Ahad, Januari 03, 2010

Bajau Laut Kota Kinabalu

17 ulasan:

  1. Pelbagai warna kehidupan, bukan hanya hitam putih..

    antara wajah jujur telus dan wajah-wajah derita...

    menyimpan sejuta rasa.. terpendam dan telah terluah dek umur dan perjalanan yang panjang..

    BRO.. sungguh menginsafkan melihat insan-insan begitu...

    BalasPadam
  2. uik...samapai terbongkok-bongkok nenek tu berjalan...

    BalasPadam
  3. kadang2 terfikir..apakah perlu rancangan bersamamu pergi jengah2 setiap individu terbabit baru orang2 korporat , bisnesman2 , orang2 kaya nak bagi sumbangan? nak tnggu ada banner besar and flash light dari kamera baru ringan tangan nak memberi? atau pun sms dan artikel keluar dri paper baru pihak jabatan kebajikan masyarakat dan pihak berwajib turun menjengah??

    kita dicanang selalu dengan kadar kemiskinan tegar menurun..tapi rasanya kegiatan mengemis x pernah berkurang..terima kasih atas pendedahan2 seperti ini..mungkin pati , mungkin kegiatan sindiket dan mungkin benar2 miskin..tapi kalau tidak didedahkn..sikap menutup mata akan terus-terusan berlaku...teruskan usaha bro!

    BalasPadam
  4. terkadang kita nampak (NGO & pertubuhan Islam & bukan Islam)derita seberang bukannya derita warga senegara,
    padahal warga senegara ada yang sengsara..
    dimana bantuan kemanusiaan yang LEBIH utama.??? keliru

    BalasPadam
  5. Gambar-gambar yang menyimpan seribu persoalan dan makna. Macam-macam reaksi yang boleh kita perhatikan.

    BalasPadam
  6. adakah mereka ini dieksplotasi oleh sindiket tertentu?

    BalasPadam
  7. Cerita dari gambar..
    terpulang kepada kita membuat tafsiran yang tak semestinya betul!

    BalasPadam
  8. biasanya bukan warga tempatan yg mengemis... dulu semasa saya belajar di KK... seringkali terserempak dengan segelintir kanak2 Filipina menghulurkan tangan dan meminta sedekah... tapi ada juga warga tempatan yg sanggup menghantar org tua mereka utk mengemis di kaki lima... terpaksa saya menahan diri daripada mengalirkan airmata- yelah, org tua tu memang dah tak larat nak buat apa2 pun-dipaksa duduk d kaki lima jejantas yang menyambungkan bangunan shopping complex KK Plaza...hampir setiap kali saya lalu tempat tersebut saya ternampak nenek tua itu... tp tak tahula bagaimana sekarang ini... kerana dah beberapa tahun tidak menjejakkan kaki di Sabah....

    BalasPadam
  9. mereka bukan filipina, bukan juga malaysia. mereka tinggal di laut. bila syarikat borneo utara dtg, bangsa ini terpecah... sempadan negara di tafsir pada darat dan hak org di laut pupus...

    BalasPadam
  10. Bro.
    mereka mungkin Bajau atau Suluk yang mendiami kawasan Pulau Gaya, Sembulan, Menggatal, Kinarut, Tg Aru serta Petagas.

    Mereka ini generasi kedua dan ketiga pelarian UNHCR dari Filipina dahulu kala.

    Yer, ramai di antara mereka tanpa kerakyatan dan telah dibangkitkan berkali-kali oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Jabatan Imigresen dan KDN. Tapi isu ini tanpa penyelesaian kerana mereka tetap lagi wujud dan kesan sosiologi kepada Bandaraya KK ini.


    Bajau Laut kebanyakan di Semporna.
    Bajau Laut seperti mana suku Palau takut untuk tinggal dengan tempoh yang lama di daratan.

    BalasPadam
  11. Si Bongkok Tiga... usia selalunya mengenalkan kita erti kehidupan sebenar namun bilamana anak kecil yang tidak seharusnya menderita terusan terbiar... ada yang tak kena & kita perlulah peka serta prihatin..!

    mangsa keadaan tidak semestinya malas atau sengaja mencari jalan pintas dengan mengemis & sebagainya ... mangsa keadaan sering berpunca dari kemiskinan pun buta hati serta fikiran nan jumud.

    sesuatu tindakan & perhatian sewajarnya dapat mengembalikan hak kebahagiaan sejati buat manusia marhaen ini!

    BalasPadam
  12. Semua gambar di atas saya rakamkan berhampiran jalan besar di hadapan bangunan Bank Negara di Kota Kinabalu, Sabah, ahad lalu.

    Mereka semua dari suku kaum Bajau Laut, berasal dari Fulipina dan mengemis di Kota Kinabalu tanpa dokumen. Pengemis wanita dan perempuan muda (biarpun kelihatan seperti lelaki) melarikan diri 10 minit selepas saya hampiri.

    Saya menyedari lambakan individu seperti mereka mendatangkan kegusaran di kalangan penduduk Sabah. Mereka berada di pelbagai lokasi.

    Pengemis lelaki tua itu berkahwin dan mempunyai 3 anak. Tangannya dikatakan putus semasa terbabit dalam pergaduhan dengan kaum sendiri. Dia berasal dari Pulau Gaya, pulau paling hampir dengan Kota Kinabalu. Tidak ramai berani 'menyerahkan tengkuk' ke pulau terbabit termasuk pihak berkuasa.

    Saya pernah bertanya kepada Bajau Laut, lahir di mana?

    "Di laut, di atas air," katanya.

    Justeru, majoriti mereka tidak mempunyai sebarang kerakyatan.

    BalasPadam
  13. ya, memang betul tempat yang en. mazidul rakamkan gambar2 ini. itulah kawasan orang mengemis di kota kinabalu selain dari jejentas yang menghubungkan area segama dengan gaya street. sebagai anak jati sabah, org2 tersebut bukanlah warganegara. tidak tahu apa status kewarganegaraan mereka. sudah lama perkara tersebut berleluasa tetapi tidak pernah diambil tindakan. tidak tahu penguatkuasa buta atau apa...
    saya juga kecewa dengan kebanjiran PATI di negeri sabah. sudah berabad masalah itu dilaung-laungkan, tetapi masih belum selesai..jadi siapa yang harus dipersalahkan?

    BalasPadam
  14. saya pernah bagi duit kat budak-budak macam tu... saya tengok, lepas dapat duit diaorang p main judi dengan duit tu.. hampeh

    BalasPadam
  15. Hello En Mazidul,

    Gambar 8 dengan 10 tu, rasanya 1 family duduk tepi walkway tu.

    kadang-kadang dorang ni ganas. kalau orang x nak bagi, dia akan kejar dan tarik-tarik baju minta duit.

    hari tu saya pernah bagi rm1 dengan salah sorang budak tu, tiba2 geng dia 5 orang datang minta duit.

    seram juga. nasib baik ada orang tolong leraikan..

    dah makin menjadi...kalau tak silap saya, sejak tahun 90an lagi mak budak2 ni da mengemis di kawasan tu, sampai budak-budak tu da meningkat remaja, masih kat situ...

    malu juga kadang-kadang pelancong pun dia kejar dan tarik-tarik sleeves baju minta duit...

    makcik bongkok tu pun memang biasa nampak dia mengemis di dalam bandar..

    -orang KK-

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.