Sabtu, Jun 04, 2011

Dara Kamu Hak Kamu

Sebilangan pembaca menghantar link blog gadis mendakwa berusia 14 tahun, secara terbuka mengumumkan dia tidak lagi berdara.

Dia kemudian berang berikutan pelbagai komen berbentuk kecaman dilontarkan pembaca di tampalan blog miliknya sebelum ini.

Jika benar kesimpulan saya, dia marah kerana bekas teman lelakinya, 'ex-couple', dilapor mempertikaikan status daranya.

Biarpun agak sukar pak cik membaca tampalan kamu kerana majoriti perkataan dieja mengikut stail tersendiri, berikut pesanan pak cik.

Tidak salah bersikap jujur tetapi kamu harus faham, masyarakat Melayu, masyarakat beradat. Sebilangan perkara dianggap taboo biarpun berbentuk hakikat justeru tidak begitu sesuai dibicarakan secara terbuka.

Jika kamu menetap di Amerika Syarikat, mengumumkan fakta berhubung kehilangan dara di kalangan remaja, satu kebanggaan tidak terkira.

Nadia, dara kamu, hak kamu. Pada masa sama, kamu harus tahu dan faham berhubung beberapa fakta. Kamu, remaja di bawah umur. Lelaki meragut dara kamu, samada kamu merelakan perbuatannya itu atau tidak, dia boleh disiasat dan didakwa merogol kamu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana usia kamu di bawah 16 tahun. Jika sabit kesalahan pesalah boleh dipenjarakan maksimum 30 tahun dan disebat minimum 10 kali.

Jadi, ajak kedua ibu bapa kamu pergi ke Balai Polis berhampiran dan buat laporan kamu dirogol.

Itu juga hak kamu.

25 ulasan:

  1. Ajak ibubapa. Kalau keluarga sibuk. Daftar nama ke mana2 pusat Serenti.

    Atau daftar nama ke Iraq atau Gaza, jihad
    elak dari terjun bangunan

    BalasPadam
  2. remaja baru nak naik..tak akan pernah fikir kesan dan akibat..tapi bila dy dahdewasa nanti...mesti menyesal...

    -Yok mampir diluk = fixie bike untuk di jual..

    BalasPadam
  3. uishh tak sangka sampai ke blog mr hazrey n bro mazidul kisah dinda evans ni.

    BalasPadam
  4. Ntah knapa orang melayu skarang tiada rasa malu dan bersalah melakukan perkara d luar batas adab kita...paling penting ISLAM!

    BalasPadam
  5. budak2 baru nak naik, they are so full of themselves~ ingat dia sahajalah yang betul, tapi bila bercakap tak guna hujah yang konkrit~ budak ni memang bermasalah, mungkin keluarga dia pun tak tahu dia macam ni...

    BalasPadam
  6. Assalam mazidul,

    Mudah2an anak gadis ini mendapat pertunjuk dan hidayah Allah agar menuju ke jalan yg lebih mulia.

    Usia masih mentah sewajibnya ibu dan ayahnya lebih perihatin, tegas dan bertanggungjawab mendidik serta memimpinnya ke jalan yg diredhaiNya.

    BalasPadam
  7. banyak kenyataan balas pun tau dia tak matang lagi
    harap2 masa akan mematangkan beliau lah

    BalasPadam
  8. kita doakanlah kebaikan utk dirinya..

    BalasPadam
  9. Budak masih belum kenal hidup, macam tu lah, tunggu dia dewasa sikit lagi, tahulah apa yang dia maksudkan dengan 'maruah' dia tu...


    * Masih tak berani lagi dgr / tonton video paranormal tu, paling 'serem' bila ditegur kenapa diam..dia bunyi..macam main-main pulak kan?*

    BalasPadam
  10. Apa motif dia buat pengakuan terbuka sebegitu?

    Jika dia hendak popular glamer dengan publisiti tanpa modal, yeahhh dia sangat berjaya.

    BalasPadam
  11. remaja zaman sekarang..bertindak tanpa berfikir..dh nk akhir zaman kot..

    BalasPadam
  12. Publisiti murahan lah tu bro..menaikan ranking blog agak nya

    panas di blog Aku "Foto Seksi Anak Buah Osama bin Laden"

    BalasPadam
  13. dia ialah wakil kepada teman seusia yang membuat perkara sama. cuma dia sangat berani tak fikirkan risikonya.

    BalasPadam
  14. akan tiba waktu dia akan menyalahkan kedua ibubapanya pula kerana kehilangan daranya itu

    BalasPadam
  15. jiwa remaja penuh dengan pengaruh.. bangga dengan apa yang mereka buat. suatu masa nanti bila dah besar tua bangka, dia akan sedar juga betapa bodohnya tindakannya ini

    BalasPadam
  16. Yep stuju dgn cadangan en mazidul..

    Buat laporan polis...jgn senang2 org nk tindas kita..

    BalasPadam
  17. Serius saya seram bila baca blog dia..Mudah-mudahan dia menyesal dengan apa yang dia lakukan AMIN

    BalasPadam
  18. Vic ingat dia mungkin sedang dalam keadaan tertekan yang melampau skang ni. Rasa kesian plak dengan dia.... rupanya dia relax aje..

    Siap buat posting baru nak cari bf baru... sabar aje la..

    Masa muda mmg akal fikiran cetek, bila dah dewasa tentu menyesal tak terkira.

    BalasPadam
  19. kesian budak ni... tak kenl erti hidup lagi.. semoga dia mendapat hidayahNya..

    BalasPadam
  20. Kalau kita, takut juga nak beritahu ibubapa. Tapi this thing happen, nak marah pun dah tak guna. Adik ni pun mungkin belum faham kesannya kepada masa depan. Kepada mak dan ayahnya, sama-samalah ambil peranan. Ini untuk masa depannya. Pedulikan orang sekeliling, keluarga kita tanggungjawab kita. Masa inilah perlu dibuat keputusan yang betul. Kalau terlambat, menyesal tak sudah. Biar ada tindakan, baru jadi pengajaran. Kenapa jadi macam ni? Kelu.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.