Isnin, Januari 25, 2010

Pak Cik Semakin Berusia - Updated

25 Januari, hari bersejarah bagi saya. Hari saya menjadi semakin tua. Dahulu ketika berusia awal 20 an, anak kecil memanggil saya 'abang'. Pada usia 30 an, sebilangan mereka mula berasa keliru.

"Abang Mazidul," kata mereka.

"Ish! Bukan abang lah, pak cik," tegur ibu atau ayah mereka.

Hari ini sah, saya tidak mampu lagi lari di panggil 'pak cik' atau 'uncle'. Malam nanti saya akan catatkan sebabnya, InsyaAllah.

Menggunakan ganti nama untuk panggilan orang lebih tua, cara Melayu. Janggal nadanya andai orang muda memanggil nama orang lebih tua begitu sahaja. Apapun, jika diperhatikan segelintir anak muda kini sudah lupa berhubung penggunaan ganti nama terbabit. Jadi, usah hairan jika ada orang muda berusia setahun jagung, hilang perasaan hormat, tanpa berfikir panjang sanggup menghina sultan mangkat.

Update Ha! Ha! Ha! Hari ini bukan hari jadi saya. Mengikut surat beranak, saya dilahirkan pada 19 Mac 1967. Apapun, terima kasih kepada pembaca mengucapkan selamat menyambut hari ulang tahun kelahiran lebih awal berbanding tarikh sebenar.

Berikut kisah ingin saya kongsikan.

Jam 6.30 petang tadi saya tiba di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, HUKM, Cheras, Kuala Lumpur. Saya bertemu dengan bayi dilahirkan pada jam 9.44 pagi tadi dengan berat 2.48 kilogram kali pertama pada jam 6.46 petang.

"R-a-y-y-a-n namanya," kata ibunya.

Ibunya, Maizatul Azlin, satu-satunya adik kandung perempuan saya. Seorang lagi adik saya, Mushairil Azmil, 27 tahun (gambar terakhir di bawah), masih bujang. Ayah Rayyan, Saiful Yusri Yusof (gambar ketiga dari atas).

Pada awalnya saya ingatkan 'Rayyan' nama orang putih.

"Rayyan maksudnya pintu syurga," kata abah.

Apapun, kulit anak saudara pertama saya ini putih sedikit berbanding warna kulit saya ketika bayi. Diberitakan ketika dilahirkan 42 tahun lalu warna kulit saya memang gelap, barangkali kerana pada waktu itu tiada bekalan elektrik di kampung berbanding bilik bersalin di HUKM, terang benderang, banyak lampu. Ha! Ha! Ha! That's just an excuse, jangan percaya.

Sebenarnya, ibu Rayyan bimbang jika anak sulungnya kuat menangis malam. Kenapa? Kerana dia sewaktu kecil, kata orang tua, kena sawan tangis. Dia menangis pagi, tengahari, petang, malam, tengah malam dan subuh. Mujur abah kami mampu memujuknya dengan marhaban hampir 24 jam sehari. Andai Rayyan kuat menangis, bukan kejadian menghairankan. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Namun, saya harap Rayyan menjadi bayi baik, menangis hanya apabila perlu.

Berikut beberapa gambar bayi bakal memanggil saya 'pak cik' jika dia pandai bercakap kelak. Menurut emak, saya mula petah bercakap ketika berusia 9 bulan. Saya harap Rayyan akan mampu bercakap lebih awal.

35 ulasan:

  1. Budak2 sekrang hebat...sebab itulah mereka sokong pemimpin yang serba boleh

    - boleh meliwat, merampas bini orang, berjonget, dangdut, disko, rampas anak dara orang, rasuah, penipu dan pembohong besar, perosak ekonomi negara, menjadi iman, berpidato ...dsb...

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Salam MAS..

    selamat hari ulang tahun kelahiran :)

    BalasPadam
  3. mengingati @ sedar akn diri itu lebih baik,dr mereka yg xpernah sedar..
    alhamdulliallah..

    BalasPadam
  4. salam bro mazidul,

    ai teka, ni mesti yu baru je dapat anak buah...betul x??? anyway ai x sabar nak baca coretan sebenar pasal menda ni...koh koh koh

    BalasPadam
  5. Pada saya, usia kini yang mencecah 39 tahun masih muda, tapi ketika saya ke pasar raya tempoh hari, seorang gadis manis awal 20-qn panggil saya pakcik..

    Nak membantah, rasanya tak wajar, mungkin agaknya saya dah layak terima gelaran pakcik..

    Hihihihi.. Dah makin tua kita ni, Bro Mazidul..

    BalasPadam
  6. biarlah kita rasa tua pun asalkan jiwa sentiasa muda...hehe

    BalasPadam
  7. salam bro..ala.tua kat umo n glaran je tu..klau dari segi fizikal..ok g..hehe..hrp2 xde la genarasi kta lpas ni ikut jejak taruna tu ye..

    BalasPadam
  8. besday en maziduk ekk.. :)

    betul ke??

    nak wish skrg bole..??

    hepi besday ..semoga dipanjangkan umor,dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusan dunia akhirat.amin.

    BalasPadam
  9. takde la nampak tua sangat en mazidul ni~~nampak otai je~~haha~~

    tadi buka blog ada plak satu lagi kes hina almarhumsultan johor oleh seorang pengguna facebook yang dipercayai berbangsa cina~~~

    ntah la~~apa nak jadi~~

    *saya berumur 26 tapi sudah dapat pangkat datuk~~~he~~

    BalasPadam
  10. Itulah kehidupan..Kalau dulu orang panggil 'abang'. suatu masa kemudian orang panggil 'pakcik'...usia semakin senja :)

    BalasPadam
  11. Itulah kehidupan..Kalau dulu orang panggil 'abang'. suatu masa kemudian orang panggil 'pakcik'...usia semakin senja :)

    BalasPadam
  12. happy burfday ya en mazidul...
    semoga terus setia dengan penulisan di blog anda.. saya hanya silent reader.. mengutip maklumat semasa di medan blog anda ini...
    semoga hidup diberkati dan dipanjangkan usia hendaknya.. ameen..

    BalasPadam
  13. Saya ketawa tatkala membacanya kerana saya juga melalui phasa itu. Makcik, hmmm senyum sendiri makcik. Tak leh nak elak dah... Tak apa, kita sedar diri.

    BalasPadam
  14. Bila orang panggil Pak Cik terasalah kita ini sudah tua. Biasanya kalau saya ke pasar malam masih ramai yang panggil saya Abang. Mungkin lampu pasar malam itu nampak suram saya pula sering pakai topi & berkacamata. Bila dipanggil Abang mestilah terasa muda belia.

    Kalau di pusat membeli belah jarang dapat gelaran Abang. Pasti neon yang cerah tidak dapat menyamar diri menjadi muda.

    Tak apalah masih tak ada yang panggil Atuk; kira masih okey!lah tu!. Hakikatnya telah ramai cucu saudara!... di hujung usia.

    BalasPadam
  15. Selalu saya panggil tuan empunya diri sebagai ENCIK MAZIDUL, tapi hari ni saya mahu panggil Abang Mazidul. He he..

    Selamat hari ulangtahun kelahiran. Semoga umur diberkati dan hiduo dihormati. Sanah hilwah..

    Saya rindukan kelibat tuan di kaca tv. Saya sangat kurang berpuas hati dengan muka baru yang tidak mencapai standard... Mungkin selepas ini saya tidak akan menjadi penonton setia untuk rancangan tertentu di TV3 lagi. Hmm..

    BalasPadam
  16. celamat hari kelahiran..
    doa jer naik pangkat tinggi2,
    nak bagi hadiah ..tak leh..

    BalasPadam
  17. yesssss~ tekaan ai kat atas tu memam disahkan benar...('',) TAHNIAH ai ucapkan pade yu, smoga bahagia bila dipanggil "pakcik" kelak oleh Rayyan...

    BalasPadam
  18. TAHNIAH Pokcik! Juga TAHNIAH! buat Ibu & Bapa Rayyan - Anak itu hasil drp buah cinta - moga kain putih itu dicorakkan seindah pelangi & seharum syurgawi.

    Sekadar berkongsi cerita : Saya dpt pangkat Makcik pada tahun 1993 - lebih kurang 4 minggu sebelum majlis walimah saya. Mak & arwah Abah yg tercinta waktu itu senyum x sudah - kesyukuran berganda dpt cucu sulong & menantu ke-2 hampir serentak.

    BalasPadam
  19. RAYYAN..sedap nama tu.tahniah kpd pokcik jidul.

    kalau nangis sumbat jer dgn puting tipu sbb kalau dibiar terlalu lama nangis nnt jadi lain pulak.

    tebal rambut rayyan mewarisi rambut pokcik jidul masa remaja hehe :p

    BalasPadam
  20. tahniah dapat anak buah yang comel ;) merah kulitnya tu...mesti putih bila dah besar ni..selalunye sy jadi silent reader je...peluk cium buat baby rayyan, dari auntie yang namanya hampir sama dgn adik bro Mazidul!

    oh ye: first time jadi makcik tahun 2001, masa tu umur sy 21, my big sis melahirkan anak sulunya...tahniah lagi sekali..

    From: Maizatul Azlina

    BalasPadam
  21. Wah, sama nama anak saya Rayyan...sangat meminati Hazrey...hehe...dah sekolah di Tahun 3...

    Rayyan ialah pintu syurga yang dikhususkan untuk orang yang selalu berpuasa (wajib dan sunat)...

    Semoga Rayyan akan menjadi insan soleh yang berjaya...

    BalasPadam
  22. Selamat menjadi PAKCIK...:D

    ya benar, masa baca part “update” tu nama anak buah RAYYAN, terus teringat anak AZHAR... sama..

    BalasPadam
  23. alahai comell nya rayyan...tengok bayi teringin nak beranak kecil lagi. dAH "tua" palcik mazidul hahaha. Sy masa dok tingkatan 4 lagi dah "tua" sebab anak buah pertama lahir masa tu...

    p/s - lahir 1967 eh mazidul? ...sama tahun cuma beza bulan ler kita... sy lahir tarikh yg sama dgn bekas PM kita TM

    BalasPadam
  24. Azhar, nanti kita buat program temukan semua warga bernama Rayyan.

    Saya tahu sdr berjumpa Hazrey di Johor tempoh hari.

    BalasPadam
  25. bro mazidul,

    koh koh koh ai xde 6th sense pun lah...Kalo dilihat dari taitel entri, dari situ kite dapat tau isi kandungan sebenar...walopun ianya bersembunyi cemana sekalipun...ia tetap nampak...seperti perumpamaan "sekilas ikan di air sudah ku kenal jantan betinanya"...('',)

    BalasPadam
  26. hahahaha! lepas ni dah tak boleh nak panggil bro maz lagi dah! kena panggil uncle!

    BalasPadam
  27. Sdr Mazidul...Hazrey adalah contoh kawan yang boleh dibuat kawan selamanya...kan...

    Teringin jugak nak jumpa Sdr Mazidul..tapi seriau sebab public figure kan..hehe..all the best bro...nanti datang Perlis bgtau, kita makan ikan bakar..dengan Rayyan...hehe

    BalasPadam
  28. kiut laa rayyan. regard n congrat to his parent

    BalasPadam
  29. salam en maz,
    dah konpem jd paklong la ni (aik, betul kan paklong)

    tahniah atas kelahiran, semoga Rayyan membesar menjadi anak yang soleh.

    Sy br 30++, tp dh ada 5 cucu... saudara... toksu ni... hehehe...

    BalasPadam
  30. Tahniah, pakcik Mazidul...manis je bunyi panggilan tu kan? Selamat jadi Pak Cik ;)

    BalasPadam
  31. salam bro mazidul
    just nak kongsi petua ni dgn semua
    if nak anak tak kuat menangis malam/siang/meragam, masa ibu mengandung amalkan baca surah Yasin.kalau ibu dan ayah baca bersama lg baik..amalkan tiap2 malam/hari..insyaAllah anak tak meragam...Alhamdulillah anak saya lahir sangat diam dan baik..jiran sebelah menyebelah komplen tak dengar langsung dia menangis....dan sekarang membesar pun tak banyak kerenah...itulah kuasa Allah..kita cuma mencuba dan berusaha...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.