Selasa, Januari 05, 2010

Khuatir Retak Menunggu Belah

Petang semalam Kementerian Dalam Negeri dilapor memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar Kristian, ‘Herald - The Catholic Weekly’.

Ahad lalu, 13 badan bukan kerajaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur membantah keputusan sama.

Beberapa kumpulan telah mengadakan demonstrasi dan sebilangan lagi dipercayai masih menyimpan hasrat sama. Maka, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihatkan umat Islam agar lebih bertenang dan bersabar.

Berapa tokoh Melayu dikenali didapati menyokong keputusan mahkamah terbabit berlandaskan hujah tersendiri. Ada juga pada mulanya menyokong, menentang dan kini menyokong kembali.

2 minggu lalu, isu ‘bak kut teh halal’ ditimbulkan media.

Pandangan bekas Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dirujuk. Menurut beliau makanan tradisional masyarakat Cina diperkenalkan di Klang, Selangor 70 tahun lalu, bak kut teh terlalu sinonim dengan babi, justeru hukumnya haram dimakan pengguna Islam biarpun bahannya halal. Berikutan itu, saya perhatikan penganjur pesta makanan di Pusat Dagangan Dunia Putra tidak lagi menggunakan nama terbabit dalam mempromosikan juadah mereka biarpun hanya bekas mufti bercakap berhubung kes terbabit. Mungkin mereka menerima hakikat dikemukakan, bak kut teh sinonim dengan babi.

Difahamkan, Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini membuat keputusan kalimah ‘Allah’ hanya boleh digunakan umat Islam. Nampaknya, keputusan itu bagai dipinggirkan biarpun perkataan 'Allah' begitu sinonim dengan Islam.

Kini, ramai individu bukan Islam ghairah melontarkan pandangan mereka berhubung keputusan di pelbagai flatform menyokong keputusan mahkamah, antaranya di blog Niamah.

Manakala sebilangan penganut agama Islam pula mula berhujah menggunakan ayat Al-Quran samada menyokong dan menyanggah hak agama lain menggunakan perkataan 'Allah'.

Berikut kenyataan resmi Parti Islam SeMalaysia, PAS, saya petik daripada blog Tukar Tiub.

[ PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi ]

Berikut pula kenyataan dipetik daripada blog Biaqpila.

[ Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka" ]

Justeru timbul persoalan, kenyataan siapa dan pihak mana perlu diterima? Memandangkan kini pandangan pakar agama kelihatan bercanggah sedangkan mereka semua mengemukakan bukti termaktub di dalam kitab suci sama, Al-Quran.

Apapun perlu diingat, Melayu, biarpun marah mereka mampu bersabar dan bertolerasi sekiranya bangsa dikutuk atau diperlekehkan tetapi tidak ‘Allah’ mereka.

Harapan saya. semoga isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin, bimbang retak menunggu belah.

33 ulasan:

  1. dul... nak marah boleh tapi jangan sampai buat tak tentu hala yang akan lebih memalukan penganut agama islam...jangan buat jenayah hanya sebab kita tak setuju...

    tapi nampak sangat dah mula nak melampau... bukan dah mula, tapi memang dah pon..

    BalasPadam
  2. Salam,
    Ini yang mengrisaukan kerana ada pihak mengambil mudah hal ini sedangkan impak kepada masyarakat amat besar, ulamak-ulamak harus bermuafakat jika tidak rapuh benteng kekuatan ummah dalam menghadapi agenda tersembuyi pihak yang tertentu.

    BalasPadam
  3. "Timbul juga persoalan, kenyataan pihak mana perlu diterima? Memandangkan kini pandangan golongan dilihat pakar agama bercanggah sedangkan mereka semua berbicara berhubung bukti dimaktubkan kitab sama, Al-Quran"

    pendapat saya, ulama' berbeza pendapat adalah perkara biasa walau mereka merujuk pada Al-Quran. Sbb itu wujud mazhab. sekadar pendapat yg dhaif..

    BalasPadam
  4. Sebelum ini ada beberapa aduan mengenai 'tokong aji'. Iaitu patung lelaki pakai sampin dan bersongkok, biasanya diletakkan di bawah pokok besar.

    Selepas ini, adakah tindakan tidak boleh diambil ke atas kes ini ? Adakah tokong aji ini tidak menghina Islam ?

    BalasPadam
  5. dunia akhir zaman...tanda2 nak khiamat..saya kurg setuju bila nama ALLAH boleh digunakan dalam mana2 kitab selain kitab al quran. Nama ALLAH tidak boleh dimain2kan. Cuma yg peliknya sapa la yg suruh hakim cina tu pegi jadi pengadil. Mmg konfim la dia lulus.

    BalasPadam
  6. dunia akhir zaman...tanda2 nak khiamat..saya kurg setuju bila nama ALLAH boleh digunakan dalam mana2 kitab selain kitab al quran. Nama ALLAH tidak boleh dimain2kan. Cuma yg peliknya sapa la yg suruh hakim cina tu pegi jadi pengadil. Mmg konfim la dia lulus.

    BalasPadam
  7. Apahal laa dierorang ni nak guna jugak kalimah Allah. bukan god ke jesus ke tuhan mereka. mmg saja propaganda dibuat.
    adalah flaw dlm perundangan tu yang membolehkan kes tu menang kt dierorang.

    senang jer, suruh jer sultan mizan guna kuasa mutlak haramkan terus penerbitan harold tribune tu

    mari kita bersatu berkenaan hal ini. awal2 tahun dh start isu2 panas

    BalasPadam
  8. salam bro mazidul...
    apa khabar???

    lama tak singgah sini..
    saya dah tukar blog..huhu

    isu ni mmg saya agak angin juga...ade buat entry kat blog juga...

    happy new year bro...


    -areQue-
    kanak2 riang..haha

    BalasPadam
  9. Kita sebok memperkatakan tentang isu ini, tapi macam mana pulak dengan Bible yang ditulis dalam bahasa Melayu/Indonesia yang mengandungi perkataan Allah di dalamnya yang dirujuk sebagai bapa Jesus?

    BalasPadam
  10. kononnya negara islam,tp yg buat keputusan si kafir..."ya allah di saat agamamu dipermainkan hambamu hanya mampu berdoa,hanya mampu berdemonstrasi,hanya mampu membuat surat rayuan,ampunilah dosa kami ya Allah"

    BalasPadam
  11. Ramai yg cuba nak menjadi champion di dalam mempertahankan nama Allah S.W.T hinggakan gagal menjadi champion di dalam mentaati ajaran Allah S.W.T terutama yg berkepentingan politik.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  12. Salam, ini akan mengelirukan umat islam yang jahil hukum-hukum islam, dan akan lebih mudah memesongkan akidah umat islam.

    BalasPadam
  13. Bagi pendapat peribadi saya yang cetek agama ini seelok-eloknya dielakkan penggunaan kalimah Allah ini, berkemungkinan akan lebih banyak mengundang keburukan daripada kebaikan yang ingin kita cari. Lagipun selama ini tidak ada masalah pun, kenapa sekarang tiba-tiba ingin menggunakan nama Allah pula? Kalau begini, lepas ini makin ramailah anak2 muda syok menyanyikan lagu Agnes Monica (Allah Peduli) tanpa segan silu dan pelbagai lagi perkataan akan disalah guna.

    Kita kene teliti sensitiviti umat Islam di negara yang kita duduk sekarang ini iaitu Malaysia bukan mengambil contoh di negara luar lagi-lagi di Indonesia. Bila nama Allah digunakan dalam majalah-majalah kristian (bahasa melayu), maka mudahlah orang Melayu terpesong. Saya juga berasa agak hairan dan timbul syak wasangka tidak baik terhadap pihak berkenaan apabila mereka enggan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka yang selain daripada Bahasa Melayu. Terus terang mereka hanya ingin menggunakannya dalam penerbitan Bahasa Melayu sahaja dengan alasan bahawa perkataan “Allah” ini telah sinonim dengan orang-orang Melayu atau rakyat yang menggunakan Bahasa Melayu.

    BalasPadam
  14. apalah bro ikut tukar tube !
    pandangan yg bernas bukan mengikut emosi
    http://al-fikrah.net/Forums/viewforum/f=2.html

    BalasPadam
  15. DVD Hangat, saya TIDAK mengikut pandangan blogger Tukar Tube tetapi cuma memetik fakta dicatatkan di dalam blog dia.

    Awak tidak faham?

    Cuba baca sekali lagi.

    BalasPadam
  16. kita fikir sekejap.knapa ada si kafir yg nak sgt pkai nama Allah.apa motif si kafir smuani..dah elok2 takda sapa kacau diorang pun,tiba2 kecoh nak pkai nama Allah.

    BalasPadam
  17. bila melayu hilang sensitiviti paada agama islam, islam tidak lagi sinonim dengan melayu... melayu akan terus hilang hak dari sudut perlembagaan. sebab kununnya tafsiran perlembagaan juga sudah tidak memihak pada kita

    buduhnya kita terus bergaduh...

    BalasPadam
  18. semoga pelbagai kaum menjaga hati sesama agama dan bangsa lain,,

    * nota: jarang berjumpa anjing berkeliaran menyalak pada waktu pagi di lorong gelap, Gua Musang, padahal bandar itu ramai penghuninya bukan melayu..

    BalasPadam
  19. Saya selalu keliru bilamana terbaca di internet terutama dari artikel negara seberang! sering mereka menggunakan nama Allah dalam dakwah agama Kristian mereka.

    Tak sangka perkara ini menyular ke negara kita!, tindakan segera sebaiknya diambil agar tidak menjadikan kita tersesat & tambah keliru dengan dakwah agama lain untuk membuatkan kita syirik tanpa sedar!

    Mahkhamah bagi saya tak perlulah merayu terus sahaja buat akta menghalang agar nampak tanda ketegasan kita sebagai pemegang agama Islam. Jika nama Tuhan yang kita guna selalu pun telah dijadikan nama Tuhan mereka, apa jadinya agama kita Islam.

    Nanti nama Nabi pula akan terusan digunakan untuk menghina agama kita. Telah berulang kali ini berlaku.

    BalasPadam
  20. ehemm salam DVD,

    agak semacam menyekat Langit terbuka, membaca dan berfikir..berapa usia yang belayar BLOG ini,,masih ada yang belum Sunnat?

    apa nama gelaran yang sesuai untuk insan yang menyekat langit terbuka??

    BalasPadam
  21. Sebulan yang lalu saya ke Ho Chi Minh atas urusan kerja. Saya kesana dalam jangkamasa selama 7 hari. Di masa-lapang saya berhubung dengan keluarga di Malaysia menggunakan email dan berbual-bual menerusi Yahoo messenger. Tetapi yang mnghairankan saya apabila web sosial facebook gagal untuk diakses. Rupa-rupanya pemerintah negara Vietnam mengmbil keputusan untuk menyekat akses kepada web sosial tersebut. Atas sebab apa saya kurang pasti tetapi yg saya difahamkan ialah web tersebut mampu untuk membangkitkan rasa benci kepada kerajaan. Maka kerajaan Vietnam mengmbil keputusan untuk menyekat akses kepada facebook. Maknanya disini akses terhadap sesuatu laman web boleh dikawal. Sesebuah negara itu mampu untuk menyekat akses ke mana2 laman web yang ada atas sebab2 yang difikirkan perlu. Apa yang ingin saya bangkitkan di sini ialah kewujudan laman2 web berunsur pornografi yang sangat2 mudah untuk diakses oleh sesiapapun di negara ini dan yang paling merisaukan ialah jika ia diakses oleh golongan yang tidak sepatutnya didedahkan kepada unsur2 sebegitu. Terutama sekali golongan bi bawah umur. Jika golongan di atas umur pun saya kira adalah tidak molek jika mengakses laman2 sebegitu. Ia mampu untuk menggalakkan industri persundalan di negara ini. Tidak wujudkan apa2 atau mana2 sektor atau jabatan di dalam kerajaan kita yang boleh memantau semua ini? Sebagai contohnya saya tuliskan di sini ialah laman web 'redtube' yang memaparkan rakaman video lucah sepenuhnya. ia boleh diakses dengan sebegitu mudah sekali. Dan ia juga PERCUMA. Ia umpama youtube tetapi isi kandungannya lucah sepenuhnya. Bukan tanggal2 sedikit tetapi lucah 5 bintang. tiada seurat benang pun malah dari hujung rambut sampai hujung kaki dipertontonkan. Apa perlunya semua ini melainkan ia mampu merosakkan minda si penontonnya. Kalau islam berdosa. Kalau agama lain pun saya rasa tiada yang menggalakkannya. Apa yang TV3 mampu lakukan untuk aduan ini? Saya sangat2 berharap mungkin dalam sebulan atau awal lagi dari tempoh itu akses kepada web2 sebegini mampu disekat. Sekurang2nya bertindaklah ke laman web 'redtube' ini terlebih dahulu. Kerana ia terlalu bebas. Sekian sahaja aduan dari saya. Segala tindakan oleh pihak TV3 saya dahului dengan ucapan berbanyak2 terima kasih.

    BalasPadam
  22. maaf kalau panjang sangat.. sbnarnya untuk dipost ke aduan rakyat kat TV3.. tapi asyik error jek.. so saya paste lah kat sini.. maaf ye klau panjang sangat.. thanx kerana sudi baca..

    BalasPadam
  23. Salam Bro,

    Saya harap tindakan segera dibuat, sebelum Murphy Pakiam mati ditembak, atau Hakim Lau Beh Lau tu mati kena racun atau dipancung.. Mana kita tau, kan? Apa-apa boleh terjadi..

    Amarah masyarakat Islam kini meluap-luap dan boleh mencetuskan suasana tak tenteram.

    Biarpun kerajaan minta masyarakat Islam bertenang, ia bukan kunci kepada kedamaian..

    BalasPadam
  24. Salam,

    Saya 2 kali berteman dengan Cristian. Yang pertama, alhamdulillah telah selamat menjadi Islam dan mengakui Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

    Yang kedua masih berhubungan sekarang. Dia masih dalam peringkat mengenali Islam dengan lanjut.

    Bukan kisah saya ingin saya tonjolkan. Tapi pemahaman kami bahawa sepanjang hidup kami, kami yakin kami memang menyembah Allah yang sama. Yang Esa. Yang Satu. Yang tiada duanya.

    Dengan keyakinan ini, perbezaaan antara Islam, Cristian dan Yahudi kami selami. Dan mula mengenali dan akhirnya mengakui yang mana Agama akhir zaman, yang hakiki.

    Penggunaan nama Allah juga diguna di bumi Anbia oleh golongan Cristian. walaupun agama terdiri dari pelbagai mazhab, dan Cristian sendiri terpecah pada Katolik, Anglican, protestant, Methodist atau apa saja, kita semua yakin bahawa kita mengikut pesuruh Allah:
    - Isa/Jesus
    - Musa/Moses
    - Muhammad.

    Dan semua pengganut dari ketiga-tiga Agama wahyu ini mengakui kewujudan Abraham/Ibrahim, Benjamin/Bunyamin, Joanna/Yunus, Joseph/Yusuf, Isaac/ishak, Jacob/Yaakuc etc.

    Kalau saya dari awal mengatakan Tuhan Cristian dan Yahudi adalah bukan Allh, masyallah saya sendiri nampaknya menyekutukan Allah.

    Tiada Tuhan, hanya Allah. Biarpun agama yang lain itu memanggil God atau nama lain... Ia sekadar perbezaan bahasa.

    Kerana saya dan 2 insan ini meyakini kami menyembah Tuhan yang sama, Islam telah dan bakal menerima 2 lagi pengganut.

    Maka perlu apakah kita menentang? Perlu apakah kita mengelirukan anak Islam sendiri?

    Jgn biarkan tindakan kita hari ni lebih mengelirukan langkah anak kita. :(

    BalasPadam
  25. saya tak hairan kalau kes-kes macam ni boleh menimbulkan perkara buruk pada masa akan datang...

    BalasPadam
  26. ...moga segalanya kembali pulih... dengan cara yang berhemah dan dihormati. Jangan kerana ini, kita semakin dipandang biadap pula...

    BalasPadam
  27. cuba lihat gambar ini. Holy bible dlm jawi. Perhatikan bible bermula dari belakang(spt kaedah jawi)

    http://s.wsj.net/public/resources/images/NA-BD139_malays_G_20100101161857.jpg

    Bukankah perkataan Allah yg hendak digunakan itu utk pribumi sabah/sarawak dan semenjak bila pribumi sabah/sarawak yg beragama kristian pandai baca jawi??

    Tidakkah ini menunjukkan ada agenda disebaliknya. Fikir2kan lah.

    BalasPadam
  28. Salam Mazidul

    Terimakash tarikcaklempong diatas ulasan yg panjang lebar.

    Kadang2 terfikir juga....laman web yg lucah2 ....percuma pulak tu .... memang dihasilkan oleh pihak2 tertentu untuk merosakan akidah.

    Tak ada ikthiar nak membenterasnya.

    Ada yg akan kata...'Kalau tak nak tengok jangan buka la website lucah tu'......

    Harap2 ada yg sudi bertindak.

    BalasPadam
  29. Salam Mazidul.

    Tadi ada baca Blog Hazrey berkenaan laman web agensi kerajaan yang tak di update dan tak bermaya.

    Sedih sebab satu agensi yang besar tapi tak ada yang ambil peduli.

    Tak perlu ada lama web jika tak mampu memantau.

    Link saja ke Laman Web Jabatan Pertanian Malaysia. Kan senang.

    Walau apapun syabas kepada Mazidul kerana berjaya 'maintain this blog a healthy medium for our pleasant readings'.

    Doa saya semuga Mazidul diberikan kekuatan dan kesihatan untuk menulis dan memberi cerita yang bernas untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.

    Semuga kerja2 Mazidul diberkati Allah Subhanawataala.

    BalasPadam
  30. Atas apa alasan sekalipun... kita amat mengetahui dakyah Kristian ni "MENGAPA MEREKA MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH WALHAL MEREKA TIDAK MENGGELARKAN TUHAN MEREKA SEBAGAI ALLAH SELAMA NI?"

    Sebabnya amat mudah... bertujuan untuk mengelirukan umat Islam dan berniat agar bahan bacaan ini meletup dan akhirnya menjadi bacaan umat Islam gara2 kita ingin sangat nak tau apa isi kandungannya...

    Kesudahannya....

    Ramai la antara kita terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah Kristian ini....

    tengok aje skang... belum apa2 dah ada umat Islam yang terpedaya... hmm... apa nak kata?

    BalasPadam
  31. Salam,

    Saya 2 kali berteman dengan Cristian. Yang pertama, alhamdulillah telah selamat menjadi Islam dan mengakui Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.

    Yang kedua masih berhubungan sekarang. Dia masih dalam peringkat mengenali Islam dengan lanjut.

    Bukan kisah saya ingin saya tonjolkan. Tapi pemahaman kami bahawa sepanjang hidup kami, kami yakin kami memang menyembah Allah yang sama. Yang Esa. Yang Satu. Yang tiada duanya.

    Dengan keyakinan ini, perbezaaan antara Islam, Cristian dan Yahudi kami selami. Dan mula mengenali dan akhirnya mengakui yang mana Agama akhir zaman, yang hakiki.

    Penggunaan nama Allah juga diguna di bumi Anbia oleh golongan Cristian. walaupun agama terdiri dari pelbagai mazhab, dan Cristian sendiri terpecah pada Katolik, Anglican, protestant, Methodist atau apa saja, kita semua yakin bahawa kita mengikut pesuruh Allah:
    - Isa/Jesus
    - Musa/Moses
    - Muhammad.

    Dan semua pengganut dari ketiga-tiga Agama wahyu ini mengakui kewujudan Abraham/Ibrahim, Benjamin/Bunyamin, Joanna/Yunus, Joseph/Yusuf, Isaac/ishak, Jacob/Yaakuc etc.

    Kalau saya dari awal mengatakan Tuhan Cristian dan Yahudi adalah bukan Allh, masyallah saya sendiri nampaknya menyekutukan Allah.

    Tiada Tuhan, hanya Allah. Biarpun agama yang lain itu memanggil God atau nama lain... Ia sekadar perbezaan bahasa.

    Kerana saya dan 2 insan ini meyakini kami menyembah Tuhan yang sama, Islam telah dan bakal menerima 2 lagi pengganut.

    Maka perlu apakah kita menentang? Perlu apakah kita mengelirukan anak Islam sendiri?

    Jgn biarkan tindakan kita hari ni lebih mengelirukan langkah anak kita. :(


    kepada marisa,

    satu persoalan sahaja ingin saya tanya pada saudara,adakah dari segi amalan rohaniah dan akidah antara kristian dan
    islam itu sama selepas zaman nabi isa yakni masa kini?

    adakah sama yang esa(yakni tunggal dan tiada disekutukan dengan yang lain) sama dengan konsep tuhan triniti(kalau x tau maksud triniti nih google banyak dlm internet) kristian?

    kalau anda dah ada jawapan nya,maka wajar x kalau kita katakan bahawa tuhan orang beragama islam itu sama dengan tuhan org kristian masa kini???

    saya pun bukan arif sangat bab agama,namun basic akidah tue mesti kita pegang bahawa allah itu esa.kristian itu tuhannya bersifat triniti..

    sama ker???

    BalasPadam
  32. it's a 'smoke screen' to divert people's attention from real issues. animal farm by george orwell.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.