Sabtu, Jun 18, 2011

Jangan Heret Kanak-Kanak Ke Perhimpunan Tanpa Permit Jalanan

Kanak-kanak sepatutnya berada di rumah bersama keluarga, bukan diheret bersama menyertai perhimpunan tanpa permit di jalanraya.

Catatan ini bukan omongan kosong tetapi fakta tidak dapat disangkal. Sewaktu perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA, pada 1 Ogos 2009 berhampiran Stesyen LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur, saya merakamkan gambar berikut.


Fikiran kanak-kanak masih dangkal sekaligus tidak memahami apa diperjuangkan dek golongan dewasa. Bagaimanakah jika sewaktu berada di lokasi, mereka tercedera? 

Siapa pula dipersalahkan?


Jika perhimpunan dirancang Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil, BERSIH pada 9 Julai 2011 masih ingin dilangsungkan, usah ulangi kesilapan lalu, perbuatan sia-sia itu.

Biarlah hanya orang dewasa basah dan gatal badan akibat semburan air pancutan jentera water canon.

17 ulasan:

  1. depa peduli apa....jajni putrajaya mereka dapat.....ni askar pun dah bagi signal

    BalasPadam
  2. saya setuju, tetapi bukan setakat perhimpunan haram saja - perhimpunan lain pun begitu. hatta bawa anak keluar makan, karaoke sampai larut malam pun sepatutnya tidak dibenarkan. di sesetengah negara, selepas pukul 10 mlm, bawa kanak-kanak makan atau berjalan-jalan dianggap pengabaian - sama seperti bawa kanak-kanak ke kelab malam. di negara kita - bawa kanak-kanak ke konsert sambut tahun baru, atau sambut 31 ogos sudah jadi pemandangan biasa. sedangkan masa itu kanak-kanak perlu rehat. tidur.

    BalasPadam
  3. apa pandangan mazidul sebagai wartawan, adakah media arus perdana sekarang ini baik dari cetakan atau media elektronik adil pada rakyat? terutama sekali kepada pihak pembangkang? setiap laporannya mesti ada memburuk-burukannya...

    setiap kali baca atau menontonnya pasti ada isu yang tidak kena pada pihak pembangkang, adakah mazidul tidak perasan apabila membaca atau menonton?..

    Terima Kasih....
    hanya pandangan saya sahaja...
    tidak ada kene mengena dengan pihak lain

    BalasPadam
  4. Mungkin ada orang awam yg membawa anak terperangkap dalam rusuhan tu.

    Tapi, kalaulah memang betul ada yang bawa anak, sangat xlayak bergelar pelindung anak2..!

    BalasPadam
  5. Kusutt, pandangan awak adalah hak peribadi awak.

    Saya melihat keduanya lebih kurang sama sahaja. Pernahkah media di bawah kendalian pembangkang bercerita baik mengenai kerajaan?

    Selagi bernama politik, begitulah situasinya.

    BalasPadam
  6. Kadang2 bila saya balik dari mana-mana agak lewat atau selepas jam 8 malam, masih melihat kanak-kanak berkeliaran atau santai2 kat luar, saya mesti tanya, “kenapa mak ayah dia tak larang atau memang tak tau?”

    BalasPadam
  7. SMTI ...

    Benda dah selalu jadi, semua orang dewasa tahu, tapi sengaja buat-buat tak tahu keperluan kanak-kanak.

    BalasPadam
  8. Memang sangat tidak patut melibatkan kanak2, mereka seharusnya dilindungi! Betul kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya. Tapi, betulkah cara lenturan kita?

    Fikirlah sendiri wahai ibu bapa.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.