Memakai tali pinggang keledar hadapan dan belakang ketika memandu atau menumpang kenderaan, satu kewajiban.
Itu arahan pihak berkuasa berpandukan Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika tidak dipatuhi, pengguna kenderaan boleh didenda maksimum RM300 tanpa kompromi.
Memakai talipinggang keledar boleh menghalang kepala dan tubuh daripada terhantuk dan terhentak ke stering dan dashboard sekaligus mengelak kecederaan parah atau kematian jika berlaku kemalangan.
Hakikatnya, biarpun nyawa dicagarkan, ramai tidak ambil pusing memakai talipinggang keledar. Remeh, leceh serta mengganggu pergerakan antara alasan acapkali dikemukakan.
Tidak lama lagi, Akta Hak Cipta akan dipinda.
Pemilik bahan cetak rompak, CD, VCD dan DVD, biarpun sekeping, boleh dikenakan hukuman.
“Di bawah Akta Hak Cipta, menjual salah tetapi tetapi membeli sekeping bahan cetak rompak tidak salah, sepatutnya kalau menjual jual salah, beli pun salah juga,” ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob.
Tambah beliau, mengikut peruntukan akta sedia ada, hanya mereka memiliki 3 keping bahan cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Apapun, pindaan akta itu tidak membabitkan nyawa. Maksudnya, sekiranya pengguna membeli bahan cetak rompak, mereka hanya boleh didenda atau mungkin dipenjara bukan dijatuhkan hukuman mati mandatori.
Maka, saya menjangka pindaan akta terbabit tidak akan begitu berkesan untuk membanteras jual beli bahan cetak rompak di negara ini.
"Beli, bukan mati pun!"
Mungkin itu luahan pengguna bakal kita dengar kelak.

kuasa ditangan pembeli ada besar ada kecil..
BalasPadamDulu kejap wajibkan orang belakang pakai tali keledar kereta. Lepas tu ditarik balik pulak. Ada orang dah kena saman, boleh batal saman.
BalasPadamJadi, sepatutnya kaji dulu kesan dan akibat pemakaian tali keledar belakang tu. Jangan buatkan masyarakat keliru.
Selagi ada yang jual, selagi itu pasti ada yang nak beli... Murah tu..
BalasPadamBegitulah putarannya.. Seolah-olah tak berkesudahan.
salam,
BalasPadammungkin ada kebenaran dari kata-kata abang itu kerana itu hakikat dalam minda masyarakat Malaysia sekarang, selagi ia tidak mengundang maut maka walaupun perkara itu salah ia tetap akan dilakukan secara terang atau sembunyi. Yang penting pendedahan yang sewajarnya dalam memastikan masyarakat Malaysia benar-benar masyarakat kelas pertama
lepas ni tak berani bawa dvd cetak rompak naik flyte lagi.. :)
BalasPadamkalau dah kena tangkap 'tak mati' pun mau jugak tersimpul urat perut weiii :(
pakai tali pinggang atau topi kaledar sepatutnye tak payah nmpk pak polisi baru nak terhegeh-hegeh pakai kalau kita dah disiplinkan diri sendiri.betul tak??
sama jugak mcm baca doa atau bismillah sebelum melakukan sesuatu perkara.automatik mulut akan menyebut kalau dah terbiasa.
nak buat diri 'terbiasa' ni yg susah mcm berenti merokok.dah ada mcm-mcm gambo dikotak pun org selamba badak jugak menyedut racun sbb dah tak sabo nak mati!
beli dadah lagi senang
BalasPadamhttp://pkrpasdap.blogspot.com
Ada juga yang sudah beli tapi tak digunakan? (kerana sikap)
BalasPadamkat area rumah saya selamba je jual CD & DVD cetak rompak kat pasar malam...penguatkuasa macam pandang sebelah mata je...
BalasPadamSalam,
BalasPadamSekarang ni, saya merasakan semua pihak akan cuba sedaya upaya untuk menjimatkan perbelanjaan terutamanya untuk barangan keperluan dan barangan kemahuan.
Kalau DVD cetak rompak berkualiti tinggi dgn harga yg lebih rendah, saya rasa pasti akan dibeli jugak. Lepas tonton, sure tersimpan entah bila pulak hendak digunakan. Kalau beli yg original dan mahal, kan membazir namanya.
Rasanya setiap rumah memiliki DVD cetak rompak termasuklah rumah mereka yg menguatkuasakan akta ini.
Pemakain tali pinggang belakang pulak macam biskut Chips More, Now You See Now You Don't.
Percayalah, Polis ngan JPJ pun pening kepada. Tanyalah kepada mereka suruh mereka jawap secara jujur.
Selagi ada penawaran selagi itu ada permintaan begitulah sebaliknya.
Akta yg melibatkan mati pun org Malaysia tak heran, apatah lagi hanya denda dan silap2 buleh terlepas hatta pukulan rasuah.
Kah kah kah!!!...
Bab tali pinggag keledar ini kita sesama kita kena ingat-mengingatkan. Terutama anak-anak, kalau tak disuruh takkan mahu pakainya. Denda bab kedua yang penting nyawa.
BalasPadamVCD atau DVD ori masih mahal di pasaran, terutama audio CD. tapi filem Hindi yang ori tak semahal mana & nampaknya ramai pembelinya; lagipun filem hindi 3 jam berbaloi membelinya dah tentu cantik kualiti videonya banding VCV & DVD cetak rompak.
Jika tiada barangan cetak rompak di pasaran terbuka pasti tiadalah pembeli jika sebaliknya mana mungkin manusia ini dapat mengekang nafsu berjimat atau terliur dengan tawaran barangan murah ini.
Kesedaran untuk menghormati daya kreativiti orang, hak milik pencipta seni yang bukannya mudah diterbitkan ini; tidak ditanam di jiwa kita . Maka sesamalah kita menjadi perompak hak milik orang. Memang itu hakikatnya.
So kalau akta Hak Cipta ni dipinda, orang yang membeli pun akan didakwa dan dihukum.. maka penuh sesak la semua penjara kalau tak mampu bayar denda, mahkamah makin kayalah sebab ramai kena bayar denda...
BalasPadamYang sebenarnya, kalau pihak berkuasa nak menangkap pembeli/pemilik dvd/cd cetak rompak ni, mereka kena dapatkan waran untuk setiap rumah, tak kira siapa pun. Sebab boleh kata 99% akan ada dvd/cd cetak rompak ni di rumah mereka...
bercakap pasal dvd/cd cetak rompak ni, bro mazidul jika dtg ke KB lagi, sila ke Billion Kota Mutiara. Satu kedai di tingkat 3 jual dvd/cd cetak rompak.Besar kedai ia. Camner kedai ini bebas beroperasi. Takkkan satu pun kakitangan penguatkuasaan berkaitan tak pernah nampak kedai tu.Atau kuasa sogokan terlalu besar hingga membutakan mata kakitangan yg berkaitan utk bertindak keatas kedai itu.
BalasPadam