Khamis, Januari 14, 2010

Fantasy Island

Saya dan jurukamera, Hazri Abu Bakar tiba di destinasi pada jam 12.30 tengahari tadi.

“Pulau ini majoritinya dikunjungi orang dari tut! Orang Malaysia jarang datang. Kalau ada tidak ramai. Dahulu pulau ini hebat. Pelancung datang kerana mahu berjudi tetapi sejak presiden baharu berkuasa, perjudian dihapuskan terus. Sekarang tiada kasino, tiada mesin kuda,” kata Herman.

Herman, 48 tahun berketurunan Kampar, pemandu kami di ‘Fantasy Island’ ini.

“Pak Herman pernah ke Malaysia?,” soal saya sewaktu dalam perjalanan ke hotel.

“Lapan tahun. Saya lama tinggal di Kampung Baru,” jawabnya sambil memandu teksi, Toyota Corolla.

Tiada loghat negara asal terpancul daripada ayah kepada 4 anak itu.

“Saya memandu teksi sudah 22 tahun, nanti saya bawa kamu ke tempat 'menarik',” ujarnya lagi.

Tempat menarik?

Yup!

Malang, saya bekerja bukan bercuti. Kisah seterusnya akan saya kongsikan bersama pembaca kemudian.

Mujur internet connection di bilik ini bagus, boleh menghubungkan kita. Saya keluar dulu.

Lapar.

11 ulasan:

  1. uh seberang iyer bapak? waduh waduhh ngak bahaya iyer bapak??

    BalasPadam
  2. Salam

    Pulau apa tu?
    Pemandu teksi tu ada saudara di Sg Jurong tak, cuba tanya.

    BalasPadam
  3. Tak sabar dah nih nak tahu cerita selanjutnyer :)

    BalasPadam
  4. Bro...teh tarik satu!bungkus..nasik goreng ok jgk kalau ada.tapau!

    BalasPadam
  5. Wakdan pun raso Pulau Batam. Memang ramai dunsanak orang Kampar di Pulau tersebut hehehe ..

    Si KAMPAR SELANGOR

    BalasPadam
  6. Pekan baru ke?

    Tahun 1993 sewaktu saya ke Danau Toba & melawat ke beberapa daerah yg berdekatan, pemandu pelancong mengatakan "ini, Pekan Baru... Syurga buat laki2..." Apabila kami menoleh ke kanan, Wah!! ramai wanita di anjung rumah (seperti rumah panjang) di lereng bukit sedang menjual senyuman...

    Tetapi kalu bener Island yg Bapak Mazidul maksudkan itu bener2 sebuah Pulau, rasa-rasanya ya.. Pulau Batam kok?

    Aduh Pak, pantas tangani isu ini Pak... jgn biar terus-terusan gituan deh... Dilaknat Allah swt nanti kita... (maaf, telo indon tunggang-langgang)

    BalasPadam
  7. Kampar di Perak...!

    Rasa-rasanya tahu apa yang menarik itu!. Ayam-ayam kut!

    Tiada perjudian bagaimana benda@dosa besar yang lain?.

    BalasPadam
  8. En. Mazidul, senyap aje ni... Semua ok ke kat Fantasy Island tu?

    Kalu blh, harap dpt siasat statistik HIV kat sana-harap kaum adam seriau...

    Tak ada sebarang perusahaan/kilang ke di sana utk 'si penjual daging' tersebut bertukar kerjaya?

    En. Mazidul,
    Terima kasih dgn informasi
    Terima kasih kerana berani mengorek daki duniawi
    Terima kasih daun keladi

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.