Rabu, Januari 27, 2010

3004

Dilaporkan lebih 3 juta blog wujud, hasil tulisan rakyat Malaysia. Sebilangan bloggers bergelar 'jutawan blog'. Setiap hari blog mereka dilawati ribuan pembaca, majoriti pembaca setia dan baharu.

Blog ini mula ditulis pada 13 Mei 2008. Semalam 26 Januari, blog ini mencatat 3,004 'unique visitors' dan 1,450 followers.

Justeru, di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembaca sudi melayari blog 'Bersama Mazidul'. Lawatan anda, semangat bagi saya terus menulis untuk berkongsi pandangan dan pengalaman 'Hitam Putih Kehidupan'.

Saya akur tidak semua bersetuju dengan hasil tulisan dan pandangan saya lontarkan namun itulah manusia. Pandangan dan citarasa berbeza.

Salam.

Mazidul Akmal Sidik.

20 ulasan:

  1. Tahniah Bro...walaupun ada yg tidak setuju dgn pendapat bro tapi demi pengetahuan dan kebaikan smua,apa yg benar itu perlu disampaikan...Syabas Bro.

    http://rimautokakpedang.blogspot.com

    BalasPadam
  2. salam

    saya baru saja jumpa dan follow blog ni, dan masih byk yg belum di'selongkar'. mungkin di masa-masa akan datang agaknya. tahniah buat abg mazidul..!
    apapun, saya rasa pandangan dan pengalaman dari perspektif perlu agar dapat mem'buka' sikit mata yg diluar sana. kan?

    BalasPadam
  3. sama-sama.

    ..kekadang bila di ajak MAKAN FRee, kita malu untuk memberi komen/kritik jadi terikut2 dengan
    YES yes,,

    Nota: teringat, dolu2 mengajak sebilngan pembaca untuk membrikan komen kepada pengisian sebuah akhbar, tiada seorang pun yang komen kenapa campur aduk iklan TOTO dan telco dan muzik2 lagu, di dada suratkhabr mereka, sebabnya bila makan Free malu nak komen..(tambah2 bila ada habuan/ mengomen)

    tetapi..tetap ada kekecualiannya..

    BalasPadam
  4. banyak info yg diberi disini..teruskn..sy pasti menyokong..

    BalasPadam
  5. bagaimana agaknya jika cucu serang atuknya dlm blog, atuk balas lagi..

    ex suami memalukan isteri dalam blog, isteri menjawab..

    kes kes sedara mara masuk blog...huhuu..

    anak buah menyindir unclenya ..yang kebetulan ada blog masing2,,

    BalasPadam
  6. Tahniah! Perbezaan citrasa dan pandangan itulah warna warni hitam putih kehidupan.

    BalasPadam
  7. salam bro, dah lama tak komen kat sini... eventho saya ni tak menjadi followers secara rasmi tapi blog bro tetap saya kunjungi 3-4 kali sehari... thanks for sharing all the informations yang kadang2 kita tak dapat dari blog atau media lain... keep up the good work bro..!!

    BalasPadam
  8. Mama memang tiap hari ke sini wp tak tinggal jejak..

    Mama juga membeli buku Mz dan edar utk adik2 baca.

    Moga terus menulis dan terus bersiaraan.

    Jadilah yg terbaik.

    Salam takzim dari mama.

    Dr mama yg jauh di mata!

    BalasPadam
  9. Pandangan yang berbeza la bagus bro... jadi kita berkongsi banyak maklumat dan pandangan. Kalau semua org pendapatnya sama je, mesti bosan. Ada kerajaan tak ada pembangkang. Takde debat perdana sebab idea sama je.. nak debat apa? tul tak? heheheh

    BalasPadam
  10. firasat combi..en mazidul pun akan jadi jutawan blog satu hari nanti :)

    caiyok lah!

    *jom zz kita sama-sama doakan.amin

    BalasPadam
  11. Salam BRO MAZ...

    blog yang baik sudah tentu dari penulis yang berniat baik juga.

    dan yg menyalahgunakan kebebasan berblog adalah dari penulis yang tidak berniat baik...

    Syabas BRO, teruskan usaha semoga menjadi iktibar kepada pembaca wpun sekelumit..

    Btw, U’re most welcome...:D

    BalasPadam
  12. Tahniah buat bro Maz...teruskan penulisan anda.... :)

    BalasPadam
  13. Tahniah Mazidul. Hampir setiap hari saya baca blog ni.

    BalasPadam
  14. salam n syabas untk bro..teruskan catatan anda..menulis untk kebaikan dan kebenaran..semoga apa yg ada dlm firasat echah 2 menjadi kenyataan..amin..

    BalasPadam
  15. Berkatalah dengan benar biar pahit sekali pun; takut kerana salah berani kerana benar.

    Cumanya terkadang kita terasa-rasa kita ini diperhatikan; apatah lagi kalau kita sering menyentuh bab politik. Berblog sebenarnya tak sebebas mana; silap tulis ada yang tersinggung padahnya pada diri.

    Tapi rasanya tulisan di blog Sdr Mazidul telus; jujur & tak memihak mana-mana parti; sukar mahu mencari maklumat terkini seiring dengan perkembangan semasa. Blog ini dapat menyingkap isu semasa yang cepat & pantas.

    Sebaiknya begitu penulis yang matang akan menjadikan semua pihak berfikir ke arah positif, kearah kesedaran yang menyatukan. Penulis yang keliru akan berat sebelah & mengelirukan kita. Kekeliruan ini tambah memecahbelahkan kaum kita sendiri.

    Jangan anggap setiap ayat & patah perkataan yang masuk ke hati manusiawi ini tidak dipersoalkan nanti. Penulis kena bertanggung jawab dengan maklumat yang disampaikan. Jika berdolak dalik baik jangan menulis.

    BalasPadam
  16. Salam Hormat tu bro mazidul,

    Tahniah kepada yu...ai salah sowang peminat dan pembaca blog yu ni...
    ai memam suke baca komen² dari pembaca yam lain...('',)
    anyway, samat maju jaya ai ucapkan...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.