Kerajaan mensasarkan nisbah 1 doktor hospital kerajaan merawat 600 pesakit menjelang 2020.
Itu objektif murni harus dipuji untuk memastikan setiap penduduk negara ini mendapat rawatan perubatan sewajarnya.
Setakat ini, sasaran itu belum tercapai. Dilaporkan sebilangan klinik dan pejabat perubatan di Sabah dan Sarawak hanya dikendalikan pembantu pegawai perubatan sahaja berikutan kekurangan doktor.
Kerajaan pada masa sama menetapkan, waktu menunggu bagi pesakit luar untuk mendapatkan rawatan, 30 minit. Hakikatnya, purata 3 jam.
Jelas, sasaran itu juga belum tercapai.
Manakala dilaporkan 7% daripada doktor pakar memilih berkhidmat di hospital swasta.
Mengapa?
Gaji bulanan doktor hospital kerajaan di antara RM4,000 dan RM10,000 berbanding di antara RM10,000 dan RM100,000 di hospital swasta seperti dicatat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 4 Mac 2009.
Pengambilan doktor asing untuk menangani masalah kekurangan doktor dilihat tidak praktikal. Pada Ogos 2006, kerajaan menamatkan kontrak 118 doktor asing berikutan prestasi kerja kurang memuaskan selain gagal berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Melayu selain kurang berdisiplin dan melanggar etika kedoktoran.
Saya percaya ramai antara kita berpeluang mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana posisi dijawat di dalam syarikat atau berkemampuan membayar kos lebih tinggi andai bekerja sendiri.
Namun, nasib golongan kurang bekemampuan juga harus diambil kira kerana mereka juga manusia, sebahagian besar, pengundi.
Itu objektif murni harus dipuji untuk memastikan setiap penduduk negara ini mendapat rawatan perubatan sewajarnya.
Setakat ini, sasaran itu belum tercapai. Dilaporkan sebilangan klinik dan pejabat perubatan di Sabah dan Sarawak hanya dikendalikan pembantu pegawai perubatan sahaja berikutan kekurangan doktor.
Kerajaan pada masa sama menetapkan, waktu menunggu bagi pesakit luar untuk mendapatkan rawatan, 30 minit. Hakikatnya, purata 3 jam.
Jelas, sasaran itu juga belum tercapai.
Manakala dilaporkan 7% daripada doktor pakar memilih berkhidmat di hospital swasta.
Mengapa?
Gaji bulanan doktor hospital kerajaan di antara RM4,000 dan RM10,000 berbanding di antara RM10,000 dan RM100,000 di hospital swasta seperti dicatat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 4 Mac 2009.
Pengambilan doktor asing untuk menangani masalah kekurangan doktor dilihat tidak praktikal. Pada Ogos 2006, kerajaan menamatkan kontrak 118 doktor asing berikutan prestasi kerja kurang memuaskan selain gagal berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan Melayu selain kurang berdisiplin dan melanggar etika kedoktoran.
Saya percaya ramai antara kita berpeluang mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana posisi dijawat di dalam syarikat atau berkemampuan membayar kos lebih tinggi andai bekerja sendiri.
Namun, nasib golongan kurang bekemampuan juga harus diambil kira kerana mereka juga manusia, sebahagian besar, pengundi.
betul! betul! betul! jangan asyik memandang kehadapan sahaja. kadangkala kita kena juga menoleh kebelakang.
BalasPadamjarang ada orang nak keje bergaji kecik ni bro... kalau kita sendiri pun mesti pilih yang kerja bergaji besar... dah memang lumrah manusia..
BalasPadamTapi saya nak cadangkan pihak kerajaan kenakan syarat pelajar di bawah tanggungan kerajaan bidang kedoktoran ni abis belajar jer serap dalam hospital kerajaan selama 5 hingga 10 tahun,. selepas tempoh tu baru boleh 'dibebaskan' buka klinik sendiri atau kerja di klinik swasta... dengan cara ni pasti negara takkan kekurangan tenaga doktor hospital kerajaan....
banyak tul... masyuuuk.. mulia sungguh manusia bergelar doctor tu.. merawat orang tidak kira pangkat atau darjat dengan hati yang ikhlas.. tk mengharapkan apa2 balasan... ;)
BalasPadamMgkin gaji Dr kerajaan perlu dnaikkan setaraf gaji Dr swasta....
BalasPadampenyelesaian~~~naik kan je gaji doktor~~~(tapi jangan la dilupa penjawat awam yang lain) tak ketinggalan~~~tingkatkan juga fasiliti dan kemudahan~~~~serta mentaliti pekerja~~
BalasPadamBetul tu..
BalasPadamKadangkala di klinik swasta soal menunggu lama dan pekerja klinik sombong tak mau senyum masih lagi berlaku..
Apapun hospital/klinik kerajaan dilihat semakin berubah baik, sudah ramai yang suka senyum, lemah lembut mesra..
Bagi yang mampu, sudah pasti inginkan layanan lebih lagi..
Doktorr hassan ali tak boleh jadi doktor perubatan ke?
BalasPadampkrpasdap.blogspot.com
banyaknya gaji doktor...ish ish rugi dulu tak belajar jadi dr hehehe
BalasPadamtapi apa pun mutu perkhidmatan hospital kjan perlu dibaiki. Sikap kakitangan hospital kjan jauh bezanya dari sikap hospital swasta. Sejak KB nih dah ada 2 hospital swasta, hospital kjan tak masuk dah dlm list utk dpt rawatan sebabnya malas dan jemu nak menunggu.. menunggu jumpa dr satu hal, menunggul ambil ubat lagi satu hal... baik ke hospital pakar perdana aje..semua cepat dan mesra
En.Mazidul,
BalasPadamSaya percaya dgn tajuk di atas tu..begitulah doktor yg saya pilih. Doktor swasta memang servis bagus dan terperinci.
Salam
BalasPadamMengambil kesempatan membuat kekayaan atas kesusahan orang lain. Sementara masih senang dan hidup.
penat ooo belajar jadi doktor. keje pun mak aii penat jugak. figure 100k sebulan tu dh yg tahap senior. tp kalau sekitar 20 to 30k sebulan tu mmg biasa utk doktor swasta.
BalasPadamsikit ulasan drp saranan sedara creep.
BalasPadamsebenarnya sekarang ni pun dah ada dah syarat yang macam tu. budak tajaan jpa lepas habis belajar memang ada kontrak 10 tahun dengan kerajaan. tapi kalau diorang tak nak kerja dengan kerajaan pun, kerajaan tak boleh buat apa-apa. setakat mintak bayar balik je lah duit biasiswa tu. tapi bayangkan kalau kerja kat UK 4 tahun pun dah boleh bayar habis, mane yang diorang pilih. apa-apapun bergantung pada doktor tu lah, setakat mana dia punya rasa tanggungjawab pada rakyat yang selama ni duk bayar cukai untuk tanggung budak-budak scholarship ni belajar
Saya dah rasai bagaimana jenuh nak menterjemahkan setiap jawapan yg arwah Abah & Mak Mertua berikan ke atas setiap soalan drp Doktor impot-Di PPUM. Lejor mulut teman yop...
BalasPadamSaya tak pernah ketemu seorang Doktor SWASTA yg merawat sambil menasihat di mana kata2nya penuh berhemah, "friendly" & di mata saya nampak sgt keikhlasannya sehinggalah saya bertemu dgn Doktor Rasul di Klinik Menara, Bkt.Jelutong, Shah Alam. Terima Kasih Doktor Rasul! Saya cukup yakin anda bukan sahaja mendapat laba malah ada ganjaran sedang dicatit di bahu kanan.
Selagi Pendidikan tdk DIDAHULUKAN,
Selagi Perubatan tdk DIUTAMAKAN
Selagi itulah negara ini kekurangan Doktor yg
Artikel ini mengingatkan saya pada sebuah artikel lain bertajuk (lebih kurang)- "RAHSIA KEBIJAKSANAAN YAHUDI". Antara perkara yang disebut, graduan2 Yahudi yang menceburi bidang perubatan di New York, California dan mungkin beberapa wilayah lain digalakkan agar membuka klinik persendirian dan perkara tersebut menyebabkan hospital2 kerajaan kekurangan doktor pakar.
BalasPadamKak Liza, kebetulan Doc Rasul yg Kak Liza mention tu pun doc kat Klinik panel di ofis ni. Memang saya sendiri kagum dengan beliau. BErgaya seperti doktor yang high class, tapi merendah diri dan sangat mesra. Ubat-ubat setaraf dengan hospital swasta.
BalasPadamsaya doktor kerajaan.. terus terang saya katakan, saya rasa terhina dan sedih melihat begitu byk komen dr pengikut blog ini.. apa yang anda impikan--> pastinya, anda mampu memberikan kehidupan yang selesa untuk anak2 dan ibubapa sebaik sahaja bekerja.. pasti anda mahu meluangkan masa dengan keluarga.. pasti anda mahu bersama anak2 ketika hari penyampain hadiah.. pasti anda mahu memberikan hadiah buat keluarga tersayang.. tp, sekiranya anda seorang doktor kerajaan, anda mungkin tidak dapat mengecapi itu semua--> lebih2 lagi H.O dan M.O.. kerana 1- pelajar perubatan tempoh pengajian 5-6 tahun.. tidak termasuk matrikulasi. 2. gaji yang lebih kurang sama seperti pegawai2 gred 41 kerajaan. 3. waktu bekerja yang lebih berbanding pegawai2 lain. 4. anda juga mempunyai tanggungan yang lain- sewa rumah, bayar ansuran kereta 5. alamak- duit tak cukup untuk hulur pada ibubapa-dah la takde masa nak pulang ke kampung.. kenapa masa tak cukup? 1-ramai pesakit- sekiranya tiada PPP (M.A) pasti kami akan lupa makan dan minum.. nasib baik ada M.A.
BalasPadam2. Ramai tidak memahami prosedur. Triage fungsinya untuk bahagikan patient kepada kadar keperluan.. sekiranya tanda2 penting stabil- boleh dilewatkan. bayangkan anda mempunyai keluarga di red zone-->pasti layanan segera diperlukan.
3. bagi pesakit, setiap penyakit mereka adalah emergency. dalam kes batu karang itu, sekiranya tanda vital stabil, pasti prioriti kurang berbanding kes2 heart attack walupun kedua2nya emergency.
tapi, M.A yang bertugas adalah seorang yang berpengalaman--> yang biasanya (baca-biasanya) dapat mengenal pasti kes2 kecemasan.
ini tidak termasuk karenah pesakit. lagi2 keluarga peskit yang tidak tahu hujung pangkal.. bayangkan sekiranya masa yang diperuntukkan untuk setiap pesakit terlalu lama--> waktu menunggu akan lebih panjang.. tetapi sekiranya pesakit memerlukan berjam2 sekalipun, kami sanggup merawatnya..
BalasPadamdoktor juga:
BalasPadamsaya pun pegawai perubatan, terus terang saya cakap, andai saya tahu beban doktor seperti sekarang, lebih baik saya ceburi bidang lain seperti engineer atau pilot etc.
gaji? rasanya tidak seada dengan bebanan dan stress keje, bayangkan di tempat saya ni, saya terpaksa oncol EOD, maksudnya keje 34 jam deret.no rest, kalau nasib baik bole la tidor sekejap.kalau tak sebaliknya. maksudnya keje 34 jam daripada 48 jam. kemudian sambung agi 34 jam. tiada masa untuk famili, tiada masa untuk sosial. (tapi bergantung kepada tempat bekerja)
gaji? bayangkan onkol 34 jam tersebut hanya dibayar rm 15o sahaja.
tapi hanyalah keikhlasan yang bermain dan menjadi penguat hati utk terus bekerja.
Walaupun saya bukan doktor, saya ingin memberikan sedikit komen mengenai kerjaya doktor.
BalasPadamSaya melihat doktor kerajaan memang sibuk dan saya melihat doktor hospital swasta lebih mewah kehidupannya kerana majoriti bil pesakit dibayar syarikat insurans. Untuk klinik swasta, nama dan lokasi adalah penting.
Saya berpendapat, selain penyakit2 yang serius, pesakit boleh membuat kajian mereka tersendiri e.g. membuat carian di internet. Untuk sakit2 biasa, undang2 sepatutnya membenarkan pegawai2 kesihatan yang di bawah taraf doktor untuk memeriksa pesakit. Sebagai contoh, kalau demam biasa, mungkin pesakit boleh mengkaji informasi di internet dan tidak perlu berjumpa doktor.
Dari segi stress, walaupun doktor kerajaan mempunyai stress yang tinggi, kerjaya lain seperti manager, engineer, arkitek, akauntan, dll juga mempunyai stress yang tinggi.
Yang baiknya, kerjaya doktor mempunyai pendapatan yang tetap. Sesetengah kerjaya lain di pihak swasta mempunyai risiko.
Selalunya orang membandingkan kerajaan dan swasta di mana swasta memberikan pulangan yang lebih baik. Tidak dinafikan ada benarnya. Tetapi bekerja di swasta mempunyai risiko yang lebih tinggi. Sebagai contoh, ada CEO syarikat swasta yang mendapat RM30k sebulan, tetapi selepas 5 tahun mungkin kontrak beliau tidak disambung. Bekerja di swasta tidak semestinya baik kerana pekerja swasta akan sentiasa berfikir bahawa masihkah ada gaji diterima untuk tahun hadapan.
Jadi, pokok pangkalnya terpulang kepada diri sendiri dan perkara ini agak subjektif, bergantung bkepada individu. Ada yang berani, ada yang tidak, ada yang suka bekerja kuat, ada yang suka bekerja sederhana, ada yang suka bekerja di komputer, ada yang tidak suka duduk di pejabat dll. Kalau betul2 hendak jadi sangat kaya, tinggalkan kerja kerajaan dan berani mengambil risiko, di dalam bahasa pelaburan "pulangan tinggi, risiko tinggi".
bagaimana pula student yg belajar dalam bidang frmasi, mengapa seorang ahli farmasi tidak dipandang sama seperti seorang doktor. sedangkan kedua2 karier ne saling melengkapi. satu lagi, bagaimana dengan gaji seorang pharmacist di hospital swasta?
BalasPadam