"Dia kesejukan dan susah bernafas," ujar doktor di luar bilik bersalin.
Beberapa jururawat bergegas membawanya ke bilik lain di Hospital Assunta, Petaling Jaya, Selangor, lalu 'menjemur' bayi itu di bawah pancaran lampu ultra ungu. Saya lihat tubuh kecil itu dengan penuh debaran.
"Ya Allah, selamatkan dia"
Itu doa berulang kali saya panjatkan sewaktu hati sebak merenung dia terbaring dengan mata belumpun mampu dibuka untuk melihat dunia.
Ketika itu hati bertasbih, ingin melihat dia hidup sempurna seperti anak lain di dunia ini, dibesarkan dengan kasih sayang dan diberikan pendidikan sempurna.
Hari ini Muhammad Afif Faiq, anak sulung saya genap berusia 12 tahun, dia sihat. Allah memperkenankan doa saya, insan ciptaanNya, memanjangkan umur anak kecil dianugerahkan kepada saya itu.
Dia banyak menghadapi pelbagai cabaran sepanjang usianya biarpun masih mentah hanya kerana mempunyai ayah bernama Mazidul Akmal Sidik. Namun, tiada rungutan diluahkan sepanjang kami hidup bersama, barangkali dia faham di antara kerjaya saya dan kehidupan berkeluarga, ada impak positif dan negatifnya.
Cuma dia pernah komplen, kata AFIF namanya jika diterbalikkan menjadi FIFA. Ya, memang benar kerana sewaktu dia dilahirkan pada 19 Mei 1998, kejohanan piala dunia sedang berlangsung.
Apapun, happy birthday Afif!
Ayah berharap Afif akan membesar dengan sempurna, menjadi insan berilmu dan sentiasa menghormati orang lebih tua.
Baca blog Afif di sini.
Mudah-mudahan diberkati dan dirahmati-Nya.
BalasPadamAmiin.
Salam Bro
BalasPadamSaya dapat merasakan debaran seorang ayah pada masa tersebut kerana saya sendiri pernah mengalaminya.
Anak bongsu saya lahir tidak cukup bulan (bulan ke 8) melalui pembedahan kerana degupan jantungnya semakin lemah.
Selepas dilahirkan, barulah para doktor tahu kenapa dengupan jantungnya lemah, kerana lehernya terbelit dengan lati pusat sebanyak 3 kali.
Alhamdullillah, dah setahun 3 bulan beliau membesar dengan sihat. Deman skit-skit tu biasalah.
Sebagaimana saya sentiasa mendoakan dia hidup dalam keberkatan-Nya, begitu jugak untuk Afif.
Selamat hari lahir..moga menjadi anak yang soleh
BalasPadamhappy birthday tuk ur son bro;)
BalasPadamselamat hari lahir Afif Faiq...moga mnjadi anak yg baik..:) wahh..anak ada belog juga..mewarisi papanya..
BalasPadamSelamat hari lahir buat Afif :)
BalasPadamHappy birthday Afif.. semoga terus membesar dengan sihat dan sentiasa positif dalam menghadapi dunia yang serba mencabar ini. Mudah2an juga Allah sentiasa memeliharamu.
BalasPadamMoga anak zaman sekarang lebih memahami dan menginsafi kesusahan yang pernah di lalui oleh mereka dan keluarga mereka dalam membesarkan dan mendidik menjadi insan yang berguna
BalasPadamNamanya anak tuan sama dengan anak saya. Tapi umur anak saya sudah 17 tahun. Happy Birthday
BalasPadamBlog, blog juga AFIF, tahun ni nak exam UPSR, kan? Semoga berjaya.
BalasPadamSelamat Hari Lahir, AFIF. Jadilah anak lelaki kebanggaan ayahmu...!
amin =)
BalasPadamhappy birthday to Afif! psst.. hari ini birthday saya juga check out my blog
BalasPadam1st time wat comment kt blog bro mazidul. im one of your silent reader ;)
Happy Birthday AFIF
BalasPadamsemoga menjadi anak yg soleh
dan semoga sentiasa di rahmati Allah..amin..
Selamat harijadi Afif! Semoga berbahagia menempuh alam remaja.
BalasPadamIngatlah, apa yg ditempuh pada hari ini menjadi pengajaran di masa HADAPAN.
Happy Birthday to AFIF...
BalasPadamblaja rajin2 tau...semoga menjadi anak yg taat pd kedua ibu bapa dan agama...insya Allah hidup akan sntiasa diberkati dan dilindugi oleh-Nya..Amin
Selamat Hari Jadi Afif. Abah belikan hadiah birthday apa ye untuk Afif?
BalasPadamhee... entry permulaan yang buat saya berdebar.... because saya bakal bersalin lagi 4-6 minggu lagi...
BalasPadamdoakan both of us selamat...
buat Afif, jadila anak yang berguna tuk agama, bangsa n negara..cewahhh
Selamat Hari Jadi...
Happy birthday Afif! Tahun ni world cup lagi. Pasukan mana pilihan Mazidul?
BalasPadamSmoga menjadi penyumbang sesuatu buat agama bangsa dan negara...
BalasPadamsubhanallah..
BalasPadamsama rupanya birthday afif dgn saya..hehe..mesti comel dan bijak dia tu... :)
Anak sulung saya Afiz tak jauh beda namanya dengan cahayamata Bro Maz Afif;
BalasPadamTak dapat dinafikan anak sulung sering menjadi mangsa cabaran getir dalam rumah tangga.
Agar Afif tabah dengan ujian yang ada & sentiasa menjadi anak yang berjaya pun bertanggung jawab terhadap keluarga.
sangat sweet..happy birthday to fifa..eh afif..
BalasPadam