Nota Gambar dirakam di pangkalan haram Rantau Panjang, Kelantan.
Saya pernah menulis berhubung kewujudan lebih 130 pangkalan haran di sepanjang Sg. Golok sebelum ini. Dipercayai pelbagai barangan diseludup melalui pangkalan terbabit.
Selepas merakam gambar di atas, saya didatangi seorang daripada lelaki menaiki bot, dia mendakwa warga Thailand.
"Saya bawa baju, supply kepada peniaga di sini," jelasnya tanpa saya bertanya.
Ketika itu semua barangan diseludup masih tidak diangkat keluar dari dalam 'bot galah'. Saya berasa hairan mengapa dia bergegas menghampiri saya sejurus tiba di pangkalan haram di sebelah Malaysia (Rantau Panjang) sedangkan dia tahu saya bukan pegawai atau anggota Pasukan Gerakan Am, PGA, Unit Pencegah Penyeludupan atau Jabatan Imigresen.
"Baju dijual kepada siapa?," soal saya sekadar cuba menyelesakan keadaan.

"Kedai banyak menjual kasut tu, dekat sahaja. Nanti datang kedai. Taukeh dia memang selalu belanja oang minum dan makan," katanya.
"Muka saya nampak kelaparan ke? Kalau lapar saya pun bawa duit berkoyan, boleh bayar," usik saya.
Apapun, melihat riak mukanya, saya yakin dia berasa amat tidak selesa melihat kehadiran saya merakamkan gambar di kawasan pangkalan haram itu.
"Syyyyyhhhh," kata lelaki melintas di sebelah kanan saya.
Melihat wajahnya sekali imbas, saya percaya dia bukan warga Malaysia. Ketika mata mengekori pergerakan lelaki terbabit menyeberangi sungai menggunakan bot galah dengan tambang RM1, 2 lelaki tadi sibuk memungguh bungkusan naik ke daratan.
Hemat saya, jika penyeludupan berlaku di hadapan mata tidak mampu dicegah pihak berkuasa Malaysia, apatah lagi penyeludupan dijalankan secara tersorok.
Saya kemudian didatangi lelaki tidak saya kenali, barangkali warga tempatan.
"Setiap pangkalan haram ada orang 'jaga'. Orang boleh uruskan segalanya. Bila dia kata 'clear', pekerja baharu boleh punggah barang," ujar Fahmi.
"Oh! Ya ke? Hebatnya orang itu," saya pura-pura terkejut.
"Ya. Kalau tidak mana dia orang berani seludup barang siang-siang begini," tambahnya.
Mungkin dakwaannya benar. Apapun, seperti tajuk entry ini, ada siapa kisah?

Sungai golok yang sempit memudahkan lagi aktiviti sedulup tambah pula pengawasan bermusim oleh pihak kerajaan menyebabkan aktiviti ini terus hidup malah menjadi sumebr pendapat utama penduduk sempadan. Sy sendiri pernah beberapa kali seberang sempadan dgn menaiki sampan/perahu kecil tu walaupun ada border pass sebab nak rasa pengalaman
BalasPadamApa benda yang dia orang angkut tu?
BalasPadampersaudaraan mereka kuat.. susah nak wat penyelesaian...
BalasPadam...
BalasPadamminyak beras secara terang2,
dagangan dua hala;
-masuk ke Malaysia bawa beras dan pistol, untung.
-ke sana bawa petrol untung lagi.
pistol sebenar,
dia/pekedai bagi
"masa satu jam, kalau nak RM600.00"
hhuhu..
kisah masyukk.
Salam,
BalasPadamApa yang abang alami ketika berada di Rantau Panjang adalah benar belaka, sebab mereka berani melakukan aktiviti itu di siang hari, banyak kisah saya dengar namum tiada kesahihan, ada yang saya dengar pihak berkuasa yang menjaga diaorang ini agar tiada masalah buat kerja, tapi itu sekadar bisik telinga ke telingan
Rasuah semakin mekar...
BalasPadamBilalah semua ini akan berakhir?
Pn Liza,
BalasPadamrasuah berakhir bila lebih enak naik viva dari mez, toyota,
lebih enak makan ikang dri daging, lebih selesa duduk rumah kayu dari batu melangit.
lebih enak pakai kasut kaian dari kulit
lebih enakduduk rumah dari pusing dunia.
lebih enak bini lama dari bini mude..
lebih enak satu dari 3orang.
lebih enak enjoy dari bertapa.
Bacalah pengalaman saya bagaimana mudahnya penyeludupan berlaku melalui bas ekspress di Bukit Kayu Hitam di http://duniasunawan.blogspot.com/2009/11/blog-post_26.html
BalasPadamNak letak situasi ini di sudut mana.. kita yg tak jadi penduduk di situ hanya mampu rasa kesal dan marah ... Apa nak kata itulah kehidupan mereka dan punca rezeki kehidupan mereka usaha dan bijak rancang dan laksana.. 3 hari lepas keluar di berita pengarah UPP umum rampasan beras seludup .. itu sekelumit kejayaan operasi dirancang pihak berkuasa yg ada rutin tugas dan rehat apakah patut kita telah orang dlm... sedangkan perniagaan itu memang cari untung.. Hanya yg beriman tulin dan tau hak dpt menyisih semua itu... tapi apa dimata majoriti manusia? hanya RM..Bhat..RM...
BalasPadamSudah jelas kegiatan penyeludupan, tak perlu di lakukan secara sembunyi-sembunyi.. Apo nak di kato..
BalasPadamsaya rasa kes penyeludupan bahan makanan seperti beras dan buah2an dari Thai keRantau Panjang atau Pengkalan Kubur ni kalau merugikan kerajaan pun hanya sekumit.
BalasPadamtapi bagi rakyat Kelantan banyak kelebihannya sebab dapat barangan dengan harga murah.
malah setiap musim cuti berduyun2 bas dari seluruh pelusuk malaysia akan berkunjung didua destinasi ini untuk membeli barang murah.
untuk makluman mereka yang menyeludup ini semata2 mencari rezeki untuk diri dan keluarga,
untuk kaya dan mewah...jauh sekali!!!
Bro, yang saya pelik kalau ada makcik2 tua yang kena tangkap sebab seludup beras siam. Diorang ni gunakan jeti haram yang sama ke atau guna yang halal? Kalau banyak sgt jeti haram mcm ni siap dengan penjaga, kalau ada yang terkantoi tu kerana apa ye? Sebab diorang guna jalan darat tul tak? Jadi kalau jalan air leh konfem selamat, kenapa guna jalan darat?
BalasPadamSaudara Zeqzeq,
BalasPadamSusah nak cari manusia yg mujahadah - yg sentiasa bersyukur, yg merasakan lebih baik ada daripada tiada, yg benar2 yakin dunia ini hanya pinjaman, yg takut dengan janji Allah s.w.t - Hari pembalasan.
Saling ingat-mengingatilah sesama kita ya, InsyaAllah...
Tiada siapa yang kisah..Itulah masalahnya..
BalasPadamItu yang dikatakan sempadan; bumi ini punyai sempadan; maka politik di sesebuah negara itu membolehkan atau menidakkan; biar pun dalam bab perkara mudah & remeh.
BalasPadamJika kita befikir sebaliknya kenapa sempadan itu membuatkan kita terdera; dari barangan murah seberang sana jadi mahal di sini; siapa kutip cukai & siapa untung dengan kutipan cukai ini.
Orang kita tak kaya mana dengan komplot ini; orang sana pun tak semewah mana. Hidup terpaksa diteruskan dengan apa cara sekali pun. Yang penting kita sedar apa itu halal & haram!.
respek tol ngan abg nih...berani tol abg amek gmbar kat c2..sy penah bawak kuar kamera nk amek gambr kononnya mse nk seberang ngan perahu ke thailand-muno-...tapi di halang oleh pga yg bertugas...oh ya, selain golok...byk lagi brg2 di seluddup di pengkalan -muno-tapi hairan..setiap jumaat, pasti di -muno/munduk- dipenuhi oleh org kita....mgkin faktor barg murah kot.........ada kelapangan abg dtg la ke sna...
BalasPadamKenapa tidak dilaksanakan intipan dan serbuan secara bersepadu?
BalasPadamPerkara yang merugikan negara sebegini wajar diambil tindakan oleh penguatkuasa dan pihak yang bertanggungjawab keatas keamanan negara
Tedi pernah berada di sana & okla kalau setakat shopping kecil2an macam buah2an.
BalasPadamApa yg merugikan adalah seludup minyak petrol & diesel yg terang2 melalui pintu sempadan gunakan kenderaan2 yg diubahsuai.
http://interpretzz.blogspot.com/2011/09/munuk-thailand-spy-tedi-beraksi.html