Isnin, Januari 11, 2010

Kapak Untuk Blogger Kickdefella



Malam tadi sejurus tiba di Hotel Sutera Inn, Kota Bahru, Kelantan dari Pasar Malam Wakaf Che Yeh, saya dimaklumkan rumah blogger, 'Kickdefella', Syed Azidi Syed Aziz, dibaling kapak berkarat mengakibatkan cermin belakang kereta miliknya pecah.

Jam 11.43 malam, saya tiba di lokasi kejadian, 10 minit perjalanan menaiki kereta, Kampung Gu, Kubang Krian. Ketika itu Syed sedang ditemubual pegawai polis manakala wakil media sibuk merakamkan gambar kapak di atas lantai.

"Dah lama simpan kapak ni," bisik rakan jurugambar.

Saya hanya mampu tersenyum.

Menurut Syed, pada jam 10.50 malam, sewaktu berada di dapur, dia terdengar bunyi kaca berderai.

“Saya jenguk ikut cermin rumah, saya ternampak kereta (Proton Wira) dekat sebelah sisi rumah. Mulanya saya syak kereta itu terlanggar, accident di situ jadi saya buka pintu dan kereta itu tengah bergerak, kemudian saya syak dia nampak saya keluar, dia buat pusingan balik dalam 20 meter dari rumah saya, dia berhenti depan rumah, saya pun masuk, bila dia berhenti di hadapan rumah, dia tekan minyak 3 kali kemudian beredar. Bila saya keluar nampak kapak 2 meter dari kereta saya dan cermin kereta saya pecah,” jelasnya.

“Sebelum ini pernah terima ugutan ke?,” tanya wartawan.

Beliau enggan mengulas dan berkata laporan polis akan dibuat berhubung kejadian terbabit.

“You ingat ada hubungan dengan blog you tulis ke?,” tanya wartawan lagi.

“Buat masa ini saya tidak mahu membuat spekulasi supaya tidak menganggu siasatan polis,” jawab Syed.

Jam 11.51 malam, Ketua Polis Daerah, OCPD Kota Bharu, ACP Zahruddin Abdullah tiba di lokasi sama. Zahruddin berbual bersama Syed sebelum mengadakan sidang media ringkas di pekarangan rumah. Menurut beliau, kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, ugutan jenayah. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada beliau menggunakan talian 019 9000118.

OCPD beredar pada jam 12.02 malam.

“Nama saya Mazidul, saya tahu you sibuk, kalau boleh nak ambil gambar,” pinta saya sejurus melihat Syed tidak lagi dikelilingi polis bertugas.

Syed kelihatan sedikit terperanjat melihat kehadiran saya namun tidak menolak permintaan itu.

“Orang berani macam you memang banyak cabaran,” bisik saya kepadanya.

“Hang lagi banyak cabaran,” katanya berseloroh.

Untuk rekod, blog Syed setakat ini dikunjungi lebih 5 juta pelawat dan termpelan terakhirnya bertajuk ‘Usah biarkan Husam kosongkan DUN Salor’, klik di sini. Saya bukan peminat politik tetapi mengkagumi hasil tulisan berani Syed di blognya.

Ketika melangkah masuk ke kenderaan polis di pakir di hadapan pagar rumah untuk ke balai, Syed berhenti buat seketika.

“Tak habis lagi tadi. Hang buat apa kat sini?,” soalnya.

Saya melangkah ke arahnya.

“Kes seludup minyak,” bisik saya.

Kami berjuang di landasan berbeza, tujuan juga tidak sama tetapi barangkali ada segelintir manusia tidak begitu gemar dengan pendedahan dilakukan, barangkali.

Apapun, itu lumrah pejuang, mencabar dan dicabar.

15 ulasan:

  1. BIL baru aje citer tadi...kebetulan dia ada di sana...nak tengok versi penuh mazidul lak

    BalasPadam
  2. alahai... ada juga yang tak bersikap proffesional kan? macam budak2 jer!

    BalasPadam
  3. Ada satu filem Melayu lama, lupa pulak tajuk apa. Orang tu kata 'apa khabar pak'. Terus orang tu ambil kapak 'ni kapak, ni kapak' kejar orang tu. Telinga tak berapa dengar.

    BalasPadam
  4. Encik Mazidul: Perjuangan itu memang pahit, kerana apa? Kerana syurga itu manis. Itu sudah sunnah orang berjuang. Malamnya bagaikan 'abid merintih sayu memohon limpahan rahmat, tetapi siangnya tuan bagaikan singa di rimba, memerah keringat mencurah tenaga memastikan hak manusia teraniaya dibela. Keep up your good work.

    BalasPadam
  5. Azizah, indahnya bahasa, terim kasih.

    Ingatkan, kapak kecil, rupanya kapak besar.

    BalasPadam
  6. 'Pena itu lebih tajam daripada pedang'.

    'Berkata benarlah walaupun pahit'.

    Buat Kickdefella - Setiap perkara sudah termaktub sejak azali, ada hikmahnya. Teruskan berkongsi cerita & idea - asalkan matlamat tidak menghalalkan cara, InsyaAllah banyak 'buah' yg tersedia buat anda.

    BalasPadam
  7. Maknanya blog juga memberikan kesan yang mendalam buat pembaca.

    Kickdefella berjaya memberikan kesan & pengaruh dalam tulisannya. Sungguh kesan penulisan terkadang amat tajam & boleh menggugat kita.

    Cumanya satu yang benar itu sentiasa menghasilkan kejituan. Bagi mereka yang berfikir boleh kita sedarkan begitulah sebaliknya; musibah itu memang datang sebagai ujian.

    BalasPadam
  8. Salam,
    Hukum perjuangan abang pasti ada tentangan dan halangan, Terima kasih buat abang dan syed kerana tidak gentar menongkah arus kepalsuan manusia kini yang makin lupa mereka tidak akan hidup lama

    BalasPadam
  9. Salam BRO MAZ..

    moga terus tabah.

    Saya sering diingatkan agar tidak terlalu berani menulis (lagipun bukan bidang saya)...

    Hanya orang yang berani dan yakin dengan bidangnya sahaja berani menulis.. Menulislah kerana benar..

    BalasPadam
  10. Rupa-rupanyanya orang yang menulis cerita fitnah dan adu domba, lebih bernasib baik dari orang yang menulis tentang sesuatu yang benar.

    Penulis blog fitnah seperti Raja Petra, malah sedang bersenang lenang di appartment mewah di luar negara. Tidak ada sesiapa yang akan membaling kapak ke arah rumahnya.

    Rakyat Malaysia telah terbiasa mempercayai fitnah. Sebab itu terlalu pahit rasanya untuk menelan hakikat kebenaran.

    Selepas ini, jika mahu selamat, blogers bolehlah menuils cerita-cerita fitnah dan bukannya cerita benar.

    www.anak2merdeka.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Bang KHALIL, dialog tu dari filem DO RE MI... betul kan?

    BalasPadam
  12. Begitulah lumrah orang yang sering menulis sesuatu yang berani. Tapi tidak mengapa, biasanya orang yang berani ni lagi suka kalau di cabar.

    BalasPadam
  13. huhu...jadi blogger pun banyak cabaran gak ni...lepas ni apa pulak yang terbang nanti...

    BalasPadam
  14. Comel jugak ye kickdafella ni... sekali sekala nampak macam DJ Epol pun ada...

    BalasPadam
  15. kapak beb. oh tidak, harap2 content blog aku xde laa mendapat kesudahan sebarang object terbang

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.