Isnin, Jun 20, 2011

Adik Massage Abang, Abang Massage Adik (Tampalan 18SX) UPDATED

Rakan, pengkaji paranormal, Rahmat Mokhtar mampu berkomunikasi di dalam Bahasa Hokkien dan Mandarin.

Jam 6.30 semalam, ditemankan rakannya, Muhammad Zaki Muhammad, kami ke Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

"Sebelum ini susah sangat nak mendapatkan maklumat tepat tentang kegiatan pelacuran sebab tak ada siapa faham bahasa dia orang. Cuba awak dengan Zaki pergi dekat dua perempuan berdiri di tepi jalan tu dan tanya dia, dia mengurut ke?," pinta saya.

"Eloklah tu Mat, lagipun muka engkau kan macam muka Cina," celah Zak, bergurau.

Mereka pantas menyeberangi jalan utama dan kemudian mendekati 2 wanita saya maksudkan.


Untuk rekod, sebelum ini beberapa kali saya mengikut mereka berdua meninjau sambil merakamkan gambar dan klip video lokasi di Lembah Klang didakwa berhantu. Jadi tidak salah jika kali ini saya meminta bantuan Rahmat dan Zaki untuk cuba mendedahkan fakta kegiatan tidak bernoktah, menghantui pihak berkuasa selama ini.

Tanpa berlengah Rahmat mula berinteraksi dengan seorang daripada wanita kelihatan mundar-mandir di kawasan menjadi tumpuan pelancong antarabangsa itu.


Kebiasaannya, pekerja wanita pusat urut berdiri di luar premis mereka bekerja sambil memegang poster memaparkan gambar dan harga perkhidmatan ditawarkan kepada pelanggan. Bezanya, 2 wanita dihampiri rakan saya itu kelihatan berlegar secara rawak tanpa memegang poster.

Beberapa minit kemudian, Rahmat dan Zaki bergerak ke arah saya.


"So, apa cerita?," soal saya.

"Perempuan dari China bang. Dia cakap kalau nak urut badan, full body massage, RM60. Kalau pakej dengan seks sekali RM200," jelasnya.

Saya percaya, 2 wanita terbabit beroperasi sebagai 'tukang urut' freelance, menawarkan khidmat tanpa majikan, di kawasan segi tiga emas itu.

"Mat, di sana tu, ada 2 orang, minta tolong sekali lagi, boleh?," ujar saya.

Rahmat dan Zaki faham maksud permintaan itu lalu mereka menyeberangi jalan utama buat kali kedua. Dua wanita berseluar pendek, memegang poster sambil cuba memancing pelanggan lalu-lalang, mereka hampiri.


Gelagat mereka, tidak ubah seperti gadis tukang urut di Danok, Thailand. Bezanya di negara jiran itu, pekerja duduk di hadapan premis urut dalam bilangan lebih ramai sambil makan, minum dan tidak lekang mengukirkan tersenyum.

"Abang, adik massage abang, abang massage adik. Abang, masuk dulu abang ...," pelawa mereka lembut dan manja.



"Tadi, saya cakap Mandarin dengan bang, dia ingat saya CIna. Umur dia 34 tahun, berasal dari China. Katanya, kalau urut di kedai dia bekerja, full body massage, RM60 sahaja. Lepas itu, dia tanya saya, you got a room? Kalau datang ke bilik hotel pelanggan, dia caj RM80 tetapi kalau nak main sekali (khidmat seks), RM200. Dia bagi 2 jam, urut and seks together," jelas Rahmat yakin.

Saya percaya, majoriti warga tempatan pernah berkunjung ke Bukit Bintang dapat menjangka kegiatan terselindung itu. Untuk rekod, lesen perniagaan pusat urut reflexology dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Kurang 50 meter berjalan kaki, saya rakamkan gambar 7 wanita sedang menawarkan khidmat mengurut kepada pengunjung. Saya mendekati wanita berbaju merah, kelihatan selesa duduk di tepi jalan.


"You dari mana?," soal saya.

Dia tidak menjawab soalan dan wajah wanita saya anggarkan berusia lewat 30 an itu kelihatan keliru.

"Oh! Dia orang Kemboja, saya dari Indonesia. Mahu urut bang?," sampuk wanita berdiri di sebelahnya.

"Boleh saya ambil gambar kertas kamu pegang itu?," pinta saya.

Tanpa teragak-agak dia menunaikan permintaan mudah dikemukakan.


Poster sama juga dipegang 5 lagi rakan setugas mereka didakwa berasal dari Thailand. 


Penat berjalan, perut bekeroncong dan tekak kering. Kami kemudian singgah makan di restoran berhampiran sebelum ke Low Yat Plaza. Kira-kira jam 9 malam, sewaktu bergerak ke kenderaan diparkir berhampiran Royale Bintang Hotel, kami dihampiri lelaki berusia 50 tahun, anak kelahiran Kuala Lumpur.

"Mahu amoi?," soalnya ketika menghampiri saya.

"Ha! Mat, kata tadi nak amoi, kawan kita offer ni," saya mengusik Rahmat.

Rahmat dan Zaki berdiri di sebelah saya sambil lelaki, bekas pekerja pasar di Chow Kit memperkenalkan diri sebagai 'Jimmy', berusaha memujuk kami untuk menjadi pelanggannya.


"Bahaya urut bang, sana Chow Kit macam-macam kita dengar orang cerita. Customers masuk bilik urut, lepas massage, baru sedar wang semua kena curi," saya cuba menduga pengetahuannya.

"Ini bukan Chow Kit, saya dulu pun sana Chow Kit kerja juga, accident, tangan patah, tak boleh kerja lagi sebab itu sini mari, cari wang. Sini lain, you satu orang, masuk satu bilik. Marilah tengok amoi dulu, Melayu ada, Indonesia ada, China ada, Taiwan ada, Hong Kong ada, Filipina ada, Thailand ada," pujuknya.


"Amoi semua berapa umur? Tiga puluh tahun lebih ah? Sudah tua ooooooo," usik saya.

Pantas Jimmy mencelah.

"Mana ada! Lagi mudalah, dua puluh tahun itu macam. Kalau dia orang umur tiga puluh tahun lebih aaaaa... saya kasi lu main free! Massage, bilik, urut. main sekali, RM230. Makan, minum, lagi free, you mahu duduk itu spa sampai esok pun tak ada masalah tetapi itu amoi satu jam sahaja. Lagipun aaa ... kita punya amoi tak ada HIV punya sebab semua ada itu doktor punya surat. Kalau demam ke, sakit ke, itu taukeh memang tak kasi dia orang mari kerja punya," jelasnya.


"Berapa ramai amoi you ada?," tanya saya lagi.

"Kurang kurang pun 30 orang ada. Marilah, tengok dulu," pujuknya tanpa berputus asa.

"Kita parking kereta jauh mahu jalan, kalau kita orang mahu amoi, kita cari sama you," dalih saya.

"Ok! Cari Jimmy aaaaaa ...," balasnya.

Kami kemudian beredar.

KEMASKINI

Jam 4.15 petang tadi saya menghubungi pegawai Jabatan Imigresen di Putrajaya.

Saya difahamkan, permohonan permit kerja mengurut di bawah sektor perkhidmatan dibuka Jabatan Imigeresen kepada warga asing. Jadi tidak salah jika mereka bekerja di pusat urut sekaligus ditugaskan untuk  memancing pelanggan di luar premis.

"Selagi dia orang ini juga tidak melakukan kesalahan bercanggah dengan undang-undang pihak berkuasa lain," ujar pegawai saya hubungi melalui telefon.

4 wanita China menawarkan khidmat seks terbabit ternyata melanggar Kanun Keseksaan dan selagi tidak diberkas oleh pihak berkuasa, selagi itu kita sebagai orang awam tidak akan mengetahui status dokumen mereka bawa untuk berada di negara ini.

Andai mereka berkunjung ke Malaysia sebagai pelancong, ternyata mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial kerana bekerja sebagai tukang urut. Kesalahan itu boleh disiasat, didakwa dan dijatuhkan hukuman mengikut Akta Imigresen 1959/63.

31 ulasan:

  1. iskh, semakin bermaharajalela mereka :(

    BalasPadam
  2. SMTI, maafkan saya Encik Mazidul, saya selalu baca tampalan encik, tapi sedikit malas untuk mengomen :)

    Ini yang saya takutkan, lebih-lebih lagi bagi golongan muda macam saya ni. Seks ditabur depan mata.

    Ada duit sikit je, semua jalan.

    Ishh semoga Allah melindungi kita.

    BalasPadam
  3. Kenapa kaburkan gambar bapa ayam tapi tak kaburkan gambar gadis2 tu?

    saja bertanya.

    BalasPadam
  4. SMTI..

    ada jugak jalan2 area Bukit bintang hari tu....memang yg jenis pegang poster urut tu ramai yg ada kat tepi jalan pujuk2 pelanggan pergi berurut...

    diorang ni ada permit ke ntah...

    BalasPadam
  5. Kalau pergi Bukit Bintang .. memang bersepah dekat situ. Yang peliknya .. mana pergi pihak berkuasa. Nak kata jauh .. tu seberang jalan je. Tak kan .. tu pun tak boleh banteras ! Pelik ! Pelik !

    BalasPadam
  6. seram baca.
    kat johor, kawasan perumahan tiba2 dah banyak hotel.
    lagi seram.

    BalasPadam
  7. Meloreyta, bapa ayam, orang tempatan dan dia boleh mengambil tindakan undang-undang jika tidak berpuas hati dengan pendedahan ini.

    Jadi langkah berjaga-jaga harus diambil kira.

    4 wanita China terbabit, terang-terangan boleh disiasat dan didakwa mengikut Kanun Keseksaan. Justeru, kebarangkalian mereka untuk tampil dan menafikan kegiatan terbabit, kurang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. perkara ini sudah berleluasan bother ,bukit bintang dah jadi syurga pelancong mendapatkan seks.bersepah..sana sini,tapi dimana pengusaan.

      Padam
  8. Membaca berita begini memang menyedihkan, sebab pihak berkuasa kita gagal membanteras kegiatan pelacuran yang bermaharajalela sekarang..

    Moga Allah tidak menimpakan musibah terhadap Malaysia..

    BalasPadam
  9. wahai lelaki hidung belang...tak loya ke melanggan pelacur mcm gini yg dah beratus kali berganti ^anu^ ada yg hitam,putih,coklat,kelabu...ishhh.jijik sungguh! :p

    BalasPadam
  10. egegegegee... lek je kalau polis tangkap pun tadak hal... dah hantar blik, nnt dtg semula.. haisemennn!!!

    Entri terbaru:

    1. Rumah Api Kuala Selangor - Monumen Sejarah Lambang Kemegahan Kuala Selangor
    2. Malang Yang Tidak Terhidu Baunya

    BalasPadam
  11. bahaya ni.perkara ni semakin buruk

    BalasPadam
  12. kadang2 sy rasa kasihan kat keluarga wanita-wanita tersebut.. begitu yakin merelakan anak mencari rezeki di luar negara, rupa2nya lain jadinya..

    BalasPadam
  13. Teringat sewaktu menginap bersama isteri di Federal Hotel dan sewaktu bersiar-siar di kaki lima jalan terbabit godaan mereka yang lebih ramai pada waktu malam sudah cukup untuk membuatkan saya dan isteri seram sejuk dibuatnya.

    BalasPadam
  14. Kegiatan mereka berselindung di sebalik kekebalan mereka terhadap PBT. Rasa tidak selamat jika berada di lokasi tumpuan yg sibuk, pelbagai bangsa pendatang berkeliaran bebas. Boleh berniaga sesuka hati, lihatlah Jalan Tuanku Abdul Rahman, seperti membeli-belah di negara asing..sana-sini pendatang pelbagai bangsa..nampak bumiputera hanya berniaga hanya pada hari Sabtu sahaja. Medan Tuanku hingga Pertama Complex - penagih dadah, pengemis jalanan, orang tak siuman, orang tak berumah bebas berkeliaran. Adakah PBT ambil tahu dan bertindak?

    BalasPadam
  15. SMTI.
    Apa agaknya beza zaman jahiliah dengan zaman millenium ini yea? Kelihatannya masih bermaharajalela juga pekerjaan paling tertua ini. Apatah lagi di negara Islam seperti Malaysia. Apapun jika tiada permintaan, tiada juga segalanya. Fikir2kanlah wahai lelaki.

    BalasPadam
  16. owh..patut lah nmpk abg, dengan rahmat n zaki masa lalu kt bukit bintang hari tue..ni pon cepat2 masuk blog nk bca story abg mas pegi bb untuk apa hri tue..
    good job!

    BalasPadam
  17. aku nie org miri...ada 1 kisah nie...mmg lucu ada gak....2 org pasangan suami isteri ni brjln2...si suami brjalan kedepan slangkah dri isteri nya...isteri nya plak sdang bawa anak skali..tiba2 ada sorang placur ni...nak menawarkan khidmat seks dgn si suami nya...plcur nie x prasan yg si isteri ade kat blakang suami nya...si isteri lalu trsentak..dgn rasa amarah yg tramat sangat....dia bagi penampaq placur trsebut..mmg kecoh lh..masa tu..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.