Ahad, Ogos 25, 2013

JIKA TIDAK BERPUAS HATI DENGAN PERKHIDMATAN TM KOMPLEN DI SINI

Saya melihat tindakan TM mengatasi masalah saya depani sejak beberapa hari lalu  bak pahat dan penukul.  Saya percaya, selama ini ramai lagi  pelanggan Unifi TM dilayan sambil lewa tetapi tidak mempunyai platform kukuh untuk mengutarakan ketidakpuasan hati mereka.

Setiap kali berhadapan masalah, pelanggan tersepit tentunya menghubungi nombor bebas tol TM, 1300 88 1221. Jika bernasib baik, dalam tempoh  2 minit, panggilan dijawab oleh petugas perkhidmatan pelanggan TM. Jika malang,  peganglah telefon bimbit  itu sehingga panas. 


Jika sebelum ini pihak pengurusan tertinggi TM  tidak mengetahui situasi ditempuh oleh pelanggan, cuma secara rawak hubungi sendiri talian itu. Jadikan diri tuan tuan besar semua sebagai pelanggan.

Dalam kes terdahulu, saya memang telah dikencing kuat  oleh petugas khidmat pelanggan TM dan juruteknik  bertugas seperti saya catatkan di entri terdahulu, klik di sini.

Sila rujuk komplen saya di pengkalan data TM.

"Tempoh 24 jam telah berlalu, di manakah juruteknik dijanjikan akan datang ke rumah?," soal saya.

"Dia sudah datang encik dan membuat kerja di luar rumah dan kemudian balik," ujar petugas.

Bijak sungguh tindakan itu. 

Saya menunggu kemunculannya sejak pagi  dan tanpa menghubungi saya, dia balik? Walhal nombor telefon bimbit telah diserahkan.  TM jangan menganggap kerja lazim pelanggan untuk menunggu di rumah sehari suntuk. Pada hari kerja, kami semua mempunyai tugasan rutin untuk dilangsaikan.

Justeru itu kepada semua pelanggan TM bermasalah dengan perkhidmatan ditawarkan, sila desak petugas perkhidmatan pelanggan TM untuk memberitahu secara spesifik, tarikh dan waktu juruteknik akan datang ke rumah untuk melakukan kerja baik pulih.

Don't waste our time.

TM hakikatnya pantas memotong perkhidmatan jika bil tertunggak. Itu fakta. Bagaimanakah pula dengan masa pelanggan tidak berpeluang menggunakan perkhidmatan TM akibat kerosakan? Tidakkah pelanggan sepatutnya diberikan rebet? Usah buat buat tidak tahu, pelanggan bukan bodoh.

Contohnya, dalam kes  pagi tadi, modem TM di rumah saya digantikan dengan modem baharu, servis pulih seperti sediakala. Maksudnya saya sebagai pelanggan tidak bersalah atau terbabit merosakkan peralatan TM mahupun  menganggu servis internet. Kucing jiran saya juga pastinya tidak menggigit talian TM sehingga servis tergendala.




**  ( Terima kasih kepada juruteknik bertugas pagi tadi, cukup berhemah)

Sehingga sekarang TM  mash  GAGAL menjelaskan kepada saya, apakah masalah sebenar berlaku dengan servis syarikat terbabit  sehingga  saya tidak berpeluang mengakses internet selama hampir 3 hari. 

Sekali kena ketuk, sekali bergerak. Apabila diarahkan oleh pegawai atasan pelbagai panggilan saya terima dari kakitangan teknikal. Kalau saya tidak mempunyai blog untuk berkongsi masalah bersama pembaca, mungkin sehingga kini, TM bo-layan.



Malaysia sedang bergerak mengejar status  negara maju, sayangnya servis jalur lebar TM masih di takuk lama. Saya berharap, ada orang penting kerajaan membaca entri ini dan terbuka hati membisikkan masalah pelanggan juga rakyat Malaysia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Sila baca KOMEN bernas  rakan blogger saya, BUJAI di ruang komen entri ini.

TM, tolong dengar dan pertimbangkan keluhan pengguna. Datuk Seri Mohd Najib sibuk menyebarkan hasrat untuk mendahulukan rakyat tetapi TM pula bertindak sebaliknya.

Cuba teliti antara komen rakan saya di facebook. 


Andai masalah mereka ditangani secara profesional, pasti pelanggan tidak perlu membuang masa menaip komen sebegitu panjang. 

Nah! TM, sila baca lagi komen seterusnya. Usah pejamkan mata. Mata, pancaindera utama diperlukan untuk mencerna maklumat dan seterusnya mengambil tindakan wajar.


Baiklah,  jari jemari saya sudah semakin lenguh menaip laju. Lenguh menaip perkataan TM. Apapun TM perlu berubah sekaligus mempertingkatkan kualiti perkhidamatan syarikat itu  jika enggan dikritik oleh pengguna.



Bermula dari sekarang, petugas perkhidmatan pelanggan TM harus mengelak daripada berkata ... .

"Juruteknik TM akan menghubungi encik/cik/puan dalam tempoh 24 jam"  

...  sebaliknya mereka semua harus diarahkan secara hormat oleh pihak pengurusan TM untuk berkata ... 

"Hari apa dan pukul berapa encik/cik/puan FREE untuk juruteknik TM datang ke rumah,  bagi menangani masalah terkini pelanggan kami hormati?"

Dengan ini, saya membuka ruang komen entri untuk pembaca bermasalah dengan TM untuk meluahkan perasaan berikutan masalah didepani. Bersama kita buktikan,  bukan sedikit bilangan pelanggan TM bermasalah cuma  keluhan mereka bak mencurah air di daun keladi. 

Silakan.

Kalau sebilangan berasa marah  ditegur,  sila tawarkan servis kepada kakitangan syarikat sahaja.

** Ops! Tersilap 1-300 BUKAN nombor bebas tol.


95 ulasan:

  1. jaringan wayar telefon di kampung saya di perak sering putus dilanggar lori dek kerana tiang dibina terlalu rendah di seberang jalan...seringkali kami meminta orang telekom datang membaiki kerosakan...ditambah pula dengan aktiviti curi kabel yang berleluasa satu ketika dulu..boleh dikatakan hampir 10 kali setaun kejadian berulang..sehingga satu tahap telekom sudah tidak mahu membaiki talian dan akhirnya kami tidak lagi menggunakan khidmat talian telekom...yang mendukacitakan...talian tidak mahu dibaiki tetapi bil tm net kami terus berjalan sehingga mencecah ratusan ringgit..masalah yang bukan datang daripada kami tetapi kami harus bayar..sehingga melibatkan khidmat guaman untuk menyaman kami...tapi kami tidak layan..setakat ini tiada tindakan yang diambil biarpun sudah berkali kami menerima ugutan saman daripada pihak TM...perkhidmatana yang mengecewakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan/puan,

      Saya sarankan tuan/puan rujuk di TM Point berdekatan untuk permasalahan ini. Sekiranya perkhidmatan memang tidak dapat dibekalkan tetapi tuan/puan masih dicaj, sila isi borang aduan yang terdapat di TM Point dan pihak kami akan menyiasat perkara ini.

      Jika setelah laporan dibuat tetapi masih tiada tindakan dibuat, sila emailkan kepada saya personally di masalahinternet[at]gmail.com . Sila ikut template seperti dibawah:

      Aduan pelanggan:
      Nombor Pesanan/Laporan/Report :
      Nama Pelanggan:
      No Akaun Unifi/Streamyx:
      Username Unifi/Streamyx:
      No telefon untuk dihubungi:

      Saya akan follow up kes tuan/puan dengan unit yang berkaitan.

      Padam
    2. terima kasih en. imran TM...saya akan usahakan jalan yang encik tunjukkan ni

      Padam
  2. Pelanggan melanggan apa2 pakej streamyx or unifi. Kebiasaannya 2 tahun. Pelanggan harus dengan konsisten membayar bil bulanan yang dipersetujui. Namun bagaimana jika TM gagal menyediakan khudmat yang sepatutnya. Kegagalan untuk mengakses internet dan sebagainya? Memang pelanggan boleh mendapatkan rebat. Namun urusan ini memerlukan pelanggan utk ambil cuti kerana banyak 'department'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan/puan,

      Sekiranya ingin memohon untuk rebate, tuan/puan cuma perlu isi borang di kaunter TM Point sahaja. Mereka yang akan follow up dengan unit billing etc, sebenarnya tuan/puan tidak perlu untuk ambil cuti :)

      Thanks.

      Padam
  3. Senang cerita... Byr yg mana anda guna. Selebihnya kita berjawab di akhirat nanti. Goverment pun letih nak layan..

    BalasPadam
  4. Saya setuju sangat2 la dgn statement ni.memang inilah yg terjadi.saya juga mengalami masalah yg sama dan yg terbaru,saya buat report pd 23/8/13 dan pg td,8.55 am(25/8/13) saya dpt pggilan dr TM.katanya nk dtg cek apa pblem ngan saya pnya intnet line dan kebetulan saya ada hal pagi tadi.jadi diaorang jnji nk datang petang tp sampai skrang(5.40 pm),tak nampak pn batang hidung diaorang.
    Lagi satu msalah yg saya hadapi ialah masalah gangguan terlalu kerap berlaku.Utk bln Julai saja intnet line yg saya guna berlaku sebanyak 4 kali dan 10 hari sblum raya paling lama gangguannya.selama 8 hari saya x bleh nk connect intenet.bila bleh connect,line lembab semacam,mengalahkan siput sedut dan sering terputus-putus hinggalah sekarang.
    Saya ni pengusaha cyber cafe,jd hal ni amat2lah menyusahkan saya.

    Ini dah dikira mengganggu periuk nasi saya..... so pd phak TM,tlg sensitif sikit.korang makan gaji,tak rasa apa yg aku rasa.sewa kedai aku nak kena bayar,bil korang pn aku kena bayar,malah tak pernah tertunggak pun....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Tuan Muhd Saiful,

      Saya memahami permasalahan tuan ini dan saya turut berdukacita atas apa yang berlaku. Sila emailkan kepada saya personally di masalahinternet[at]gmail.com . Sila ikut template seperti dibawah:

      Aduan pelanggan:
      Nombor Pesanan/Laporan/Report :
      Nama Pelanggan:
      No Akaun Unifi/Streamyx:
      Username Unifi/Streamyx:
      No telefon untuk dihubungi:

      Saya akan follow up kes tuan dengan unit yang berkaitan.

      Padam
  5. Salam bos,

    sy sgt2 mengalukan blog ini dijadikan medan melepaskan gerammmm pd tm yg hampeh!!

    sy tlh melanggan tm sejak 10 tahun yg lps sbb tmpt sy tinggal ni mmg ceruk..tp alhamdulillah, skrg da byk perubahan dr segi infrastruktur. tp tm tidak!! dlm sehari, jenuh sy dok on off modem!! tp bulan ni sy betul2 angin sbb bil yg sampai naik dkt RM30...WHY??? Servis hampeh...takdaq angin puting beliung tau2 bil yg perlu dibayar RM 151.00!! Sbb kakitangan gomen naik gaji jadik tm rasa boleh naikkan tarif mcm pengguna tm rela hati nak terima???!

    Tolong la habaq kat tm yg servis mcm nyawa2 ikan tp ada ati nak caj lebih pd pelanggan setia...Sy bgi tempoh 2 bulan jer sbb lepas ni nak try service maxis, in sya Allah. Mungkin tm akan hilang sorg jer pelanggan tp lama kelamaan akan jadi barah kalau x dibendung dr awal.Bila ramai da boycott, baru hangpa tau tinggi rendahnya langit, okey!

    Sekian terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,

      Di dalam bil tuan ada menunjukkan tambahan rm30 untuk servis apa tak? Setahu saya, bil Unifi masih tidak berubah, kecuali tuan ter'subscribe' untuk premium channel bagi HyppTV. Sila emailkan permasalahan tuan kepada saya (masalahinternet[at]gmail.com) untuk tindakan susulan.

      Thanks.

      Padam
    2. Salam Encik Imran

      Begini pecahan bil saya dari 2 tahun lepas hingga Jun 2013:

      Caj bulanan 27.00
      Pakej 10.00
      Caj perkhidmatan internet 88.00
      cukai perkhidmatan 2.22

      Pecahan bagi bil Julai 2013:

      Caj bulanan 27.00
      Pakej 10.00
      Caj perkhidmatan internet 112.00
      cukai perkhidmatan 2.22

      Minta maaf tapi takdaq siapa2 call sy utk maklumkan pertukaran caj perkhidmatan internet & sy tak pernah tukaq kpd unifi, modem pun masih guna yg sama dari 2 tahun lepas...Pertukaran ni mmg TAK DIRELAKAN!!! Itu yg buat saya angin & rasa teraniaya...

      Niat ati nak singgah mana2 TMpoint tp sy try call dulu 100 esok lusa bila marah da kurang...sy tak nak staf tm yg jwb panggilan sy nanti kecik ati ka..maklumlah, sy org melayu..masih ada budi bahasa.

      terima kasih byk2 buat En Imran. Jasa baik tuan sgt2 dihargai. Begitu juga dgn usaha murni En Mazidul Akma..keep on blogging!!



      Padam
    3. Salam tuan Melayu,

      Terlebih dahulu sy memohon maaf atas salah faham di atas, rasanya kes tuan ini bukan berkaitan Unifi tetapi Streamyx. Bolehkah sekiranya tuan emailkan kepada saya personally di masalahinternet[at]gmail.com . Sila ikut template seperti dibawah:

      Aduan pelanggan:
      Nombor Pesanan/Laporan/Report :
      Nama Pelanggan:
      No Akaun Unifi/Streamyx:
      Username Unifi/Streamyx:
      No telefon untuk dihubungi:

      Saya akan follow up kes tuan dengan unit yang berkaitan.

      Padam
  6. Data streamyx di Lunas, Kedah hanya terbatas kepada 1M line sejak lebih 15 tahun lalu. Bila agaknya nak upgrade ke sekurang-kurangnya 4M atau unifi ? Unifi dah ada kat Kulim Hi Tech park yang tak jauh dari sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sila ke kedai TM POINT yg terdekat atau layari www.tm.com.my

      Padam
    2. Salam tuan Hamba Allah,

      Tuan boleh check coverage unifi di link ini : https://occ.unifi.my/HSBBCustomerPortal/HSBBCustomerPortal.portal?_nfpb=true&_pageLabel=Hsbb_page_checkcoverage&_nfls=false#wlp_Hsbb_page_checkcoverage

      Thanks

      Padam
  7. TM LOSER...HARAP BANGUNAN JE TINGGI...BONUS BESAR..TP HAMPEH...TIME POTONG LAJU MCM KABEL OPTIK....TM OH TM

    BalasPadam
  8. Nombor 1300- dicaj sebagai panggilan tempatan menggunakan talian tetap TM atau 30 sen seminit dari talian mudah alih.

    BalasPadam
  9. Salam,
    Saya langgan UniFi RM VIP5. Nak muatnaik video 8 minit ke youtube ambik masa 2 jam lebih. Baik pakai broadband kat rumah, slow sungguh perkhidmatannya. Kabel optik la sangat.
    Bila talipon khidmat pelanggan 1300-dah sah habis prepaid RM 10.00. Dah la mahal byr bulan nak talipon kena duit lagi. Kalau guna line talipon UniFi kena jugak.
    Apala nasib kita. Bayar mahal perkhidmatan rendah.
    Terima Kasih Mazidul.
    Mzm

    BalasPadam
  10. Hahahaha..kecian..bg contact number sumer..meh sy selesaikan mslh anda sumer..huahuahua..tp unifi saje..tp dlm masa yg sme..cuba bukak google bg makcik pakcik..cuba google apa itu wireless..apa itu internet..apa beza wireless dan pakai wire lan..jgn hanya tau merungut..itu basic seorg pengguna internet..mai pakat pindah bangi...huahuahua

    BalasPadam
  11. Salam kpd En Mazidur dan rakan2 lain yang mempunyai masalah dengan Unifi atau Streamyx, saya sebagai salah seorang staff TM memohon maaf atas kesulitan yang anda alami. Buat pengetahuan semua, sekiranya terdapat gangguan internet dan laporan telah dibuat tetapi internet masih juga tidak okay, jika tidak silap saya, anda entitle untuk mendapatkan rebate selagi mana anda masih tidak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Tetapi pastikan apabila anda call Customer Service, anda nyatakan bahawa anda ingin dapatkan rebate tersebut. Jika perlu, mungkin anda kena ke TM Point untuk mengisi borang yang berkaitan. Daripada sistem, kami akan justify sebanyak mana rebate yang anda akan dapat. Kami tidak kejam kepada pelanggan. Setiap kelemahan yang berlaku akan diperbaiki dari semasa ke semasa.

    Sila ikuti prosedur yang sepatutnya dengan melaporkan kepada CS Unifi 1300881221 atau CS Streamyx 100 dan dapatkan serta catatkan nombor report. Jika tiada tindakan diambil dalam masa yang dijanjikan, sila emailkan kepada saya personally di masalahinternet[at]gmail.com . Sila ikut template seperti dibawah:

    Aduan pelanggan:
    Nombor Pesanan/Laporan/Report :
    Nama Pelanggan:
    No Akaun Unifi/Streamyx:
    Username Unifi/Streamyx:
    No telefon untuk dihubungi:

    Saya akan follow up kes tuan dengan unit yang berkaitan.

    p/s : Ini adalah inisitif saya sendiri sebagai Staff TM bagi menjaga mutu perkhidmatan kepada pelanggan dan pada masa yang sama nama baik syarikat TM yang saya sayangi. Saya tidak dibayar untuk berbuat demikian dan sesungguhnya inisiatif ini adalah secara sukarela untuk kebaikan bersama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Imaran TM.

      Selama ini tidak pernah saya mendengar mengenai kakitangan TM sudi membantu sehingga ke tahap sebegini.

      Well done.

      Jika saya berani untuk mengkritik, saya juga sudi untuk mengucapkan terima kasih.

      Padam
    2. Saudara juga boleh mengutarakan sebarang permasalah berkaitan Unifi/Streamyx (Terutamanya bagi kes yang pending terlalu lama atau kes berulang) kepada saya melalui Twitter atau Facebook yang saya buat khas iaitu:

      https://twitter.com/masalahinternet
      https://facebook.com/masalahinternet

      Saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk membantu panjangkan kepada Unit yang berkaitan.

      Padam
    3. Tuan Imran TM,

      Jgn saja di sini berdegar-degar kata nak bantu, tapi in the end, buntu. Dari amatan saya, tak payah nak lump-sum the problems to TM Point. Depa pun ada kerja mereka juga. Rata-rata on billing, technical, connection. Bukan application/termination. Cuba jgn pukul rata semua masalah dan semak dengan teliti. Kalau lambak kat TM Point, unit lain TM makan gaji buta kah?

      Semak semula semua komplen yang disiar dalam laman blog Saudara Mazidul. Sekali lagi saya ingatkan, masalah berkisar pada finance (billing), technical (connection/low bandwidth) dan bukan pada akaun application/termination.

      Padam
    4. takkan semua nak bagi kat TM Point? Billing pun TM Point juga ke? Kes curi pun TM Point juga ke? internet tak fungsi pun TM Point juga ke?

      Kena ingat TM Point tu adalah "Kedai Telekom"... kalau ada yang ingat atau masih tahu kedai telekom tu apa fungsinya.

      Hal-hal lain takkan unit/bahagian lain kat TM tak boleh nak buat apa2? dok goyang kaki makan gaji buta saja ke?

      Padam
    5. Salam Tuan Spudals,

      Ada beberapa alternatif sekiranya tuan tidak mahu ke TM Point untuk melaporkan masalah talian/ internet, contohnya hubungi talian 100, atau online di http://www.tm.com.my . Sekiranya masalah berlarutan dan tiada penyelesaian, sila emailkan butir2 berkaitan kepada saya, saya akan follow up dengan unit berkaitan. Tetapi jangan lupa prosedur yg sepatutnya, buat report terlebih dahulu jadi mudahlah untuk tuan follow up nanti.

      Harap penjelasan di atas dapat membantu tuan.

      Padam
    6. Sebagai tambahan, TM Point atau talian 100 adalah unit yang facing direct dengan customer. Bukan bermakna unit lain tidak bekerja atau makan gaji buta, tetapi TM Point yang akan salurkan masalah berkaitan kepada unit yang berkaitan. Sebab itulah kami ada 1st level support, 2nd level support dan 3rd level support. Masing-masing ada tugas yang tertentu untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

      Padam
    7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    8. en imran,
      awak buat bnda ini sorg ke?
      klu plangan tm ada bjuta..& semua bt aduan pd awak..adakah awak akan membaca satu @ entry awk ini hanyalah utk mhiburkan hati plangan..walhal bndanya adalah sama..

      Padam
    9. Salam En Aidil Azuan,

      Kami ada team yang follow up benda2 seperti ini. Cuma inisiatif ini saya ambil bagi mempercepatkan lagi penyelesaian masalah daripada customer. Dan percayalah, sejak entri ini keluar di blog ini, dah beberapa masalah sudah dapat diselesaikan dengan jayanya.

      Padam
  12. sebelum melanggan pakej internet dari penyedia perkhidmatan pastikan tuan-tuan dan puan-puan semua baca term and condition sesuatu perkhidmatan internet dahulu sebelum melanggan...sekian terima kasih...

    BalasPadam
  13. salam saya juga nak berkongsi dengan en Mazidul .. di kg Saya lebih tepat lagi Kg Permatang Duku, Benut, Pontian, Johor lagi sadis.. setiap tahun kecurian kabel telefon sentiasa berlaku.. di kg tersebut. setiap kali itu la juga TM akan perbaikinya.. tapi memakan masa la juga. tapi tiada satu kaedah yg diguna utk mengelakkan kecurian tersebut.. org kampung pun dah jenuh asik nak menjaga kawasan tersebut. Apapun saya berterima kasih kpd kakitangan TM di Rengit, Batu Pahat,.,kerana sabar melayan karenah org tua saya yang sentiasa membuat aduan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam...cik boleh menggunakan talian CDMA sebagai alternatif..sila kunjungi kedai TM POINT yg terdekat

      Padam
    2. cdma?hahahahahaha buat lawak otai ni.lagi xbley pakai cdma.

      Padam
    3. siapa cakap tak boleh pakai CDMA? jangan membuat sebarang andaian sekiranaya belum mencuba...saya dah guna hampir 3 tahun...ok je..kg saya selalu berlaku kecurian..saya pakai cdma...ok je

      Padam
    4. jangan membuat sebarang andaian sekiranya belum mencubanya..saya telah melanggan CDMA streamyx selama hampir tiga tahun..tiada masalah sampai ke hari ini. untuk kerosakan kecil itu biasa la...

      Padam
    5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  14. mm, lain plak ngn pengalaman saya.. saya guna Unifi VP20 di rumah.. memang laju giler.. sampai sesedara yang tak rapat pun da suka lepak rumah saya sebab internet superb laju.. dah setahun lebih da pakai, Alhamdulillah takde masalah..

    mungkin saya berbeza dengan anda semua, sebab saya mreupakan salah seorang pelanggan yang amat happy dengan TM :)

    Unify rocks :)

    BalasPadam
  15. Ini pengalaman baru berlaku. 4 kali appointment di cancel tanpa notis awal. apa, tm ingat saya suri rumah sepenuh masa tunggu mereka macam tunggul. Dari ramadhan, dekat habis syawal baru pasang internet. sudah pasang, kena kencing pulak dengan kontraktor. pergh.. memang rasa mcm sudah jatuh ditimpa tangga. Call helpdesk? tidak membantu langsung, bazir duit jer call diorang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya puan merasa pihak CS tidak membantu langsung untuk menyelesaikan masalah internet puan, sila emailkan kepada saya di masalahinternet[at]gmail.com . Saya akan follow up dengan unit yang berkaitan.

      Thanks.

      Padam
    2. Saya nak tanya Tuan Imran TM..

      kalau berlaku kerosakan seperti line kena panah petir sehingga menyebabkan talian telefon & internet tak boleh digunakan, atau apa sahaja kerosakan... Technician akan datang kerumah utk repair... Saya pernah kena sekali sebab tiang telefon (kabel luar rumah) kena panah petir. Technician akan datang spt yg dijanjikan sebab saya x call TM tp sy call direct kpd technician TM, maklumlah.. kalau call TM lepas stgh jam saya akan terus dengar lagu-lagu yang entah apa-apa dari mesin menjawap telefon n kena repeated tekan2 button phone... charge panggilan jgn kira la memandangkan guna telefon bimbit kerana telefon rumah dah tak boleh pakai... Jadi semasa pemasangan talian saya ambil nombor telefon technician berkenaan...

      Soalan saya... Apakah pelanggan perlu bayar RM30 kepada technician tersebut? Saya diminta bayar oleh technician tersebut sebanyak RM30 dan saya tidak diberikan apa2 resit.

      Saya tak kisah tentang bayaran tapi saya cuma nak tahu adakah ini prosedur TM? Dan adakah prosedur ini seragam di semua negeri?

      Sebab saya ada 2 rumah. Rumah saya di Perak pon pernah bermasalah talian internet seperti kes petir, modem rosak n etc... Tapi setiap kali bila Technician TM datang memeriksa kerosakan saya tidak pernah diminta untuk bayar apa2 kecuali kalau tukar modem.. technician tu cuma akan kata charge modem masuk dalam bill kemudian.

      Harap Tuan Imran TM boleh jawap disini sahaja. TQ Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin... :)

      Padam
    3. Salam tuan,

      Untuk kerosakan diluar rumah/premis customer, kami tidak akan caj kepada pelanggan. Tuan mungkin tidak perlu membayar sekiranya tuan laporkan kepada Customer Service kami di talian 100. Kalau kerosakan modem di dalam rumah yang mana warranty telah pun habis, tuan akan dikenakan caj tambahan untuk penggantian modem.

      Harap maklum.

      Padam
  16. salam semua, work order TM selalunya akan dilakukan oleh kontraktor atau technician. mereka ini selalu bermasalah. saya sebagai pengguna streamyx juga pernah berdepan masalah.

    sekadar bercerita, saya menaiktaraf kelajuan internet tahun lepas, work order status mengatakan mereka akan datang pada waktu dan tarikh yg ditetapkan, tapi tak datang pun. akhirnya order naiktaraf tu automatik cancelled. call hp kontraktor seperti dalam data tm, tak berangkat. kemudian bulan 3 yg lalu saya mohon naiktaraf sekali lagi, kali ini saya sendiri terpaksa mengingatkan mereka akan work order tersebut dan melakukan kemaskini di ABU. akhirnya work order completed dan saya tandatangan borang pengesahan mereka dh buat kerja.

    tak apalah kepada org yg ada pengetahuan IT sedikit seperti saya. kalau org lain macamana?

    * modem kalau rosak elok beli sendiri, lagi reliable dari TM punya

    BalasPadam
  17. Saya pernah rasa juga.Telefon dorg,siap nak ajar repair sendiri melalui telefon.Kalau tak boleh juga baru tehnician datang.Senang cakap,bil telefon aku sapa nak bayar?Terus saya cakap ini line rumah mak ayah saya yang tua.Saya tolong report saja.Mak bapak saya bukannya pandai nak servis.Berkeras juga minta technician datang,tapi jawapan nya tetap sama.Cik kena cuba repair,kalau tak boleh juga baru kami hantar technician.Akhirnya aku suruh parents tutup terus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Teacher Fadzly,

      Sekiranya tuan menghubungi TM di talian 100 menggunakan talian tetap, panggilan adalah percuma. Sebenarnya CS telah mengikut prosedur yang betul yang mana basic troubleshooting perlu dilakukan terlebih dahulu untuk mengenalpasti punca kerosakan. Dulu kami pernah ada pelanggan yang menghubungi kami mengatakan internet tidak boleh digunakan dan meminta technician datang ke rumah. Apabila technician datang, rupa-rupanya suis modem tidak ON. Ada juga yang lupa nak cucuk kabel telefon ke modem dan bermacam-macam lagi benda simple yang berlaku. Sebenarnya basic troubleshooting tersebut bukanlah untuk menyusahkan pelanggan tetapi untuk kebaikan dan menjimatkan masa bersama.

      Diharapkan penjelasan di atas menjawab persoalan tuan.

      Padam
  18. jujur aku cakap sebulan aku bayart bil streamxy rm68..dalam sebulan ade 4 minggu..aku cuma bleh guna service internet dlm 2 minggu je paling lama dlm sebulan..minggu2 selebihnye adalah internet x dapat access..aku bayar pakej untuk sebulan ke 2 minggu sbnrnye?? org TM nk dtg umah pon amik masa sampai seminggu nk baiki..mana 24jam dijanjikan? tengok iklan taknak kalah..tp service cm taik...dah ler mahal..slow..mcm2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan,

      Saya dah reply mesej tuan berkaitan masalah ini melalui mesej facebook. Harap dapat feedback. Thanks

      Padam
  19. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  20. bukan nak buat aduan. cuma nak nyatakan rasa kesal. dulu masa saya berhadapan dengan masalah tambah talian telefon, upgrade streamyx dan masalah teknikal lain saya perlu bertekak dengan kakitangan TM yang hafal ayat standard dalam kepala macam ingat nama anak. kena ambil cuti kena bayar parking kena duduk rumah tunggu vendor. berbulan-bulan nak selesaikan masalah dan permohonan simple.sekarang ini dah ade platform macam ini senang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas maklum balas tuan, sesungguhnya maklum balas tuan amat penting kepada kami untuk sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Sekiranya tuan mempunyai sebarang masalah dengan perkhidmatan Unifi atau Streamyx dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, sila maklumkan kepada saya melalui email masalahinternet[at]gmail.com dan saya akan follow up kes tuan dengan unit yang berkaitan.

      Padam
  21. Streamyx skang mcm @#$%* la.... amik 4mb leh plak otomatik drop ke 1mb kata operator 100 dia tu....dah la cara ckp mcm mintak kaki je ngan aku!!!

    Kepada yang berkenaan, no report aku 1-68637774796. sila amik tindakan sepantas fiber optik korang yg konon gempak tu!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam puan Syazlia,

      Maklum balas puan amat penting kepada kami. Kami amat bersimpati atas masalah yang puan alami dan saya sendiri akan follow up kes ini personally. Sebelum itu, bolehkah kiranya puan emailkan kepada saya di masalahinternet[at]gmail.com atau PM saya di facebook https://www.facebook.com/masalahinternet maklumat berikut:

      Aduan pelanggan:
      Nombor Pesanan/Laporan/Report :
      Nama Pelanggan:
      No Akaun Unifi/Streamyx:
      Username Unifi/Streamyx:
      No telefon untuk dihubungi:

      Saya akan follow up kes puan dengan unit yang berkaitan.

      Terima kasih.

      Padam
  22. Tambahan buat puan Syazlia,

    Nombor report yang diberi tiada dalam sistem (invalid no). Minta tolong emailkan kepada saya butir2 diatas seperti yang diminta terutamanya username Streamyx puan untuk membolehkan saya follow up kes puan ini. Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kes dah tutup...dah settle...tp, peringatan tuk u all semua, jgn pandai2 nak drop kan MB org lg...kalau x cek, sampai ke sudah la duk byr 4 MB, tp dpt 1MB je...

      alasan yg diberi : ada satu masa tu semua line streamyx problem dan auto drop ke 1 MB tuk semua...tgu customer wat report dulu baru nak betulkan...apa salahnya cek mana yg amik lebih dr 1MB tu, terus je upkan, xyah nak tgu call dr customer dulu...

      Padam
  23. Hasil kumpulan Telekom Malaysia Bhd (TM) meningkat kepada paras RM5 bilion pertamanya bagi setengah tahun pertama berakhir 30 Jun, 2013 berbanding RM4.8 bilion yang direkodkan pada tempoh perbandingan yang sama tahun lepas.
    Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, pertumbuhan ini sebahagian besar dipacu oleh pertumbuhan positif produk utama -- perkhidmatan data, Internet dan multimedia, terutama UniFi.


    UNTUNG TM 5 BILION SETENGAH TAHUN TAPI SERVIS MACAM SYIAALLL... 1ST SKALI TM KENA JAWAB CALL PELANGGAN KURANG DARI 1MINIT.. KORANG DUIT BANYAK GAJIKAN ANAK ANAK MELAYU BUMIPUTERA JADI OPERATOR.. PELANGGAN TM BERJUTA TAPI TAKKAN OPERATOR DALAM 50 ORANG ?? PATUTLAH CALL CENTER TM PALING LEMBAP

    BalasPadam
  24. Salam semua~

    Bro Mazidul, sy pon ade "something shit happened" dengan staff TM ni.

    Mac tahon ni cordless phone unifi saya tak boleh function dgn sepatotnya & memandangkan tempat kerja sy berdekatan dgn TMpoint, jadi sy telah membawa set telefon tersebot semasa membuat aduan di sana.

    Apabila tiba giliran sy, staff di kaunter TMpoint memaklumkan bahawa mereka tidak boleh mengambil set yg rosak drpd sy & mengatakan Unifi Technician sendiri yg akan datang ke rumah sy DALAM TEMPOH 24 JAM utk mengenal pasti masalah sebenar sebelom tindakan boleh diambil - repair or replace 1 to 1 (set masih dalam warranty) - sejujurnya sy tiada masalah di TMpoint sini, layanan mereka kpd sy boleh dikatakan baik (kalau buat aduan melalui telefon tak tau la pulak..haha)

    Hari berganti hari, masa pun berlalu pergi...mungkin 24 jam mereka bersamaan dgn 24 min waktu kita..walaupon sy bekerja dalam jarak 16 km daripada rumah, sy sanggop pulang ke rumah sekiranya technician tersebot memaklomkan akan sampai di rumah 1 atau 2 jam lagi - tapi, tiada langsong panggilan drpd pihak TM.

    Mungkin disebabkan telefon tersebot amat jarang kami sekeluarga gunakan, jadi sy abaikan dulu aduan tersebot sementara - banyak lagi tugasan yg perlu diselesaikan, iensyaAllah sy akan set kan masa utk "berperang" dgn mereka nanti.

    Sehinggalah pd hari sabtu, ketika sedang membeli-belah dengan isteri, sy mendapat panggilan drpd staff TM yg mengatakan "technician dah sampai depan rumah & call incik tapi tak dapat..jadi incik kena set semula tarikh appointment" - BAGI SAYA APE KE BULLSHITTNYE NIH??!! Sy tak dpt apa-apa call pon sebelom ni drpd pihak TM berkenaan sebarang temujanji..malah tempoh masa 24 jam yg dijanjikan juga telah lama expired.

    Apabila pulang ke rumah, sy dapati technician tersebot ada meninggalkn kad "notifikasi perkhidmatan" yg memaklumkn akan kehadiran mereka ke premis sy & kegagalan mereka utk menghubungi sy. Sedangkan telefon sy tidak pernah mengalami sebarang malfunction..haisyyy...NAK TIPU PON AGAK-AGAK LA BRADER~~~

    Sehingga ke hari ini saya masih menyimpan kad tersebot & MASIH belom menerima sebarang follow-up drpd pihak TM.

    *utk makluman, sy tidak pernah lewat utk membayar bill Unifi.


    STAF TM PENIPU WOIIIIIII!!!!!





    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan Shafiz elev11n,

      Kami amat bersimpati atas kesusahan yang tuan alami. Bolehkah kiranya tuan emailkan kepada saya di masalahinternet[at]gmail.com atau PM saya di facebook https://www.facebook.com/masalahinternet maklumat berikut:

      Aduan pelanggan:
      Nombor Pesanan/Laporan/Report :
      Nama Pelanggan:
      No Akaun Unifi/Streamyx:
      Username Unifi/Streamyx:
      No telefon untuk dihubungi:

      Saya akan memohon kepada unit yang berkenaan untuk menyiasat kes tuan ini.

      Padam
  25. bile marah..riaksi diri yg sbenar terserlah..
    maki hamun,adalah makanan diri...
    amik wuduk,pg smyg...insyak-Allah kerja kita akan di permudahkan...

    BalasPadam
  26. Saya nak komen tentang talian Customer Service 100 dan talian-talian lain. Perlukan setiap kali kita nak bertanya atau buat aduan kita diperlukan key-in no telefon kita ke telefon? Semua ini tidak perlu dan menghabiskan masa saja. Lepas itu kita akan dengar voice recording untuk pilihan demi pilihan lagi. Sepatutnya ada manusia yang menyambungkan kita ke bahagian tertentu bukannya mesin suara. Selepas kita buat pilihan, sementara menunggu operator nak menjawab, kita akan diperdengarkan dengan 'suara iklan' pula. Saya tidak mahu berprasangka buruk tapi pernah terlintas juga difikiran apakah kemungkinan panggilan itu juga sengaja dijawab lewat agar kita dipaksa dengar keseluruhan iklan?

    Selepas panggilan dijawab oleh manusia (akhirnya..) dia akan tanya nama kita? kenapa harus buang masa tanya nama saya? kamu boleh panggil saya Mr. X sahaja pun tak apa kerana itu semua tidak penting. kemudian operator akan tanya no telefon saya yang boleh dihubungi? sekali lagi, kenapa harus buang masa dengan detail-detail ini? apakah kerana nak pastikan saya benar-benar pelanggan? kalau saya bukan pelanggan TM, takkan saya nak call kamu atas dasar suka-suka. kemudian operator akan tanya no. telefon yang bermasalah. habiss?? no yang saya key-in di awal-awal tadi, untuk makluman siapa? sebutlah balik no telefon yang bermasalah tadi.

    Akhirnya baru tiba untuk cerita permasalahan berkaitan perkhidmatan. Setelah cerita semua, operator pulak kata "maaf encik masalah itu tak dapat kami bantu". tidakkah ini menyakitkan hati namanya? setelah semua maklumat yang diberi dan usaha yang dicurah dan masa yang dibazirkan dan hanya dapat jawapan begitu. Bukankah ini dipanggil 'putting the horse before the cartwheel'? sepatutnya minta pelanggan cerita dulu masalah, setelah operator confirm boleh bantu barulah you mintak detail apa ni semua.

    Ini semua adalah langkah ke belakang dalam khidmat customer service. Proses dehumanisation, meniru barat secara sembrono, meniru Amerika, meniru AT&T. padahal dalam tahun 80an kalau kita call 100 kita akan terus dapat bercakap dengan manusia. Pelanggan tidak mahu bercakap dengan mesin. Pelanggan tidak mahu meredah segala onak iklan dan duri pilihan sebelum dapat mendengar suara manusia. Pada ketika dapat bercakap dengan manusia, akibat letih menunggu ketika itu mood sudah panas maka lahirlah semburan makian dan ketidakpuashati. Dr. Mahathir pernah berkata "I have a very suspicious mind". Saya pun ada suspicious mind juga, suspicious mind saya berkata adakah 'roadblock-roadblock' ini sengaja dilakukan supaya pelanggan berasa kecewa menggunakan perkhidmatan talian customer service dan akhirnya pelanggan menjadi defeatist terus mengabaikan dan menyimpan keluhan-keluhan ini didalam hati kerana kalau komplen pun tiada gunanya. Untuk berlaku adil, penyakit khidmat mesin suara ini juga digunakan oleh perkhidmatan syarikat lain seperti Astro. Banyak sangat ke duit perlu keluar kalau nak gajikan lebih ramai operator? Untung billion-billion. Saya sebagai penjawat awam boleh berbangga yang dipejabat cawangan saya talian oleh pelanggan akan diangkat dan dijawab oleh manusia tidak melebihi 3 kali deringan dan perkhidmatan kami diberi kepada rakyat secara percuma. TM, malulah sikit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam tuan ,boleh cuba cara ini utk mempercepatkan proses report.Call 100 ,kemudian bila dgr je masukkan kod kawasan,masukkan 0# sebanyak 3 kali (salah no ).Kemudian suara automatik akn kata anda telah masukkan pilihan yg tak sah.Abaikan je sbb lepas tu tn akan di directkan ke cs TM.Kalau talian sibuk tunggu je sekejap.InsyaAllah tak sampai 2 minit pun.Selamat mencuba

      Padam
  27. Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog Mazidul,

    Pada mulanya saya sendiri pun berasa gerun untuk melanggan perkhidmatan
    internet dengan TM setelah membaca begitu banyak sekali komentar negatif
    dilontarkan terhadap mereka di laman-laman web & blog. Pendapat saya adalah
    sedikit kontra dari yang lain berdasarkan dari pengalaman rakan sekerja
    rakan FB, bukan semua kakitangan atau kontraktor TM tidak bertanggungjawab
    tapi cuma segelintir sahaja yang bermasalah kerana merasakan bahawa tugas
    mereka bukannya satu ibadah & amanah sehingga menyebabkan pelanggan yang
    kecewa telah menghukum keseluruhan organisasi TM itu sendiri.

    Dalam minggu lepas saya mengambil keputusan hendak melanggan satu pakej
    internet jalur lebar yang boleh menawarkan penggunaan tanpa had dan telah
    membuat beberapa tinjauan keatas laman web, blog untuk menilai pakej mana
    yang terbaik di pasaran. Sebelum ini saya telah melanggan pakej internet
    data dari syarikat pembekal jalur lebar yang lain tetapi tidak dapat
    memenuhi keperluan saya sebagai seorang yang "heavy user" kerana pakej yang
    ditawarkan adalah lebih kepada kuota had penggunaan dan merasakan pakej
    yang terbaik untuk saya hanya terdapat di TM.

    Setelah membuat pertimbangan yang sewajarnya, saya mengambil keputusan
    untuk melanggan pakej Streamyx secara online dan berasa amat berpuas hati
    serta berterima kasih dengan layanan, pertolongan serta tindakan susulan
    yang diberikan oleh Encik Imran TM dalam mempercepatkan proses permohonan
    dengan tidak sampai 2 hari kediaman saya telah disambungkan dengan talian
    Streamyx.

    Saranan saya kepada pelanggan TM yang menghadapi masalah tetapi gagal
    mendapat perhatian melalui "Talian 100" agar berhubung terus dengan Encik
    Imran TM untuk mendapatkan tindakan segera dari beliau.

    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas komen tuan. Gembira dapat membantu tuan :)

      Padam
  28. Untung betul TM ni... Time hujan diorang meniaga modem je... Bile kena petir modem rosak deme meniaga modem je ngan customer deme... Kenapa TM tak cari solution untuk prevent modem customer di"bedil" petir??? Adakah sebab syok untuk meniaga modem dan bukan meniaga servis???

    BalasPadam
  29. saya tidak mempunyai masalah dengan TM setakat ni.. Sejak berpindah ke kawasan Saujana Utama, Sg Buloh dan melanggan streamyx sudah hampir 5 tahun Perkhidmatan yg diberikan oleh juruteknik2 TM kawasan saya tidak mengecewakan. Aduan terakhir saya berkenaan talian telefon yg tidak boleh digunakan telah diselesaikan dalam tempoh 3 jam selepas aduan dibuat ke talian 100. Pada pandangan saya jika juruteknik TM itu bekerja dengan penuh tanggungjawab, dibekalkan kemahiran yang diperlukan disamping tidak dibebankan dengan beban yang banyak oleh majikan mereka sepatutnya mampu memberikan perkhidmatan yang cekap.

    BalasPadam
  30. pengalaman menggunakan tmnet bertahun ni, stakat ni kalau ada masalah saya call di talian 100 jer. biasa hari yang di ambil makan masa 1-3 hari br problem setel. bg saya xde masalah pon tentang servis. cuma kadang2 ada jgk la yg ejen technician bebal tp nak tunjuk pandai. tp bg saya, benda ni takde masalah sgt pon, nama lagi manusia kan. cuma berharap tmnet dapat membaiki mutu talian, dan berharap harga utk pakej streamyx biasa lagi murah. satu lagi talian tmnet saya slow jer, dpt guna 1mbps jer. padahal rumah saya tak jaun pon dgn stesen besar tmnet. pasir mas. kelantan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam,

      Berapa sebenarnya pakej speed internet yang saudara/i langgan? Kalau saudara/i langgan pakej 2mbps tapi hakikat sebenar cuma dapat 1mbps, saya boleh tolong untuk upgrade kepada pakej yang sepatutnya atau follow up dengan unit yang berkaitan.

      Sila emailkan username saudara/i kepada saya di masalahinternet[at]gmail.com.

      Thanks.

      Padam
  31. Terima kasih Imran TM,

    Saya baru lepas bebal dua kali call hotline Unify tapi kena tunggu lebih 10 minit. Tapi terharu tgk usaha Imran TM atas inisiatif sendiri, tak jadi nak tumpang marah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Terima kasih atas sokongan anda :)

      Padam
  32. Sdr Mazidul, saya amat bersetuju dgn tuan trhdp perkhidmatan yg diberikan olh TM AMAT MENDUKACITAKAN. Masalah talian tetap dan stremyx saya sudah hampir 1 bln timbul. Setiap kali saya hubungi 100 yg mengambil masa hampir 30 min utk dijawab, jawapan yg diterima "juruteknik kami akan hubungi tuan dlm tempoh 24jam aduan ini dibuat". Tapi sampai sekarang dah hampir 1 bln, sebarang maklumbalas atau panggilan telefon saya tak terima. Yg diterima hanya sms "harap maaf atas kesulitan".

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf tuan kerana sudah lama saya tidak melawat blog ini. Walau bagaimanapun masalah tuan dah selesai atau belum?

      Padam
  33. Salam tuan Imran sy dah emel masalah sy
    dari paxy808@gmail .. hrp beri perhatian ..

    BalasPadam
  34. salam tuan imran, boleh bantu saya... saya buat aduan kerosakan telefon dan internet dari 01.12.2013 hingga hari ini 11.12.2013 masih belom selesai. kerosakan saya ialah telefon ada nada bising(engesh.

    BalasPadam
  35. rupanya ramai yand ader masalah dengan tm ni..dulu rasanya tak byk masalah dengan tm ni..cuma sejak akhir2 ini byk sgt masalah dengan tm..

    BalasPadam
  36. Salam.... Saya melanggan Streamyx 1Mbs. Saya mengalami masalah connection internet bermula 26 November 2013 sehinggalah hari ini (23 Disember 2013) bermakna dah hampir sebulan saya melanggan perkhidmatan yang sia2. Saya telah membuat banyak aduan masalah ini di talian 100. Banyak kali juga saya hubungi technician TM utk maklumkan masalah ini. Jawapan yang saya terima, "Saya akan baiki....bla...bla..." Tapi sehingga kini saya masih tidak dapat menggunakan internet di rumah. Tau-tau say dapat SMS dlm bahasa Inggeris yang menyatakan masalah telah diselesaikan dengan jayanya. Apa ini? Saya rasa ditipu dan dianiaya!

    BalasPadam
  37. masalah ini pon berlaku dgn sya..
    cakap hari ni nak dtg utk repir line sya tp x dtg2..
    buang mase btol lh.. rugi je sye mintak relese dri bos..
    pas tu sya call lg n dia org reply...
    "oh.. hri ni tecnician x blh nk dtg.. masalah kenderaan.."

    puiihh.. kenderaan ape nya yg x blh nk jlan ke sini.. sdang kan myvi sya blh smpai ke rumah sya skrg..
    nk minta tlg En Mazidul ketengahkan perkara ni....

    BalasPadam
  38. petang tadi 26/1/2014 saya ke kaunter TM di Gua Musang untuk membayar bil streamyx yang berjumlah RM110.70. bayaran boleh dibuat dengan menggunakan kad ATM debit kad. setelah kad ATM diberi apa nak jadi, remaja perempuan yang bertugas di kaunter tersebut memetik di mesin bayar tu dengan jumlah RM1100.70.
    saya terkedu dan terkejut. Saya bertanya kenapa jadi bagitu, dia kata tersilap petik butang. Begitu mudahnya dia orang ni buat kerja. saya bertanya, pastu macamana, dia jawab tunggu juruteknik urus.
    Saya amat taidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, tunggu punya tunggu, hampir dua jam, masalah tak selesai untuk masuk balik duit yang tersalah itu masuk balik ke akaun saya. disebabkan saya hari dah petang saya beredar dari kaunter itu dgn perasaan tak puas hati, saya akan ke bank esok untuk update akaun saya, dan akan ke TM Point itu lagi...

    BalasPadam
  39. TOLONG TAMBAH PORT UTK SAYA MELANGGAN TM STREAMYX DI KUANG POSKOD 48050 RAWANG SELANGOR... SAYA PERLUKAN INTERNET DI SINI UTK MENYIAPKAN PELBAGAI KERJA.. BILA TEPON PIHAK TM, PORT XDE.. PORT UNDER PROGRESS NAK PASANG.. TAPI DAH BERBULAN2 TETAP TAKDE... BERAPA LAMA LAGI NAK TUNGGU????

    BalasPadam
  40. Salam, saya ada masalah dengan talian internet. Saya baru upgrade daripada pakej 384kbps ke pakej 1 mbps. Tapi speedtest terlalu2 slow. purata saya hanya dapat bawah paras 90 kbps. TM careline kata salah satu sebab port kawasan saya tak support 1mbps? kenapa begitu? sedangkan jiran2 saya ok saja. tapi yang menghairankan awal pagi speed intenet ok, tp MENJELANG TENGAH HARI HINGGA PAGI ESOK PURATA SPEEDTEST ADALAH SERENDAH 52KBPS (MACAM DIAL UP). mohon en. imran TM bantu.. TQ

    BalasPadam
  41. Jangan di marah Encik Imran TM. Kesian dia. Dia cuba membantu je lagi pun TM tu bukan dia punya sorang. TQ Imran TM

    BalasPadam
  42. salam tuan, kenapalah tm selalu memberi alasan tapi result tenet saya teruk juga.. dah letih buat aduan.. letih juga dengar alasan.. masih juga talian tahap mendukacitakan.. bayangkan speedometer d/load hanya setakat 122kbps. guna talipon ..bunyi berpasir.. cam duduk dalam hutan.. saya ditinggal ditaman dipasir pekan kota bharu.. letih..

    BalasPadam
  43. 1) I am very disappointed with TM service wherby I have complaint three times about NO line at my home (075216097). Everytime, I receive a sms saying my problem has been resolved but still no line of my house phone since 25 Oktober 2013.

    2) My complaint num
    1-7296047604 (1 Nov 2013)
    1-7332553668 (9 Nov 2013)
    1-7409193987 (22 Nov 2013)
    1-7641646573 (22 Disember 2013)

    3) Since there was no streamyx and phone line service, I have to cancel the streamyx service on 21 November 2013

    BalasPadam
  44. Saya juga berdepan dengan masalah dengan pihak telekom..Bayangkan macam mana keadaan kami guru guru yang tinggal di kampung yg bukannya jauhpun dari Taiping,cuma 25 km saja...kabel telefon telah dihentikan sejak 2009 lagi. Saya pwrnah ke Taiping untuk menggunakan interney percuma di Mc Donalds. Semua ni berpunca daripada ketiadaan capaian di kawasan ini..Talian lain seperti celcom juga sgt lemah..saya pernah menggunakan evdo iaitu internet wireless telekom..tapi sejak dipasang pada saya tak boleh gunapun..berapa banysk panggilan ke telekom...tapi juruteknik yg dijanji tidak hadirpun..saya terpaksa menghentikan perkhidmatan ini...saya pulak yg dikenakan caj RM 215....caj ini saya tak bayarpun..mungkin nanti telekom akan saman saya kut..tapi saya tak pernah gunapun perkhidmatan ini....alasan kawasan ini tidak boleh dipasang kabel telefon bukan satu alasan...apakah usaha pihak telekom untuk mengatasi masalah ini...bayangkan kami para guru yg tinggal di kampung ini..yg kebanyakan data sekolah semuanya secara atas talian..kampung saya adalah kg tebok terong perak...harap sangat pihak telekom tolong pasang semula kabel...mengapa orang kampung selalu diketepikan..adakah kerana dianggap tak menyumbang...sedangkan undi pilihanraya kebanyakan dimenangi di kawasan kampung...

    BalasPadam
  45. Saya juga perlukan bantuan En Imran..tolonglah...macam mana ni kabel telefon dihentikan sejak 2009..alasan kecurian..pada saya ini bukan .alasan yg wajar..macam mana nak guna internet ...dah la maxis pun slow..celcom pun slow..digi pun slow..yes tak cover u mobiele tak.cover...terpencil sgt kampung saya yg jatak ke taiping hanya 25 km...kenapa org kampung selalu dipinggirkan...kalau di bandar semua pihak jaga...kesian kami ckg2 yg tinggal di kampung...pernah pergi mc D pukul 3 pagi...nak buat kerja...tolonglah pasang kabel..sudahlah wireless yg saya guna dgn telekom pun bermasalah...daripada hari pasang tidak boleh guna hingga saya matikan..janji nak hantar juriteknik...tak muncul2...bila saya dah hentikan perkhidmatan barulah juruteknik telefon...saya pula dicaj rm 215..maaflah saya tak bayar sebab rasa tak patut...nanti mesti kena saman dengan telekom....tapi macam mana ni....kita menuju negara maju...macam mana ni?..tolonglah saya..

    BalasPadam
  46. Jarak rumah saya cuma 25 km dari taiping..tolonglah pasang kabel ..saya boleh langgan streamyx...

    BalasPadam
  47. Lagi-lagi pasal TM (TETAP MASALAH)..aku dh nyampah dgn tm ni..asal hujung minggu problem..bila call CS buat repot,dia kata technician akan dtg check apa masalh. wlpun hari off day.(Backup)..padahal tggu hari isnin jg baru diorg jenguk..repot dh berkali2 buat.masalah tetap sama...langgan package stremyx 1Mb,tp download 150kbps !!
    Apekejadah betullah TM ni..iklan promote mcm GoodGood tp internet mcm SiputBabi..Bil byr xleh lewat tp servis mcm cibai...

    BalasPadam
  48. Pemotongan cepat penyambungan tiada... kecewa dengan perkhidmatan telekom malaysia.. operator yg menjanjikan penyambungan tapi kosong punya janji.. setiap panggilan dbuat ke operator dlayan dengan suara komputer hingga bil talipon mudahalih tinggi... tiada tindakan langsung tapi tahu tindakan memotong perkhidmatan saja.. sms dari pihak talikom mengatakan bil tertunggak itu ada lah... tolong ambil perhatian sama bukan hanya tahu ambil perhatian potong perkidmatan sahaja.

    BalasPadam
  49. encik imran... sya nk minta tolong.. tollong la pasang unifi di area sya.. 32 h blok 3 jalan hospital... flat ashb road ipoh perak dekat angsana... tolong memahami kehendak penguna..

    BalasPadam
  50. Salam.saya juga nak komplen pasal TM nih. Dalam sebulan mesti ada skurg2nya dua kali kena report masalah internet nih.masalah yg sering jadi xda internet acess & conn putus2. Saya dah penat nak call.nak dgr " kami dan 24 jam .lepas tu kami x.terima sebarang repot." wei,tolong la tm.hampa buat kerja ka x? Bila report ja case closed.tapi internet haram xleh guna juga.nk kna report lain kat cs. Dah la mahai nk mmpus call.bln ni dah dua kali report.tolong la wei. Janji bagi betoi. No report ; 1-8638330907. Nak folow up ka apa ka buat lah janji boleh guna balik. Aq dah penat dgn hampa!
    Satu ja aq nak nasihat TM: hampa tolong cakap bagi betoi.jangan nak bohong user.

    BalasPadam
  51. sekiranya masalah gangguan internet selalu terjadi,bolehkah kita saman TM,mintak penjelasan

    BalasPadam
  52. Salam,sekiranya perkhidmatan TM tidak memuaskan seperti dijanjikan,bolehkah kita sebagai pengguna menyaman pihak TM,mintak penjelasan......

    BalasPadam
  53. Assalamua'laikum Saudara En.Mazidu..di sini saya ingin memberitahu berkenaan dengan Perkhidmatan TM, dan saya harap mendapat perhatian drp pihak tuan. Pada 10 Jan 2014(Jumaat) sekitar pukul 2.30pm pihak TeleMarketing TM telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa pekej yang saya gunakan (8MB) adalah layak untuk mendapatkan perkhidmatan tambahan (add on) iaitu Hyp TV (basic chanel) dan telah dibacakan "Akad" pada masa itu juga(kontrak diperbaharui), dan pihak TeleMarketing memberitahu saya untuk tunggu sehingga 7hari bekerja untuk proses bagi penambahan tersebut. Selepas 7hari tersebut saya buat panggilan untuk bertanyakan berkenaan dengan "Decoder" Hyp Tv seperti yang dijanjikan, namun begitu bhg Produk langsung tidak ada menerima sebarang permohonan yang dibuat pada 10hb Jan 2014, saya meminta mereka utk trace panggilan tersebut dan disahkn memang betul pihak marketing ada membuat panggilan tersebut kepada saya namun pendaftaran tdk lagi dibuat, oleh itu sekali lagi pihak mereka meminta maklumat yg diperlukan blaa.blaa..blaa..dan akhirnya sy diminta utk menunggu semula selama 3hr bkrja, selepas itu perkara yg sama berlaku. Apabila saya membuat panggilan untuk merujuk aduan berkenaan perkara tersebut apa yg mereka beritahau adalah "kami akan menghantar email kepada bhg telemarketing utk mengambil tindakan segera"...TAPI sehingga kini Aduan saya itu tidak selesai hampir setengah tahun,setiap kali saya hubungi TALIAN MESRA TM 100,perkara yang sama diberitahu. Sekiranya En.Mazidul ingin merujuk aduan saya kepada TM, bolehlah menggunakan rujukan No.Telefon 088-490381. Sayapun dah naik bosan dengan PERKHIDMATAN YANG TERUK DARIPADA PIHAK MEREKA.

    BalasPadam
  54. Saya adalah salah seorang pelanggan setia TM dan Streamyx. Sepanjang masa melanggan Streamyx, saya jarang sekali merasa kecewa.
    Apa yang saya ingin pihak TM tambah baik perkhidmatan ialah dengan bertindak secara proaktif dengan segera memaklumkan kepada pelanggan jika terdapat sebarang gangguan dalam perkhidmatan. Contoh terbaharu ialah apa yang berlaku kepada saya. Jumaat lepas (23/5/2014) saya diberitahu oleh isteri saya bahawa tiada servis Internet di rumah. Pada mulanya saya mengesyaki bahawa sambungan di dalam rumah longgar, namun selepas diperiksa keadaan masih sama. Saya bersangka baik untuk tidak menelefon TM kerana menyangka masalah tersebut mungkin masalah dalaman. Pagi tadi (26/5/14) saya menerima SMS daripada jiran saya bertanyakan samada saya mengalami masalah Internet di rumah. Terus saya sedar bahawa ini bukan lagi masalah dalaman rumah saya tetapi masalah TM.
    Saya memutuskan untuk menghubungi talian 1-300-88-9515 melalui telefon bimbit saya. Operator yang menjawab panggilan saya memberitahu bahawa tiada laporan tentang masalah perkhidmatan di kawasan saya dan beliau seperti memandang rendah aduan saya dan pengetahuan IT saya. Beliau meminta saya memeriksa konfigurasi komputer dan modem saya serta membuat ujian ping. Saya memberitahu bahawa saya tidak pernah melakukan sebarang modifikasi pada konfigurasi modem dan komputer saya sebelum masalah gangguan Internet tersebut. Akhirnya, setelah tidak dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya, saya diberikan nombor laporan dan diberitahu bahawa kakitangan TM akan datang memeriksa talian saya dalam masa 24 jam (ayat piawai TM). Setelah mengakiri perbualan, saya tiba-tiba menerima SMS berikut: "RM0.00 Msg frm TM: Dear Sir/Mdm, regret to inform you there is a svc disruption in yr area. Expected restoration of yr svc by 28/05/14. TQ for yr patience."
    Entah berapa ringgit saya telah bazirkan menelefon TM untuk nasihat yang tidak bermanfaat selama 14 minit 9 saat tersebut. Dan nampaknya saya perlu menunggu 2 hari lagi untuk kembali menikmati Streamyx saya.
    Saya harap pihak TM bersungguh-sungguh membantu pelanggan dan jangan perlekehkan kami.

    BalasPadam
  55. Saya pengguna Streamyx.Sebelum pada ni saya telah beberapa kali mengalami gangguan internet.Setiap kali mengalami gangguan sudah sememangnya saya perlu membuat aduan kepada TM tidak kurang tiga kali dan keatas.Kita sebagai pelanggan seperti diperbodohkan oleh TM dan operator mereka.Setiap kali aduan dibuat kita diberi no.report yang perlu disalin tetapi tiada tindakan yang diambil.
    Semasa saya menghantar komen ini perkhidmatan internet di rumah saya telah sebulan lebih tidak dapat digunakan dan saya tak tau sudah berapa kali saya membuat aduan kepada TM tetapi masih lagi belum dibaiki.Tahniah TM atas perkhidmatan anda semua.Makanlah duit haram dan bagi anak bini anda semua makan duit haram ini.Saya tidak akan halalkan setiap sen duit saya diatas perkhidmatan yang kamu semua berikan.

    BalasPadam
  56. ASSALAMUALAIKUM ENCIK AMRAN ' SAYA PENGUNA TM UNIFI SELAMA INI SAYA MENDAPAT EMEL BAYARAN BEBERAPA BULAN MELALUI TELIFON TETAPI SEJAK AKHIR AKHIR INI DI GANTI DENGAN KIRIMAN SURAT BAYARAN MELAUI POS DAN ALAMAT TIDAK BETUL JIKA SURAT ITU TIDAK SAMPAI MACAM MANA... BUKANKAH MELALUI EMEL LG SENANG BERBANDING POS

    BalasPadam
  57. saya pengguna TM Streamyx..
    kronologi kes saya

    4 jun 8.00 pm
    saya buat report dgn no report 1-8874821085. dijanjikan 24 jam akan di baiki

    6 jun 11 am - ni cuti umum hari keputeraan Agong..( 24jam la sgt)
    baru la juruteknik dtg n salahkan modem rosak

    9 jun - 10 am
    hantar modem ke kedai nak repair.. tp modem ok sgt dan bleh guna

    10 jun - 8 am
    -test modem kat ofis n boleh pakai.
    - 10 am - sekali lagi buat report dengan TM
    -no report 1-8943537025
    - saya minta dihantar juruteknik yang berpengalaman untuk menyelesaikan masalah saya
    11 jun 2014
    11 am - juruteknik dtg rumah, dan maklumkan line TM problem, then balik tak dtg-dtg dah
    8 am -- 9am - sekali lagi cuba buat report sebab juruteknik tak dtg waktu petang.. hampir 5 kali call baru la di layan. memang saya agak marah dan bercakap kasar sebab masalah saya telah memasuki hari ke 8
    12 jun 2014- juruteknik datang rumah, kemudian sekali lagi menyalahkan modem
    2.00pm sekali lagi buat report n di layan dengan operator yang agak kasar
    2.15 pm saya report skmm.sebab tak berpuas hati

    kesimpulan yang dapat dibuat:-
    1) juruteknik TM yang dtg rumah saya memang agak berusia dan saya rasa dia tak mampu nak panjat tiang TM untuk cek kabel. so dgn mudah salahkan Modem rosak.
    2) pihak TM memang tak alert dengan pelangan atau memang tak da juruteknik yang berkemampuan untuk mencari masalah saya.
    3) Pihak TM sengaja menyekat penggunaan saya , supaya saya boleh upgrade line internet yang lebih bagus dengan bayaran yang tinggi.
    4) Pihak TM tidak mencukupi kakitangan untuk menjawab panggilan customer
    5) Pihak TM telah mengaut keuntungan dengan mudah. dan selama 9 hari line internet saya rosak selama itu juga saya tak halalkan duit saya pada pihak TM


    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.