
  9. pengawal nepal tu mesti balik negeri tak lama lagi...takut nak keje...

    BalasPadam
  10. apa benda smti tu? ramai yang komen smti..hehehe

    BalasPadam
  11. Cer rakam di tempat yg sama, apabila bayangan putih tu muncul, cuba laungkan azan. Manalah tau dapat rakamkan bayangan tu mencicit lari...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.