Awal hari ini 2 gereja di Desa Melawati, Kuala Lumpur (Gereja Protestent Metro Cabernacle) dan di Jalan Templer, Petaling Jaya, Selangor dibakar. Saya secara peribadi mengutuk kejadian itu.
Kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, khianat dengan api atau benda letupan dan berniat hendak membinasakan rumah dan sebagainya. Jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda dan dipenjara maksimum 20 tahun.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian terbabit berhubungkait dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan, Katolik Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan edisi Bahasa Melayunya. Hemat saya, barangkali hakim terbabit tidak menjangka pelbagai kejadian tidak diingini boleh berlaku berikutan keputusan dibuat beliau.
Setakat ini polis masih gagal mengenal pasti identiti suspek terbabit dalam 2 kes jenayah itu.
Kita semua harus berhati-hati, usah menerima khabar tanpa pengesahan, ‘khabar angin’, secara membuta tuli. Isu agama, isu sensitif dan jika tidak ditangani secara bijak, mampu membakar perasaan penganut kedua agama, Islam dan Kristian (biarpun perasaan majoriti umat Islam di negara ini kelihatan sudah terbakar lebih awal).
Semua harus bersyukur, api terbabit mungkin tidak semarak mana, keadaan masih mampu dikawal pasukan keselamatan di seluruh negara.
Saya lebih bimbang jika ada kelompok menjadi ‘api dalam sekam’, merancang meleraikan ikatan erat antara rakyat pelbilang bangsa dan agama di negara kita cinta ini.
Kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, khianat dengan api atau benda letupan dan berniat hendak membinasakan rumah dan sebagainya. Jika sabit kesalahan pesalah boleh didenda dan dipenjara maksimum 20 tahun.
Pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian terbabit berhubungkait dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan, Katolik Herald menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan edisi Bahasa Melayunya. Hemat saya, barangkali hakim terbabit tidak menjangka pelbagai kejadian tidak diingini boleh berlaku berikutan keputusan dibuat beliau.
Setakat ini polis masih gagal mengenal pasti identiti suspek terbabit dalam 2 kes jenayah itu.
Kita semua harus berhati-hati, usah menerima khabar tanpa pengesahan, ‘khabar angin’, secara membuta tuli. Isu agama, isu sensitif dan jika tidak ditangani secara bijak, mampu membakar perasaan penganut kedua agama, Islam dan Kristian (biarpun perasaan majoriti umat Islam di negara ini kelihatan sudah terbakar lebih awal).
Semua harus bersyukur, api terbabit mungkin tidak semarak mana, keadaan masih mampu dikawal pasukan keselamatan di seluruh negara.
Saya lebih bimbang jika ada kelompok menjadi ‘api dalam sekam’, merancang meleraikan ikatan erat antara rakyat pelbilang bangsa dan agama di negara kita cinta ini.
MANUSIA...
BalasPadamadakalanya terlalu bertolak dan beransur serta beralah dalam semua perkara bkn dpt memberikan gambaran yang baik tetapi merugikan pihak kita sendiri..
BalasPadamakhirnya..kita yang tertolak..kita yang teransur..dan jgn sampai kita yg 'terkalah'..
salam...
BalasPadamkenapa skarang ni keadaan di Malaysia semakin x stabil??
mcm dh nak jadi mcm kat luar negara..terlalu banyak kekecohan...
bangsa2 asing sedang bertepuk tangan...kita je yg x tau...
hem.. nape la x fikir dulu sebelum buat apa2 tindakan..
BalasPadamSalam...Bro, dalam 9/11 mereka musnahkan bangunan mereka sendiri supaya menjadi alasan dapat menakluki negara minyak :)
BalasPadamGolongan yang tak faham tentang agama sendiri. Islam mengutuk keras umat yang tak hormatkan agama lain. Saidina Umar dulupun tak runtuhkan gereja2 di BaitulMaqdis semasa kota itu ditawan.
BalasPadamSalam Bro Mazidul,
BalasPadamSaya dah 'telah' perkara begini akan berlaku, tapi saya masih yakin kepada kepimpinan PM menyelesaikan kemelut ni.
Cuma saya harap kemelut ni ibarat biduk berlalu, kiambang bertaut..
Mungkin bermusim, dan pihak Kristian boleh menarik kembali tuntutannya menggunakan kalimah Allah. Itu jalan terbaik.
Kepada Hakim Lau Bee Lan, lain kali, gunalah kebijaksanaan anda sebagai hakim yang lahir di Malaysia ni. Sebab andalah, semua ini berlaku..
Hi encik Mazidul. Boleh tak encik dedahkan tentang gerakan Illuminati yang cuba menyesatkan umat Islam dengan menggunakan artis-artis terkenal seperti Lady Gaga, Beyonce, Rihanna, Jay-Z, Kanye West, Madonna dan ramai lagi.
BalasPadamDidalam lagu-lagu mereka diselitkan mantera dan sihir untuk hipnosis manusia.
Sebagai contoh lagu bad Romance dari Lady Gaga yang kerap kali memuja "Ra" atau tuhan matahari. Rihanna yang menggalakkan wanita membunuh diri melalui lagu "Russian Roulette". Secara tak langsung, remaja-remaja kini semakin liar kerana sering kali disuap dengan lagu-lagu berunsur syaitan seperti ini.
Ini sangat penting kerana boleh mempengaruhi akidah umat Islam.
-Adiana-
Hakim patut bijaksana sebelum membuat keputusan.
BalasPadamSedih semasa dekat keputusan ini dibuat, golongan agama di Malaysia sedang sibuk berbalah dan hangat isu yang itu, itu juga. Jika mereka peka dengan isu ini, mungkin keputusan yang silap ini boleh dielakkan.
saiful;-)
BalasPadamSemoga Allah menunjukkan kebenaran. Mudah-mudahan hal ini bukan perbuatan umat kita, Amin.
berita tv3 td menyebut saksi dtg ke gereja utk beribadat pd pkol 3 pagi, sblom terdengar org dtg n baling botol ke gereja..
BalasPadampkol 3 pagi? ermm..
cmne kalau perbuatan nie org mereka jgk yg buat..sama mcm komen saiful tentang 9/11..
betol tu bro,ade tangan yg terlalu nakal cube merobek gagasan 1 nation nie...
BalasPadamsebagai islam, kita hanya mampu berdoa, kerana ini adlah ujian utk kita...
SEpatutnya hakim mahkamah tinggi perlu membuat keputusan secara meneliti lebih mendalam. Hal yang di putuskan adalah sangat sensitif.
BalasPadamSalam..
BalasPadamPasal lagu lady gaga, ya ke ada unsur memuja? Jadi kenapa dengar?
tentang isu kalimah Allah- itu semua bergantung pada keyakinan dan kekuatan iman kita. Kita percaya ALLAH, yg kita sebut dan sembah merujuk kepada ALLAH kita yang satu. Tidak kisah kalau umat agama lain sebut perkataan yg sama, biarkan mereka dengan kepercayaan mereka. Apa yg penting kita sebagai umat islam, tahu siapa ALLAH kita.
Jgn kerana hal ini, keharmonian malaysia selama ini tercemar. Tolonglah hentikan perkara ini. mana 1malaysia selama ini?
Bagaimanapun, di harap semua pihak janganlah bertindak terburu-buru. Kita perlu menjaga keamanan kita bersama di negara yang aman dan damai ni.
BalasPadamSecara warasnya Gua juga mengutuk tindakkan ini...
BalasPadamMasih ada jalan lagi untuk menyelesaikannya..
Gua setuju ngn....apa yg saudara
JIMI & BRAHIM NYIOR
perkatakan!
Jangan bagi Muka sangat!
Lembut lidah...keras kata2nya.
---------------------------------
Buat Tuan Hakim!
Lau Bee Lan, lain kali, gunalah kebijaksanaan anda sebagai hakim yang lahir di Malaysia ni. Sebab andalah, semua ini berlaku..
Peace No War! hehehe
'api dalam sekam'.
BalasPadamSaya bimbang juga akan perkara yang sama..Mungkin ada pihak yang ambil kesempatan atas isu ini. Kita tidak pasti sama ada suspek siapa, mungkin Muslim, mungkin tidak.
Kepada Cik Kay :
BalasPadam"Kenapa dengar?" Fahamkah anda akan tanggungjawab bersama? Sangat memalukan apabila seseorang yang seharusnya matang tetapi berfikiran seperti tidak matang. Saya tak kisah kalau anda baru darjah 2 atau 4. Tapi, kalau dah besar panjang pun masih tak faham lagi. Memang benarlah kata orang. Melayu tipikal.
Berkenaan kalimah Allah, siapa yang melarang umat bukan Islam menggunakan perkataan terjemah Allah? Sila isikan diri anda dengan ilmu.
Yang menjadi kerisauan oleh umat Islam adalah kesan/effect/natijah sekiranya membenarkan penggunaan terjemahan God kepada Allah. Persoalan yang lain, kenapa harus diterjemahkan kedalam Bahasa? Sejak bila masyarakat Cina dan India yang menganut Kristian tidak faham bahasa Inggeris? Adakah untuk mempengaruhi Melayu? Lihat : Lina Joy.
Saya sedih apabila terdapat Melayu Liberal yang dengan mudah membenarkan penggunaan terjemahan God = Allah. Mereka sanggup memperjudikan agama supaya negara aman. Logikkah? Ia alasan yang bebal.
Salam Saudara Mazidul..
BalasPadamBetulkan saya jika tersilap...rasanya yang terbakar itu ialah Gereja Protestant Metro Cabernacle..bukannya Catholic..
Protestant ialah golongan Kristian yang tidak bersetuju dengan mazhab Catholic. Antara mereka ada yang sampai tidak mengiktiraf Pope dan Papacy...dan Protestant juga keras menentang penggunaan kalimah Allah di kalangan Catholic yang cuba dilaksanakan di Belanda tempohari..
Terima kasih...
saya dah agak benda macam ni mesti berlaku punya...
BalasPadamterlalu banyak desakan jalanan perarakan kekadang semacam menunjukkan sedia menjual 'perlawanan'
BalasPadamNiat x pernah menghalalkan cara..pada pendapat saya.secara kesuluruhan memang umat Islam di negara ni dah terasa dan terganggu dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah..tetapi sehingga mencetuskan tindakan ala2 terrorism begini bukan lah menunjukkan reaksi semua..mungkin ini adalah perbuatan beberapa pihak tertentu yang menggunakan situasi ini untuk kepentingan mereka..i do believe that sumwhere, sumone is benefitting from wuteva happen..
BalasPadamlets pray Allah saves and have mercy on us..muslim or non muslim..lets live in harmony
Usah la sampai bakar rumah ibadat mereka. Agama kita pun marah perbuatan ni....
BalasPadamInilah akibat apabila isu agama ditangani yg bukan ahli.
BalasPadamMUFTI, MENTERI & Yang Di Pertuan Agong yg kukasihi inilah masanya menyatakan kebenaran & mengelakkan yg bathil. Negara ini - Tanah Melayu - Hak milik mutlak - Agama Islam yg berpegang kepada Al-Quran, Sunnah & hadith hak milik mutlak - Apa ditunggu lagi?
ALLAH S.W.T. hak eksklusif agama Islam.
Cuba lihat senario berikut :-
Agama TERSEBUT menyebut/menulis : "Isa anak TUHAN"
Kelak agama tersebut akan menyebut/menulis : "Isa anak ALLAH"
Boleh diterima? Saya yg jahil dlm agama Islam dan msh belajar ini TIDAK BOLEH TERIMA sama sekali!
Pernah terbaca orang TERSEBUT mendapati orang Islam hanya akan hancur dgn perang saraf yakni melalui dakyah songsang secara halus yg akan memusnahkan akidah secara perlahan2 lantas menguburkan agama ISLAM di bumi Allah s.w.t ini - Ini pasti tdk akan terjadi jika kita berpegang kepada janji Allah s.w.t, yakin adanya hari akhirat & pembalasan.
Doa saya agar para alim ulama yg tulus & suci hati semata2 kerana Allah s.w.t. bangun menegakkan syiar Islam. Berkata benarlah walaupun pahit - Kami yg yakin kepada Allah s.w.t yg maha Esa akan sentiasa menyokong & berdoa.
Kami sayang kepada semua bangsa & agama - kami tidak mahu berbalah & melukai fizikal & mental sesama kaum.
Kami sayang kepada agama, bangsa, negara & pemerintah maka sayangilah kami seadanya dengan Bersih, Cekap, Amanah, Ihsan, Iman & Taqwa.
Satukan tujuan kita.
kitty band,
BalasPadamdi dalam blog saya ada sedikit sumber mengenai itu...
bro n sis semua,
jika dibenarkan,satu kemenangan BESAR kepada mereka sebenarnya!dan negara ini akan terus malu...itulah implikasinya nanti...
ketepikanlah jika akal kita dirasuki dgn kata2 yg ini adalah permainan politik!
sedikit petikan Tun Mahathir ttg isu ini:
Dalam usaha menerangkan agama Kristian di kalangan orang Islam atau masyarakat yang mahir dengan agama Islam, perkataan God diterjemah kepada "Allah" supaya mudah difaham oleh pendengar.
Mungkin juga kalimah "Allah" dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Terjemahan ini salah. Sepatutnya perkataan "Tuhan" digunakan untuk God.
Di Semenanjung Malaysia kita tidak pernah mendengar orang Kristian menggunakan kalimah "Allah" apabila bercakap berkenaan God dalam bahasa Melayu. Kenapa pula kita sekarang akan mengguna kalimah ini?
Di Amerika Syarikat, orang Kristian yang sudah tidak teguh iman biasa berkata dan menulis, "God is dead". Apakah perasaan orang Islam apabila ini diganti denagn "Allah is dead"?
pihak berkuasa yang nampak BARA, lalu biarkan ...salah siapa??
BalasPadamterpekik terlolong dijalanan menang sorak , yang satu gologan lagi senyum kerana mereka membara dalam sekam..mereka tau jika terpekik mereka kalah..
mereka menang dalam diam terhadap gologana yang terpekeik peluh2 dijalan menunjukkan taring dengan suara dan speaker..siapa yang rugi??
sedar tak sedar, JUARA dalam terpekik melalak dengan spandok??tetapi kalah dalam moral..dan muafakat secara senyap..
Susah nak buat komen tentang isu agama ni sbb sy mempuyai teman rapat yg terdiri dr berbilang kaum...kene gunakan akal fikiran....
BalasPadamIslam kita di Malaysia kini hanya sekitar 50++% sahaja!
BalasPadamPerlu diingat jika berlaku perbalahan kaum apatah lagi melibatkan agama kita sebagai orang awam belum tentu selamat; kecuali tentera & mereka yang memegang senjata!
Jangan jadikan jihad itu tidak bertempat; bahayanya nanti melibatkan orang tidak berdosa.