Jam 4.30 petang semalam sewaktu berada di Pengkalan Kubor, Kelantan saya terserempak sekumpulan lelaki menurunkan bungusan putih dari lori.
“Ini semua pakaian bundle bang. Baju dan seluar, kebanyakkannya terpakai, dibawa masuk melalui Johor dan Pelabuhan Klang dari Singapura,” ujar Anuar Ismail, 28 tahun.
Ayah kepada 4 anak berusia di antara 2 dan 14 tahun itu mula membekalkan bundle kepada 2 peniaga di Takbai, Thailand sejak 5 tahun lalu.
“Tetapi sebenarnya saya sejak lahir lagi sudah terbabit dengan bundle sebab ayah pun jual benda ini juga,” jelasnya.
“Kiranya awak anak bundle lah kan?,” usik saya.
Dia tersenyum.
“Bundle dibawa masuk dari Jepun, Amerika, Korea dan Australia. Pakaian didermakan orang ramai kepada NGO (pertubuhan bukan keajaan) dan NGO jual kepada pembekal bundle, hasilnya kemudian disumbangkan kepada golongan memerlukan,” tambahnya.
Menurut anak kelahiran Kedah itu, purata harga bundle seberat 100 kilogram setiap satu bergantung kepada kualiti kandungan pakaian di dalam bungkusan.
“Gred paling tinggi, bungkusan bertulis empat kali angka lapan dari Jepun. Ada antara pakaian di dalam masih berbungkus plastik lagi, brand new dan bersih, tidak perlu dibasuh. Kalau bungkusan biasa, harga purata RM700 tetapi kalau gred tinggi, RM1,450,” katanya.
Anuar mendakwa pernah menemui barang kemas, mata wang asing, kelonsong peluru dan kondom di dalam bungkusan bundle dijual kepadanya.
“Apa brand paling mahal, berharga pernah awak dapat dan jual?,” soal saya.
“Antaranya Giorgia Armani, AX dan John Smith. Bundle ini ada seluar, boxer dan baju. Bundle memang ada peminat tersendiri sebab itu kita boleh jual. Kalau abang hendaj tahu, kebanyakkan peniaga bundle terkenal dari Kuala Lumpur pun ambil barang dari sini,” katanya.
Menurut Anuar, Thailand tidak membenarkan bundle dipasarkan di negara itu.
“Kerja saya, dapatkan pesanan pelanggan dari Thailand, dia oang kena bayar tunai, tidak boleh hutang. Saya order barang dari Johor, bayar cukai di sini dan hantar sampai ke jeti, itu sahaja. Selepas itu terserah kepada customers,” ujarnya lagi.
Tidak semua gemar membeli bundle. Mungkin sebahagian pegguna berasa ‘geli’, menggunakan produk lusuh dan terpakai. Namun bagi golongan mementingkan jenama tetapi tidak berkemampuan berbelanja besar, bundle pilihan mereka.

kbykkan brg bundle brbau busuk, sy lbh rela membeli pakaian dr reject shop
BalasPadamBusuk basuh r...baju yg sndri pakai kalu x basuh pon busuk....
Padamkadang2, best juga dapat beli barang bundle.tapi saya x suka yang dh lusuh dan terlalu lama~
BalasPadamSalam,
BalasPadambundle ada keistimewaan tersendiri, saya pun kaki bundle sebab saiz mudah nak dapat selesa dan yang penting murah.
Kat Johor Bahru, mungkin saya tahu tempat yang dia beli bundle tu. Tak jauh dengan rumah saya.
BalasPadamJohor kat mana ye
PadamKebanyakan peminat bundle ni lelaki. Jarang sangat pmpn beli baju bundle. Mungkin faktor hygienic. Sebab tu jarang nampak baju bundle pmpn punya... kalau ada pun.... susah nak laku.
BalasPadamsesuai baju yang tebal dan dipakai untuk kembara tahan lasak..
BalasPadamsaiz yang besar menyebabkan ujud kilang repair pakaian bundle di Peng Cepa..
corak kehidupan yang sukarsusah akan timbul idea kreatif..memenuhi kehidupan berjenama.
aku hanya beli seluar bundle bro... yg elok2 lagi... yang penting tidak terlalu lusuh, kebiasaan aku beli hanya yg berharga rm30 dan keeatas sahaja.
BalasPadamAku memang peminat bundle.. hahaha. Boleh di katakan hampir 80% pakaian aku di beli di kedai bundle.
BalasPadamapa yang baiknya pakaian bundle ni adalah, harga berpatutan, barang masih berkualiti, berjenama, dan yang paling penting boleh beli banyak dengan harga sehelai pakaian baru. beli baru dapat satu, tapi beli bundle boleh dapat 5-7 pasang..
BalasPadamTepuk dada tanya selera...
BalasPadamEn. Anuar - yg penting anda melakukan kerja yg halal - Beruntung jadi peniaga ni, disamping punyai pendapatan duniawi anda juga mengumpul saham akhirat - dgn syarat tidak berbentuk riba & pakaian yg anda niagakan tidak membuka aurat si pemakai - kalu tidak saham yg lain pula bertimbun.
Sy tertarik dgn kenyataan mazsidul ini" Tidak semua gemar membeli bundle. Mungkin sebahagian pengguna berasa "geli" menggunakan produk lusuh dan terpakai"
BalasPadamSy pernah buat kenyatan begini kat blog sy..teruk sy kena hentam. Sy bercakap bukan pasal pakaian tp bundle pingganmangkuk. Sy suka kolek pinganmangkuk lama terpakai dr Spore. Tp sekadar hiasan. Sy memang tak lalu nak guna sbb tak tahu asal usul penggunaannya. Ada org kata sy berlagak.
Sy harap tak adalah org hentam,mazidul bila tulis ada yg tak lalu nak pakai... sy memang tak lalu nak pakai..
bundle ada juga kelebihan dan kekurangan.....
BalasPadamstandard la kalau ada yang lusuh, nama pun bundle....
pandai pilih, dapat la yang berkualiti dan murah coz tak semua orang mampu beli yang baru...
Dulu sy peminat setia bundle ni...tp sejak kenal ngan Reject Shop...minat sy mula beralih arah!
BalasPadamPakaian bundle atau pakaian reject shop masing-masing ada kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Bagi mereka yang pendapatan ala kadar mampu memiliki pakaian yg kelihatan branded dengam membelinya di kedai bundle sahaja. Alah membeli menang memakai..
BalasPadam++INI BUKAN SPAM
BalasPadam++INI SEBUAH MESEJ KEMASYARAKATAN++
Salam sejahtera.
Saya telah mendapat email daripada seorang kawan tentang sebuah blog baru yang bertujuan menjatuhkan maruah wanita-wanita tempatan kita yang mungkin adalah isteri, ibu, kakak dan adik kepada seseorang atau mungkin anda sendiri.
http://wanitamelayuseksi.blogspot.com
Konsepnya sama dengan blog 'pemuas nafsu' (my-steam.blogspot.com) yang kini sudah dipadamkan.Nampaknya, blog baru ini meletakkan semula gambar-gambar wanita Melayu dalam blog 'mys-steam' yang sengaja dipergunakan untuk tujuan keseronokan 'fetish' pelawat lelaki.
Blog ini sengaja mahu menghidupkan semula blog (my-steam.blogspot.com) tersebut. Mungkin oleh individu keji yang sama ataupun oleh peminat blog lama tersebut.
Penulis blog cuba menyembunyikan agenda pervert-nya dengan mengatakan bahawa blognya itu adalah untuk tujuan 'DAKWAH' bagi menginsafkan wanita yang terlibat.
Dan kali ini, pemilik blog tersebut tampil lebih angkuh dan berlagak dengan memperli individu yang cuba menasihat. Pemberi-pemberi komen pula semakin berahi, ganas dan berbahasa lucah.
Di sini, kita menyeru dan menggalakkan mana-mana individu atau pihak yang berkebolehan dalam teknologi maklumat atau yang mempunyai pengaruh undang-undang supaya melakukan sebarang usaha agar blog (http://wanitamelayuseksi.blogspot.com) ini disekat, ditampan dan akhirnya dipadam.
-Rohani,Kepong, 2009-
**Sebar-sebarkan mesej ini kepada rakan-rakan anda supaya blog keji tersebut dapat diambil tindakan.
MrsNor, saya tidak pernah gentar menerima kritikan hasil daripada tulisan saya.
BalasPadamSaya fikir majoriti pengikut blog ini memahami perkara itu.
I stand to what I believe.
Cute Rambo, terima kasih atas maklumat disalurkan.
Semua, bundle dipasarkan dipelbagai lokasi. Justeru pengguna mempunyai banyak pilihan. Jika tidak bersih atau terlalu lusuh usah dibeli. Kuasa itu terletak di tangan kita.
Saya beranggapan bundle tidak selari dengan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebegai negara yang berpendapatan tinggi. Malaysia masih lagi menerima pakai hasil lambakan atau "sisa-sisa" dari luar. Tidak selari dengan harsat negara Maju.
BalasPadamSaya yakin, banyak pihak tidak berpuas hati kerana menafikan hak untuk memiliki barangan bundle/original kelas kedua.
Sejak badan bersaiz XXL saya rajin juga ke bundle; tapi memang payah nak cari pakaian yang sesuai; selalunya jualan murah di KAMDAR atau Reject Shop selalu menawarkan harga patut dengan pemakai XXL ke atas. Di Nilai 3pun jika jumpa baju XXL mahal belaka.
BalasPadamYang sedihnya bila beli baru pun berjenama dalam plastik lagi; tulis sahaja XXL tapi masih tak selesa dipakai.
Dalam bualan rakan saya yang mengusahakan kedai bundle ramai juga pemilik butik terkenal di kedai mewah mengambil pakaian dari mereka. Pemilik butik ini memang handal memilih; saya pernah tertembung dengan barangan yang telah dipilih pemilih butik telah diasingkan di kedai bundle rakan saya ini! memang cantik & nampak baru belaka. Sering pula dari pakaian yang berjenama. Biasanya mereka jual dengan harga berganda!.
Saya tak pasti di mana pula nak cari pinggan mangkuk bundle!; jika kaca setelah disamak serta disabun apalah salahnya!. Kita makan di kedai pun belum tentu bersihnya!.
bundle best. jimat n murah.
BalasPadamSalam.
BalasPadamKami sekeluarga membeli dan memakan pakaian bundle. Dari sekecil2 anak berusia 1 tahun hinggalah ke ayahnya ... banyak pakaian bundle kini dah ada kedai yang lebih meyakinkan, kami jarang beli di pasar2 malam, tapi memilih membeli bundle kat kedai atau premis perniagaan, kadangkala kami beli secara online. Setakat ini kualiti bundle adalah baik.
sy pengguna BUNDLE.hampir 70-80% pakaian sy,samaada baju atau pun seluar adalah dari BUNDLE.
BalasPadamsebabnya,murah dan kebanyakkan bersaiz teramat sesuai dengan tubuh sy.
jd hingga ke hari ini,sy memakai seluar BUNDLE 2-3 helai yg sy beli sejak 3thn lepas dengan hanya kos tak sampai rm60.
bukan semua orang mampu berpakain mahal,dari sy membeli pakaian TIRUAN(cth saiz XL,lepas basuh jd L,pastu takleh pakai),naya sy sumpah peniaga pakaian tu.he he he hee....tak gitu?
Pakaian bunder xkn sama dgn org lain... Kepuasan hanya org gila bunder ja yg tahu..xD
BalasPadamsalam, saya seorang pelajar praUniversiti.. sy nak mnx izin pengblogger untuk sy jadikan blog ni sbgai bhan rujukan untuk menyokong dapatan kajian dlm kertas projek sy.. diharapkan pihak tuan dpt memberi keizinan kepada sy...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBundle?ye...aku memang peminat tegar bundle...90pratus pakaian aku dr bundle kecuali pakai dalam...walau aku mampu beli pakaian at butik2 berjenama..tp bagi aku...bundle lebih sesuai ngn minat aku....nak cari mane kasut adidas vintage n rare yg berusia hampir 50tahun?hanya dibundle je bleh dapat..tu pun payah nk jumpa...bagi yang mengutuk peminat pakaian bundle...aku hanya boleh kate....anda ada wang berjuta sekali pun...tak bermakna anda akan dapat pakaian yang tersangat rare n limited di butik..bende2 tu hanya ada diBUNDLE sahaja....member aku pernah beli kasut adidas rom antibacterial tahun 50an made in west germany yg berharga hampir rm2k..bukan bodoh beli kasut mahal2...tp ingin aku jelaskan..minat mengatasi segalnya......jangan fikir peminat bundle tak berkemampuan...same mcm pemgumpul barang2 antik...skang nie dunia bundle semakin berkembang...dan tak mustahil...pakaian bundle akan jd lebih mahal dr butik2 kerana buatannya,ketahanannya serta dr negara mana drg itu dihasilkan...levis dr USA,EVISU dr Japan,Adidas dr GERMANY.Nike dr USA...hanya yg tahu betapa RAREnya sesebuah barang akan menghargainya....
BalasPadam