Rabu, Januari 06, 2010

Hilang Kepala (Suspek Diberkas)



Saya kini berada di Kampung Batang Rokan, Gemencah, Negeri Sembilan, lokasi kejadian kes bunuh 4 mangsa berusia di antara 22 dan 90 tahun semalam. 2 rumah mangsa terletak kira-kira 1 kilometer dari jalan di antara Gemenceh dan Felda Bukit Rokan.

Dimaklumkan, suspek, 34 tahun, anak kepada seorang daripada mangsa terkorban, melarikan diri, motosikalnya ditemui di Perhentian Bas Tampin.

Jam 5.15 petang tadi saya difahamkan, suspek berjaya diberkas di Kuala Lumpur, kini ditahan di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur. Bagaimanapun kepala arwah ayah suspek, 76 tahun dipenggal, masih tidak ditemui.

Update Sejak suspek ditahan pada 4.05 petang tadi, pihak polis menjalankan usaha mengesan kepala mangsa dipercayai ditanam di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam, Selangor.

Pada jam 11.30 malam tadi, suspek berada di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam bersama pegawai dan anggota Forensik.

Suspek, bekas pekerja bank (teller) di Pelabuhan Klang sebelum menganggur dan dilaporkan putus tunang 2 kali. Pada pagi kejadian dia dilaporkan sembahyang subuh dan makan pagi bersama ahli keluarga.

Menurut rakan mangsa, suspek dikenali dengan sifat lemah lembut dan beradap semasa bertugas sebagai kakitangan bank. Dia juga dilaporkan bijak dan mudah bergaul dengan orang ramai.

22 ulasan:

  1. Bila saya baca berita ni di hampir kesemua akhbar online, saya rasa sangat sedih kerana mangsa diperlakukan dengan begitu kejam terutama pasangan suami-isteri tersebut. Hanya orang yang hilang akal saja yang sanggup berbuat begitu.

    Tolong sampaikan salam takziah kepada waris mangsa - Siti Mariam dan ibunya, dan juga saudara-mara mereka yang lain jika berkesempatan.

    BalasPadam
  2. Apa jenis manusia begini. Mesti dah hilang akal manusia ni.

    BalasPadam
  3. Kali pertama membaca kisah ini di akhbar, memang terkejut. Bukan apa, tergamak membunuh keluarga sendiri . Sudahlah begitu, Di kelar lagi. Aduhai.. memang tragis.

    BalasPadam
  4. Pabila ihsan sudah tiada di hati dan nafsu menguasai diri maka hilanglah pertimbangan akal - Sungguh sadis pembunuhan tersebut.

    Sampai putus kepala! - Saya benar2 terkedu sewaktu menonton berita di TV3 mlm tadi.

    Semoga mendapat pengadilan yg sewajarnya.

    BalasPadam
  5. Memang tragis sangat...apalah dosa mereka yang dibunuh tu ye...

    Al-Fatihah buat mangsa-mangsa yang dibunuh dan salam takziah buat keluarga mereka...

    BalasPadam
  6. sudah semakin hilang "family value" di dalam masyarakat manusia sekarang.. hingga keluarga sendiri pun sanggup dipelakukan begitu. Atau suspek ini tidak waras??

    BalasPadam
  7. Buat semua: berdasarkan pengalaman saya, kalau kejadian yang ganjil seperti ini mesti ada "X" factor yang menyebabkan suspek bertindak di luar batas. Kita tunggu apa hasil siasatan polis sebab legal maxim pun ada sebut: "everybody is considered innocent until proven guilty by the Court". Jadi, siapa kita untuk terus menghukum? Don't pre-judged before we know the merit of the case.

    Saya tahu kita semua tak mahu dengar jenayah berdarah seperti ini terus berlaku. Tapi, cuba letakkan diri kita dalam kasut orang lain. Mungkin bunyinya ganjil, tetapi saya diajar untuk tidak mudah menghukum agar keadilan lebih mudah ditegakkan, bukan dibias emosi.

    Siapa tahu kalau-kalau suspek mempunyai masalah mental seperti peruntukan di bawah Bab XXXIII Kanun Tatacara Jenayah. Kalau sekalipun Mahkamah mendapati di akhir kes PEMBELAAN dia bersalah di atas pertuduhan, dia tak akan dihukum mengikut hukuman dalam pertuduhan.

    Sebelum kita minta orang berlaku adil kepada kita, ayuh kita berlaku adil dahulu kepada orang.

    BalasPadam
  8. salam bro mazidul,
    sy mmg terkejut bila dgr berita ni semalam..kawan sy yg bg tahu, kebetulan kampung dia juga di gemencheh..
    aduhai,
    ni la akibat apabila emosi & ketidakwarasan fikiran mengatasi segala-galanya..dosa????hanya tuhan yg tahu...wallahualam..
    sgt sedih!!!!!

    BalasPadam
  9. Dunia akhir zaman...
    sanggup seorang anak memenggal kepala ayah sendiri...
    dunia..dunia..

    BalasPadam
  10. ..berlaku lepas solat subuh...

    sikit sangat beza masa bila nak berubah..menjadi terbalik iman, PANAS atau takdir...

    BalasPadam
  11. Manusia Akhir Zaman Yang Bersifat Seperti Anak Dajjal..Masyaallah..

    BalasPadam
  12. kerja bank mmg tension... huhuh tapi kejadian tersebut dah macam rasukan saitan!.

    BalasPadam
  13. takziah, semoga penjenayah dapat pembalasan yangs etimpal di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  14. Tekanan nih..

    1) tekanan kehilangan kerja
    2) tekanan putus tunang

    hilang + putus = ??

    BalasPadam
  15. i rasalah mungkin dia ada amalkan black mental kot, dahlah penggal lepas tu bawa ke tempat lain.. somthings wrong somewhere.!

    BalasPadam
  16. Saya lebih mengatakan mainan syaitan, sikap murung & sedih yang keterlaluan seseorang sering membuat diri tidak waras.

    Jika keadaan akalnya waras mana mungkin tergamak mahu memenggal leher ayah sendiri.

    Amat bahaya jika kita tidak dapat mengawal diri sendiri!.

    BalasPadam
  17. Memang la org yg mengalami masalah tekanan jiwa memang sukar diramal... bila2 masa jer karekter boleh bertukar... dari tenang tiba2 bertukar ganas.. orang kata kalau org mcm ni memang ada lesen nak bunuh orang... betul ker bro??

    Subhannallah... kesiannya semua mangsa sehingga diperlakukan sedemikian rupa... rasa2 apa motif pembunuhan ek?

    BalasPadam
  18. "Suara ghaib" itu menyuruhnya kot?- ikut pandangan ahli sakit jiwa. Ikut pandangan saya-abih tu nak halalkan je ke?

    Natijahnya, kalau ada ahli keluarga yang ada penyakit mental, dapatkanlah rawatan. Dah tu, pastikan juga makan ubat seperti yang ditetapkan ek..

    Apapun, kepada yang selalu berada di sebuah restoran di ss15 subang jaya, tak pernah ke nengok wajahnya di situ? ALAMAK!ya ke?

    Serammmmm ahh!!

    BalasPadam
  19. Na'udzubillah..kisah pembunuhan paling ngeri membuka tirai 2010..takziah kepada keluarga mangsa. Sesungguhnya ibu suspek adalah insan yang sangat tabah dalam menghadapi dugaan ini..hilang anak,ibu bapa, dan suami tercinta sekelip mata, namun masih sedia mengampunkan suspek..

    BalasPadam
  20. setuju dengan iDAN, barangkali kerana 2 kali putus tunang memberi impak besar kpd dia hingga hilang kewarasan.

    Kalau manusia lemah pegangan hidup... inilah jadinya..

    BalasPadam
  21. Rasenye dia ade menuntut ape2 ilmu tak...ajaran sesat umpamanya?....

    BalasPadam
  22. Orang memang tak waras.... patut dibunuh je orang macam ni... tak ada hati perut langsung... binatang pun tak ada mcm ni..... tak tau nak kata apa dengan orang macam ni.... hina sungguh !

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.