Rabu, Jun 01, 2011

(Jabatan Imigresen) Mahu Tangkap? Tangkaplah!

"Saya 13 tahun sudah duduk Malaysia," katanya.

"Tapi you bukan Malaysia punya orang, kan?," soal saya.

"Bukan, saya Chennai, India beranak," jawabnya.

Pekerja pengutip parkir berusia 42 tahun terbabit saya temui di Cova Square, Jalan Teknologi, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. 


"Dulu saya, construction kerja, sana Kay El (KL). Tiga tahun kerja, tak boleh tahan, panas, gaji pun RM30 sahaja satu hari, 12 jam kerja," jelas pekerja lengkap memakai vest terbabit.

Kini gaji bapa kepada 2 anak itu, RM950 sebulan dan dia bekerja di antara jam 7 pagi dan 6.30 petang setiap hari.

Ringkasnya, dia memasuki negara ini menggunakan permit kerja sektor pembinaan selama 3 tahun dan lebih 10 tahun menyalahgunakan permit kerja.

Jam 1.15 tengah hari, saya menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen di Putrajaya.

"Jabatan Imigresen memang tak ada mengeluarkan permit untuk warga India bekerja mengutip parking tetapi di service sector macam tukang masak, pekerja restoran dan ladang, ada," jelas kakitangan bertugas.


"Bukan apa encik, selama ini saya perhatikan penguatkuasa Jabatan Imigresen membuat operasi antaranya di tapak pembinaan, kongsi dan dalam hutan. Kerja susah dan memenatkan. Kes ini menyalahgunakan permit di depan mata, dia orang jadi front liners,"kata saya.

"Terima kasih, saya akan hantar maklumat ini kepada bahagian risikan, biar dia orang siasat dahulu," balasnya.

Pengutip parkir terbabit datang menghampiri saya buat kali kedua.


"You sekarang, salahguna itu permit, tak takut kena tangkap ke?," tanya saya.

"Mahu tangkap, tangkaplah," balasnya selamba.

Untuk rekod, syarikat dia bekerja diberikan lesen oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya untuk mengutip bayaran parkir di kawasan terbabit. Sebelum ini syarikat sama didapati mengutip bayaran di tempat meletak kereta tanpa lesen.

Saya melihat tindakan sebilangan pekerja warga asing tanpa izin, PATI sudah keterlaluan. Dalam kes ini, jika benar maklumat dikongsinya bersama saya, dia telah bermastautin dan bekerja di Malaysia secara tidak sah selama 10 tahun!

Apapun, sekiranya pembaca mempunyai informasi berhubung kehadiran warga asing berstatus PATI, sila hubungi Bilik Gerakan Jabatan Imigresen di talian 03 8880 1556.

20 ulasan:

  1. Anak kera di hutan di susukan...inilah akibatnya...

    Hidu gam

    BalasPadam
  2. Eventhough dalam suratkhabar diwar2kan banyak warga asing tanpa permit dah di hantar pulang, tapi realitinya, masih banyak lagi yang berkeliaran di negara kita...

    p/s : mungkin on the way balik, kapal/flight diaorang U-turn balik kot..

    JOM TERJAH : @}-,--'--
    http://ibundadelight.blogspot.com

    BalasPadam
  3. Bro. Mazidul ..... jgn sekali2 rasa muak dan fed-up melapurkan isu2 yang sama berulang2 kali... selagi terdaya... teruskanlah usaha anda.... kalau tidak kita....siapa lagi nak buat kerja tu??

    p/s .... saya tak pernah miss buka blog ni.... tiap kali melayar internet.

    BalasPadam
  4. pati2 camnih layak ditangkap dan nama die di blacklistkan dr masuk ke Malaysia ajer..US bleh buat takkan Malaysia takleh..dgn sistem terbaru Imigresen pastikan ianya digunapakai secara optimum..jgn hangat2 tahi ayam ajer

    BalasPadam
  5. Dia pakai ilmu ghaib agaknya, 10tahun lama sgt.

    BalasPadam
  6. Apa nak heran, kat datok keramat depa cuci kereta lagi, tak tahu lah samada kerja atau mereka tokay. Yang lagi sakit hati, depa kutip sampah recycle dan jual...takkan masuk Malaysia kutip sampah dan jual kot.

    BalasPadam
  7. da banyak jumpa PATI yg persenda kan undang2 negara kita...da jenuh telefon imigresen, adu ke metro malahan aduan rakyat pon pernah diajukan..TAPI~~~~

    BalasPadam
  8. salam sdr MAS.
    bukan sebuah syarikat malah tidak terhitung banyaknya syarikat melakukan kegagalan berlaku terus di dalam kehidupan. rata-ratanya ambil muda, kaut kesempatan dan tidak peduli tentang soal keselamatan bangsa dan negara. semata-mata demi RM.
    kebanyakan petugas yang diamanahkan, gagal melakukan amanat dengan jiwa yang tulus dan murni jati dirinya. semua pegawai yang diharapkan culas dan mementingkan fulus. apakan jadi negaraku ini, setahun lagi...

    BalasPadam
  9. Teruskan usaha tuan utk mencatat berita2 terkini...bagus juga ada org yg menegur....saya PUN tak pernah miss buka blog ni tiap kali melayar internet.

    BalasPadam
  10. 10 tahun...?

    Dia boleh kata'mau tangkap, tangkaplah' sebab dia tahu...kita tak setegas mana...semua kerja kita buat hangat-hangat tahi ayam saja...

    BalasPadam
  11. SMTI,


    saya juga sokong komen cikgu Nurin., semuanya kerana tiada ketegasan

    BalasPadam
  12. Imigresen buat kerja kah kalau kita buat report tentang PATI ni?

    BalasPadam
  13. Buat encik Mazidul....

    Sebenarnya letih kita berbicara pasal PATI & IMIGRESEN ni.memang tak habis habis cerita.Untuk pengetahuan encik...saya duduk di SG RAMAL DALAM.Di sekitar Bangi.Kawasan saya tu telah di dominasi oleh PATI.Di mana dari segi perniagaan,pekerjaan bahkan beli motor dan kereta pun para PATI ni dah mampu..! Itu belom campur lagi ngn sifat kurang ajar mereka terhadap org MALAYSIA..!mana Imigresen...? tak percaya..? Encik Mazidul boleh lah makan tenghari di sekitar BANDAR BARU BANGI.saya syorkan g makan di ASAM PEDAS BANGI.byk PATI yg bekerja di situ.Kalau nak buat satu cerita yg boleh kuar tv,boleh lah interview mereka ni.Senang kuar masuk Malaysia.Lagi mereka boleh bawa masuk sedara mara mereka bekerja di sekitar Bangi.
    Akhir sekali....saya nak tanya...Imigresen ni tak cukup pekerja ke..?

    BalasPadam
  14. Salam Sdr Mazidul,

    Sebenarnya memang pihak imigresen kita lemah dari segi penguatkuasaan. Di Puncak Alam, sememangnya ramai PATI bebas bekerja dalam sektor kontruksi, pembantu rumah dan secara terang-terangan mereka boleh menjadi tauke kedai runcit, kerja2 penambahbaikkan rumah, dan sektor pembantu/pelayan kedai, dimana secara jelasnya Imigresen Malaysia terlepas pandang dalam menangani hal ini. Seperkara lagi, Achech Indonesia yang asalnya lari dari tanah air mereka, mungkin menggunakan permit UNHCR, tapi srkg bebas membuka kedai runcit menggunakan permit org tempatan. Pernah saya bertanya, dgn sombong mereka menjawab, isteri org yang kami guna nama untuk apply permit adalah berpangkat pengarah di putrajaya apa nak ditakutkan. Ternyata ada kepincangan berlaku disini dan minta pihak berwajib seperti SPRM datang menyiasat kesahihan dakwaan org2 tempatan. Disini juga boleh didapati ramai yang sudah tiada pasport dan permit kerja dan tinggal bebas dilindungi majikan yang hanya ingin meraih keuntungan, ada yang tinggal lebih 25 tahun. Apakah pihak Imigresen kita ini alpa?

    Sekian Wasalam.

    BalasPadam
  15. diaorang semua dah memang tak takut..tempat sy bekerja pun ada indonesia yang salah guna permit..permit pembantu rumah tapi kerja cleaner dah dekat 1 thun..dah buat aduan tapi smpai skrg senyap..

    BalasPadam
  16. As salam Tuan Mazidul yang dihormati... lambakkan PATI di Malaysia berpunca daripada sikap org kita sendiri, contoh seperti di tempat saya . Pihak masjid sggup mengaji PATI bangla dgn gaji RM1200 sebulan, dpt rumah percuma , api/air pon percuma. Apabila ada beberapa jemaah cuba membantah namun yg sedihnya pihak penguasa masjid yang backup kuat si bangla ni. Malam kelmarin mensyuarat apabila salah seorg ajk cuba membangkitkan isu ni namun ada saja ajk lain termasuk pihak pengurusan cuba backup bangla ni. sudah la warga asing dan pati plak tu, tiada dokumen yang sah... namun blh bersenang lenang . Siak tempatan dapat rm300 je sebulan tp dia dpt gaji rm1200 sebulan... lokasi Masjid Hidayah Sg.Penchala... dkt dgn TV3 punye pejabat...

    BalasPadam
  17. Saya ingin membuat aduan kepada imigresen berkenaan ramai warga indonesia yg tidak mempunyai pas/permit yang sah di kawasan rumah saya. malah warga asing ini bertindak di luar jangkaan sehingga memukul ayah saya. saya telah membuat laporan polis. tetapi tiada tindakan di lakukan disebabkan kecederaan tidak begitu serius. walaubagaimana saya tidak berpuas ati kerana warga asing yang tidak mempunyai pas/permit yang sah boleh bertindak sesuka ati di negara ini. saya memohon jasa baik pihak imigresen untuk mengambil tindakan sewajarnya. saya sertakan alamat di sini - LOT 16388-H KAMPUNG SUNGAI PINANG,41400 KLANG

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.