Sabtu, Januari 30, 2010

Bila 'Kekasih Kekasih' Ku Mengamuk



Mereka bukan marah tetapi sayang. Mereka memanggil saya 'Abang Dul' sejak dahulu lagi kerana perbezaan usia hampir 6 tahun.

Semua bekas pelajar Sains Kesetiausahaan di Universiti Teknologi Mara, Kuantan, Pahang terbabit saya kenali 16 tahun lalu.

Kini mereka berusia 37 tahun, purata mereka beranak 3 tetapi masih berjiwa remaja ketika saya temui di majlis ringkas makan tengahari di Restoran, B’s, Precint 4, Putrajaya.

Mereka datang dari Kulim, Kedah, Kuantan, Pahang dan majoriti Lembah Klang untuk bertemu dan berkongsi kisah hidup, sedih dan gembira.

Oya (kanan), masih bergincu merah seperti ketika berusia 21 tahun. Merah is MERAH, ok.

“Masa nak masuk bilik bersalin sahaja, aku tak sempat nak bubuh benda ni,” katanya sambil kelihatan bangga memegang lipstik.

Manakala Tini (kiri) berkongsi kisah peribadinya.

“Anak Tini 3 orang, semua muka international,” katanya.

2 suaminya sebelum ini, lelaki berkulit hitam. Tini pernah menetap di Perancis dan di Jakarta, Indonesia dan kemudian mengambil keputusan pulang ke Malaysia.

Tini dan Oya merancang untuk ke Sierra Leone, negara di barat Afrika membeli bekalan batu permata untuk diniagakan kelak. Semoga mereka menjadi saudagar berjaya.

Apapun ‘happy belated birthday’ kepada Youhanita Yahya (kanan) kerana menyambut ulangtahun kelahirannya semalam.

Kepada semua, semoga menjadi ibu mithali. Sebilangan masih bujang, carilah pasangan sesuai.

Seronok bertemu rakan lama tetapi berjiwa segar.

13 ulasan:

  1. amboii bukan main lagi riangnya kumbang ni dikelilingi bunga-bunga. Best kan jumpa rakan2 lama, terutama sekali zaman sekolah/universiti.

    p/s - Anak buah sy pernah kerja sebagai wartawan pelatih bersama mazidul kejap katanya..ingat lagi ker ayuni mardiayana?

    BalasPadam
  2. haha...kelakar pulak gambar tu...macam kena serang ngan semua bini je...

    just joking... (^_^)

    BalasPadam
  3. MrsNor, dia orang dahulu memang selalu kena kacau dengan saya.

    Azrul, memang bini, bini orang.

    Awangm kalau hendak menonjolkan sifat kelakian kena bercampur dengan perempuan. Baharulah orang lain dapat membezakan di antara lelaki dan perempuan :)

    BalasPadam
  4. Tak suka jumpa kawan lama... especially kawan2 masa belajar di sekolah menengah....
    Sebab asal kata jumpa je ayat pertama yang dowang keluarkan...
    "WEHH.... GEMUKNYA ENGKAU SEKARANG!!" atau "TEMBAMNYA KO DIANA".....

    Tak tahu ke? walaupun ia cuma 3 perkataan... dituturkan tak sampai 2 saat.... dan sangat mudah untuk dicakapkan....

    Tapi orang yang menerima teguran tu... terasa 4 jam seterusnya dah tiada makna... HILANG MOOD AKU!

    BalasPadam
  5. Terimakasih kerana sudi meluangkan masa memeriahkan reunion kami. Kami masih seperti dulu, rapat seperti adik-beradik walau kini berlainan bumbung. Perasaan kasih pada sahabat yg pernah tidur sebantal & makan sepinggan tidak mudah dilunturkan..

    izan ss10

    BalasPadam
  6. Hahahaha saya tau ni kat mna...siang tadi hubby call kata abang mazidul kt tempat keje dia...ingat dia main2..rupanya dh update pun gmbar...

    BalasPadam
  7. waaaaaaaaa en mazidul kena buli!

    ramainyer gf abg Dul.. (^_^)

    mesti abg Dul ni sporting giler ek :D

    BalasPadam
  8. vic >> combi pun selalu kena cakap mcm gitu.tapi buat tak kisah jek :)

    yg penting kita jadi diri kita sendiri..betul tak??

    org cakap bahagia itu letak kat body ha ha ha :D

    "ada aku kisah!"

    BalasPadam
  9. Izan, it is a pleasure to be there with all of you.

    Some might look 'bigger' compared to before but the spirit of friendship is still high. Keep it up!

    Diharapkan bila kamu semua jadi nenek and if I were still around, please do invite me, InsyaAllah, I will be there.

    Biarpun mungkin bongkok sikit lah. Masa itu tidak akan ada sesiapa tergamak menolak saya sampai terduduk :)

    BalasPadam
  10. Vic dan Combi, perempuan bukan gemuk cuma 'mengembang' sahaja.

    Apapun, tidak perlu gunakan botox atau 'botolinum toxin' sebab hanya kerana ingin kelihatan cantik, ramai merana.

    BalasPadam
  11. yang masih bujang dalam usia lewat, jangan rampas suami orang, kalau nak juga, berkongsilah secara baik.....

    BalasPadam
  12. ..yang masih bujang sila rapat dgn Nenekpane lampu hijau kongsi suami..

    VIC dan combi ,,wanita cuma terlebih lemak..

    ..lama.. tak jumpa echah dan VIC,wah wah..nampak SLIM laa..(BF dah berapa??kini??))

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.