Isnin, Jun 13, 2011

Dulu Kanak-Kanak Kini Warga Emas

Jam 3.30 petang tadi, saya terlihat warga emas, saya anggarkan berusia lebih 60 tahun. Dia bukan menjual barangan tetapi mengutip derma, menawarkan madu di dalam botol dengan harga RM10.


Berikut resit dihulurkan kepada penderma.


Sebelum ini, pusat tahfiz sama dilapor mengeksploitasikan kanak-kanak. Pelajar rumah tahfiz ditugaskan mengutip derma di lokasi, antaranya di stesyem minyak, sekitar institusi kewangan serta di kawasan rehat dan rawat. Mereka ditinggalkan tenaga pengajar digelar 'ustaz' dari awal pagi sehingga jam 8 malam di lokasi terbabit.

Kini modus operandi ditukar, warga emas ditugas melakukan kegiatan sama. Sila Google nama pusat tahfiz itu untuk mengetahui fakta lebih terperinci.

Seperti saya catatkan di dalam banyak tampalan sebelum ini, selidik terlebih dahulu latar belakang penerima derma sebelum menghulurkan sumbangan sewenang-wenangnya.

Ustaz saya temui pernah berkata ...

"Kalau kita ingin menderma, berusaha mencari sendiri pihak sepatutnya menerima sumbangan itu"

7 ulasan:

  1. kat kawasan kampung melayu subang, ada diletakkan budak2 peminta sedekah ni di stesen-stesen minyak. dah la budak, sorang-sorang, perempuan pulak tu....tapi ada kalanya mereka dibiarkan di situ sampai pukul 9 malam!

    BalasPadam
  2. Pasti ada unsur memperguna dan diperguna... aduhhh..

    BalasPadam
  3. xde tindakan ke kt pusat tahfiz tu?

    BalasPadam
  4. Salam...

    فَأَمَّا ٱلۡيَتِيمَ فَلَا تَقۡهَرۡ (٩) وَأَمَّا ٱلسَّآٮِٕلَ فَلَا تَنۡہَرۡ (١٠) وَأَمَّا بِنِعۡمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثۡ (١١)

    Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. (9) Adapun orang yang meminta,maka janganlah engkau tengking herdik. (10) Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. / (11) (Ad-Dhuha)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.