Rabu, Jun 22, 2011

Denak Kuburan

Tentera Jepun membunuh secara kejam warga Cina menetap di Kuala Lumpur, Malaya di antara 8 Disember 1941 dan 1945. Dilaporkan, lebih 1000 tulang belulang milik 1300 mangsa dipindahkan ke Tanah Perkuburan Hokkien berhampiran Sungai Besi.

Lebih mengerikan, sebilangan mangsa dipercayai ditanam ketika mereka masih bernyawa.


Sebilangan kubur kelihatan terbiar, ditenggelami air parit dan dikelilingi semak samun. 


Di kawasan berhampiran, saya dan Rahmat Mokhtar terlihat kelibat lelaki warga emas. Wajahnya menghadap ke arah kubur.


"Saya berasal dari Taiping, Perak, umur 63 tahun. Dulu saya kerja di Bahagian Taman, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,  mula tahun 1974," ujar Yusof Rahim.

Bapa kepada 3 anak, berusia di antara 29 dan 34 tahun itu kelihatan tenang berdiri dan mundar-mandir di sekitar kawasan perkuburan seluas saujana mata memandang itu.

"Alat ini dipanggil racit, setiap jarum berharga RM1, ada 25 jarum semua. Tiga puluh tiga jarum pun ada. Kita pacakkan racit di atas tanah ikut susunan," jelasnya.


"Tengok dekat kubur, itu denak saya, burung Tekukur jantan. Dia berbunyi dan memanggil Tekukur lain. Bila ada turun, dia akan berlaga dengan denak, kemudian terlanggar racit dan kaki dia terperangkap," jelasnya.

Denak milik Yusof dianggarkan berharga RM700.


"Ini bekas racit, kita panggil takar. Takar ada orang jual, RM10 satu," katanya.


Tambah Yusof, dia mula menangkap burung Tekukur di kubur Cina terbabit  sejak 30 tahun lalu

"Datuk saya dulu di Kampung Dew, Taiping pun main burung juga. Dia biasa menangkap Tekukur dan Merbuk menggunakan racit dan jebak. Saya syok bila tengok burung Tekukur jantan lain terbang di sekitar denak, kemudian dia turun dekat, dua dua akan mengangguk-anggukkan badan sebelum berlaga, macam ayam dalam tempoh di antara  5 dan 10 minit, bila Tekukur datang tu kena pukul dengan kepak denak, dia terbabas, kakinya akan terkena racit," ujarnya.

Dia mendakwa pernah menjual denak istimewa, mampu memanggil 3 Tekukur lain dalam tempoh 5 minit dengan harga RM2,000 kepada pembeli berbangsa Cina.


Saya memerhatikan gerak gerinya dari jauh. Terfikir, tidakkah dia berasa seram berada di kawasan perkuburan berseorangan?


"Selama menangkap burung di sini, pak cik pernah terjumpa hantu?," soal Rahmat spontan.


"Tak pernah. Saya biasa datang ke sini pukul 7.30 sampai 11 pagi. Balik rumah dan rileks. Kalau free, petang, pukul 4 saya datang balik sampai pulul 6 petang. Malam burung pun tak ada, saya tak datanglah. Tetapi masa saya bekerja di Titiwangsa dulu memang pernah ternampak hantu, itu pun sekali. Masa tu malam, kawan saya cakap besar, dia kata, mana ada hantu! Masa dia tidur di tepi tingkap, depan mata, saya ternampak tangan berbulu sebesar paha saya, tarik kaki dia dari luar," jelasnya.

"Hantu raya tu," celah Rahmat.

Lihat gambar saya rakamkan.


Apapun, itu bukan hantu, cuma asap rokok Rahmat. Maklumlah, kekadang manusia dikelirukan pandangan mereka sendiri.

15 ulasan:

  1. Syabas Bro Mazidul ... sekali lagi berjaya paparkan kisah kehidupan masyarakat kita :)

    BalasPadam
  2. ahaha..last part tu wat suspen aje...

    BalasPadam
  3. SMTI

    kalau tak bagitau itu asap rokok, mungkin ada yang sangka gambar berhantu. hehe :P

    BalasPadam
  4. Semasa kecil dikampung, pernah membuat jerat untuk menangkap burung merbah, puyuh, merbuk dan tekukur...tapi tak pernah kena...mungkin salah percaturan...hehhehe

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum En.Mazidul,

    SMTI :)

    Saya silent reader ... Suka baca blog ni...

    BalasPadam
  6. Ada juga kerja dia. Idea jual burung

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.