Sabtu, Januari 16, 2010

Halaman Ku Sampah


Ketika memasuki kawasan tapak pelupusan sampah ini pemandu diberi amaran tidak membawa wartawan bersama.

“Bukan wartawan kan? Kalau wartawan, mati saya pak,” kata pengawal keselamatan kepada krew 999.

“Mahu jumpa pak Omar,” ujar pemandu.

Omar antara ‘otai’ di kawasan itu tetapi dikatakan keluar ke bandar.

Hairan, mengapa pihak berkawal kedengarannya gentar benar dengan wartawan? Entah, saya juga tidak pasti. Namun saya tahu, tidak semua wartawan biarpun tempatan berani memasuki kawasan 'sensitif' ini. Barangkali pemerintah gusar jika visual dirakam mencacatkan tanggapan ramai berhubung Pulau Batam sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Saya difahamkan, tapak pembuangan sampah dibuka di antara jam 6 pagi dan 5 petang ini menjadi sumber rezeki ribuan manusia. Mereka mengutip barangan lusuh dan kitar semula untuk dijual.

Tiba-tiba mata saya tertumpu kepada kelibat anak kecil berusia 9 tahun berjalan melintas di hadapan saya. Sesekali dia melompat dan berlari. Mungkin bau busuk tapak terbabit sudah begitu sebati dengan deria baunya.

Pastinya dia bukan seperti anak kita. Hidup lebih selesa, tinggal di rumah, bukan di lokasi pembuangan sampah, habibat lalat berterbangan. Mungkin anak kecil ini tiada pilihan lain kerana terpaksa mengikut ibu ayah mencari rezeki, kotor tetapi halal.

Kepada pembaca mempunyai anak seusia dengannya, tunjukkan gambar di atas, semoga mendatangkan keinsafan kepada mereka dan lebih menghargai kehidupan di negara sendiri.

9 ulasan:

  1. alah bisa tegal biasa...bila hari2 dlm keadaan begitu, dah tak bau apa pun..susahnya utk mencari sesuap nasi

    BalasPadam
  2. saya pernah ke Bandung...ada sebilangan rumah yg didiami ahli keluarga yg ramai mempunyai simpanan plastik yg dikutip untuk di recycle agaknya...plastik2 itu disusun setinggi bumbung rumah mereka...tak sempat nak snap picture kerana tergamam...

    BalasPadam
  3. Terima kasih utk posting ni..pasti akan tunjuk pd anak2...salam

    BalasPadam
  4. Ada 2 kes spt ini ditmpt sy...2 buah keluarga..pagi bermula mereka anak beranak akan keluar ketmpt sampah..mencari ape2 yg patut...yg boleh dijual akn dijual.Menjelang tgh ari mereka akan pulang...itu ruti harian hidup mereka...Mereka mmg hidup dlm kedaifan..anak2 yang masih kecil sudah mula bekerja..tak bersekolah...kdg2 sy rase pelik..sbb salah satu dr keluarga ini mmg tdk mendpt sebarang bantuan meskipun dah bnyk kali mohon....terlepas pandang kot......

    BalasPadam
  5. lalu anak2 akan bercita2 tak akan mewarisi kerja ayahnya.

    "betapa sukarya ayahku dulu mencari rezeki"

    tahap/level mana seorang ayah tak ingin anak mengikuti jejak kerjayanya??

    tetapi jika anak seorang menteri??apa anak2 itu akan berkata??

    BalasPadam
  6. ini lah kehidupan..kalau semua kaya raya mewah belaka sape pulak yg nak jadi kuli kan...takde pulak org yg nak pungut sampah kat rumah kita.

    apapun kita patut bersyukur dgn apa yg ada skrg jika dibandingkan dgn mereka."HITAM PUTIH KEHIDUPAN"

    BalasPadam
  7. dapatkah golongan ini lari dari kemiskinan dengan mencari wang di tapak pembuangan sampah ini!...

    tak mungkin seorang ayah mahu anaknya terperangkap dalam kemiskinan...

    bagaimana mencari jalan keluar dari kemelut sampah & bahan buangan ini?...

    mereka sesungguhnya adalah sebahagian dari kita... sebab kita yang mengujudkan sampah ini... agar mereka akan keluar dari kelompok ini.

    agar teknologi terkini mengurangkan beban kita dalam pelupusan sampah.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.