Selasa, Jun 14, 2011

SURAU Di Bawah Tangga? UPDATED Syukur

Gambar di dalam tampalan ini dirakamkan di bangunan Central Park, Dataran Sunway, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada jam 6.30 petang tadi.

Saya difahamkan, struktur di kelilingi premis perniagaan itu dibangunkan syarikat konglomerat, Sunway Group.

Lorong di bawah, laluan menuju ke premis menjual makanan dikenali sebagai Tanjung Village.


Lihat tangga di kanan, digunakan oleh orang ramai lalu-lalang naik ke tingkat atas bangunan.


Perhatikan kawasan di bawah tangga ...


Umat Islam boleh mengerjakan solat di mana sekali pun, selagi tempat itu suci dan bersih. Dalam kes ini, kita mungkin terfikir, jika deretan bangunan kedai gah dianggarkan menelan belanja jutaan ringgit mampu dibina, tidakkah ada lokasi lain lebih sesuai untuk dijadikan surau selain di bawah tangga?


KEMASKINI


Jam 7.45 malam tadi, sejurus selepas tampalan di atas disiarkan di blog ini, saya dihampiri lelaki berusia 23 tahun, berasal dari Kedah. Dia wakil peniaga di Tanjung Village.

"Bang, tadi saya nampak abang ambil gambar surau di bawah tangga tu, sebenarnya kita memang nak buat satu surau lebih elok," katanya.

"Macam inilah, bawah tangga bukan ruang sesuai untuk dijadikan surau. Saya tengok tadi, signage surau pun dah diletakkan di atas lantai. Fikirkan, orang Islam sembahyang di bawah, bahagian atas tak bertutup, orang lalu-lalang. Sesuai ke begitu?," soal saya.

Dia menggelengkan kepala sebelum mencelah.

"Sebelum ini saya selalu nampak abang di TV"

"Orang komplen, saya datang tengok. Apa saya buat ini tidak ada kena mengena dengan program TV. I am a blogger. Gambar saya rakamkan tadi, sudah siarkan di blog saya," balas saya.

Dia kemudian mengajak saya meninjau kawasan 'surau'.

"Ruang ini kita nak buka baber shop, buat sementara waktu kita akan gunakan sebagai surau. Tapi aircon kita tutup. Untuk pengetahuan abang, sebelum ini kita memang pernah benarkan orang sembahyang di sini, tapi ada orang tidur, bila orang management lalu di sini, dia orang nampak, dia orang marah," balasnya.


"Tulis di pintu, 'Jangan tidur di sini'. Kalau ada orang jadikan surau tempat tidur, tegurlah," ujar saya.

Dia kemudian mempelawa saya melawat semula 'surau' di bawah tangga. Ruang kira-kira 90 minit lalu dipenuhi sejadah, kini kosong dan dibersihkan.


Lihat semula gambar saya rakamkan pada jam 6.30 petang sebagai perbandingan


Papan tanda surau berwarna hijau putih juga tiada di tempat asal.

"Esok, contractor saya akan datang untuk tengok tempat ini dan berbincang dengan managenent. Tengok macam mana nak buat surau di kawasan tangga ini. Kita plan akan buat 2 ruang, untuk lelaki dan perempuan," jelasnya.

"Kenapa awak pula kena buat surau, bukan management ke?," soal saya.

"Management suruh saya buat. Mula-mula ada sebilangan peniaga nak contribute duit tetapi saya kata tak perlu, nanti bila dia orang nak pindah ke, minta duit balik, susah pula nanti," katanya.



Dia mencatatkan nombor telefon saya dan berjanji akan menghubungi saya semula untuk memaklumkan status surau bakal didirikan.

28 ulasan:

  1. betapa rendahnya nilai islam kepada siapa ya?. adakah kerana ugama islam tak boleh dinilai dengan RM, dia diletak ditempat paling rendah.

    BalasPadam
  2. pengalaman saya as akitek, requirement untuk lulus sesebuah bangunan, perlu ada surau, memang keperluan, xkira size mcm mana, kalo kes ni, secara jujur,pemaju terlampau mementingkan untung komersial, cik mazidul cuba follow dgn council area tu, maaf lah cakap, pengalamandgn council sgt susah,

    BalasPadam
  3. Tahniah kerana ada usaha juga untuk membuat surau “instant” seperti itu..

    tetapi alangkah baiknya jika ada tempat yang lebih sempurna dan tertutup (kerana jemaah wanita) dapat diadakan...



    Jatuh Chenta Pandang Pertama: “Haruskah Ku Bilang Chenta?”

    BalasPadam
  4. kesian nya... bangunan mewah... nasib baik ada inisiatif muslim di situ...

    BalasPadam
  5. Sedih...! Seolah agama kita diperlekeh mereka.

    BalasPadam
  6. Sedihnya... tapi bersyukur masih ada insan yg tidak mengabaikan solat walau pun dimana berada.

    BalasPadam
  7. Salam...jika di saudi dimana2 solat didirikan....tapi budaya kita dah terbiasa hendakkan tempat khas untuk solat....Semoga Allah mudahkan.

    BalasPadam
  8. Sokong dengan komen dari Zul, memang telah menjadi antara perkara yg di anbil kira dlm sesebuah pembangunan. Lainlah kalau pelukis pelan, arkitek, pemaju dan perunding arkitek semuanya di bawah satu syarikat.

    Pernah terjadi, di pelan lukis ada benda A, tapi bila dah bina, lain pula jadinya.

    BalasPadam
  9. Bagaimana pulak dengan surau kat SOGO? Surau kat bahagian bawah, kat sudut parking kereta.. kat selekoh pulak tu..kena melintas kawasan kereta lalu sedangkan kereta yang nak keluar tu kebanyakannya laju..

    Tak pasti pulak ada surau lain kat bahagian atas sebab saya selalu gunakan surau yang sempit kat bawah tu je..

    Harap En. Mazidul perbetulkan jika saya salah tentang ini..

    BalasPadam
  10. Cik Azz, untuk rekod awak, saya bukan bertugas memantau dan memperbetulkan keadaan di semua surau.

    Jika saya melihat perkara boleh diperbetulkan untuk keselesaan orang ramai, saya akan mencuba.

    Saya percaya di Malaysia ini, tempat beribadah boleh dibina secara lebih sempurna untuk keselesaan pengguna.

    Jika awak melihat dan mendakwa menggunakan surau kurang selesa, itu menjadi sebahagian daripada tanggungjawab awak untuk cuba mengusulkan kepada pihak tertentu agar keadaan dapat dijadikan lebih selesa.

    Masakan saya sebagai seorang individu mampu meninjau semua surau. Tolonglah berfikir secara lebih logik.

    Awak juga mempunyai blog sendiri, mengapa tidak menjadikan blog itu sebagai platform untuk membuka mata pihak bertanggungjawab?

    BalasPadam
  11. Zul, terima kasih kerana berkongsi maklumat amat berguna.

    BalasPadam
  12. Arshad, itu di Saudi, ini di Malaysia.

    Saya percaya pihak developer mampu untuk mendirikan tempat lebih selesa, itu sahaja.

    Kalau boleh didirikan surau lebih bersih dan berada dalam keadaan teratur, mengapa tidak?

    BalasPadam
  13. Salam Bro Mazidul,

    Syabas dan Alhamdulillah kerana dek kerana tinjauan Saudara barulah ada sedikit kemajuan...

    Saya mempunyai seorang adik yang berniaga di situ...

    Sebenarnya untuk pengetahuan semua, bangunan tersebut disewa sepenuhnya oleh sebuah syarikat yang juga menjalankan perniagaan pengurusan parkir kenderaan di bangunan sama serta menyewakan gerai-gerai makan di kedua-dua belah.... yang Saudara Mazidul tinjau itu tadi ialah bahagian Halal, manakala di sebelah yang satu lagi ialah bahagian Non Halal..

    Syarikat tersebut dipunyai oleh orang Cina...

    Pernah baru-baru ini atas inisiatif dan rasa prihatin beberapa pengusaha gerai makanan yang menyewa dari syarikat tersebut cuba menambah baik keselesaan surau dibawah tangga tersebut dengan meletakkan beberapa frame ayat-ayat suci Al-Quran di dinding surau tersebut dan juga menyumbangkan beberapa buah kipas jenis stand fan...

    Namun apa yang dikesalkan, dalam tempoh 24jam, pihak pengurusan telah bertindak dengan menurunkan kesemua frame ayat-ayat Al Quran tersebut beserta dengan kipas sekali di buang ke luar bangunan sambil memberi warning: "Lu orang kalau mau sembahyang kitorang sudah kasi tempat sudahlah... jangan mau kasi nampak serupa tempat sembahyang betul punya... Kalau mau bikin surau kasi bayar RM5000 satu bulan kita kasi betui punya tempat bikin satu surau...."

    Melampau punya tuan punya bangunan... sewa satu lot niaga sampai RM1500 sebulan bagi tempat buat surau pun nak berkira... nampak sangat dia ni tak suka pada orang Melayu dan Islam...

    Dah kena terjah barulah konon-konon dah sedia tempat baru...

    Terima kasih Bro Mazidul... Allah sahaja yang dapat membalas jasa anda...

    BalasPadam
  14. Hj, saya sekadar melaksanakan apa termampu.

    BalasPadam
  15. syabas Bro! cepat tu ada tindakan! memang berkesan blog ni kan!!

    BalasPadam
  16. Syabas utk entry ni. Saya percaya masyarakat kita tak minta benda yg bukan2, conthnya spt surau di Sogo tu, ( Cik Azz..saya pun rasa hanya 1 surau tu je yg ada disitu ) walaupun kecil dan daif tp itu dh cukup utk kita. tapi surau dibwh tangga ni cm dh keterlaluan. tambah pula dgn cerita HjMisaiKontot. sangatttt menghina!

    BalasPadam
  17. tahniah tuan diatas keperihatinan tuan dan mmg agak menyedihkan kerana kita sebagai negara islam tetapi kita tidak ada akta yg mewajibkan setiap premis perniagaan menyediakan kemudahan utk bersolat sepatutnya (bukan hanya melepaskan batuk ditangga),

    Saya ada ternampak tuan di gerai Bawal Power semalam, masa tuan menegur lelaki yg menjual kerepek semalam.

    tahniah tuan...

    BalasPadam
  18. En. Mazidul, rasanya pihak pengurusan sunway group ni sememangnya tak peka dengan perasaan orang2 islam kut bkn setakat di situ je di sunway pyramid pun kedai2 makanan x halal diletakkan berdekatan dgn kedai2 halal.Dulu kita susah nk tengok kedai2 makanan x halal di shopping complex yg majoriti penduduk sekelilingnya islam. Kalau x salah di pastikan yg kedai makanan tersebut semestinya halal utk semua pengunjung tp skrg seolah2 dh macam kat Sinagapura lak.

    BalasPadam
  19. Balcony sebelah office JPA di bangunan LADA pun di buat tempat sembahyang.

    BalasPadam
  20. saya berpendapat surau boleh dibuat di mana - mana.

    tapi di dalam konteks Malaysia negara Islam, pemimpin majoriti Islam, penduduk majoriti Islam, sangat tidak berpatutan sesebuah bangunan baru yang dibina tidak ada surau.

    BalasPadam
  21. salam..saudara telah memanafaatkan apa yang Allah kurniakan (nama yg dikenali ramai) kepada satu ibadah(bantuan)kepada agama..harap manafaatkan secukupnya dan didoakan agar Allah merahmati saudara selalu!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.