Selasa, Januari 19, 2010

Kes 'Charge Kepala'

Jam 12 malam, 16 Januari lalu sewaktu dalam perjalanan untuk makan malam di Restoran Sayam berhampiran Hotel The Zon, Johor Bahru, Johor, saya diekori lelaki tidak dikenali.

Bertubuh rendah, kurus dan usianya saya anggarkan lebih 50 tahun.

Dia Melayu.

“Aku kenal engkau. Celaka! Sial! Bangsat!,” jeritnya.

Bau arak kuat.

“Apa fasal?,” tanya saya.

“Sebab engkau, anak sedara aku mati bunuh diri,” jerkahnya lagi.

Dia bergerak menghampiri saya sambil menghamburkan kata kesat berulangkali.

“Jangan bising-bising, nanti polis datang,” pujuk saya.

Saya tahu dia berada di bawah pengaruh alkohol.

Puih! Puih!

Dua kali dia meludah ke arah muka saya, namun saya sempat mengelak.

“Aku polis! Stulang Laut ini aku punya! Kau tak kenal aku lagi,” jeritnya lebih kuat.

“Kalau pak cik polis, molek sangatlah, rasa selamat saya berjalan di sini,” ujar saya.

Andai kata dia orang muda, pasti sudah lama penampar singgah di mukanya. Perasaan hormat masih wujud, pertama kerana dia orang tua, kedua, kerana tubuhnya terlalu kecil untuk saya terjah. Ketiga, amat bodoh jika bergaduh dengan pemabuk.

Lalu saya mengambil jalan lebih baik, meneruskan perjalanan ke restoran tidak sampai 20 meter dari lokasi kejadian.

Saya kemudian memesan nasi daging merah dan teh ‘O’ ais limau. Memang lapar, maklumlah di Pulau Batam, makanan mahal tetapi tidak menyelerakan.

45 minit kemudian …

Puih!

Air liur masuk ke dalam pinggan nasi saya. Lelaki tadi kembali lagi, berdiri di hadapan saya namun pantas di tolak taukeh restoran dan pembantunya.

Saya kemudian mengikut lelaki terbabit diiring keluar dari restoran. Sewaktu melintas jalan berhampiran kedai, dia berpaling pantas cuba menghampiri saya sekali lagi. Tetapi kali itu dia tersilap, kesabaran saya ada batasnya.

Dengan satu tolakan dia tersungkur dan tersembam di atas jalanraya. Mengaduh kesakitan, dia kemudian bingkas bangun dan beredar.

1. Dia mendakwa anak saudaranya membunuh diri kerana saya. Perincian kes tidak dimaklumkan.

2. Dia mendakwa kononnya anggota polis. Saya pasti kenyataan itu tidak benar. Polis selalunya tidak mengaku polis, tambahan pula apabila mabuk dan bertindak liar. Gagal menunjukkan kad kuasa, dia boleh dituduh menyamar penjawat awam.

Sewaktu tiba di pekarangan hotel pada jam 2 pagi, pekerja di lobi bersuara.

“Orang tua itu, bila siang, dia kerja membersihkan kawasan di sekitar Stulang. Malam dia selalu minum (arak), charge kepala. Apabila mabuk, jadi macam itulah, huru-hara. Kerja asyik hendak bergaduh”

Apapun, sukar berhadapan dengan orang tua kurang ajar.

28 ulasan:

  1. cerita apa ini...tak faham....

    bangsa apa?

    http://pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Org spesis macam ni patutnya dibelasah selepas tindakan pertamanya. Cuma jgn sampai mati udah ler...

    Entahlah kalau terjadi kepada saya. Kalau tidak mati pun, mahu separuh maut saya kerjakan.

    Pantang org meludah ke muka tambah-tambah lagi ke makanan saya. Kurang hajar.

    Sabar Saudara Mazidul, itulah lumrah bilamana kita menceritakan sesuatu yang benar kerana pahit bagi sesetengah pihak utk menelannya.

    Saya pulak spesis otak seminit kalau kes mcm tu terjadi pada diri sendiri.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  3. Salam BRO MAZ..

    memang sukar menghadapi orang tua yang berperangai begini. (tentulah MELAYU, Mie Terjah, sebab dia bercakap Melayu)...

    Kalu dilayan, kita akan disalah anggap biadap dan ikut sama bertindak bodoh, tapi kalu tidak “dijerkah” sekali, dia akan berbuat sesuka hati...

    bila dah kena sekali, baru kena buku dgn ruas..

    Memang arak pemusnah...

    BalasPadam
  4. Kira bro Mazidul penyabar lagi. Kalau saya la kena mcm tu, saya ketuk kepala dia ngan kasut. Kalau tgh pakai high heel mmg berlubang le kepala pakcik tu. Pastu sy cakap la... "saya cuba mempertahankan diri". Hehehe

    BalasPadam
  5. Aduh... nasib baik sdr MAS masih punya kesabaran. Kalau tidak mahu bertambah lembek kena sepuk. Bilalah dia nak sedar, ya? Atau dia punya masalah yang tak terselesaikan???

    BalasPadam
  6. ??????!!!!
    biadapnyer meludah kat pinggan orang yg tgh makan!!
    satu perlakuan yang tak boleh diterima...


    p/s: dah lama tak jalan-jalan kat stulang laut walaupun umah mak long dekat jer ngan flat tepi the zone..

    BalasPadam
  7. kerja mcm awk ni mmmg nak kena sabar,berani kan...kalau aku tak sanggup...kerana pasti ramai yg dendam..apap pun tugas perlu diselesaikan,,,janji halal untuk dijamah rezekinya untuk kita dan keluarga,,teruskan tugas itu yang tak semua org mampu lakukan..syabas bro mazidul..

    BalasPadam
  8. Argghhhh ... takut dan geram nyer. Cik Mazidul masih berseleran untuk pergi makan lepas kena maki hamun gitu, kalau saya mesti dah tersentap, tak ada selera nak makan.

    BalasPadam
  9. vic nak ketuk kepala dia,saudara sanusi nak belasah.kalau combi mesti panik giler en mazidul :(

    tapi kalau combi berdua dgn anak bujang combi mungkin combi suruh jer anak bujang combi belasah kot... ha ha ha :D

    tapi yg lebih baik tinggalkan jer dia disitu takut bila kita dlm keadaan marah selalu hilang pertimbangan.

    *sbb tu islam larang minum arak sbb arak membuat kepala jadi biol :(

    BalasPadam
  10. saya cepat panas..lau saya jadi cam Bro..masak2 laki tuh,,haha

    BalasPadam
  11. salam..

    sabar ajelah bang,
    lumrah wartawan tersohor,
    ramai yang ngaku tak puas hati,
    tapi lupa nak cermin diri..

    *moga Abang terus cekal mengupas isu-isu hangat.

    wassalam..

    BalasPadam
  12. agak2 kalau time tu takde orang abang pukul tak orang tu?

    BalasPadam
  13. bila dah teguk air setan...perangai pon dah mengalahkan setan....SYAITAN!

    BalasPadam
  14. uik...memang sangat kurang ajar main ludah2 ni...kalu saya memang flying kick dah singgah kat kepala....tak kisah la muda ke tua...kalu dah kurang ajar, memang patut dapat penumbuk atau penyepak sedas dua...huhu

    BalasPadam
  15. Saya pun ada had sabarnya. Baran pun ada juga jika tercabar maruah diri... tapi nak gaduh tu tak mungkin. Kalau gaduh pasti saya yang tewas dulu.

    Kes Pakcik ini memang menguji kesabaran, kalau sudah sampai meludah pelbagai memang patut diajar orang tua tu!

    Tulah sebabnya kenapa arak itu amat bahaya. Bila sudah mabuk dia bukan sedar pun, nak mengajarnya pun payah. Sedar jauh sekali.

    BalasPadam
  16. Salam Mazidul,
    Wah..saudara juga biasa makan di Sayam rupanya.
    Tentang lelaki mabuk memang payah..
    Tindakan saudara memang BIJAK..
    Jangan di layan pemabuk ni..tak akan habis..
    Tidak kira bangsa apa..
    Bangsa India jika mabuk lagi masalah..
    Jangan tersebut KELING walau sedang berborak dengan rakan sendiri..
    Silap2 parang dia bawak..

    BalasPadam
  17. Sekiranya si tua itu seorang Islam-Islam keturunan, ketagihan arak sungguh mengaibkan - di usia emas sepatutnya menghabiskan air liur membaca Al-Quran, jadi rakan masjid berusaha melipatgandakan amal ibadah buat menampung kekhilafan di usia muda-bukannya meludah sesuka hati menambah dosa.

    "arak itu ibu kepada segala kemungkaran" - Larangan Allah swt itu melangkaui batas masa & mendahului zaman.

    Saya andaikan Tokey kedai tu x minta bayaran makanan & minuman tu... ada betul?

    BalasPadam
  18. memang wajar sgt diberi 'pengajaran' malah sepatutnya sedikit buah tangan sebagai tanda kenang-kenangan..
    moga kesabaran saudara ini ada ganjarannya..

    BalasPadam
  19. Encik Mazidul,

    'salute' dan 'respect' untuk Encik.
    saya percaya yang pengalaman luas Encik adalah benteng diri yang sangat berkesan bagi kesabaran dan tindakan wajar ke atas pemabuk itu.


    saya percaya jika Encik Mazidul terbuai sejenak dek acahan itu, pasti dah jadi 'kangkong goreng belacan' dah si pemabuk tu...dan seharusnya begitu...

    pakmat
    jb

    BalasPadam
  20. .macam mana agaknya jika si MABUK terserempak degan sang mabuk heee, lepas itu hulur sebilah parang..

    BalasPadam
  21. Perangai manusia berbeza-beza.
    Yang tua kekadang macam nak 'muda'(kebarangkalian itu ada)

    BalasPadam
  22. salam,
    Tahniah abang sebab masih bersabar dengan pak cik yang lupa diri itu, bagi saya itulah sebahagian warna kehidupan dunia yang makin tua nie dan buat abang maz, teruskan usaha menegakan kebenaran yang sebenar.

    BalasPadam
  23. Sekali macam citer P Ramlee ler pulak!

    (Seniman Bujang Lapok)

    Hati saya pun panas bila baca ni. Meludah ke dalam pinggan makan kita, kalau saya, memang dah sedas kena org tua tu. Tua tak tua! Mabuk tak mabuk.

    Melampau sangat. Kira bro handal lagilah boleh sabar camni...

    BalasPadam
  24. tabik kat bro..btul tu bro maz..si pemabuk yg dah x sedar dunia cam ni..x leh layan sgt..kta bagi pe pun kat dia..buku 5 ke..flying kick or tomoi ke..dia x kan rasa punye..x tau ler klau dah sedar nanti..sakit gak kot..(x pnah kna tomoi).hehe

    are.bold
    miri

    BalasPadam
  25. Uncle Mazidul, saya ingat kalau uncle "bubuh" orang itu se-das dua, mau penyek orang itu orang..hehe

    BalasPadam
  26. Walaupun siang malam polis kena 'serang' depan belakang, atas bawah, nampaknya ramai orang lebih suka menyamar jadi polis atau kelihatan macam polis.

    Tidak ramai yang nak menyamar jadi cikgu, menyamar jadi posmen, jadi askar, pegawai tadbir dan lain-lain (walaupun ada sekali sekala).

    Kalau rajin perhatikan, ramai pemilik kenderaan suka menampalkan pelekat 'polis' di cermin kereta masing-masing. Tak tahulah apa motif mereka.

    Orang gila dan mambuk pun masih nak menyamar sebagai polis.

    Dunia...dunia...

    AM teringat cerita (tak ingat tajuknya), 'meludah ke muka orang' dianggap sebagai satu penghormatan.

    Mungkin yang meludah bro itu salah seorang peminat cerita itu kut.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  27. kisah orang mabuk.. hehehhehehe tak tercerita... betul tak??? ^_^

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.